Review CALAWO Sport Bra.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang ni aku tengah on diet dan dalam masa yang sama bersenam /workout juga.
Tapi selalu juga cheat day sebab tak tahan tengok makanan yang sedap.
Ada juga orang fikir bahawa tak perlu bersenam jika betul-betul diet.
Hello! itu dah salah ye akak-akak dan adik-adik sekalian.

Bersenam ni penting untuk menjaga kesihatan.
Tak kiralah korang badan gemuk ke, kurus ke bersenam ni sangat penting untuk maintain sihat. Ibarat macam kereta, kalau lama-lama tak start akan rosakkan? Macam tu jugalah badan kita.
Taklah baru naik tangga sikit korang dah termengah-mengah semputkan.

Apakah Kebaikan bersenam?

• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.

• Mencapai berat badan unggul.

• Meningkatkan kecergasan fizikal

• Meningkatkan kelembutan sendi.

• Mengawal tekanan darah

• Menggalakkan berhenti dari merokok.

• Mengawal keseimbangan makanan.

• Mencapai paras kolesterol yang normal.

• Mengurangkan paras tekanan ( stres ) .


Macam aku, aku lebih suka jogging, jalan kaki, mengayuh basikal senamam atau lompat skipping. Paling malas pun aku akan mengayuh basikal senaman sebab malas nak keluar rumah. 30 minit sehari pun dah cukup baik nak keluarkan peluh. Kalau terlalu busy, 3 kali seminggu je pun dah OK. Asalkan korang bersenam!

Sudah semestinya semasa kita bersenam, kita inginkan keselesaan.
Sebagai seorang perempuan pakaian dalam sangat penting untuk aktiviti bersukan dan riadah ni.
Aku akan pastikan pakaian dalam aku selesa dan tak panas semasa aktiviti bersenam.
Jadi aku memilih Calawo Sport Bra untuk aktiviti tersebut.

1. Unboxing Feeling.

Serius! Sangat teruja waktu nak unboxing box calawo sport bra ni sebab dapat packaging yang cantik dan sangat eksklusif. Sebelum ni aku pernah beli sport bra tapi tak sama kualiti macam calawo sport bra ni. Memang sangat berbaloi dan puas hati.


Rasa macam dapat hadiah je, dan semestinya sangat eksklusif dari CALAWO Sport Bra. 
Kualiti yang digambarkan memang betul-betul terbaik.

Aku memang terlebih teruja dapat Calawo Sport Bra ni. 
Sememangnya tak sabar nak pergi workout
Memang betul-betul membakar semangat Cik Farah ni!


Video unboxing CALAWO Sport Bra

2. Material and Quality

Full view CALAWO Sport Bra (sisi hadapan). Warna pilihan aku semestinya RED ROSE.

Zoom in

Full view CALAWO Sport Bra (sisi belakang)

Material untuk Calawo Sport Bra ni diperbuat daripada:
62 % Nylon
30 % Polyester
8 % Spandex

Fabriknya Calawo Sport Bra memang sangat menyerap peluh dan cepat kering. Tak macam bra lain yang jenis cotton memang cepat serap peluh tapi lambat kering.
Berbeza dengan Calawo Sport Bra ni sangat selesa sebab tak rasa basah dan tak panas. Jadi feeling nak jogging ber km-km tu boleh lah diteruskan.


Kualiti kain tebal tapi ringan dan selesa semasa dipakai. Tak panas lansung!

3. Performance semasa pakai.

Memang sangat excited nak cuba Calawo Sport Bra ni. Jadi aku kena la cuba pakai untuk workout. Jomlah kita ber jogging!

Muka excited nak jogging katanya.

Masa pakai tu memang rasa sangat selesa sebab bra ni full cup. Waktu kita berlari aset akan maintain dan rasa badan lebih fit je. Memang senang nak bergerak dan melakukan aktiviti bersukan.


Walaupun penat tapi masih rasa segar!

Material yang memang berkualiti dan rasa confident je bila nak bersukan.

Jenis kain yang stretchable!
Material Calawo Sport Bra yang memeri/ stretchable ni memang sangat membantu untuk melakukan aktiviti lasak. Getah dibahagian bawah sangat stretchable dan bermutu tinggi. Jangan risau getah dibahagian bawah bra tidak mudah kendur dan tahan lama. Bertahun pakai pun stay cantik lagi!  Memang sangat berbeza dengan sport bra lain sebab itulah aku memilih Calawo Sport Bra sebagai teman bersenam.

Untuk pengetahuan cup span ni boleh ditanggalkan. Jadi korang boleh buat pilihan sama ada nak gunakan atau tidak. Tapi nak lebih best kenalah pakai cup span ni (pendapat aku, lain-lain orang lain pandangannya). Untuk penjagaan cup span ni, bila basuh aku akan tanggalkan dan basuh berasingan.

High Quality tali bra yang akan support payudara semasa bersenam. Jadi tak perlu risau masa nak jogging atau bersukan.



Dah penat berjogging jom berehat! Tapi tetap rasa segar dan selesa walaupun dah 40 minit jogging!

Saiz?
Usah risau sebab Calawo Sport Bra menyediakan pelbagai jenis saiz untuk korang. 
Boleh rujuk chart di bawah.

Warna? 
Pelbagai jenis warna pilihan yang boleh korang grab

Warna pilihan- Black, Red Orange, Soft Pink, Red Rose, Fluorescent, Blue Ocean dan Soft Purple.

Semua warna sangat cantik dan menarik. Kalau boleh nak semua warna sebagai koleksi sport bra.

Apa kata mereka yang pernah cuba Calawo Sport Bra??

Testimoni:









Review Cik Farah secara keseluruhan:

Serius! Memang sangat berbaloi dan puas hati memiliki Calawo Sport Bra ni. 
Sangat berbeza dengan sport bra yang lain. Kualiti kain dan metarialnya sangat berkualiti. Tidak panas...selesa dan paling penting sesuai untuk aktiviti bersukan dan riadah. Kepada sesiapa yang selalu workout, zumba, gym serta melakukan aktiviti luar seperti jungle trekking dan sebagainya wajib dapatkan Calawo Sport Bra ni sebab feeling bersukan memang best.. Maklumlah nak kekal sihat dan slim kenalah selalu workout kan..Nak rasa feeling tu kenalahlah cuba sendiri.
Very Recommended! Wajib sekurang-kurangnya ada satu untuk aktiviti sukan dan riadah.

Rating 9.5/10

Harga: RM 120

Tunggu dulu!
Kat mana nak dapatkan  Calawo Sport Bra?

Untuk order boleh terus whatsap ke perunding jualan *CALAWO* sport bra di:
018-9644055 - Nana
018-9644052 - Teha

Atau terus ke website kami:
*www.calawosports.com*

Sekian terima kasih membaca review peribadi Cik Farah. 
Bye! 😍😍😍


5 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH