Assalamualaikum.
Perempuan-perempuan..memang banyak nafsunya, nafsu yang tak boleh nak halang sangat adalah shopping! Ok aku pun tak terkecuali, bila tengok benda yang best as tudung, baju, kasut dan macam-macam mesti nak shopping tapi masih terkawal lagi la ye hehe. So bulan ni kena azam stop shopping, next moon baru boleh shopping tu pun kena bajet-bajet juga hehe. Bukan pe, baju dalam almari dah penuh, hanger tudung pun dah nak roboh sebab banyak tudung, tambah dalam kotak pun ada tudung bawal, haruan dan keli hahaha.
Bila dah akhir tahun ni of courselah banyak buat Year End Sale. So makin rambanglah biji mata nak macam-macam huhu. So sekarang kena jimat duit.
Bulan lepas pun dah beli macam-macam so awal bulan ni tak menahan sudah beli banyak tudung dan kasut. Adusss lagi belambak la barang dalam bilik ni. Puas lah nak packing kalau dah habis semester nanti.
Hari tu, tak menahan-nahan pergi geleri tudung. beli 2 tudung jenis segera yang terus sarung je tu sebab ada offer, semua ada 3 sebab free satu hahaha.
Memang nak sangat beli tudung pink purple so sambar sehelai. Beli tudung biasa-biasa je, mana la mampu beli tudung Fareeda nyata jelita kerana nyata robek poketku.
Tudung kedua adalah tudung harimau..aumm auumm, yang ni beli satu percuma satu. Cadang nak color coklat sebab nak gantikan tudung yang hilang dicuri penyamun tu so cuma ada color biru dan hijau lumut je.
ni warna biru gelap, memang tak ada tudung biru gelap so sambar je. Tapi stay harimau sebab syaratnya percuma dengan corak yang sama. Nanti boleh jadi tiger!!
Bila ada event something kat UKM, maka Pusanika akan bertukar macam Jalan TAR so memang teruja sebab harga murah berbanding kat luar. Semalam berhempas pulas mencuci mata tengok macam-macam. Hajat nak beli tudung bawal ala tiger tapi tahankan diri sebab dah beli banyak tudung. Tunggu-tunggu lah tudung ni jadi pekasam dulu ye haha. Tapi beli juga kasut sandal bunga kembang semangkuk. Dah lama adore kat kasut tu, tapi tengok kat situ ada jual fesyen gitu beli juga sepasang..alasannya harga berpatutan dan kualiti not bad.
Nak sambar color pink tapi macam tak padan je dengan baju kan..so beli warna hitam je boleh masuk dengan pelbagai color baju. Tak sabar nak pakai esok..jejalan cari makan hehehe. Bunganya yang kembang semangkuk tu yang asetnya, kalau tercabut...nagess gue.
Yang bestnya kasut ini sangat selesa dan macam pijak span :)
Sorry model tak cun,
tudung ni beli kat kawan. Jenis tudung bawal tapi macam gaya tudung segera tu ala-ala syiria gitu. Best pakai tudung ni sebab terus sarung je tak payah nak ejas-ejas hehe. Nyata comel
Jadi aku berazam, perlu dan mesti stop kan diri dari beli baju, tudung, seluar, kasut untuk bulan ni. Bulan depan akan difikirkan lagi huhuhu... :)
Itu sahaja karangan saya pada hari ini, jeless sangat tengok member blogger berupaya update setiap hari. Jumpa next entry, BYe :)
Tip Pengguna Tudung Bawal.
Saturday, May 26, 2012
23 comments
Bawal kembali.
Itulah yang terjadi selepas penat dengan fesyen tudung ekspress ala-ala langsir tingkap yang beraneka rupa tapi tetap cun walaupun ala-ala jendela berjalan. Okey berhenti merepek.. Pada peminat bawal, tapi bukan ikan bawal..mesti rasa leceh sangat nak betulkan/bentukkan tudung bawal anda supaya terletak stabil di atas kepala tanpa ada senget-senget, kelepek2..susahkan.ada yang tiup-tiup tudung tu untuk stabilkan dia. *Dilihat melalui pemerhatianku.
Aku adalah salah seorang yang susah sangat nak bentukkan tudung bawalku. Seperti gambar beberapa tahun yang lalu.
Itulah yang terjadi selepas penat dengan fesyen tudung ekspress ala-ala langsir tingkap yang beraneka rupa tapi tetap cun walaupun ala-ala jendela berjalan. Okey berhenti merepek.. Pada peminat bawal, tapi bukan ikan bawal..mesti rasa leceh sangat nak betulkan/bentukkan tudung bawal anda supaya terletak stabil di atas kepala tanpa ada senget-senget, kelepek2..susahkan.ada yang tiup-tiup tudung tu untuk stabilkan dia. *Dilihat melalui pemerhatianku.
Aku adalah salah seorang yang susah sangat nak bentukkan tudung bawalku. Seperti gambar beberapa tahun yang lalu.
Masa ni di USM, selekeh giler.
Macam ombak tudung aku apabila ditiup angin tapi still kelepek je tudung tu.
Jadi aku guna Kiwi Clean Starch, tak perlu guna lilin kerana lilin akan rosakkan kain bawal anda.
Bagaimana nak guna? Sembur macam pakai perfumes?
Caranya mudah je, sebelum korang iron tudung that mean masa tu iron dah dipanaskan. Sembur dekat kawasan kepala tudung...agar mudah korang bentukkan tudung tu.. Semburlah banyak yang korang rasa suka. Makin banyak makin keras kain tu. Tapi dont worry la, kalau korang basuh tudung tu, semburan itu akan hilang. Bestkan? tak ada kesan ponnng..
Serius dengan aku sangat menjadi. So fobia kepada bawal dapat dibuang..maklumlah bawal kembali. Ikan bawal semakin laku kak oiiii..
Sekurang-kurangnya tudung aku tak kelepekkkk sangat kenn.
Jadi bolehlah memperagakan bawal 3 tones. Tak lerr pemalas asyik nak pakai tudung segera je.
Cukuplah 3 tones, tak mau 100tones yang ala-ala tudung kena clorox tu kan. Ok ni je bagi pengubat rindu kat korang.
Sebenarnya entry ni dah lama pekasam kat save post, lama sangat tak repostkan.. Sekarang ni kerja bertimbun, rasa diri pun tak terurus, muahahaha.. Ok baii.. sambung wat keja lagikkk!!
Lain Style Lain Wajah.
Friday, April 20, 2012
8 comments
Saya adalah orang yang sama dalam gambar ni tapi ada member kata muka saya nampak berbeza dengan setiap gaya tudung yang berlainan. Nampaknya boleh menyamar lah lepas ni hahahaha.
Beza kan? cuma pipi je bam bam. Kena diet lagi! Member kata dah makin susut tapi aku rasa belum kurus-kurus lagi. Usaha lagi!
Baii.
P/s: mood malas nak update panjang-panjang sebab kemalasan dan kepenatan memerah otak buat agsimen yang berlambak tu.
![]() |
With shawl |
![]() |
bawal berambai-rambai |
![]() |
Shawl ala-ala pasmina |
![]() |
bawal berambai-rambai |
![]() |
Tudung express soft awning. |
![]() |
Soft awning pusing with my spex mata. |
Beza kan? cuma pipi je bam bam. Kena diet lagi! Member kata dah makin susut tapi aku rasa belum kurus-kurus lagi. Usaha lagi!
Baii.
P/s: mood malas nak update panjang-panjang sebab kemalasan dan kepenatan memerah otak buat agsimen yang berlambak tu.
Peminat Legging?
Wednesday, August 10, 2011
6 comments
Assalamualaikum..
Korang suka pakai legging?
Gilakan legging?
Kalau korang suka..better pakai kat rumah je.
Usahlah pakai kat orang ramai..
Ibarat korang tak berseluar..telanjang bogel je..sebab of course segala bentuk korang akan nampak..
Tengok artikal ni.
#tutuplah aurat dengan sempurna. Web tu bukan web jual legging.
k baiii!
Korang suka pakai legging?
Gilakan legging?
Kalau korang suka..better pakai kat rumah je.
Usahlah pakai kat orang ramai..
Ibarat korang tak berseluar..telanjang bogel je..sebab of course segala bentuk korang akan nampak..
Tengok artikal ni.
Malas nak bebel. Sila ke web ni to more info.
k baiii!
Memang Pelik Aku Pakai Macam ni.
Wednesday, August 3, 2011
2 comments

Serius, pelik aku pakai tudung macam gini. Muka double gemukk lagikk..
huarrggg.. huduh :(
Tapi, aku just testing jer..tak ada maknanya nak kuar dengan gaya macam ni hahaha..
p/s : korang mesti comelkan kalau buat tudung macam gini :)
k baiii.......
Tudung Di Akhir Zaman
Thursday, October 21, 2010
2 comments
Artikel ini aku dapat dari sosial network posting dan emel. Ingin aku kongsikan sebagai tatapan dan sebagai peringatan kepada diri dan taulan. Tudung fesyen sekarang memang bermacam-macam. So kita kena pandai nilaikan sendiri.
Pendapat Miss Farah ,
Bertudung? Anda bertudung sebab apa? Kalau sebab kewajipan dan kerana Allah Taala anda tahu sendiri cara menutup aurat. Kalau sebab tuntutan sosial itulah yang dinamakan hipokrit. Tapi apa2 pun tak semestinya bertudung sampai had lutut itu seseorang yang baik. Seelok-eloknya ubahlah dalaman anda dahulu dan diikuti luaran. Dalam dan luar biar sama2 ikhlas. Tak guna juga kalau kat luar sahaja nampak baik tapi dalaman berhati busuk dan berhasad dengki, alim2 kucing je orang macam ini.Ditekankan sekali lagi tentang tafsir al Quran ini..
Tujuan aku post semula artikel ini kerana tanggungjawab sebagai seorang muslim. Peringatan untuk diri sendiri dan kalian. Jika anda bersedia dengan teguran ini ambil la inisiatif untuk berubah tapi kalau tidak, sendiri tanggung ya...tepuk dada tanya iman!
Kita secara tidak langsung mungkin ada memiliki tudung begini. Betul tak? |
Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka. Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam, setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..
p/s: Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan, ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas. Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini, kita pula akan ditanya di akhirat nanti, adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t, "Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat ." (Surah asy-Syu'ara': 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir. Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak. Ingatlah, Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan, SALAM PERINGATAN..
Pendapat Miss Farah ,
Bertudung? Anda bertudung sebab apa? Kalau sebab kewajipan dan kerana Allah Taala anda tahu sendiri cara menutup aurat. Kalau sebab tuntutan sosial itulah yang dinamakan hipokrit. Tapi apa2 pun tak semestinya bertudung sampai had lutut itu seseorang yang baik. Seelok-eloknya ubahlah dalaman anda dahulu dan diikuti luaran. Dalam dan luar biar sama2 ikhlas. Tak guna juga kalau kat luar sahaja nampak baik tapi dalaman berhati busuk dan berhasad dengki, alim2 kucing je orang macam ini.Ditekankan sekali lagi tentang tafsir al Quran ini..
Ibubapa wajib mendidik anak berpakaian yang menutup aurat. Selain itu ia juga melatih dan mendidik anak-anak menjaga mata dan penglihatan daripada melihat yang haram dan maksiat.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30-31 :
- Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Tujuan aku post semula artikel ini kerana tanggungjawab sebagai seorang muslim. Peringatan untuk diri sendiri dan kalian. Jika anda bersedia dengan teguran ini ambil la inisiatif untuk berubah tapi kalau tidak, sendiri tanggung ya...tepuk dada tanya iman!
Subscribe to:
Posts (Atom)