Sedap ke makanan viral tu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selamat berhujung minggu semua.
Kononnya nak update blog setiap hari tapi memang tak lahh.
Busy memanjang.
Sesungguhnya sudah 2 bulan RPH aku tak buat, maka dengan itu malam ni kena mengerah tenaga untuk buat RPH. Sila tabah ya!

Hari ni aku nak cerita pasal makan-makan.
Konon nak diet tapi asyik tengelam di laut China Selatan.
Sekarang ni masih belum timbul-timbul lagi! (please help me!!)
Langsung tak ada kesedaran pun!
Badan dah makin gemuk.
Bukan mudah nak turun berat badan tanpa menggunakan ubat, tapi aku nak cuba juga, nak tak nak kena diet. Sila sedar diri! (tak mau guna ubat-ubat dah)

OK, stop cerita pasal diet, Isnin ni sila berazam untuk naik kedaratan ya (diet)
Dalam bulan Ogos, Aku pergi KL temankan adik buat check mata.
Selepas selesai urusan semua tu, cadang nak merayap kat Sogo, konon nak cari parking. Dah la memang tengah sesak masa tu..nak cari arah masuk parking pun jenuh..asyik berpusing banyak kali..last-last terus rasa nak keluar dari kesibukan KL..maklumlah kalau pergi Sogo aku selalu naik LRT je atau orang bawakan ni drive sendiri memang payah sikit la. Terus gerak pergi Alamanda.


Alamanda tempat yang selamat (biasa) sebab tempat selalu aku lepak dan biasa drive sendiri. Nak parking pun mudah. Lepak kat sana, aku tengok movie dan beli barang untuk makan-makan kat rumah kawan. Adik aku pula ajak aku beli mee samyang. Katanya dia pernah rasa..sedap tapi pedas.
Aku yang memang tak ada perasaan bab benda-benda viral ni ikut jelah. Nak juga tau apa yang sedap sangat sebab 1 mangkuk mee segera samyang ni boleh tahan mahalnya dalam RM7 lebih kat Alamanda (hatiku berdetik rugi je beli mee segera semangkuk harga RM7 lebih, lebih baik makan benda yang lagi berkhasiat). Sebenarnya dah lama juga viral tapi buat tak kisah, so kali ni saja je test.



Lepas penat pusing-pusing mall, lepak kat bahagian pokok-pokok buluh ni sambil melihat gelagat manusia dan melepaskan lelah :)
Berbalik pada mee samyang tu, maka aku beli pek hitam dan adik aku beli yang pek kuning (cheese).


Adik aku cakap, yang warna hitam ni dia dah pernah rasa, so dia decide nak cuba perasa cheese. Jadi pagi esoknya kami jadikan mee samyang ni sebagai sarapan.



Taraa aku punya dah siap untuk dimakan. Senang je nak sediakan. Cuma rendam mee dalam 5 minit, toskan airnya dan gaul dengan bahan perasanya.
Rasanya?? wauu memang pedas, muka akan menjadi merah, hidung berair dan mata pun sama. Tapi jenis pedas yang sedap..yang buat korang rasa nak makan lagi. Memang masa makan tu, rasa macam taubat taknak makan lagi tapi lepas tu akan rasa macam ketagih dan terasa-rasa je kat tekak.
So, kalau tak tahan pedas, sediakan air kat tepi siap-siap, karang ada yang terjun dalam kolam lak hahaha.

Lepas tu, saja rasa perasa cheese adik aku, wauu aku rasa lebih suka dengan cheese berbanding yang pek hitam tu sebab rasa cheese tu lebih sedap. Memang best la.


Sekarang ni aku selalu beli yang cheese, 2x je aku beli yang pek hitam tu. Kat speedmart lebih murah berbanding beli kat pasaraya. Untuk jenis mangkuk ni, dalam RM6 lebih je.
Semalam aku jenuh la mencari kat speedmart perasa cheese tapi asyik habis je. So tadi terus beli yang pek besar dalamnya ada 5 bungkus tu.


