Pilih Kasih

http://media.vivanews.com/images/2008/12/30/61923_tunjangan_anak.jpg


Pilih Kasih? Ini bukan rancangan realiti tv tapi ini tentang kehidupan.
Ada ke yang tak tahu maksud pilih kasih.? Nanti aku bagi tahu...Pilih kasih atau pilih bulu bermaksud seseorang yang membezakan perhatian dan rasa kasih sayangnya di antara satu sama lain atau tidak adil. Contoh, kamu ada seoarang adik tapi semua perhatian ibu dan bapa semua ke atas adik kamu dan apa yang adik kamu nak semua dapat tapi tidak kamu..itulah pilih kasih..atau seorang suami yang beristeri dua, hanya melebihkan isteri muda berbanding isteri pertamanya..semua perhatian hanya kepada isteri barunya.

Tapi orang yang dipilih kasihnya mungkin berasa bahagia tapi kalau orang yang dibuang kasihnya mesti rasa sengsara. Kadang-kadang sifat ibu bapa juga begitu kerana mereka pun juga memilih kasih..ada anak yang sayang dan ada anak yang kurang sayang walaupun dimulut mereka kata sayang semua sama rata tapi!! layanan amat berbeza..kalau yang disayang macam-macam sanggup, take care lebih la dan macam2 la melebihkan anak itu tapi yang kurang disayang ambil berat pun tidak.

Anda pernah mengalaminya?
Pilih kasih ni bukan setakat tertumpu pada institusi keluarga sahaja tetapi dalam masyarakat juga.
Pengalaman aku? 
Ini bukan mengaibkan sesiapa tetapi hanya sebagai pedoman sahaja.
Masa itu aku di sekolah menengah ( form berapa tu secret la ). Aku diberi tugasan untuk buat presentation. Cikgu ( cikgu lelaki )tu dah bagi aku masa ( dia dah tetapkan 2 minggu lagi akan present ), sebelum aku present tu ada 2orang lagi akan present. 
Pada hari itu, memang giliran kawan aku present. Tapi dia kata tak dapat present sebab bahan dia tak cukup, then cikgu tanya seorang lagi..dia kata tak siap lagi..then kena kat aku. Aku kata aku dah siap tapi tak prepare lagi dan tak lengkap lagi. Cikgu tu kata suruh aku present. Nak tak nak terpaksa la. Lepas aku present tu cikgu itu boleh kata aku punya bahan tak cukup lengkap la, itu la ini la. Pastu boleh dia kata kalau lecture dia ( masa dia belajar dulu  )tengok paper work aku, lecture dia akan koyak2!!
Wahai sang cikgu..dulu awak suruh saya present 2 minggu lagi tapi kenapa sekarang awak suruh?
Lepas itu kenapa awak tak marah yang student yang 2 orang lagi tu? Kenapa awak nak marah saya depan kawan2 1 kelas? Itulah yang terdetik dalam hati aku. Aku rasa nak nangis je dalam kelas sebab kena marah dah la jelingan mata dia macam nak makan orang sahaja!
Di sini jelaslah bahawa dia pilih kasih!!Yang peliknya 2 orang student kesayangan dia langsung dia tak marah dan dia hanya boleh cakap "tak apa" tapi bila kena kat aku macam nak meletop marah kat aku!
Aku tahu la yang seorang lagi tu ada skandal dengan engkau! dan seorang lagi tu gedik nak mampus!
so aku ni yang "tak pandai nak mengoda" jadi mangsa la!
Pada cikgu-cikgu yang kat luar sana tu janganlah pilih kasih kat murid-murid anda ok! Tak berkat duit gaji anda..
Dan lagi satu, aku pelik sangat, masa itu bukan cikgu yang sama ye..cikgu itu bila pelajar lelaki dia akan ketuk kepala pelajar dengan buku kalau tak siap homework tapi kalau pelajar perempuan dia cubit lengan. Hahaha pelik macam gatal je nak sentuh student perempuan dan yang pasti cikgu itu adalah LELAKI!!

Sebenarnya pilih kasih ni antara langsung atau tidak langsung merupakan ranjau kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap insan.
Pada ibu bapa di luar sana, janganlah anda membezakan kasih sayang di antara anak-anak anda. Walau berapa anak anda, walau apa jantina anak anda, walau pandai atau kurang pandai anak anda, walau apa-apa sekali pun anak anda..janganlah membezakan kasih sayang anda kepada anak-anak anda. Contohnya, kalau nak bagi atau beli something janganlah yang tersayang sahaja di kotak fikiran anda tapi biarlah semua. Jangan ada yang terasa hati akan tindakan anda. Kerana, mungkin nanti mereka juga akan membeza-bezakan kasih sayang mereka terhadap anda. Tidak hairanlah kalau ada 10 orang anak tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab ke atas anda, bila anda sudah tidak mampu untuk hidup seperti biasa ( sakit ). Perkara ini bukan ilusi tapi ia adalah realiti hari ini.
Kepada cikgu-cikgu, tak kisahla cikgu apa sekali pun. Anda diberi tugas oleh Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia untuk mengajar anak bangsa kalau tidak dari KPM pun ia adalah tugas dan tanggungjawab anda sabagai seorang pendidik. Mereka adalah tanggungjawab anda. Jangan makan gaji buta. Ajarlah dengan ikhlas, tapi jangan hanya nak pilih bulu je!

Dan kepada semua pihak dan diri sendiri...jadilah yang terbaik walaupun kita semua ada kelemahan. Lengkap-melengkapi itu penting untuk menjadi baik!..
Sharing is Caring..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDcK9PsHL-Q6LqQT3Xv0FY5aagDhEf5t_6X3WOr93w3Q7C1Sta06QSMHPk76FpB2DuNvio3IcvznAEDj7Ex32SjTj0bbzp69njXWDmZfZk1cHNxz_hf3OvfCahHJHSFKHMhXTRokLQcsUH/s320/kepedasan.jpg

p/s entry aku ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa. tetapi sebagai nasihat. Bagi yang makan cili itu sememangnya terasa pedas. Kalau dah pedas minum la air.


3 comments

  1. betul pe awak kata, cikgu2 suka pilih kasih...

    ReplyDelete
  2. tq for komen. Tak tahu sebab apa mereka pilih kasih. kadang2 maybe tarikan gender..tapi sbg cikgu kena bg perhatian kpd semua..

    ReplyDelete
  3. Memang betul pun..lebih lagi pada cikgu yg dh termakan budi pada parent yg suka melabur duit pada sekolah...kena beli sebab duit...

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH