Aku tak pernah jumpa manusia bermulut keji macam itu..
percakapannya semua keji! patutlah Allah bagi engkau macam itu sebab mulut engkau!!
tak pernah insaf dan tak pernah nak muhasabah diri!!
tak guna nampak alim di luar tapi mulut dan hati TERUK!
Semakin hari kena la semakin baik tapi tidak engkau..
kalau aku ini teruk sekali pun aku tak pernah cakap macam itu sampai tinggalkan bisa di hati orang!! kalau tanpa sedar aku tak tahu la..tapi engkau bukan lagi dalam tak sedar..sebab dah banyak kali! kadang-kadang macam disengajakan sahaja..
Ingat kalau engkau berdosa dengan Allah insyaallah kalau bertaubat Allah ampunkan..tapi kalau dengan manusia? engkau ada minta maaf? tidakkan..
sebab engkau hanya fikir diri engkau betul..diri engkau warak dan sempurna tapi engkau hanya pandang orang sekeliling engkau macam hanjing!! macam bangkai yang selalu busuk di mata engkau!!
Bila ditegur engkau tak mahu ambil tahu tapi tetap menegakkan benang yang basah!
aku tak tahu la siapa yang boleh menasihati engkau!kalau dah karat itu memang susah nak buang..tambah-tambah kalau hati dah karat!! kalau insaf pun sehari dua..lepas itu mula panah racun kat hati orang!
Aku pelik sangat kalau hanya benda kecil, hati engkau boleh kacau atau jiwa kacau..kenapa ye?
Hati engkau tak tenteram kenapa ye? Jiwa engkau rungsing kenapa ye?
Aku ini kalau nak ikutkan lagi kacau sebab aku belum dapat job lagi!! masih duduk rumah lagi!! tapi aku enjoy dengan diri aku...aku tenang!! aku aman..alhamdulilah..tapi kenapa benda kecil kau nak besarkan sampai menyakitkan hati orang lain!sebab kau jiwa kacau..
Bila di pandang dengan mata kasar,,kau beribadat siang malam! wajib buat..sunat pun buat!
Tapi kenapa jiwa engkau masih kacau? masih lagi tak tenteram? hati kau tak tenang?macam mana tu?
Engkau fikirlah sendiri...mungkin masih ada khilaf yang kau buat..dosa dengan manusia jangan nak main-main..kalau orang yang engkau sakiti itu masih hidup, engkau boleh minta ampun ( itu pun kalau engkau sedar ) tapi kalau orang itu dah mati?macam mana? sendiri mahu ingatlah!!
Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya!
SOMBONG ?
Thursday, October 28, 2010
Leave a Comment

Bersyukur merupakan perkara yang wajib perlu ada dalam diri manusia.
Manusia yang tak tahu bersyukur adalah manusia yang sombong. Bukan sahaja sombong dengan manusia tetapi sombong dengan Allah.
Orang yang tidak bersyukur ini merupakan orang yang tak tahu untuk berterima kasih ke atas jasa dan kebaikan orang ke atasnya. Hanya yang dia tahu mempertikaikan apa yang orang buat ke atas dirinya. Sungguh angguh manusia seperti ini. Betul!! Kerana mulut manusia terjadinya dosa dan kerana mulut juga manusia masuk neraka. Seperti sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah."
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah."
Jadi perlu ingat..jangan sombong.
Apa yang terdetik dihati akan diluah ke mulut. So kena bersihkan hati anda. Ada sesetengah orang itu sembahyang tidak tinggal, mengaji Al-Quran setiap hari, dan berzikir tapi hatinya masih tidak tenang. Kenapa? Mesti ada yang tidak kenakan…so muhasabah diri anda…mesti ada kurangnya dan mesti ada silapnya..Macam mana nak tahu..ingat apa perkara yang pernah kita buat dahulu. Manusia kalau berdosa dengan Allah..Insyaalah akan di ampun oleh Allah kalau kita bertaubat kerana Allah Maha Pemurah dan Pengampun. Tetapi kalau kita berdosa dengan manusia macam mana?
Haa jawapannya hanya akan diampunkan dosa kita kalau kita meminta ampun kepada manusia itu tapi kalau manusia itu tidak mengampunkan kita…sepanjang hayatla kita berdosa…berhutang la dosamu di akhirat kelak!
So di sini mulut perlu dijaga. Kerana mulut juga badan binasa. Sebab lidah manusia lebih tajam dan bisa daripada mata pedang. Kerana lidah itulah fitnah berleluasa.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)..
Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya: "Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."
p/s semoga kita dijauhkan dari fitnah dan menfitnah…
Janganlah membodohkan dan memperbodohkan diri.
Friday, October 22, 2010
3 comments
Tajuk yang macam emo je..
Aku tengah emosi? no no no ...tidak..
Aku cuma emo dengan orang-orang yang suka membodohkan ( ada ke dalam tatabahasa ) dan memperbodohkan diri.! sungguh emo walaupun ia bukan berlaku ke atas diri sendiri.
Adakah orang-orang yang suka jadi kerbau ditarik telinga ini bodoh? Bukan bodoh atau terancat akal tapi bebal sebab membodohkan dirinya. Kenapa terlalu jahat entry ini Miss Farah..? Tidak.. Kalau tak suka jangan jejaki blog ini..OK! Kenapa? Kenapa aku tulis tajuk entry macam ni ek? Sebab isu ini la..Isu apa? entah! begap! ( bukan engkau la labi! tapi labu! )
Isu membodohkan diri sendiri atau sewaktu dengannya adalah satu isu yang ada dalam masyarakat kita sendiri.
Aku pelik sangat la kalau ada girl tu sanggup membodohkan dirinya kerana cintanya kepada seorang lelaki. Sanggup buat apa sahaja, sampaikan duit pun berhabis sebab lelaki, dah la duit habis, body pun mungkin melayang!. Tapi lelaki itu macam han**** dia layan girl itu. Tak cukup dengan itu sanggup dengar cakap lelaki itu...suruh itu dia buat then suruh ini dibuat..Wei kenapa ni ha?? dah kena ubat bodoh2 ke ( bkn guna2 ). Then dengan kawan pun dia kena buli..ish2..macam cerita gadis lurus tiang macam bawang putih bawang merah je...penonton pula rasa nak lempang mak tirinya!
Aku tak suka sekali kalau ada girl terlalu taat pada bfnya ( heii! dia belum tentu jadi suami ko la! lagi pun dia bukan suami ko! jangan jadi bodoh ).
Contoh : Gadis A : Kenapa tak makan ni?
Gadis B : Aku diet la.
Gadis A : Kenapa pula? Ko kan dah ok macam ni?
Gadis B : Pakwe aku suruh diet..dia tak suka aku gemuk.
Gadis A : Kalau ko gemuk kenapa?
Gadis B : Dia tak nak jumpa aku lagi.
Ok! Disini sudah terang lagi bersuluh yang bf si gadis B ini memang tak ikhlas ye. Sebab dia tak dapat nak terima perempuan itu seadanya. Kalau ada orang nak berkawan atau berteman dengan anda mengenakan syarat anda perlu blah je..Jangan memperbodohkan diri anda! Kalau dia itu memang dah jadi milik anda contohnya suami anda, lain ceritala..mungkin dia inginkan kesempurnaan seorang isteri walau hakikatnya manusia memang tak sempurna..lagipun isteri perlu berhias untuk suami..betul tidak? Ini belum lagi kahwin dah pandai nak ubahsuai cakap muka hitam la, jerawatla, kurus sangatlah, gemuk la..itu tanda dia tidak ikhlas..tinggalkan sahaja orang macam ni..berlambak lagi yang lain.
Lagi.......aku memang tak suka sangat perempuan yang terlalu murah harga cinta..suka lelong cinta..ok! itu perbuatan hampas lagi begong ye..maaf terkasar bahasa..saya hanya memberi pendapat!
Pantang je bila lelaki itu puji..eh awak cantik?dah la berangan macam dalam filem hindustan..sebenarnya ia bukan pujian tapi jerat..jerat percintaan..uh uh uh!
Lagi satu..( sebenarnya banyak lagi nak tulis )..janganlah anda merendahkan diskaun untuk orang mendapatkan cinta..bukan aku suruh jual mahal sangat sampai tak laku tapi jangan jadi murahan! Jangan baru kenal dah terima cinta..Itu macam terdesak je ! Dan janganlah terpedaya dengan lelaki yang panggil "sayang", rindu, dan jiwang karat itu. Itulah modal murah untuk membeli cinta..lojik ke kalau kenal beberapa hari dah cakap itu semua..sengal..! So ambik masa untuk menilai seseorang itu...
janganla menjadi minah perasaan..hei! takkan orang itu jeling dan tengok engkau, engkau dah kata dia suka kat engkau.........
Motif entry ini!..tolongla jangan merendahkan martabat dan maruah anda..letak la ia ditempat yang sepatutnya..jangan sampai dipijak2! Jangan sampai menjadi ejekan orang!..bukan ditujukan untuk sesiapa! maaf kalau dah terkunyah cili! Dan lagi satu! Kalau kita tahu ada orang nak mengunakan kita janganlah asyik ikut telunjuk orang itu!! wei jangan la bendul sangat..tak guna ada pelajaran kalau nak membantah pun takut.. Perlu berani memperjuangkan hak diri! Jangan jadi kerbau yang disuruh membajak sawah.. ;)

Pilih Kasih
Wednesday, October 20, 2010
3 comments
Pilih Kasih? Ini bukan rancangan realiti tv tapi ini tentang kehidupan.
