Cara Untuk Melatih Hamster Untuk Jinak

Tajuk yang amat panjang. Aku pun tak tahu nak pendekkan tajuk entry ini..Tapi asalkan anda faham dah cukup buat aku..Nampaknya aku kena sentiasa update blogger hamster aku ni kerana permintaan yang tinggi daripada pembaca ( macam la popular sangat hahahaha )

Entry aku kali ini nak share macam mana nak melatih hamster supaya datang kepada tuannya. Kebanyakkan hamster ini kalau tak dilatih sejak azali memang macam tikus liar. Mungkin masa nak pegang dia, dia akan lari atau mengigit. Kalau mengigit rasa nak hempas je hamster itu. Nasib baik hamster aku tak kena hempas sebab aku tuan yang penyayang!

Cara-cara untuk mendidik hamster menjadi pet yang baik :

1.  Sebagai tuan kepada binatang yang bernama hamster perlulah mengenali hamster anda terlebih dahulu.   Kena faham dia juga walaupun status dia binatang tapi dia ada perasaan. Ambil masa untuk tengok corak tikahlaku dia dan kenali dia.Kalau tak tahu tak payah bela hamster.Kena selalu bermain dengan hamster..dalam sehari itu main la beberapa kali dan kena selalu jenguk dia. Ajar makan kat tangan ( suapkan makanan )..tengok sama ada dia suka ke tak..macam manusia juga kena berkenalan dulu baru boleh rapat.

2. Kena selalu pegang hamster tu. Biar dia tau bau tangan tuan dia. Tak la dia mengigit kalau dah serasi bau tangan anda. Perlukan kesabaran kalau dapat hamster yang mengigit. Kena selalu pegang!! Contohnya masa nak makan letak hamster di atas tangan anda dan suapkan kuaci..biar dia makan di atas tangan sambil memerhati gelagat dia membuka kulit kuaci..sungguh comel!


3. Masa nak buka cage jangan terus ambil dia nanti dia akan tekejut. Nanti mesti dia gigit sebab mereka ingat mereka akan di ancam.

4. Lepas itu, hulurkan kuaci di pintu cage. Biar dia sendiri datang kepada kita. Kalau tak nak datang jangan dipaksa. Bila dia datang pelahan-lahan suruh dia naik ketangan..



5. Ulangi cara-cara di atas dengan lebih kerap. Ingat perlu kesabaran yang tinggi...jangan putus asa! Selalulah meluangkan masa dengan hamster anda..nanti mereka mesti sayang tuannya..


p/s ini gambar kenangan bersama hamster2 yang dulu..rindu!! rasa nak biakkan hamster macam dulu!!

10 comments

  1. saya nye hamster jantan n betina asyik gadoh jek.si betina suka buli si jantan sampai luka2..camne nak buat ek?

    ReplyDelete
  2. asingkan dia..hamster betina itu mgandung ke? kalau mgandung mmg mcm itu..kalau tak asing nanti si jantan mati.

    ReplyDelete
  3. hmmm nape hmster sy semkin susut...sy x thu nak wat cam ne

    ReplyDelete
  4. hmmm cm makanan ye x boleh lame2 ke kat dalam beks die 2...sye bru nak je bele hmstr ny so byk g bnd yg sy x thu...

    ReplyDelete
  5. nurul intan = jangan selalu bagi dia main wheel..buangkan mainan dia agar dia tak selalu main..

    ReplyDelete
  6. asslammualaikum....sya nak tanya hamster sya nama roborovski....sya takut msa nak ambil dia tu dia lari....sekor dh terlepas...mcm mna eh kak boleh tolong???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak jinakkan hamster syrian

      Delete
    2. hamster syrian paling senang dijinakkan

      Delete
  7. Hamster saya hilang dalam rumahhhh, camme nak cari. Dah 2 hariii mesti takkan jumpa kannn. Makanan yang saya letak di merata tempat pun dia tak makannnn

    ReplyDelete
  8. Berapa lama tempoh masa untuk jinakkan hamster. Hamster sy dah 2 bulan jaga. Dia langsung tak nak saya sentuh

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH