Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog yang aku sayangi.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman menarik tentang tips kurangkan muka berminyak selepas bangun tidur.
Sebelum ini aku mempunyai masalah kulit berminyak selepas bangun tidur. Aku dapati kulit aku sangat berminyak dan mudah untuk ditumbuhi jerawat.Hal ini kerana, kulit kita mulai kehilangan lebih banyak air bila
hujung hari (dan pada waktu malam), ini akan menyebabkan penghalang
kulit menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan kehilangan air
dan melindungi kulit. Jadi, inilah yang menyebabkan kulit korang nampak
berminyak pada waktu pagi.
Cara untuk mengelakkan kulit muka kita berminyak dan berjerawat, kita perlu meningkatkan kelembapan kulit muka. Cara yang paling bagus dan berkesan untuk
mengurangkan kulit berminyak ialah dengan menggunakan produk yang sesuai.