Ada ke yang tak tahu maksud pilih kasih.? Nanti aku bagi tahu...Pilih kasih atau pilih bulu bermaksud seseorang yang membezakan perhatian dan rasa kasih sayangnya di antara satu sama lain atau tidak adil. Contoh, kamu ada seoarang adik tapi semua perhatian ibu dan bapa semua ke atas adik kamu dan apa yang adik kamu nak semua dapat tapi tidak kamu..itulah pilih kasih..atau seorang suami yang beristeri dua, hanya melebihkan isteri muda berbanding isteri pertamanya..semua perhatian hanya kepada isteri barunya.
Tapi orang yang dipilih kasihnya mungkin berasa bahagia tapi kalau orang yang dibuang kasihnya mesti rasa sengsara. Kadang-kadang sifat ibu bapa juga begitu kerana mereka pun juga memilih kasih..ada anak yang sayang dan ada anak yang kurang sayang walaupun dimulut mereka kata sayang semua sama rata tapi!! layanan amat berbeza..kalau yang disayang macam-macam sanggup, take care lebih la dan macam2 la melebihkan anak itu tapi yang kurang disayang ambil berat pun tidak.
Anda pernah mengalaminya?
Pilih kasih ni bukan setakat tertumpu pada institusi keluarga sahaja tetapi dalam masyarakat juga.
Pengalaman aku?
Ini bukan mengaibkan sesiapa tetapi hanya sebagai pedoman sahaja.
Masa itu aku di sekolah menengah ( form berapa tu secret la ). Aku diberi tugasan untuk buat presentation. Cikgu ( cikgu lelaki )tu dah bagi aku masa ( dia dah tetapkan 2 minggu lagi akan present ), sebelum aku present tu ada 2orang lagi akan present.
Pada hari itu, memang giliran kawan aku present. Tapi dia kata tak dapat present sebab bahan dia tak cukup, then cikgu tanya seorang lagi..dia kata tak siap lagi..then kena kat aku. Aku kata aku dah siap tapi tak prepare lagi dan tak lengkap lagi. Cikgu tu kata suruh aku present. Nak tak nak terpaksa la. Lepas aku present tu cikgu itu boleh kata aku punya bahan tak cukup lengkap la, itu la ini la. Pastu boleh dia kata kalau lecture dia ( masa dia belajar dulu )tengok paper work aku, lecture dia akan koyak2!!
Wahai sang cikgu..dulu awak suruh saya present 2 minggu lagi tapi kenapa sekarang awak suruh?
Lepas itu kenapa awak tak marah yang student yang 2 orang lagi tu? Kenapa awak nak marah saya depan kawan2 1 kelas? Itulah yang terdetik dalam hati aku. Aku rasa nak nangis je dalam kelas sebab kena marah dah la jelingan mata dia macam nak makan orang sahaja!
Di sini jelaslah bahawa dia pilih kasih!!Yang peliknya 2 orang student kesayangan dia langsung dia tak marah dan dia hanya boleh cakap "tak apa" tapi bila kena kat aku macam nak meletop marah kat aku!
Aku tahu la yang seorang lagi tu ada skandal dengan engkau! dan seorang lagi tu gedik nak mampus!
so aku ni yang "tak pandai nak mengoda" jadi mangsa la!
Pada cikgu-cikgu yang kat luar sana tu janganlah pilih kasih kat murid-murid anda ok! Tak berkat duit gaji anda..
Dan lagi satu, aku pelik sangat, masa itu bukan cikgu yang sama ye..cikgu itu bila pelajar lelaki dia akan ketuk kepala pelajar dengan buku kalau tak siap homework tapi kalau pelajar perempuan dia cubit lengan. Hahaha pelik macam gatal je nak sentuh student perempuan dan yang pasti cikgu itu adalah LELAKI!!
Sebenarnya pilih kasih ni antara langsung atau tidak langsung merupakan ranjau kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap insan.
Pada ibu bapa di luar sana, janganlah anda membezakan kasih sayang di antara anak-anak anda. Walau berapa anak anda, walau apa jantina anak anda, walau pandai atau kurang pandai anak anda, walau apa-apa sekali pun anak anda..janganlah membezakan kasih sayang anda kepada anak-anak anda. Contohnya, kalau nak bagi atau beli something janganlah yang tersayang sahaja di kotak fikiran anda tapi biarlah semua. Jangan ada yang terasa hati akan tindakan anda. Kerana, mungkin nanti mereka juga akan membeza-bezakan kasih sayang mereka terhadap anda. Tidak hairanlah kalau ada 10 orang anak tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab ke atas anda, bila anda sudah tidak mampu untuk hidup seperti biasa ( sakit ). Perkara ini bukan ilusi tapi ia adalah realiti hari ini.
Kepada cikgu-cikgu, tak kisahla cikgu apa sekali pun. Anda diberi tugas oleh Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia untuk mengajar anak bangsa kalau tidak dari KPM pun ia adalah tugas dan tanggungjawab anda sabagai seorang pendidik. Mereka adalah tanggungjawab anda. Jangan makan gaji buta. Ajarlah dengan ikhlas, tapi jangan hanya nak pilih bulu je!
Dan kepada semua pihak dan diri sendiri...jadilah yang terbaik walaupun kita semua ada kelemahan. Lengkap-melengkapi itu penting untuk menjadi baik!..
Sharing is Caring..

p/s entry aku ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa. tetapi sebagai nasihat. Bagi yang makan cili itu sememangnya terasa pedas. Kalau dah pedas minum la air.
Mengaibkan? Mengumpat? Ghinah?
Monday, October 18, 2010
Leave a Comment
Kenapa manusia suka membuka aib orang lain...
Bagus ke kalau seorang uztaz menceritakan aib menantunya yang baru lepas bersalin? Dah la mengajar mengaji tapi menceritakan pulak aib menantunya di depan khalayak ramai...
Tak kan tak tahu hukum?

Rasulullah bersabda: Dari Anas radhiyallahu, ketika aku (Rasulullah) dinaikkan (mi'raj), aku melewati suatu kaum yang mempunyai kuku dari kuningan, mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka sendiri, maka aku (Rasulullah) berkata: Siapa mereka itu, wahai Jibril? Maka Jibril pun menjawab: Mereka itu adalah orang-orang yang memakan daging manusia (membicarakan aib) dan menyentuh kehormatan mereka" (HR Abu Daud).
Janganlah kita menjadi seperti orang yang macam ni...
Sucikan hati bersihkan jiwa!
Dosa Umpat Kekal Jika Tak Diampun Mangsa :
MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).
Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah bermaksud : " Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:
• Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.
• Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.
• Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.
( Oleh Wan Marzuki Wan Ramli )
Cinta atau Cinta Paksa.
Friday, October 8, 2010
Leave a Comment

Cinta, bukan jawapan objektif perlu kita tanda sama ada A, B, C, dan D..
Mungkin kalau ada answer sampai Z pun tak ada yang benar-benar mengungkap pasal CINTA.
Cinta merupakan perkara atau meaning subjektif yang mempunyai definisi yang berbeza setiap orang.
Hari ini aku nak menaip tentang cinta antara lelaki dengan perempuan. Meaning is COUPLE?
You have couple? special girlfriend or boyfriend?between boy and girl?
OK! Macam mana kalau ada seseorang itu suka pada anda tapi anda tidak suka kepada dia?
Anda masih melayannya?
Atau buat tak tahu sahaja?
Atau you say " saya tidak berminat dengan awk, tak ada feeling dengan awk, so good bye!"
Di sini perlu ditekankan kalau awak, anda, kalian tidak suka, tidak ada perasaan tidak perlu la berpura-pura say i love you babe!
Jangan kerana tidak sampai hati, diri sendiri merana.
Tak suka cakap tidak suka.
Kalau suka on je!
Jangan nanti lepas ni tidak bahagia sebab terpaksa bersama dengan orang yang anda tidak CINTA!!
ha..kalau masa bercinta boleh la minta putus kalau dah kawin takkan nak minta cerai..amat berdosa..bergegar tiang Arash!
So sebelum kita buat keputusan kena la fikir masak-masak..
Jangan nanti kena "masak" pulak..
Duit boleh dicari tapi kalau hati tak bahagia macam mana nak beli kebahagian di kedai?
Ada ke jual? Doreamon ada la!hehehe..
Entry aku ni bukan untuk ditujukan kepada sesiapa tapi aku write berdasarkan apa yang berlaku di depan mata dan belakang mata untuk dijadikan pedoman di masa akan datang.
Jangan terlalu ikut hati nanti "mati"..
Jangan terlalu ikut rasa nanti binasa..
Kalau dah binasa, rosak la semuanya!!
Dan! kalau cinta memerlukan kedua-dua pihak! Maksudnya 2hati yang dipersetujui bersama..
Kalau dah paksa2 ni susah..
So fikirkanla..

P/s Kalau cinta itu memang milik mu..pasti dia akan datang! Usah kau buru, usah kau kejar kerana dia ada di dalam dirimu...
Subscribe to:
Posts (Atom)