Hari ni aku nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan keluarga aku.
Sangat mudah dan cepat disediakan.
Kalau sarapan pagi ke, minum petang ke kalau saji sekali dengan samosa ni mesti makan tak ingat dunia. Sedar-sedar dah habis je. Macam manalah nak diet sebab asyik makan je kan.
Pada aku memang senang buat dan sedap dimakan. Ada cakap boleh jual, setakat makan sendiri dan keluarga boleh lah nak buat tapi kalau bab nak jual-jual ni memang taklah (pemalas nihh).
Jomlah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
1 pek kulit popia
1 tin ikan sardin kecil/besar (ikut kuantiti nak buat aku pakai yang kecil)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
3 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (dalam 4 sudu makan)
Tepung gandum dibancuh dengan air untuk gam kulit popia
Cara-cara
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Toskan kentang dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar serta serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan ubi kentang. Letakkan garam secukup rasa.
4.Sebatikan sampai sardin hancur dan sebati dengan bahan-bahan tadi. Tumis kering jangan tambah air.
4. Ketepikan.
Kulit popia, apa-apa jenama pun boleh |
Bancuh dlm setengah cawan air dengan 1 sudu makan tepung gandum |
Sardin dan kentang untuk isi samosa (inti). |
Cara gulung kulit popia untuk samosa.
Nak gulung pun ada caranya, bukan main hentam je.
1. Potong kulit popia kepada tiga bahagian.
2. Ambil 2 keping bahagian yang telah dipotong, gamkan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia dengan hujung 1 lagi kulit popia tadi.
3. Letakkan 1 sudu inti di hujung tepi kulit popia
4. Lipat kulit popia seperti dalam gambar di bawah (supaya menjadi bentuk 3 segi)
5. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.
6. Ulangi untuk samosa seterusnya...
Tara!! dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh terus goreng je.
Makan panas-panas mesti tak hengat doniaaa... |
Yang pasti samosa buatan sendiri lebih puas hati sebab saiz besar, inti banyak dan pastinya sedap. Kalau dah cuba pasti nak buat lagi. Makan panas-panas memang sedapp!!
Ok, sampai di sini sahaja resepi samosa mudah ni. Selamat mencuba!
No comments
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)