Sebenarnya, aku nak elakkan beli yang packing (ada 5 bungkus ni) sebab nak elakkan daripada kerap makan mee segera tapi lama sangat cari tak jumpa. Kita relakan jelah. Konon kalau beli yang dalam cup tu target makan sebulan sekali, tapi kalau dah beli 5 pek macam ni..korang rasa kekerapan tu macam mana?



Lega jugalah tekak ni nak makan mee samyang cheese. Memang aku lebih suka perasa cheese. Lepas tu aku tengok ada pek warna biru (ais)..tak tahu la rasa apa kan. Malas nak cuba karang ketagih pulak kan susah.

Masa nak balik dari KL, aku saja nak cuba Spicy Korean Burger tu, yang sebelum ni pernah viral sampai ada yang buat live untuk gambarkan rasanya...so beli la juga. Karang kempunan pula kalau dah lepas musimnya.



Pada aku, rasanya taklah pedas sangat. Setakat biasa-biasa jelah. Nak repeat lagi tu maybe sekadar teringin tu bolehlah.

Sekarang ni kan tengah popular yang Spicy Chicken McDeluxe. Macam best je tengok orang makan. Jangan sampai aku drive-true pergi MCD pulak ye..habis planning diet aku sebab melantak je kerjanya.

Makanan viral yang lain tu aku malas nak ambil port karang makin menjadi-jadi pulak badan aku. Konon nak diet tapi habuk pun tak de..

Pendapat aku tentang makanan viral ni?
Makanan viral ni pada aku biasa-biasa je, tak adalah special sangat pun. Mungkin sebab ia viral, maka makanan tersebut jadi terkenal. Terpulang pada kitalah sama ada nak mencuba atau tidak. Kalau rasa nak cuba boleh cuba, kalau tak nak cuba boleh duduk diam-diam je. jangan sibuk nak kecam itu ini kan. Macam mee samyang ni memang aku suka terutama perasa cheese tapi taklah dijadikan makanan rutin sekadar makan bila rasa nak makan je. Apa-apa pun kita kena bijak memilih makanan yang sihat untuk tubuh badan kita. Jangan terikut-ikut sangat viral tu (pesanan untuk diriku yang makin membesar). Jadilah pengguna yang bijak!

Ok, itu sahaja untuk entry hari ini. Sekian tata dan selamat malam.

p/s: Apa cerita diet? Kalau agak-agak berjaya aku update, kalau masih lagi tengelam dilautan dalam maka jomlah kita ber huhuhuhu je....bye! 😜😜😜

Resepi Samosa Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan keluarga aku.
Sangat mudah dan cepat disediakan.
Kalau sarapan pagi ke, minum petang ke kalau saji sekali dengan samosa ni mesti makan tak ingat dunia. Sedar-sedar dah habis je. Macam manalah nak diet sebab asyik makan je kan.

Pada aku memang senang buat dan sedap dimakan. Ada cakap boleh jual, setakat makan sendiri dan keluarga boleh lah nak buat tapi kalau bab nak jual-jual ni memang taklah (pemalas nihh).

Jomlah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek kulit popia
1 tin ikan sardin kecil/besar (ikut kuantiti nak buat aku pakai yang kecil)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
3 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (dalam 4 sudu makan)
Tepung gandum dibancuh dengan air untuk gam kulit popia

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Toskan kentang dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar serta serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan ubi kentang. Letakkan garam secukup rasa.
4.Sebatikan sampai sardin hancur dan sebati dengan bahan-bahan tadi. Tumis kering jangan tambah air.
4. Ketepikan.

Kulit popia, apa-apa jenama pun boleh

Bancuh dlm setengah cawan air dengan 1 sudu makan tepung gandum

Sardin dan kentang untuk isi samosa (inti).


Cara gulung kulit popia untuk samosa.

Nak gulung pun ada caranya, bukan main hentam je.


1. Potong kulit popia kepada tiga bahagian.


2. Ambil 2 keping bahagian yang telah dipotong, gamkan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia dengan hujung 1 lagi kulit popia tadi.


3. Letakkan 1 sudu inti di hujung tepi kulit popia


4. Lipat kulit popia seperti dalam gambar di bawah (supaya menjadi bentuk 3 segi)


5. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.


6. Ulangi untuk samosa seterusnya...


Tara!! dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh terus goreng je.


Makan panas-panas mesti tak hengat doniaaa...


Yang pasti samosa buatan sendiri lebih puas hati sebab saiz besar, inti banyak dan pastinya sedap. Kalau dah cuba pasti nak buat lagi. Makan panas-panas memang sedapp!!

Ok, sampai di sini sahaja resepi samosa mudah ni. Selamat mencuba!

Mee sizzling

Assalamualikum..

Hari ni rasa nak senyum sampai telingga sebab peristiwa semalam..hehehe
Serius masih rindu kat ......................

Ok, Sabtu lepas, lepas balik kerja memang sangat lapar...hati membuak teringat mee sizzling kat Jusco Balakong..sebab kat situ je tmpat kegemaran melantak mee sizzling tempat lain macam kurang urmmm je.

lepas balik kerja tu, balik kejap dan terus pergi jusco..
 tak sabar giler nak makan sizzling..
kalau nak makan sizzling ni kena pastikan betul2 lapar sebab kalau tak lapar cfirm mee tu tak habis.
Aku lebih suka makan yee mee sebab sedap dan tak muak hehehe..yang pasti kena ada cili api kicap tu baru la rasa sedap sebab pedasss..dan namanya tekak kalau tak pedas tak sah kan..hehehe..


Tiba-tiba rasa lapar pulak tengok gambar ni..eiiii..habis diet kiter tau :(


Muka ceria dapat melantak makanan kegemaran hehehe..


Kat dagu tu still ada lagi tapak jerawat, tangan tak boleh diam lagi kann dah berparut hehehe..jenuh aku tenyehh bio oil tiap malam... :(

ok bye..

nak sambung kerja!

Yee Mee Sizzling dan saya.

Assalamulaikum rakan-rakan seluruh pelusuk alam.

Terajin pula nak update pagi-pagi ni kan so teruskan usaha mengupdate sebelum kemalasan melanda diri ini.

Aku pun tak tahu, sindrom apa yang melanda diriku, tiap kali AEON  mesti makan kat food court dan mesti nak makan yee mee sizzling. Memang tak pandang makanan lain walaupun ada kepsi, Johnny dan macam-macam. Tak kisahlah kalau just window shopping je ke AEON tapi stay nak makan yee mee sizzling, Entah apa ubat pun aku tak tahu buat aku nakkk je makan benda tu haha. Maybe sebab sedappp di tambah dengan cili with kicap..meleleh air hidung tapi tu memang nikmatlah..


AEON mana tu?? mana boleh bagitahu, kang ada paparazi skodeng aku date kat mana hahaha..

Suka tau sebab ayamnya banyak, kuahnya sedap.


AKu bukan jenis setiap ada yee mee sizzling semua nak melantak tapi yang ni memang sedap tu pasal tak jemu-jemu nak makan haahaha..dah kisahlah ada orang nak belanja kepsi tapi nak juga makan yee mee ni..tolak kepsi tu jejauh..sebab kepsi ada di mana-mana tapi yee mee sedap ni ada kat AEON.....
mengikut tekak aku memanglah sangat sedap, tekak korang aku tak tahu ler ye. Bila tengok gambar ni rasa nak makan la pula tetiba laporr je...padahal nak diet tapi asyik nak makan jee..acane ni?


Wajah happy dapat makan yee mee sizzling..ye ye ye ye..nanti next week kita makan yee mee sizzling lagi ye. Bye!







