Assalamualaikum..
Terasa rindu nak update blog comot dan berhabuk ni..
Jelez tengok orang lain update blog hari-hari.
Saya pun nak jugak!! tapi saya malas..ohh no aku tak malas cuma penat je nak update macam dulu-dulu.
Kepada adik-adik yang nak tutorial tu nanti bila kerajinan mengatasi segalanya akan diupdate tapi bila kemalasan mengatasi segalanya terbengkalailah blog ni.
Sebab blog ni jadi "rumah tinggal" sebab tuan punya blog ini sudah berkerjaya.
Dulu memanglah rajin mengadap laptop dan blogwalking tapi sekarang MAAP sesangat ye.
Aku kerja hari Isnin sampai hari Sabtu..8.30 pagi sampai 5.30 petang .. Walupun waktu bekerja office hour tapi badan dan otak aku memerlukan rehat untuk kekal pintar dan jelita muahaha..
Rasa macam tak bercaya pula dah sebulan aku kerja. Nasib baik aku tak buat hal..iaitu lari ..
Lari bukan bermaksud aku melarikan diri dengan jejaka Lombok untuk bernikah..bukan dan bukan sama sekali dan semoga dijauhkanlah.. Lari bermaksud meninggalkan pekerjaan itu kerana tekanan mental..hahaha..tapi kerja aku ni memang tak stess dan happy je. Aku bertindak sebagai Akauntan syarikat je. Cuma bermain dengan nombor je.. Aku memang suka matematik walaupun matematik aku cuma dapat B je dalam SPM..
Gaji pertama? Alhamdulilah dah dapat. Next gaji kenalah belanja seseorang sebab dah janji hahaha..
Aku fikir nak simpan ketat-ketat duit gaji aku sebab aku nak beli laptop baru untuk Masters nanti insyaallah. Simpan sikit dan yang selebihnya mintalah ayah support hehehe :)
Nak laptop warna
PINK!!
Nak laptop Apple tapi kena setahun kerja tanpa mengunakan gajilah hahaha...
Sony pun ok juga :)
Dell aku tak suka brand dia tapi kalau ada orang sudi hadiahkan ON je :)
Acer? Laptop aku sekarang pun Acer..nak tukar angin tapi Acer is good la.
Tak kisahlah apa..tapi nak PINK laptop cap ayam I tak mau ye..:))
ok baii..nak laptp 1000gb dia punya space ..ada ker? ofcourselah adakan..sebab nak letak gajah dalam laptop tu hahaha!!