“Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan
teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu
itu”. [Al Hujurat : 6].
Allah swt telah menetapkan nas yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam Firmannya :-
" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu
suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak
menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12) "
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang
membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
" Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya!
Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia
mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang
siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya)."
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan
tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang
lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran
besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau
sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
" Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang
beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)"
P/s: Kalau korang rasa mengumpat, memfitnah, membuka aib orang tu dah rasa "makanan" wajib tiap hari, bertaubatlah sebelum terlewat, takkan dah masuk kubur baru tersedar pula kan. Ingatlah kalau kita berdosa dengan Allah, kita boleh minta ampum, kalau berdosa dengan manusia..kalau tak diampunkan sendiri mau ingatlah.
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :
"Wahai
Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling
utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring
dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah
(jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".
agree..terutamanya sekarang ni fitnah dengan video seks. sehinggakankan wanita yang lahiriah litup pun , ade sebahagian kumpulan yang sanggup wat fitnah kerana wang n pangkat serta kuasa. peliknya setelah terbukti banyak kali tak bersalah, masih lagi ade yang percaya dengan fitnah tersebut.Allahua'lam
ReplyDeleteJoin saya di NesKopi
Setuju dan saya ambil ini sebagai nasihat. =)
ReplyDelete*First time jenguk sini. Pinknya blog dia tapi lawa. ^__^
betul tu.... :) kdng2 kalau bergaduh .. org buat fitnah .. org yg ketiga tah mane dtg ,msti jadi pnyokong :o haih ! dengar sebelah pihak je.. sabar ajelah :D hihhi
ReplyDelete