Oh gadget

Assalamualaikum, hari ni penat uruskan hal gadget. What gadget? Apa-apa jela. Hari ni destinasi pertama adalah ke Maxis KLCC untuk uruskan hal sim kad. Cadang nak buat double sim kad tapi tak bolehlah pula. Orang Maxis suruh ambil pakej WiFi Rm98 sebulan dan terminate broandband tapi rasa membazir la pula. Nasib baik ada pakej internet for gadget rm 18 sebulan untuk 1gb. Oklah kot untuk gadget ciikai aku ni, gi pun lappy tetap menjadi first choice. Berokband tetap on. Mengalir juga rm100 untuk pendaftaran. Dia bagi modem, ikutkan hati tak mau sebab dah ada cik berokband so dah pakej, terpaksa terima huhuhu. Lepas tu ke low yat belikan external hard dis for my friend. 1 tera tu, mau letak apa tu? Hehehe. Sekarang kat jusco balakong makan-makan sambil update blog, mencuba servis cik Maxis tadi.


Makan-makan di Restoren Nasi Ulam.

Assalamualaikum,

Tadaaa semester baru sudah bermula maka persediaan untuk thesis juga bakal membuka tirai baru. Iskk sangat tak boleh nak berada di zon-zon selesa seperti waktu cuti semster dulu. Terasa home sick sebab duduk rumah selama 2 bulan lebih, nak terbang balik rumah lahhh.

Ok, jom kepada tajuk entry aku ni. Tempat kesukaan lepak untuk dinner adalah di Restoren Nasi Ulam di Bangi. Memang itu tempat kesukaan, dulu selalu lepak kat Kajang, melantak sate kajang tapi kini mesti melepak kat Bangi untuk dinner. Suka makan tomyam kat sana.

Kat Nasi Ulam, aku lebih prefer ambik pakej, sangat berbaloi, dan pastikan perut anda lapar untuk makan dengan licinnya di sana. Kalau korang nak tahu Restoren Nasi Ulam ni terletak kat Bandar Baru Bangi, sebelah Amani Hotel, kat situ sebaris dengan Wong Solo Restoren dan Steamboot Antarabangsa.




Bersama dengan sahabat kecintaanku, selepas menghabiskan duit di Jalan TAR, kami menjamu selera di Restoren Nasi Ulam.


Ikan kembong masak 3 rasa, walaupun selalunya orang buat ikan siakap tapi pakej yang selalu aku makan ni ikan kembong, Pakej RM23 ni boleh di makan untuk 2 orang, antara menu pakej ni- nasi putih 2 pinggan, ikan kembong masak 3 rasa, tomyam ayam, telur dadar, ulam-ulam dan 2 gelas air sirap. Banyak lagi pakej menarik boleh cuba! semua best!


Kailan ikan masin.


 Tuan blog yang tengah lapar masa ni.

 Telur dadar,

 Ulam-ulaman dan sambal yang meveles.

Nasi Putih,

Aku prefer makan dinner, hari tu teman kawan sarapan kat sana..wauu banyak gila pilihan lauk untuk lunch. Aku terpandangkan nasi kerabu, terus beli! untuk tapau lunch kat bilik huhu..


taraaaa...........



Nasi Kerabu di Restoren Nasi Ulam, yummy!.
padahal semalam dah makan nasi kerabu yang di beli di pasar malam kajang dengan kekawan, tapi dah cintakan nasi kerabu makan la 2 hari berturut-turut.
Nasi Kerabu pasar malam, sedappp juga! cuma manis je.

Tapi kan..tapikan..tak boleh lawan nasi kerabu pasar malam sungai dua, Penang dekat dengan USM. Pasti nak lagi kalau rasa!

Ok! bye!!..

p/s: Lepas ni nak rasa steambot antarabangsa lak, jom jom jom...



Char Kuey Teow

Assalamualaikum,

Lama sangat tuan blog tak update-update blog. Mesti reader bosan sebab entry tak bergerak-gerak. Kebusyan aku macam perdana menteri membuatkan aku tak sempat nak menari laju atas keypad pinky ku ni. Ok korang suka makan char kuey teow. Aku suka! Tapi bukan fun nombor satulah tapi tetap suka. Selain makan char kuew teow Penang dan area Ampang aku suka makan char kuey teow kat my lovely kolejku Pendeta Zaba. Jom skodeng!

Jom close up sikit, kasi terlioq sikit.


Sangat sedap dimakan panas-panas, udang ada empat ekor, lepas tu kerang pun banyak. Sedapp wooo..

Pemakan char kuey teow.


Pemakan char kuew teow 2.


Tuan blog, rasa malas nak update gambar selekeh ni huhuhu..

Motif entry ini, jom beramai-ramai serbu Zaba semester depan kerana banyak pilihan makanan yang beraneka versi. So siapa kata Zaba tak best? semua ada woo, kolej paling selamat lagi.

P/s: Semester depan still duduk Kolej Zaba. Best wooo.

Biskut Kelapa yang sangat yummy.

Assalamualikum,

Hujung minggu? eh hari ni dan Monday la! Monday sick? no sebab tiada sebarang kuliah untuk Monday so not caller is Monday Sick but Wednesday Sick sampai Friday sick je. Tapi tetap home sick. Duduk kampus memang ketensionan. Nak hilang tension dan kesepian selalulah mengupdate blog. Nak ajak pakwe berjalan keliling dunia pun tapi calon tak ada. Eh!?


Semalam rasa sweet sangat, sebab mama dan saudara datang melawat kat kampus. Rasa macam duduk asrama je *padahal sebulan je duk asrama pastu homesick, lari balik. Serius rasa nak ikut mereka balik rumah je masa hantar mereka kat kereta. Sedih :'(

Lepas tu mereka ada bawakan jajan untuk kudapan puteri comel ini. Ada keperek dan pelbagai. Memang tak plan pun mama nak datang sebab mereka nak pergi rumah saudara kahwin kat KL so alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ketiak masam so datanglah melawat tuan puteri di bumi Bangi ni. Kesian juga nak bawa mereka ke bilik sebab aku duk atas langit nun sana..bilik aku tingkat 4. Memang kena mendaki tangga sebab lif tak ada hahaha.

Okeh, sekarang nak cerita pasal biskut kelapa yang sangat comel.


Sedap woo biskut kelapa kering ni, bentuk dia pun comel. Bila dikunyah sangat rangup. Bau kelapa tu sangat wangi.


Ada pelbagai rupa bentuk yang menyapa hati untuk memakanya.


Sweetkan bentuknya, dulu bentuknya bulat dan square je sekarang dah bermacam bentuk yang comel lote. Senang di makan.

Thank bekalkan jajan sedap ni.

Diletakkan di dalam balang plastik, untuk dinikmati semasa buat agsimen. Nak rasa? maii la sementara stock masih ada.

Baii!!! aku nak sambung buat agsimen tapi nak makan epal merah menyala  yang beli kat econsave kelmarin. Yummy!

Kesedapan Bihun Pama.

Assalamualaikum semua,
Selamat hujung minggu. Next week nak balik kampung yehaaa.
Hari ni nak share something yang di boleh kata special. ecece special la sangat!
Korang suka tak makan mee segera. Memang mee segera tidak baik untuk kesihatan dan minda pelajar tapi kalau dah student life mesti ada atau harus ada? stock mee segera. Mana tahu kot kebuluran, adalah makanan yang nak di ngap ngap takkan nak makan roomate pula hahaha. Pening lalat ;)

Kali ni nak share pasal kesedapan bihun sup segera iaitu bihun Pama, aromanya sangat yummy! suka sangat.

Gambar cilok google.
Kenapa aku suka Bihun Pama ni?

1. Rasanya sangat serasi, pedas, masam, manis, masin semuanya sesuai dengan tekak aku.
2. Cepat direndam terus beraroma dan sedia di makan.
3. Kurang lemak berbanding mee segera.
4. Sesuai kalau nak diet ringkas.
5. Ala-ala bihun sup sebenar.
6. Tidak terlalu mengeyangkan, 2 bungkus baru rasa macam ular sawa. 
7. Yang penting sangat sedap sampai tak toleh kiri kanan bila makan.

7 je sebabnya..korang suka tak makan bihun pama? Lunch for today is bihun pama sebab malas nak keluar ke cafe dan jimat duit. hahahaha.


Motif? saja nak update blog dikala kesunyian. Lepas ni nak basuh baju pula sebab dah rendam. Boleh tulun tak basuhkan baju I tu?


Ini sahaja gambar yang mampu aku sharekan pada korang kerana bihunnya sudah selamat di dalam perutku.

ok bai. Lepas ni ada agsimen kena perah kepala.

Student Life. Jom makan-makan.

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian alam.
Ok baru nak update blog padahal banyak benda yang nak update.
Penat otak, tu pasal malas update. Memang mencabar semester ni. Banyak sangat tugasan. Sampai terpengsan 10 minit memikirkannya #tipu jer

Hari ni result STPM keluar. So tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat result gempaq. Yang kurang gempaq..ingat! bahawa dunia belum berakhir. Okey!

Sebenarnya, tak ada perkara yang menarik yang perlu diwar-warkan kepada sekalian alam ini. Kehidupan seperti biasa sebagai student life yang perlu liku-liku hidup yang perlu dilalui dengan tenang dan redha.

Hari ini agak kepenatan sedikit tapi tak lah seberapa penat macam mendaki gunung Everest. Mendaki Batu Caves pun tak juga melainkan kau berhabitat di Ibnu Zain. Itu pun kalau kau suka naik tangga. Ok stop merepek dan meraban sebentar. Hari ni agak awal ke fakulti, kelas pukul 5 petang tapi terover dose rajin ke fakulti pukul 10 pagi. Sebenarnya, niat nak pinjam buku, jumpa lecturer dan melepak di PPSPP library sambil mententeramkan diri yang makin serabut ni. Dan entry ni cuma nak tunjuk tempat makan baru yang baru first time aku jejaki. Ala-ala entry jalan-jalan cari makan.

Tempat makan adalah di Cencelori, atas cencelori. Aku tak capture pula nama restoren tu dalam kepala otak aku sebab otak aku dah set lapar dan perlu melantak dengan jayanya.

Muka with-out make-up. Agak serabai tapi tetap comel. Sebelum mengisi perut jomlah bergambar sebentar. Nampak sangat kegedikannya di situ.



Kawan aku yang suka bergambar. Sporting dengan camera. Senyummmm...

Gadis ini sangat takut dengan camera. Cuba menjauhi camera tapi berjaya ditangkap oleh paparazzi..bukan cipanzi.



Kegilaan pada tudung express soft awning. I nampak muda dari usia. Shhhhh ini first time ada tudung biru laut..woooo..

Memandangkan kami gadis yang suka buah-buahan. Setiap seorang dengan jusnya masing-masing. Segar wooo.

Nasi putih with telur dadar.
Tomyam Campur.
Menu lunch aku, sama menu dengan Cik Mira.

Nasi goreng Seafood bukan sifut yer. Cik Dayah yang punya.

Lepas makan dan kemelantakan. Terus ke PPSPP Library nak bincang pasal agsimen kerana di reject oleh lecturer sebab tajuk tu dah ada yang punya. Lepas Zohor pergi Pusanika jap temankan kawan. Ada jualan kat situ, rembat sehelai tudung bawal dua tone warna kelabu dan inner kelabu. Shopping jer...wahhal baru je beli tudung kat Jalan TAR kemarin.

Kat Library PPSPP. capture picture sebentar.

Lepas Asar terus pergi kelas Advokasi Pembangunan. Kerja datang lagi. wooowooooo...

Sekian sahaja coretan hari ini. Beban minda makin bertambah. Ok baiii.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH