Tips Memilih Hamster

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJtwvXpA9WcXsQs6nVq9lon7ziU93HqPR98jQUisn5A0R-o2tPgDLHoLU82UNVxLo-MHchIvUxXPNEBwrw7WqmZhTjciszmfPzLDFx8PX4rWewo1fAdmJ5Bbp6g9izm9iwNRwrAvZCJk0/s1600/591504_hamster.jpg

Kepada sesiapa yang teringin nak bela hamster perlu buat penilaian sebelum membeli. Takut bila dah beli jadi tak suka pula. Anda kena tahu jenis-jenis hamster sebelum memilikinya. Nanti kena tipu pula dengan tuan kedai. Kalau kat pet shop, kita tanya ok tak hamster ini.? mengigit ke tak? of course tuan kedai kata "baik, hamster ini bagus dan bla2"...lepas beli..bawa balik rumah..terus jadi tak suka sebab hamster itu liar sangat dan mengigit. Kalau nampak liar tak apa, tapi kalau dah mengigit itu yang tak tahan tu. Aku pun tak sanggup..betul tak? Di sini aku nak bagi tip sebelum membeli hamster. Ini melalui pandangan dan serba sikit research aku...

1. Pastikan hamster apa yang anda nak beli. Jenis yang kecil atau yang besar. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kalau nak besar jenis Syiria. Kalau nak yang kecil jenis cambell, winter white, robosky dan lain2.

2. Kena pandai nak mengenal antara jantan dan betina. Info sila klik sini. Aku pernah terkena dulu. Masa tu aku pakai hentam je nak beli hamster. Aku kata nak sepasang hamster winter white tapi oarang kedai itu bagi yang jantan. Patutla tak beranak-ranak..hehehe...so kena tahu!

3. Masa nak pilih  hamster itu, anda kena la pegang-pegang hamster itu. Tengok reaksi dia. Kalau dia macam "dingin" cari la yang "mesra". Ambil masa untuk berinteraksi dengan bakal hamster anda. Tapi janganla sampai berjam2. Nanti muak pula tuan kedai. ( muak kalau tak beli )

4. Cari hamster yang aktif, jangan yang lembab. Maybe yang lembab itu sakit. Nanti mesti bosan kalau dapat hamster lembab aka sengal.

5. Lepas beli itu kena la beli cage dia. Nak tengok cage menarik? Klik sini


p/s pastikan bajet anda cukup! kelengkapan hamster memang mahal..

Istana untuk Debu dan Demok

=====> ni sangkar lama dia..
====> ni sangkar baru mereka..comel x??
  • Hamster memerlukan tempat yang sesuai untuk hidup..
  • Mereka memerlukan sangkar yang selesa dan dilengkapi dengan alat permainan seperti roda posing untuk beriadah..
  • Masa aku mula2 beli Debu dan Demok aku hanya letak dalam bekas kecil, lepas tu aku tengok mereka macam tak selesa dan memerlukan persekitaran yang luas, aku buat pelaburan untuk membeli cage atau sangkar yang sesuai untuk mereka.
  • Sangkar cute tu berharga RM27, yang berwarna ungu.
  • Aku pilih istana dua tingkat untuk Debu dan Demok. Dalam cage tu ada rumah kecil, roda pusing, botol minuman dan bekas makanan..Mereka asyik naik turun je ke tingkat atas..cute sangat mereka..hehehe...
  • Mereka amat gembira bila dapat rumah baru..habis setiap penjuru mereka jelajahi.
  • Haaaa lupa pulak nak bagitahu pasal Combi dan Combo,aku beli mereka lepas beli cage baru untuk Debu dan Demok.
  • Mesti orang tertanya2 kenapa aku beli mereka, sebab utama Debu dan Demok ni dua2 betina..so nak merasa jugak ada cucu..huhuhu..so aku beli Combo dan Combi.
  • Lepas ni aku cerita tentang perjalanan Combo dan Combi ke Terengganu..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH