Sedap ke makanan viral tu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selamat berhujung minggu semua.
Kononnya nak update blog setiap hari tapi memang tak lahh.
Busy memanjang.
Sesungguhnya sudah 2 bulan RPH aku tak buat, maka dengan itu malam ni kena mengerah tenaga untuk buat RPH. Sila tabah ya!

Hari ni aku nak cerita pasal makan-makan.
Konon nak diet tapi asyik tengelam di laut China Selatan.
Sekarang ni masih belum timbul-timbul lagi! (please help me!!)
Langsung tak ada kesedaran pun!
Badan dah makin gemuk.
Bukan mudah nak turun berat badan tanpa menggunakan ubat, tapi aku nak cuba juga, nak tak nak kena diet. Sila sedar diri! (tak mau guna ubat-ubat dah)

OK, stop cerita pasal diet, Isnin ni sila berazam untuk naik kedaratan ya (diet)
Dalam bulan Ogos, Aku pergi KL temankan adik buat check mata.
Selepas selesai urusan semua tu, cadang nak merayap kat Sogo, konon nak cari parking. Dah la memang tengah sesak masa tu..nak cari arah masuk parking pun jenuh..asyik berpusing banyak kali..last-last terus rasa nak keluar dari kesibukan KL..maklumlah kalau pergi Sogo aku selalu naik LRT je atau orang bawakan ni drive sendiri memang payah sikit la. Terus gerak pergi Alamanda.


Alamanda tempat yang selamat (biasa) sebab tempat selalu aku lepak dan biasa drive sendiri. Nak parking pun mudah. Lepak kat sana, aku tengok movie dan beli barang untuk makan-makan kat rumah kawan. Adik aku pula ajak aku beli mee samyang. Katanya dia pernah rasa..sedap tapi pedas.
Aku yang memang tak ada perasaan bab benda-benda viral ni ikut jelah. Nak juga tau apa yang sedap sangat sebab 1 mangkuk mee segera samyang ni boleh tahan mahalnya dalam RM7 lebih kat Alamanda (hatiku berdetik rugi je beli mee segera semangkuk harga RM7 lebih, lebih baik makan benda yang lagi berkhasiat). Sebenarnya dah lama juga viral tapi buat tak kisah, so kali ni saja je test.



Lepas penat pusing-pusing mall, lepak kat bahagian pokok-pokok buluh ni sambil melihat gelagat manusia dan melepaskan lelah :)
Berbalik pada mee samyang tu, maka aku beli pek hitam dan adik aku beli yang pek kuning (cheese).


Adik aku cakap, yang warna hitam ni dia dah pernah rasa, so dia decide nak cuba perasa cheese. Jadi pagi esoknya kami jadikan mee samyang ni sebagai sarapan.



Taraa aku punya dah siap untuk dimakan. Senang je nak sediakan. Cuma rendam mee dalam 5 minit, toskan airnya dan gaul dengan bahan perasanya.
Rasanya?? wauu memang pedas, muka akan menjadi merah, hidung berair dan mata pun sama. Tapi jenis pedas yang sedap..yang buat korang rasa nak makan lagi. Memang masa makan tu, rasa macam taubat taknak makan lagi tapi lepas tu akan rasa macam ketagih dan terasa-rasa je kat tekak.
So, kalau tak tahan pedas, sediakan air kat tepi siap-siap, karang ada yang terjun dalam kolam lak hahaha.

Lepas tu, saja rasa perasa cheese adik aku, wauu aku rasa lebih suka dengan cheese berbanding yang pek hitam tu sebab rasa cheese tu lebih sedap. Memang best la.


Sekarang ni aku selalu beli yang cheese, 2x je aku beli yang pek hitam tu. Kat speedmart lebih murah berbanding beli kat pasaraya. Untuk jenis mangkuk ni, dalam RM6 lebih je.
Semalam aku jenuh la mencari kat speedmart perasa cheese tapi asyik habis je. So tadi terus beli yang pek besar dalamnya ada 5 bungkus tu.


Sebenarnya, aku nak elakkan beli yang packing (ada 5 bungkus ni) sebab nak elakkan daripada kerap makan mee segera tapi lama sangat cari tak jumpa. Kita relakan jelah. Konon kalau beli yang dalam cup tu target makan sebulan sekali, tapi kalau dah beli 5 pek macam ni..korang rasa kekerapan tu macam mana?



