Aku rasa malas je nak tengok..aku fikir mesti tak best..
Tapi bila dah tengok 1 episod..tak silap aku episod ke-3..aku dah jadi suka kat drama itu..
Hari2 pulak rasa nak tengok..memang drama Melayu semakin best..dan ada kualiti.
Jalan ceritanya pun menarik..macam2 onak duri ditempuhi oleh Chinta..
Jom kita tengok sinopsisnya..
Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).
Menarik mengenai Watak Chinta, Fasha Sandha
ENAM tahun menjadi pelakon dengan deretan anugerah serta pengiktirafan, ini kali pertama aktres Fasha Sandha berdepan ketakutan yang amat sangat. Rasa takut dan seram itu bukan disebabkan watak hantu atau jalan cerita menakutkan, sebaliknya watak terbaru lakonannya, Chinta.
Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa’ Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.
Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.
“Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.
“Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.
“Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa,” katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.
“Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.
“Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,” katanya.
Sumber: myMetro
Ok..So ada masa jom la tengok..
Best..Semakin best la drama di Slot Akasia. bermula dengan Manjalara, Bella, Ilusi, Epilog Syurga Cinta, Chinta dan Macam2 lagi...tak la macam drama Indonesia yang mengarut tu..panjang meleret2 episodnya tp gaya cerita semua sama contoh, hilang ingatan, tertukar anak, anak orang kaya dibela org miskin, berebut harta dan macam2 la...berbeza cerita tapi jalan cerita yang sama..sungguh membosankan..
So support la drama Malaysia..
No comments
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)