Sakitnya..
Saturday, October 23, 2010
Hari ini aku berpenyakit?
Wauu penyakit apakah itu?
Sakit perut..bukan sakit perut sahaja tetapi terkena cirit-birit.
Amat seksa sekali..Nasib baik la ada pil cilkitaon ( wrong spelling, i know ) dan eno.
Lega la juga..then sapu balm panas..uhhh lega...angin kuar..upphh ( sungguh tidak senonoh )
Sebenarnya mungkin gara-gara aku makan wadi..apa itu wadi? OK..wadi itu macam pekasam la..ikan wadi! terkenal di kalangan orang jawa ( aku bukan jawa ok )..aku memang suka gila kat ikan itu sebab dia tak macam pekasam yang masam lagi masin..rasa dia sedap sangat bila digoreng dengan cili api, bawang dan cili muda...sungguh sedap..tapi yang menyebabkan aku kesakitan kerana ada telur lalat di dalamnya. Mungkin lalat masuk tudung saji..masa itu aku makan malam..dan baru sedar ada telur lalat kat wadi itu setelah selesai aku makan...huwaaaaaaaaaaaaaaa sedihnya..ini mesti penangan bau wadi yang enak menarik lalat-lalat gatal untuk merasanya...tapi tak pe benda dah jadi..nak buat macam manakan..so lepas ni jadikan pengajaran..sebelum makan kena buat pemerhatian dahulu sebelum ngap! jangan geloyoh sangat..
Aku ni kalau sakit perut memang sinonim dengan aku sebab perut aku sensitif.. tak boleh salah makan mesti meragam ( maklumla perut yang demand ). Kalau makanan itu tercemar memang la dia akan sakit. Atau makanan itu pelik2. Kalau tiba sakit perut rasa macam nak dekat mati je ( kita perlu ingat mati ). Kalau waktu panas pun aku rasa macam duduk dalam peti sejuk..betapa sakitnya. Aku paling tak tahan kalau dia sakit memulas then rasa macam nak terberak je! Itu memang tak boleh tahan..Kalau kat rumah tak pe..nak pi toilet banyak kali pun tak kisah tapi kalau tengah nak pergi jalan-jalankan naya punya kes!
Kesakitanku sudah berkurang dan semakin baik itu pasal boleh menaip blog ini. Entahla kenapa la sekarang ini amat rajin menulis blog. Mungkin nak jadi blogger tegar..tapi belum lagi, masih dalam proses ni. Kalau nak manage 2 blogger secara serentak memang sukar. Tambahan lagi aku ada 1 blog semua tentang hamster. Sebab aku memang minat hamster dan mahu share info tentang hamster. Kalau nak menulis tentang hamster ni tak boleh pakai hentam keromo je nanti bagi info sesat..kalau hamster korang mati tak pasal2 aku kena pula..Jadi kalau nak post tentang hamster kena cari info banyak2 tentang binatang itu. Kena rajin membaca pelbagai web tak kira malay atau english..macam buat course work je kan..hahahaha........dah la aku malas nak menaip lagi..perut aku kembali memulas ni..mesti nak pergi toilet...semoga cepat sihat wahai perut!!
Labels:
sakit. sad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)