Lega jugalah tekak ni nak makan mee samyang cheese. Memang aku lebih suka perasa cheese. Lepas tu aku tengok ada pek warna biru (ais)..tak tahu la rasa apa kan. Malas nak cuba karang ketagih pulak kan susah.

Masa nak balik dari KL, aku saja nak cuba Spicy Korean Burger tu, yang sebelum ni pernah viral sampai ada yang buat live untuk gambarkan rasanya...so beli la juga. Karang kempunan pula kalau dah lepas musimnya.



Pada aku, rasanya taklah pedas sangat. Setakat biasa-biasa jelah. Nak repeat lagi tu maybe sekadar teringin tu bolehlah.

Sekarang ni kan tengah popular yang Spicy Chicken McDeluxe. Macam best je tengok orang makan. Jangan sampai aku drive-true pergi MCD pulak ye..habis planning diet aku sebab melantak je kerjanya.

Makanan viral yang lain tu aku malas nak ambil port karang makin menjadi-jadi pulak badan aku. Konon nak diet tapi habuk pun tak de..

Pendapat aku tentang makanan viral ni?
Makanan viral ni pada aku biasa-biasa je, tak adalah special sangat pun. Mungkin sebab ia viral, maka makanan tersebut jadi terkenal. Terpulang pada kitalah sama ada nak mencuba atau tidak. Kalau rasa nak cuba boleh cuba, kalau tak nak cuba boleh duduk diam-diam je. jangan sibuk nak kecam itu ini kan. Macam mee samyang ni memang aku suka terutama perasa cheese tapi taklah dijadikan makanan rutin sekadar makan bila rasa nak makan je. Apa-apa pun kita kena bijak memilih makanan yang sihat untuk tubuh badan kita. Jangan terikut-ikut sangat viral tu (pesanan untuk diriku yang makin membesar). Jadilah pengguna yang bijak!

Ok, itu sahaja untuk entry hari ini. Sekian tata dan selamat malam.

p/s: Apa cerita diet? Kalau agak-agak berjaya aku update, kalau masih lagi tengelam dilautan dalam maka jomlah kita ber huhuhuhu je....bye! 😜😜😜

Bahaya Krim Pemutih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Atas rasa tanggungjawab sosial maka entry ini tercipta.

Aku tengok dekat facebook dan Instagram berlambak peniaga online mempromosikan krim pemutih. Kalau tengok testimoni memang rasa terkejut bila putih seawal seminggu. Memang aku akui semua orang nak hasil cepat, kalau boleh pakai hari ini esok terus jadi snow white tapi korang ada fikir tak side effect kemudian hari?

Begitu juga aku, aku pun rasa teruja tengok testimoni yang boleh jadi snow white seawal semiggu. Begini cerita nya, aku ni memang suka layan instagram..ok kalau nak follow boleh search puteri_nurfarah (sempat lagi promote ye). Aku memang terpikat dekat set pemutihan muka dan badan ni. Sebenarnya nak putihkan bahagian tangan sebab tangan selalu kena sinar uv yang banyak sebab pemalas pakai cream bila keluar. Aku jumpa satu instagram ni dan dia merupakan pengasas produk itu..mak aii memang putih melepak kalah Show White tau putihnya. Dan lagi teruja bila tengok gadis India boleh jadi putih dengan memakai produk dia terus boleh jadi Juhi Chawla tau! Memang la nafsu perempuan yang menginginkan kecantikan memaksa dan membisikkan untuk aku memiliki produk tersebut! Dalam 1 set ada 3 barang iaitu sabun, cream siang dan cream malam.

Sebenarnya aku memang cerewet untuk pilih produk skin care ni. Rasa was-was dan dalam masa yang sama teruja sebab kesannya awal sangat. Bila tengok komen-komen kat instagram pengasasnya dia menjamin tak ada bahan kimia berbahaya dan tiada kandungan merkuri dan menyatakan bahawa produknya bersumberkan bahan semulajadi tapi tak ada KKM atau ujian makmal. Di situ dah mula merisaukan aku...banyak kali juga aku fikir sama ada nak beli atau tidak.


Kat instagram dia aku tengok dia ada beberapa orang agen di kawasan aku. Tak apa, aku cuba tapi dalam hati berbelah bahagi...aku cuma niat "Kalau cream tu tak membahayakan kesihatan aku, aku harap aku dapat guna tapi kalau membahayakan kesihatan aku..aku harap Allah lindungi aku"..ini bukan poyo..aku kalau selalu rasa berbelah bahagi aku akan berdoa macam tulah dalam hati ini..


Aku tengok senarai agen ada 3 orang berdekatan kawasan aku. Aku saja tak nak guna perkhidmatan pos sebab aku nak guna COD. Why aku nak guna COD, dan tak nak perkhidmatan pos? sebab aku nak tengok sendiri kulit agen yang pakai produk tu depan mata aku sendiri..putihnya macam mana? glowingnya macam mana? hebat ke?? so di situ aku memang beria-ia nak COD..tak nak guna pos-pos bagai. Aku nak tengok bukti!

Ok, mula-mula aku komen kat instagram agennya kata boleh COD tak dekat area kolej aku? no reply..tunggu..tunggu..tunggu..
Terus aku what apps agen tersebut..pun tak ada balasan..dah lepas 2 hari baru balas cakap dia tak dapat COD kat area kolej aku.. ok NEXT!

Aku hubungi agen lain, juga area kawasan aku. Aku tanya boleh COD tak area kolej aku..dia membalas cepat dan pantas..katanya minggu tersebut dia tak ada kereta.
Aku minta alamat dia sebab kalau free boleh COD dekat kawasan perumahan dia je. Dia bagi alamat dan janji untuk COD pada malam tersebut..dia kata OK. Masa mesej dia cakap dah cfirm nak COD, dia cakap sekarang dia di KL so kalau lewat baru boleh..dan aku batalkan terus temujanji tersebut.

Aku cuba SMS seorang lagi agen yang berdekatan tapi TIADA SEBARANG BALASAN. Ok lupakan sahaja niat itu pada malam tersebut.

Sebab masih lagi nak mencuba, hujung minggu tu aku ke perpustakaan negara untuk pinjam buku. Aku try what apps agen area KL.. Memang sangat peramah tapi malangnya stock sudah habis dan dia kata kalau nak kena tunggu dia restock dulu sebab laku macam goreng pisang panas katanya.

Masa on the way nak balik kampus, aku try what apps agen yang dekat dengan area kampus aku tu. Dah memang janji betul-betul ni. Dah bagi full alamat siap nombor blok rumah lagi. Dannnnn aku pun dah sampai depan rumah dia, memang mudah giler cari sebab belok je terus rumah dia..tak payah nak pusing-pusing. Aku call tak jawab dan dapat mesej dia dalam kecemasan sebab kena hantar mak dia ke hospital. Agak begang juga lah sebab dah sampai..terkejar-kejar sebab dah janji on time tapi kita merancang Allah yang menentukan. Aku tekad untuk lupakan pasal cream tu sebab Allah dah bagi hint berkemungkinan produk itu akan membahayakan aku.


Alhamdulilah, bunyi macam poyo tapi ini hakikatnya. Walaupun membuat keputusan kecil kita kena
minta petunjuk juga kan bukan nak kawin je kau minta petunjuk konon jodoh kau tau betul atau tak.

Antara tentang ciri-ciri krim muka yang berbahaya. Hasil google dan percampuran maklumat sebab bukan krim tu je bahaya tapi krim jenama lain juga begitu.



Ciri-ciri krim pemutih berbahaya:  

1- Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
 -Produk baru dan paling pelik packingnya macam isian semula, label/pelekat produk macam print biasa-biasa je dan produk tidak berdaftar.

2- Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
- Menggunakan pewarna berbahaya.
- Selalunya warna putih mutiara dan warna kuning.

3- Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.  

4- Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.

5- Panas, pedih dan perit semasa korang pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.

6- Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.

7- Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.

8- Hasil sangat cepat.
- Dalam beberapa hari dan minggu dah nampak kesan.
- Produk tersebut mungkin mengandungi merkuri atau hidrokuinon dalam dos yang sangat TINGGI.

9- Kena terus bergantung pakai produk tersebut.
- Kalau tak pakai wajah semakin gelap, naik bintik-bintik hitam.
- Bila dah pakai terlalu lama akan menyebabkan sel badan dan daya tahan tubuh menurun dan rosak.




Selalunya bila kita tanya pasal KKM dan ujian makmal penjual akan selalu mengelak dan claim produk dia dari sumber semulajadi. Takkan lah dia cakap beracun padahal duit dah ribu raban banyak keluar untuk stock.

Selalunya produk macam ni dia bermusim..tak kekal lama di pasaran.

Selalunya produk ni mereka beli secara kilogram di Indonesia or Thailand lepas tu packing semula dan terus jenamakan produk tersebut dengan nama yang hebat-hebat untuk cairkan pengguna.

Hasil carian google dan forum-forum ini adalah antara gambar jenis cream pemutih bahaya:


Beli kilo-kilo cuma puluhan RM, jual 10 gram beratus-ratus henggetttt.









Boleh baca artikel ini for more info.


Semua pilihan di tangan korang. Tak kisahlah nak jadi snow white ke, nak jadi apa ke..yang penting kena bijak memilih. Nanti umur baru 30-an nampak macam umur dah 60 tahun kan sebab effect produk yang korang pakai.

Kalau nak elok pilih produk yang dijual di farmasi, dah stabil di pasaran, berusia berpuluh-puluh tahun dan good image.

Aku bukan nak cantas bisness orang, tapi sebagai seorang blogger takkan nak tulis blog hanya syok sendiri tergedix-gedix je kan..sekurang-kurangnya share info yang bermanfaat untuk semua. Kalau rasa nak ikut silalah ikut kalau tak mau ikut kau tanggunglah sendiri.

kenapa ye ramai yang suka produk putih memutih ni, kenapa tak nak cuba produk hitamkan pulak ye? barulah hitam mutu keunggulan!

ok bye!

p/s: kalau aku campur clorox dengan tepung dan jual kat korang dan boleh putih dalam masa setengah jam..agak-agak berebut tak orang beli??? 

( Olahan dari sumber carian forum, gambar from google image "krim pemutih berbahaya")

Kepada sesiapa yang suka buat fitnah tu.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Allah swt telah menetapkan nas yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam Firmannya :-

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu
suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak
menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) "


Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang
membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
" Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang
siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)."


Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran
besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau
sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:


" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang
beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"




P/s: Kalau korang rasa mengumpat, memfitnah, membuka aib orang tu dah rasa "makanan" wajib tiap hari, bertaubatlah sebelum terlewat, takkan dah masuk kubur baru tersedar pula kan. Ingatlah kalau kita berdosa dengan Allah, kita boleh minta ampum, kalau berdosa dengan manusia..kalau tak diampunkan sendiri mau ingatlah.





Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :

"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".






Awas si pencuri! si pengotor!

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak bentul dugaan yang menguji kesabaran.

Macam-macam. Ikutkan hati nak bagi penendang je. Nak tendang siapa? Ganas gila. Memang aku ganas, garang dan sewaktu dengannya. Boleh kecut perut kalau tengok aku marah okehh!

Memang nak marah sangat-sangat! marah kat pencuri..

Adakah pencuri tudung aku begini, atau perempuan ayu bertudung haram? (tudung curi)

Banyak benda nak bebel kat blog ni, korang bacalah sampai pengsan.

Sejak masuk semester ni memang tiada istilah dalam zon selesa, nak tidur overtime pun risau, risau macam-macam..risau thesis, risau agsimen, risau...je..
Serius, memang kena off tempahan sebab komitmen aku as student tu sangat besar. Kalau nak ambil tempahan perlukan mood juga dalam kerja mendesign. Apa korang ingat idea boleh datang bergolek? Nak design ni bukan boleh sesuka hati buka PS terus design, perlu ada mood. Kalau dalam terpaksa, memang ke laut la jawabnya. Dalam keadaan kerunsingan, ketidakselesaan ni..adalah perlu for away daripada kerja design-design ni. Maybe have a time to design..1 week? 2 week? or more and more for 1 blog. Dah lupa kan semua tu.

Berbalik pada tajuk di atas, serius rasa nak maki. Tapi tahan je. Sabar separuh dari iman kan.

Cerita nya begini, tudung kesayangan sudah dicuri oleh penyagak. Serius memang nak marah. Tudung tu aku basuh dan sidai kat tepi ampai bilik aku. Serius tepi bilik. Malam semalam masa aku nak pergi mandi, tudung tu stay ada kat ampai, tapi bila nak masuk bilik terus lesap. Tetap bersangka baik, check kat bawah, tapi tak ada pula terjatuh. Kalau dah hanger dan tudung pun lesap. Sememangnya tudung tu sudah di rembat. Pandai pencuri tu kan, tudung bawal versi murah tak nak pula kau ambil yang mahal juga dirembat. Kalau kononnya terambil tudung aku, silalah pulangkan ye.

Sebenarnya aku tak suka nak syak wasangka siapa yang mencuri tudung tu, tapi maybe student aras aku juga kot. Kesiankan, mak bapak hantar masuk universiti untuk belajar tapi datang sini bawa perangai sampah nak jadi sampah masyarakat. Sebelum ni, ada juga dengar desas desus kawan-kawan lain block, barang/pakaian yang sidai dekat ampaian kena curi. Banyak betul ye keturunan penyagak ni.

Serius aku sangat benci dengan pencuri ni, nak je potong tangan dia dengan gergaji. Mak bapak tak ajar ke? memang habit mencuri? atau keturunan penyagak?


Ni dia tudung aku yang kena curi tu, hanya tinggal kenangan :'(


Lepas tu, ada pula kes budak perempuan yang suka buang tuala wanita dalam tandas. Aras atas aku ni, mean aras 4, toilet tersumbat. Sampaikan nak flush air pun tandas tersumbat gila. Apa lagi bau najis pun macam perfumes la hahaha. Bila dah aras atas tersumbat, of courselah bagi effect kat aras aku, saluran paip najis pun keluar air najis yang membuak-buak tapi syukur ada orang datang baiki, kalau tak memang bau haremmm la. Padahal, memang dah ada sediakan tempat untuk buang tuala wanita, berat sangat tulang kot nak buang dalam tu.

 Dah setahun aku duduk block ni, tapi benda ni tak pernah terjadi, tapi bila mula sesi baru, means new semester for new student masuk..terjadi macam ni. Budak baru ke yang buat perangai tahik macam ni? entahlah. serius langsung tak bermoral. Bukan tu je, tangan-tangan pengotor ni suka sangat buang sisa makanan dalam singki, akibatnya singki pun tersumbat. Tak boleh ke sisa makanan tu buang dalam tong sampah dulu? then baru basuh mangkuk or sewaktu dengannya? ni main campak/buang je dalam singki, apa kau ingat kuli bapak kau banyak sangat nak cuci itu ini?

Aku memang anti gila dengan si pengotor macam ni, sebab dari kecil lagi mak aku ajar, sisa makanan perlu buang dalam tong sampah, tak boleh buang dalam singki sebab nanti singki tersumbat. Jaga kebersihan. Serius rasa nak sumbat je sisa makanan kat mulut orang yang suka buang dalam singki tu..nahhh kau rasakan wahai si pengotor!

Maybe kot sesiapa yang buat perangai pengotor ni di bawa daripada habit dirumah. Takkan buang tuala wanita pun kau buang dalam toilet rumah? Tak malu ke?

Serius malu gila, bila kawan block atas aku cerita, tuala wanita yang dikutip dalam lubang tandas (tersumbat) tu, di gantung kat tepi toilet. Banyak woo buat pameran. Aku rasa orang yang baiki tandas tu memang begang gila dengan peragai si pengotor ni. Takkan nak tulis "hoii si bodoh, jangan buang sanitary pad anda dalam lubang jamban" ????

Tapikan, tapikan aku ada jumpa tandas yang tulis kat setiap pintu tandas, tapi tempat kejadiaan dirahsiakan, dia tulis lebih kurang macam ni

 " nama je budak universiti tapi bodoh bertingkat-tingkat, dah berak tapi tak tahu nak jirus" 

hhaaaa ambik kau, sejak tampal notis yang "ganas" tu terus ramai yang bawa baldi kalau flush toilet tu rosak. Kena reminder macam ni ke? takkan najis sendiri pun tak tahu nak uruskan. Apa kau ingat cleaner tu pecacai nak cuci tahik kau? serius manusia sengal.
 Dah remind bodoh bertingkat-tingkat baru kau fahamkan? sebab kalau ayat soft-soft mereka takkan faham, kena bagi kaw-kaw sikit. Kalau tak faham juga memang tak ada otak. So kena reminder

"hanya binatang sahaja suka buang sampah dalam singki"..or "hanya binatang suka buang sanitary pad dalam lubang toilet/tak jirus najis nya"... 

Kalau still buat lagi tak tahulah aku, kucing aku pun pandai tambus najis dia.

Dah la, korang fikir-fikirlah sendiri. Sama-samalah jaga kebersihan persekitaran kita. Tak guna berpelajaran tinggi tapi masih dungu lagi. Perlu tak tambah kelas khas "kelas kebersihan" di IPTA?IPTS?

Kesiankan?




Tak Rugi Kalau Beli Buku.

Assalamualaikum,

Lama tak update, of courselah sebab busy. Banyak kena fikir. So sekarang berkesempatan nak update blog. Nak release tension jap. Sakit kepala mengadap lappy buat agsimen yang memang macam gunung Everest hahaha. Entry lepas ada cerita tentang pesta buku. Dan sekarang nak update pasal pesta buku yang all the best la. Dapat diskaun 20% and more untuk buku universiti lain. UKM adakan lelong buku. Memang hebatt la kepada peminat buku ilmiah.

 

Mungkin ada mulut manusia yang suka berprasangka buruk mengejek bahawa "eii setakat beli buku pun nak menunjuk dalam blog, riak la tu" ok..fine bukan niat aku nak menunjuk. Buat apa aku nak menunjuk kalau setakat beli buku. Kalau beli rantai harga 10juta tu..memang la menunjuk. Tujuan aku nak update about buku ni sebagai satu medium untuk mengajak student minat membaca bahan-bahan ilmiah.

Tak rugi kalau membeli buku ni. Takkan nak dapatkan ilmu pun nak berkirakan. Kalau beli benda lain boleh je kan. So bila kita di IPTA dan IPTS..kita kena tahu niat utama kita menuntut ilmu. So keperluan belajar perlu diutamakan, bukan kehendak peribadi. Pelik dengan manusia yang sangat berkira dengan keperluan belajar. Apa matlamat anda ke universiti? mana fungsi atau amanat yang anda pinjam dari PTPTN, MARA, biasiswa dan peruntukan daripada mak dan ayah serta keluarga tercinta? Tepuk kepala tanya niat anda. Aku bukan nak tujukan kepada sesiapa. Sebab benda ni aku tengok dari aku STPM dan universiti lagi. Bila suruh beli buku ramai yang mengeluh? Sedih rasanya pemikiran masyarakat macam tu. Kalau benar tak mampu tak pe tapi disebaliknya.

Ok stop membebel, pada 27 hingga 30 Mac 2012 lalu, UKM adakan jualan buku pengajian tinggi daripada semua penerbit universiti seluruh Malaysia serta penerbit lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi. Memang teruja sangat dengan pesta aka jualan buku ni sebab kita boleh dapatkan dengan best price berbanding kita beli di kedai biasa.



Hari pertama jualan buku di Dataran Censelori UKM. UKM memang bagi best price untuk buku terbitan UKM. Rugi wooo siapa tak beli!


Siapa yang tak nak kalau ada lelong buku terpilih dengan harga 3 buah buku cuma RM10. Nasib kami baik kerana dapat merembat 3 buah buku yang bersesuaian dengan course kami. Bila pergi esoknya memang buku yang bersesuaian dengan course Sains Pembangunan zero..buku kos lain je ada. Syukur.

Masa ni lebih kurang pukul 10 a.m. Ramai juga orang, kalau pergi lambat mesti tak dapat rembat buku lelong tu.

Pencinta buku, pasti bagaikan dirasuk ketika pameran jualan buku universiti ini. Termasuk....?


Me with Mira. Masing-masing penuh memborong buku kecintaan.


Ini antara buku yang dibeli masa hari pertama pameran buku. Aku beli yang berkaitan dengan course aku dan tajuk thesis yang akan di karang.



Hari terakhir jualan buku, beli 2 buah buku berkaitan dengan AL-Arqam. Untuk tajuk agsimen. Tajuk ini sangat kontroversi tapi menarik dikaji. Tapi aku bukan pengikut Al Arqam. Jangan salah sangka pula.

Perlu senyum walaupun ketensionan mula melanda jiwa :'( First time pakai pasmina macam pakai bawal, sangat complicated. Hahaha.

Marilah menjadi masyarakat yang sayangkan ilmu. Angan-angan nak jadi Professor. Aminnnn
Aminnkan ramai-ramai :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH