Penyakit Kedekut

sedekah.jpg




Dalam kehidupan kita mesti kita akan berjumpa dengan orang yang kedekut. Sifat kedekut boleh dilihat di dalam diri individu sama ada sengaja atau tidak sengaja walaupun kita tidak mengenali seseorang itu. Kalau sudah lama mengenali orang itu of course la kita tahu. Kadang-kadang kita akan berfikir..dia ini kedekut ke atau berjimat cermat. Aku tak kisah la kalau orang itu nak berjimat tapi kalau berjimat pau duit orang, macam mana tu? Contohnya masa nak beli makanan dia akan kata berjimat tapi makanan kawan-kawan dia sapu sampai licin tapi beli benda lain boleh. Itukah dinamakan berjimat? Tapi sebenarnya kedekut!! Aku tak kisahla kalau mereka ini jenis kedekut ke apa..tapi jangan nak mengepau orang je!! Ini jenis apa pun aku tak tahu.. Contohnya, kita duduk bersama empat orang housemate..kita dah pakat nak share duit untuk barang-barang dapur seperti beras, lauk dan sebagainya tapi ada seorang hamba Allah ini say " aku tak nak share la, aku suka makan dekat luar..korang je la share" tapi cakap tak serupa bikin, time housemate dia makan. dialah nombor 1 ada dekat meja makan dan makan macam gergasi..semua dia makan. Bila tegur dia kata lain tapi makan kemuntahdarah. Pada aku orang macam ini memang tak faham bahasa. Elok halau keluar je..Tapi ini contoh jela..adaptasi dari cerita-cerita rakyat pada masa kini.

Tapi ini ada satu kisah tauladan. Ada seorang lelaki itu sudah tua sebaya dengan bapa aku tapi masih bujang lagi. Kenapa dia bujang? aku pun tak tahu tapi cerita ini mungkin salah satu sebab kenapa dia bujang. Bukannya tak ada perempuan nak..banyak tapi dia ini sangat cerewet. kalau dia itu bagus tak apa tapi banyak sanggat kurang. Bukan aku nak mengata tapi ini adalah kenyataan. Dia ini pelat..dia bercakap macam budak-budak yang baru nak bercakap tapi itu bukan lah ukurannya janji hati baik..dan seperti aku cakap tadi bukannya tak ada orang nak..ada... Tapi itu bukan sebabnya .mungkin sebabnya..Ada la orang nak carikan jodoh untuk dia, dia setujula..then dia jumpa la girl ini dan maknya masa dia keluar pergi pekan..so girl ini dengan maknya ajaklah berbincang pasal hal kahwin ni..mereka ajak pergi makan ke KFC sebab privacy la sikit...lelaki itu tadi terus bagitahu orang yang cadangkan mereka kahwin ini nak reject terus perempuan itu sebab dia ingat perempuan itu nak pau dia sebab ajak makan kat KFC..dia boleh kata belum kahwin lagi dah ajak pergi KFC..kalau dah kahwin lagi la teruk!!..patutla dia tak kahwin lagi sebab KEDEKUT..bila ayah aku cerita hal ini perihal kawan dia ini..i say teruknya..kedekut nak mampus..hahaha...patutla sampai tua tak kahwin-kahwin. Kepada perempuan itu..bagus anda tidak berkahwin dengan orang macam ini nanti merana hidup.Pada aku, KFC apa la sangat..aku yang tak bekerja pun boleh belanja 3orang adik aku walau pendapatan aku PTPTN je..setakat puluh-puluh ringgit itu bukan banyak..anggap sahaja bersedekah..ingat satu barang kita sedekah..10 barang akan kita dapat kelak..takkan jatuh miskin kalau kita bersedekah.

Aku ini bukan la jenis kedekut tapi tak suka orang yang kedekut dan berkira tapi menyusahkan orang lain seperti suka mengepau-gepau..kalau give and take tak apa tapi kalau asyik nak take je susahla. Kalau dia memang hidup susah tak apa tapi benda lain boleh beli tapi makanan dan minuman amat berkira..sanggup ikat perut dan pau hak orang lain..wei nak berjimat agak-agak la wei tapi jangan nak mengenakan orang lain je.

Aku ini pulak makanan dan minuman memang tak ada nak jimat sangat. Aku tak rela mengikat perut. Kalau memang tak ada langsung itu lain cerita la. Orang kata selagi boleh makan ..go on je..nanti kalau dah terlantar sakit dan dah tua macam-macam kena pantang tapi kena la jaga kesihatan.. Aku ni pula jenis berkira kalau orang itu pun berkira..Contohnya, kalau pergi mana-mana asyik aku je belanja dan engkau kedekut nak mampus next time aku pun buat tak kisah je la...kena la berkira..takkan jadi bodoh nak kena buli je!! so kena la give and take. Pada aku kalau orang asyik belanja aku je..terasa segan la pula..nanti next time aku mesti kena belanja dia barulah hidup harmoni. Begitu juga kalau hidup berjiran..kalau asyik jiran je bagi makanan dekat kita takkan kita tak  ada hati nak balas balik makanan dekat dia walaupun tak minta dibalas. Pada pandangan aku kita perlu saling beri memberi atau give and take. Walaupun ia macam minta balasan sebenarnya ia penting sebagai tanda kehidupan. Tapi kena ikhlas la. Macam orang kata kena la mengenang jasa orang sebagai tanda hidup.

Mungkin benda macam ini mak bapak tak ajar masa azali lagi so anak-anak bila dah besar tau tahu nak berbudi. Kalau kita tak dapat balas budi orang pun kita kena la berbahasa. Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Tapi kalau orang dah berbudi dengan kita tapi kita tak tahu berbahasa dengan orang pun susah juga. Orang ini memang jenis tak berakal walaupun ada otak..Orang lain dah berpenat-penat demi dia tapi bila dah senang, buat tak kenal tapi time susah semua nak minta tolong..hanjing punya peragai. Ini spesies tak tahu bersyukur dan tak tahu berterima kasih. Just tahu manadah dan meminta-minta je.

“Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang meminta-minta”. (Riwayat Al-Bukhari)

2 comments

  1. kat tempat kerja sy ni pun ada sorang yg jenis kedekut..dia mcm sayang sgt nak guna duit dia tuk beli makanan...padahal kat sini gaji dia paling besar..dia sibuk duk tanya ad milo x..nescafe ke sbb xdpe apa nk minum katanya...padahal 7-e kat sebelah ni je pergilah beli...ada sorg budak kat sini dia mcm baik sikit...dia selalu bawak bekal...tp dia belum makan minah ni dh ambik dulu makan..mmg dasar tak malu betul..nampak dia macam xkisah tp dlm hati xtahu la...aku yg tgk ni pun sakit hati...sorry tuan tanah luah perasaan kat sini pulak..

    ReplyDelete
  2. @cik naa

    mesti skit hati sgt kan cik naa..org mcm ni kena sound sikit sebab kalau diam dia tak reti bahasa.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH