10 Tips Cinta: Bagaimana nak pujuk hati wanita?


10 Cara Memujuk Hati Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak aku terbitkan postingan Sebab kenapa wanita tawar hati?, ramai yang mesej aku minta tips macam mana nak pujuk hati wanita yang telah dilukai (siap bagi email lagi yee). Alhamdulilah artikal tu mendapat respon ramai, sampai ada page-page kat facebook copy paste ye. Oklah, nevermind, itu tandanya entry Cik Farah berkualiti tu pasal ramai copy paste. Kalau tak kualiti mesti tak ada orang nak copy cat kan?? Tak pe, walaupun tak ada kredit, Cik farah tak marah pun..cool je.Permulaan tahun 2018 ni kita bagi tips cinta yang memang terperuk dalam draf ye.

Amboi-amboi nak minta tips macam aku ni Dr. Cinta pula ye, Ok, aku cuba bagi tips berdasarkan pemerhatian, pengalaman rakan-rakan, pembacaan dan pengalaman sendiri.

Sebenarnya, jika perempuan marah? Masih boleh dipujuk.

Sedih? Lagiii bolehhh..

Mengamuk? Boleh lagi..

Kecewa? Mungkin boleh..

Sakit hati? Masih boleh..

Benci? Ada lagi peluang kot..

Berubah hati? Entahlah nak cakap?

Tawar hati?? Itu susah sikit nak jawab sebab sejenis penyakit tawar hati ni, kau letak garam ke gula ke..tawarnya tetap tawar. So berhati-hati bila perempuan sudah tawar hati ni. Bukan tak ada peluang tapi tipis, tapi apa salah mencuba ye??

Aku bagi 10 tips ringkas cara memujuk hati wanita.

1. Rendahkan ego
Selalunya lelaki ni egonya tinggi. Susah nak mengaku salah jika melibatkan sesuatu perkara walaupun hanya perkara yang remeh-temeh tetapi perlu diingatkan bahawa hal-hal sedemikianlah yang menyebabkan wanita tawar hati. Maklumlah korang ni asyik nak menang je, asyik perempuan sahaja yang mengalah. Jadi, kaum lelaki kena rendahkan ego. Kalau ada sesuatu isu antara kamu dengan dia, kena cepat-cepat mengalah. Bukan bermaksud merendah-rendahkan martabat kamu tapi sebagai jalan penyelesaian untuk sesuatu perkara itu “selesai”. Tak salahkan rendahkan ego yang mengunung tinggi?



2. Bersungguh-sungguh
Bila perempuan dah tawar hati mulalah gelisah tengok perubahan sikap perempuan tu. Memang benar, bila sudah tawar hati, perempuan akan buat tak peduli dan tak nak ambil tahu pun tentang lelaki tu (kau nak mati pun, pergilah mati) . Jadi, lelaki perlu bersungguh-sungguh untuk menawan semula hati wanita tersebut. Bukan sekali dua kena “reject” terus give-up kan. Kadang-kadang sesetengah wanita ni nak tengok sejauh mana kesungguhan lelaki itu untuk “memiliki semula hati” wanita tersebut. Tapi kalau setakat hangat-hangat tahi ayam , memang good bye lah. Kena bersungguh-sungguh tanpa jemu ya. Selamat mencuba!

3. Berubah perangai 
Kalau dulu perangai si lelaki ni lagi teruk dari syaitan tapir. Jadi kenalah beringat-ingat dan muhasabah diri. Cuba periksa apa perangai buruk korang yang wanita tak suka. Cubalah berubah jadi yang lebih baik. Perubahan yang baik kan lebih elok. Contohnya, dulu kau ni jenis panas baran, kaki maki, kaki pinjam duit, kaki hutang keliling pinggang. Siapa yang suka? Semua orang benci kan? Berubahlah kerana itu semua sifat-sifat syaitan yang perlu ditinggalkan. Berubah kerana Allah insyaallah ada jalan yang lebih baik.


4. Tunaikan janji
Janji kemain la tinggi sampai ke langit tapi satu pun tak pernah ditunaikan. Jadi, jangan jadi pemungkir janji ye ibarat menanam tebu dipinggir bibir tapi manis je ada last-last kena diabetis. Wanita paling tak suka jenis lelaki suka tabur janji tapi semua tong kosong. Tolong buktikan janji-janji manis korang tu sebelum dibiarkan membusuk menjadi bangkai.

5. Bertolak ansur
Jangan asyik nak ikut kepala sendiri sahaja. Dalam sesuatu perhubungan kena saling bertolak ansur sebab setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Kena sentiasa memberi ruang kepada pasangan masing-masing ya, jangan asyik nak ikut cakap kau je. Apa ingat hamba abdi?

6. Ambil berat
Maklumlah hubungan bila dah bertahun atau selepas berkahwin ni tak seromantik masa zaman mula-mula kenal (kebanyakkan macam tu lah) kadang-kadang bagi whatsapp cuma read je tapi langsung tak nak balas. Benda simple macam “tanya khabar”, “dah makan ke belum” pun rasa liat. Bila pasangan dah tawar hati baru mengelabut minta tips kan. Ok, tolong ambil berat pada pasangan anda, buka setahun bukan dua tahun tapi selama anda bersama dengannya. Hargailah dia ye. Makan minum, sakit pening dan seangkatan dengan itu memang kena ambil berat. Sebab hal kecil-kecil macam nilah yang boleh menyebabkan perempuan jauh hati dan lama-lama tawar hati.


7. Cuba memahami
Asyik perasaan kau sahajalah kita kena jaga, cuba peka dengan perasaan orang lain ye. Selalunya kalau jenis yang peka perubahan air muka pasangan pun korang dah dapat detect. Cubalah untuk memahami apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kalau benda yang dia tak suka tu janganlah korang buat.


8. Beri kejutan
Cubalah selalu bagi kejutan yang mengembirakan. Penghargaan bentuk pujian, hadiah, dan perkara-perkara yang mengembirakan hati. Seseorang akan selalu ingat kepada kenagan yang indah. Cuba cipta kenangan yang indah yang boleh buat dia terharu. Jangan cipta kenangan pahit dah la, nanti sampai mati dia akan ingat. Maklumlah senang untuk memaafkan tapi melupakan sukar. Ingat tu!

9. Ingat perkara kecil 
Cubalah ingat perkara-perkara kecil, macam makanan kesukaan dia, minuman kesukaan. Tarikh-tarikh penting pun jangan lupa sebab mungkin kecil bagi kamu tapi tidak bagi dia. Lepas itu, kalau ada benda-benda yang dia pernah bagitahu kena la peka. Jangan macam tunggul kayu. Ibarat masuk telingga kanan, keluar telingga kiri. Bosan tau orang macam ni. Cik Farah reject awal-awal!


10. Berdoa
Korang dah berusaha kenalah berdoa. Janganlah jumpa bomoh pula. Nanti kalau jumpa bomoh hubungan tak berkat dan tak bertahan lama (maklumlah perkara dimurkai Allah yang korang buat). Perlu ingat tuhan yang membolak-balikkan hati kita ni. Jadi minta pada tuhan, doa yang baik-baik agar jodoh korang dengan dia hingga syurga.


11. Move on 
Yang ni last tips la tapi kena terima hakikat ye. Korang faham tak qada dan qadar tuhan? Kena terima hakikat bahawa si dia bukan jodoh yang diciptakan untuk kamu. Jadi selepas bersungguh-sungguh cuba tips di atas masih hampa lepaskanlah dia. Menyintai tak semesti memiliki. Doakan dia temui penganti yang lebih baik dan korang move on lah. Insyaallah ada yang lebih baik menanti korang. Tempoh untuk move on tu memang perit tapi selepas pahit ada manisnya. Tapi kena ingat! Kalau dah jumpa penganti baru kenalah hargailah dia. Jangan sampai dia juga tawar hati.

Sekian itu sahaja tips yang boleh Cik Farah kongsikan, berpeluh nak tulis tips ni. Selamat membaca ya. Ini bukan entry minum kopi makan pizza.

Bye semua. Selamat Berjaya!

(Sumber gambar: Google search image)

45 comments

  1. macam mana pujuk perempuan yang ego dan tidak seberapa romantik ni????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslm, nak tanya ,kalau perempuan ni, suka buat benda pelik and dia toreh tangan la itu la ini la, kalau kita tanya kenape buat macam tu dia marah, saye pun tak tahu ape yang dia nak, tiba2 saye terfikir jugak dia ni memang nak kan saye ke, main2 je, sebab dia macam post kat status dia gambar orang lain, itu yang saye panas tu, kalau marah dia merajuk, jadi nak buat macam mane ni

      Delete
  2. Salam nak tanya kalau perempuan yg jenis mulut lazer ni kan memang ganaslah tapi masatu tertolak dia pastu hidung dia sakit �� dia terus jadi badmood. MUKA DIA SAKIT ��..dia ni kalau bergurau memang kasar lah tapi macam mna kita nak bergurau dengan dia ni...(Perangai masuk Air) Walau perangai dia tak mcm perempuan lain tapi dia ni pandai masak,kemas rumah dari situ lah ada perasaan tapi sampai sekarang tak beritahu terus terang Tapi stay keluar sama sama...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sangat atas tips2 tu. Sya mngaku la. Mmg bab perangai, ego ngan janji tu betul. Hmm. Nampaknya terpaksa lah berubah untuk kebaikan. Bila dah jadi mcam ni.sakit sangat woo hati ni.salah sndiri jugak kan.

    ReplyDelete
  4. Macam mana kita nak selalu ambil berat pasal dia sebab chat pun bluetick?? Dan macam mana nak tahu dia tu tengh stress tp chat tak pernah reply??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stalk.fb dia bro.semua.boleh tau dari status yg dia posting kat fb insta

      Delete
    2. dia tak suka ko bro

      Delete
    3. macam mana kalau die dh tawar hati tp bila kita chat die ckp rindu die still reply rindu jgk tp ble kite mintak peluang nk getbck die xbole..tp perasaan rindu n syg tu still ade lg kt die..cmne tu?

      Delete
  5. Kalau bagi masa selalu bapa hari sebab dia tengah tawar hati saya cuba sikit demi sikit nm buat dia gelak and then timbul pulak masalah lain sampai la dia tawar hati pulak sampai dia chat haa ok takpa yee tu ja saya pon sabar la demi nk dapatkan dia balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tunang.. kawan dah 4 tahun.. tunang 2 tahun.. so dah decide lps raya ni nak mnikah.. so dia mcm x best ja nak mnikah. Dan dia cakap bgi dia msa. dia yang nak kwen snagt2. bila kita dah ready.. dia cakap jgn call chat dia smpai nikah.. so kita hppy laa.. Last2.. x mau kwen.. noh muncui pulak org ktiga.. ya allah x tau la apa perasaan ni nk cakap.. then x tau la apa perasaan aku ni.. aku tetap nak.. bgi aku dia buat mcm tu mcm nak balas dendam ja.. tpi x tau la.. brg2 yang aku bgi.. semuaa still dia guna.. tpi cincin dia dah bagi. sakit wey.. sayang dan hrap pada org yang dah tawar hati dgn kita.. doaa ja mampu..

      Delete
  6. Agak ii nk bagi dia masa bapa lama sebab dia tengah tawar hati pastu timbul pulak masalah lain sekrang ni dia chat saya nk taknak macam haa yee ok takpa saya pon sabar saya betul ii suka kat dia dan saya taknak lepaskan dia saya nk bagi masa tapi saya takut saya cemburu bila saya nampak dia gan org lain

    ReplyDelete
  7. Kalau perempuan tu saje uji mcm mna pula tu

    ReplyDelete
  8. Sya dah bgi hadiah. Tpi still sulking

    ReplyDelete
  9. Nak tanya...jikalau perempuan tu mula bencikan kita , and dia cakap dia nak masa dan ruang... kemungkinan dia akan cari kita balik atau tidakk😞😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm situasi saya...Tak mungkin😪

      Delete
    2. saya pun dah kena ni...dia pun dah keluar dgn org lain dh, tapi prempuan ni satu je , dia ada masalah dia cari lah ko balik, time tuh lah ko nak ceramah dia kaw2 peluang dtg sekali je ...

      Delete
    3. situasi saya sekarng.tawar hati katanya,perlukan ruang dan masa.wasap,call semua tak layan.terseksa menanggung rindu.sebelum ini ego tak ingat dunia.idea please

      Delete
    4. kembali kepada sang pencipta yang esa. semua yang kita suka x sementinya kita harus memiliki. dekatkan diri dengan allah insyallah semua akan kembali pulih. "rahsia itu milik allah bukan milik manusia"

      Delete
  10. Aslm.. Nk tye.. Kakak angkat saya dh tawar hati... Tpi saya susah nk buatkan hati diadia rasa happy mcm dia dh xde tawar hati... Saya menangis 3 hari Sbb sudah nk buatkan hati dia happy dan nk bersama dgn dia balik :(

    ReplyDelete
  11. Macamana pulak kalau dulu prempuan tuh mmg dah pergi..2 thun kot, Lepastuh dia dtg baik, pastu dia kecewakan sy balik.. Fedup lah dengan perasaan cmni 3 kali dh, mcm mesin ATM dh jadi nye.. Time nak cari, time tak nak pujuk cmana pun mmg x dtg . Solution ada??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang balik cuba u pura2 buat gila pegang parang then kejar dia sumpah x balik2 lg

      Delete
  12. perempuan ini bila setia,memang setia...
    tapi...
    kalau curang,memang akan curang....

    pilihlah wanita yang simple kehidupannya.....
    dijamon memang setia

    ReplyDelete
  13. Mcm mn nk pujuk kalo dia block kkta??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try e-mail... Try media sosial yg ada... Cuba sampai dapat.. xpun guna nombor lain

      Delete
    2. Aku pon kene...hurmmm bagu bunga pulangkan balik...sedihnya

      Delete
  14. Nk tnya kalo perempuan dh tawar hati masih ad peluang ke?? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  15. boleh tanya kalau perempuan tu tak mau balas chat kita apa perlu kita buat.sedangkan masih sayang dengan dia

    ReplyDelete
  16. As Salam nk tnye law si dye dh tawar hty dgn kite..tapi dye masih syg kite lgi...ad peluang ke untuk kite brsma smula??

    ReplyDelete
  17. Tggu time gaji sy ingin beli stu mas cincin untk dia.sbb dlu dia ada pesan tpi aku ms tu tk tunai.tpi tgk la kali ni.kalau tkde apa2 kesan move on je.cara ni sy bt btl ke tidak.mohon penjelasan

    ReplyDelete
  18. hm . sye tak tahu la . tapi tunang saye da tawar hati dengan sye . mcm mne sye nak rebut hati dia balik ?

    ReplyDelete
  19. The man with me are so stupid & ego enough to win my heart & keep me stay .Secara terus terangnye aku mmg dh tawar hati but sbb dia noob & aku dah berthun2 brtahan mmg everytime gaduh aku bg dia pluang sampai aku dh tk bleh control lg dah prckpan aku.he is damn so stupid . Bodoh nak mati & thats how he gonna lose me forever. 3 hari dah dia pn tk try pujuk & settle everything & aku mmg rse this is the end. For info guys, korg ni pandai cari info kt google nk pjuk awek etc,kalau mamat tk gune tu, aku pulak yg marah bebel2 share ap yg patut untuk dia baca & faham. I am not even asking for too much. Takpe. He wasted my time for more that 8yrs & i wont invest my time for him anymore. He should learn how to love & appreciate a woman correctly.it was just a wrong person, not a bad life. korg yg mmg btul syg gf tu, semoga smpai ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul nak sabar lah jgn ingat perempuan je yg bersikap gitu.

      Delete
    2. Kalau betul nak sabar lah jgn ingat perempuan je yg bersikap gitu.

      Delete
  20. Assalamualaikum macam mana nk pikat hati wanita yang sudah tawar hati dgn saya tapi tetap berusaha untuk memujuk dia sy berdoa agar dia kembali jalin hubungan dgn sy amin

    ReplyDelete
  21. Kalau dia minta buat hal masing masing kemungkinan dia akan peduli lagi kah pasal kita ,

    ReplyDelete
  22. salam cik frah sy nk mtk tujuk ajar cik farah ,dlm hubugn sy ngn isteri sy ni,,isteri sy ckp dia dh twar hti dgn sy,, sy dh cube pujuk dia tpi sy xbrape pndai,, tpi sy msih duduk srumh,, dgn isteri sy.. blh x cik frah bgi tips untuk dptkn hti isteri sy semula,, sy btul22 sygkn dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..skg mcm mana hubungan tuan dgn isteri? jika dah pulih mohon kongsikan tips & pengalaman tuan pd saya.semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

      Delete
    2. Buat kejutan bro. Bagi bunga, coklat. Also, luangkan masa dengan dia. Buat lah mcm mana bro buat masa mula mula nak dapatkan ur wife dulu

      Delete
  23. assalamualaikum. saya nak bertanya sebagai wakil sahaja.hubungan dah hampir 4 tahun.tiba tiba perempuan tu bagitahu dia dah tak ada rasa apa apa dah pada si dia.si dia pun terkejut tak menyangka akan mengatakan sedemikian.si dia ni tak pernah berubah hati dan tetap sayangkan perempuan tu.si dia ni dah buntu.tak tahu nak pujuk kembali..dia kata mintak lepaskan.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...nk tanya klau partner sya tu dia tiba2 mrh sya xde angin xde ribut tiba kena marah..dia ckp x suka di call memang x kan layan...dh cuba pujuk mcm2 siap dh plan mcm2 dh ready hadiah...tempat date last2 x nk dia ckp...cancel....tapi dia xde ckp apa2 ttg breakup...mcm mane ye sya tgh keliru Sgt...sbb kmk dlm LDR😢

    ReplyDelete
  25. macam mana cara nak tunjuk kan effort kat pasangan

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH