Hari ni bermood nak update entry. Pekasam saja blog ini dibiarkan berhabukan dek waktu.
Aku suka sangat baca entry kawan-kawan blogger tentang travel, shopping, review produk, kecantikan, resepi, makan-makn dan macam-macam lagi.
Maybe ada pembaca yang beranggapan bahawa bila seseorang itu shopping some barang or makan-makan sedap dan update entry dia fikir macam nak menunjuk or show off tapi itulah yang orang suka baca dan belek. Betul tak? tak bestlah entry kosong tanpa gambar menarik dan tertarik ye dakk? Baca paper pun mesti ada gambar baru menarik- hitam putih je maka putihlah bijik mata nak membacanya.
Hari ni kita nak update pasal produk kecantikan yang digunakan untuk kekal cun melecun sepanjang zaman hehehe. Suka tau benda-benda macam ni. Macam aku, aku tak gunakan produk yang mahal-mahal sebab memang tak mampu nak beli yang beribu raban punya brand tu dan kedua aku selesa dan sesuai dengan produk yang aku gunakan ni dan ketiga mudah didapati.
Ketiga syarat itu sangat penting buat aku untuk beli produk kecantikan. Dan aku paling titik beratkan adalah produk itu adalah original, bukan cap ayam. Memanglah dengan bayar RM30 boleh dapat satu palet shadow yang beraneka warna tapi cap ayam walaupun brand "Mac", "Channel" or apa-apa brand beribu-raban yang di "local"kan. Anda faham kan? Tak logic bila Mac sepelet besar tapi bayar RM50 wahhal berus Mac je pun dekat RM100. So benda ni akan bagi kesan jangka masa panjang so belilah produk yang original walaupun jenama tak se gah brand antarabangsa, kalau berkemampuan tak salah beli produk original kan?
Ini bag make-up aku. Future MIL yang bagi, eh eh eh..sorry. Macam tau je aku memang adore pada pink colour. Semua nak pink, lappy pink, camera pink, Ipad casing pink all is PINK!
Benda asas yang aku gunakan untuk skin care luaran ialah OLAY! Memang aku pakai Olay dari form 5 lagi. Hari tu, tertukar aka curang dengan cik Olay, makan jerawat berketul naik. Maka balas dendam dengan membeli cream siang dan malam. Untuk cream siang aku pakai hari-hari, di malam hari pakai cream malam. Untuk keluar
Kan kita cakap, kita memang tak pakai barang mahal-mahal cuma pakai bedak compact Pixy dan Temulawak je. Janji beli yang original. Beli kat My Din je pun. Temulawak murah gila RM12.90 dah boleh dapat, pixy tak hengat pula berapa sebab selalu repeat beli Temulawak je hehehe. Sebelum ni ada juga pakai Simply CT, Maybelline dan In 2 It tapi tengok sama je bila pakai temulawak. Benda tu harga RM50 ke atas semua so I choose yang murah dan sesuai dengan kulit muka I ni. Aku memang prefer pakai Temulawak sebab kemasan bedak dia setanding jenama sebelum ini yang aku gunakan. Tapi kalau korang banyak duit tak salah beli yang mahal-mahal..aku pun tak kisah kalau korang nak hadiahkan hehehe.
Ini je koleksi lipstick aka gincu aku. Serius aku memang paling sesuai dengan jenama Nutrimetic je. Empat dari kiri adalah semua Nutrimetic. Best tau pakai brand ni sebab tak hitamkan bibir, ada vitamin E dan kolegen so bibir tetap mungil tanpa lipstick dan kekal kemerahan gitu. Walaupun aku ahli Nutrimetic tapi aku tak jual tau, korang pi la beli kat kedai Nutrimetic. Avon pula ada orang yang bagi, bolehlah pakai tapi kena letak Nivea lip balm, sedap tau perasa Cherry rasa nak makan je. Lip gloss pula tak selalu guna- malas, guna bila ikut mood je. Beli brand Essence- boleh didapati di Guardian dan Watson.
Ini adalah koleksi untuk mata I yang sepet macam Korean girl tu. Dulu pakai Simply CT untuk gel eyeliner tapi guna Maybelline lagi smooch hehe. Pensel eye liner aku suka Silkygirl, pen eyeliner in2it, untuk eyebrow aku prefer guna missrose dan babyblue. Semua boleh dapat di Watson or Guardian. Missrose boleh beli kat kedai jual make-up dan jamu. Pastikan ori baru beli hehehe. AKu selalu pakai yang gel eyeliner dan Silkygirl punya pensil eyeliner. Bestt wooo.
Serius wooo, ada satu je blusher tu pun jenama Nutrimetic juga. Aku paling berkira nak beli benda ni sebab benda ni lambat sangat habis. Rugi kalau beli lebih daripada satu hehe. So pakai sampai licin baru boleh guna sebab takut expied date pun masih tak habis. Kan dan membazir namanya tu. Aku suka warna pink natural..tak la nampak macam badut je kan..hahaha.
Benda ni pun aku berkira juga nak beli. Memang lambat habis. Beli warna yang selalu pakai je pun. Malas nak beli yang berdosen warna. Pakai baju pink, shadow hijau pun aku peduli apa kan??
Kat Watson dan Guardian belambak jenama Rimmel London ni. Naik jemu menuggu benda ni habis. Nak test color lain lak. Sorrylah, stock make-up aku kebanyakan kat Watson dan Guardian je sebab jenama cikai je ponn, tak mampu nak beli brand butikk u olls.
Set penjagaan untuk kekal segar dan wangi. Asalkan aku bahagia, kau orang peduli apa.
Aku memang suka perfumes. Original perfumes from Live Luxe Jennifer Lopez dan Fantasy by Britney Spears. Nampak tu semua selebriti gitu. Berazam ingin habiskan semua ini baru tangan gatal nak beli yang baru. Avon pun aku suka, suka letak dalam handbag sebab dia 50ml je. Sembur je bila bau badan dah ehem ehem hahaha. JL punya memang bau nyaman dan Britney so sexy n sweet gitu.
dan untuk skin care dalaman adalah
-
-
-
-
-
-
=
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ok sampai di sini sahaja perkongsian aku untuk korang. Jumpa next entry ye! Bye..
p/s: Produk ni hanya sesuai dengan kulit aku, so kalau korang tak sesuai tak usahlah ikut ye.
Kan aku cakap aku natural je, tak suka make-up tebal-tebal macam badut hehe. |