Nur Kasih Pati Prun

Assalamualaikum.


Serius aku cakap aku tak pernah menonton filem Nur Kasih setakat entry ini di publish. Sebab tak minat..jauh sekali meminati dutanya..sorry to say ye.

Aku beli Nur Kasih Pati Prun ni pun sebab saja nak test power hahaha..Ok, sebenarnya begini, oleh kerana kat Guardian stock Inner Shine Pati Beri dah habis cuma prune camu-camu je ada..memang nak test yang camu-camu tapi hanya untuk 6 botol harga nak dekat RM40 terus tak sanggup nak beli sebab mahal ya ampunn..kang terketar-ketar tangan keluarkan duit!..lepas tu terus la try yang nur kasih pati prun..mana le tau kot bagus ke apa..ok beli je.

1 kotak mengandungi 6 botol Inner Shine pati berry.
1 botol 42ml.
Harga dalam RM20 something yes lagi murah dari cik Inner Shine Pati Berry untuk 1 kotak (6 botol) ni.

My Review:
 Yang BEST:
-Harga murah sedikit.
-Segala sisa toksin keluar dengan jayanya sebab aku baru try 3 botol je wei terus tercery berry tapi sekali je..baunya ya ampunnnnn bau toksin tau, lepas tu berminyak-minyak eyekkkk rasa jijik pula kan.
-Perut rasa flat je tau..suka!
-Badan rasa "ringan" je.
-Sangat baik untuk nyahkan segala toksin dalam badan korang sebab toksin ni lah penyebab utama supplement yang korang amalkan itu tidak berkesan so buang toksin dulu tau.
-Aku yang pernah makan jenama %#@!*!* untuk buang toksin tak macam aku rasa makan yang nur kasih pati prun ni tau...maknanya pati prun yang ini lagi hebat la ye.


Yang TAK BEST:
-Masa mula-mula aku minum aku rasa tak sedap! dan dalam fikiran aku.."patutlah murah sebab tak sedap"
-Tak berapa rasa pati sebab macam mix gula banyak sangat..manis sangat dan terpaksa teguk air kosong lepas minum pati prun ni.
-Agak cair dan tak berapa nak pure.

Kesimpulan:
Kalau rasa makan banyak supplement tapi tak berkesan juga better korang beli pati prun ini bagi buang toksin dulu, minum je 2x sehari or lebih. Dari segi rasa memang aku tak suka tapi dari segi keberkesanan ini aku sangat suka! Untuk minum sebulan sekali pada aku memang bagus (if tak mempunyai bajet besar for supplemant). Cubalah! pada aku memang berkesan pada korang aku tak tahu! itu tanggungjawab memasing kang terjadi apa-apa itu bukan tanggungjawab aku tau! I cuma share sahaja!

 rating 9/10

Kat mana nak beli?
Watson dan Guardian atau farmasi-farmasi lain. Supermarket maybe ada kot!

 Korang ingat, korang je boleh buat duck face, I pun boleh tau!

ok bye!


 Nak review free? click here!

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH