Sila Pergi Jauh-jauh Penyakit Tension.

Assalamualaikum..

Student life memang best tapi kena alami ketensionan, tapi selepas fasa itu anda kembali senyum..
Walaupun masa kesuntukan tapi tetap update blog sebagai penghibur lara..tetap juga update fb status. Sebab itu adalah sumber hiburanku. Bila bosan sila update status fb, untuk meluahkan segala ketidak enakan perasaan sila juga update blog. Adakah aku telah menjadi blogger tegar?

Ok, sebenarnya badan, otak, semangat dan semua dalam fasa kepenatan aka keletihan. Tadi pukul 2.30ptg mengelilingi satu UKM, nak cari buku. Then, pergi kuliah pukul 8.00 malam sampai 10.malam. Memang setengah hari kat fakulti sahaja, tak balik-balik dari pukul 2.30 sampai pukul 10 malam. Kaki memang penat. Perut lapar, lepak dengan member kat cafe sampai pukul 11 malam. Balik mandi, solat dan tertiarap mengadap lappy. Penat satu badan tapi still nak membebel kat online diary nih.

Tadi hantar agsimen. ohh lega sebab setakat nih dah 3 agsimen dah settle. Rupanya baru nak rasa lega datang lagi satu agsimen dari subjek yang sama. Ohh parah dah la kena presentation lagi. Uhhh.. Bila dikira ada 5 lagi kerja belum settle. First, ekonomi local and pembangunan, kena buat dua kerja lapangan, proposal, report dan presentation. Then, falsafah dan teori pembagunan- paling takut sebab kena presentation depan budak-budak yang ambil PHD sekali, mereka dah la expert2..then kena tulis agsimen juga, lepas tu projek untuk pembangunan lestari, kena buat projek dan presentation and paper work..lagi wacana belum diberi lagi tajuk agsimennya..maybe next week. Ohhhh..berat sungguh dugaan ini dan mungkin ada lagi kerja.

Otak rasa sangat tepu bila fikirkan semua itu. Penyakit tension datang, rasa sangat berat 10kali ganda daripada ambil degree dulu. Of courselah lagi tinggi, lagi beratlah kerjanya... Baru je planning next week nak balik kampung nak uruskan tentang bantuan kewangan. Hurrmm tak ada rezeki kot, tapi hope dalam minggu ni dapat settlekan benda yang menyakitkan kepala otak nih.



Aku rasa maybe rambut aku jadi macam nih kot kalau hidup dalam ketensionan nih. Ohh silalah kau pergi jauh-jauh. Ok, nak rehat sekejap dan nak baca buku motivasi " Nak ke Tak Nak" oleh Dr. Hm Tuah Iskandar. Semoga diriku termotivasi. Ayuhh chayokkk.


Yakin boleh, insyaallah berjaya!!!

Suka menulis diary?

Salam semua!
Ramai juga yang suka menulis diary tapi fungsi diary telah berubah kepada public diary iaitu blog2 dan sewaktu dengannya.  Tapi tak semua perkara yang berlalu dalam kehidupan kita perlu diceritakan semua. Amat tak sesuai ye..bak kata orang takkan hal dalam kain pun nak publish kat orang..
Dulu aku ada juga menulis diary tapi bila lama tak menulis aku bakar je diary itu. Malas nak simpan-simpan sebab takut orang lain jumpa terus baca, pecahla rahsia hatiku! Aku akan  menulis diary kalau betul-betul sedih dan tiada tempat mengadu. Lepas luahkan di dalam diary terus puas! sebab dah tak terbuku dalam hati.
Sekarang ini aku ada diary juga tapi diary berkunci! diary ini di dalam laptop! Diary ini bukan online ye jangan risau..dia offline tapi kalau nak share boleh juga :)
Kita kena letak password kalau nak open dia seperti ini :
tak tahu password tak boleh open. Diary ini sesuai untuk komputer peribadi sahaja! harap maklum.
Diary ini lebih kurang macam microsoft word tapi berbentuk diary..amat bagus. So lepas ini kamu tidak la perlu risau nak sorok diary sebab dia ada dalam laptopmu..tapi jangan la bagi tahu password kat kekawan pula..hehehe..
Aku gunakan Efficient Diary..memang efisen. Aku tak selalu menulis dalam diary aku ini tapi kalau tengah bengang, marah dan apa-apa sewaktu dengannya aku pun menaipla kisah aku dalam diary ini.

Inilah rupa diary yang aku maksudkan. Nak mencuba diary ini. Jom download di SINI
Nanti menulis la diary ini sampai lebam tangan itu opps silap bukan tulis tapi taip! hehehe...:)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH