Pengalaman ke PBAKL 2018


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini 1 Ramadhan 1439 H. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam seluruh dunia.
Hari ini baru aku sempat nak update blog. Maklumlah busy 😏


Dugaan Bulan Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dugaan dibulan Februari.

6 Februari 2018
Lepas kejadian Uteh masuk wad. Giliran Tommy pula. Sebelum ni Tommy sangat aktif langsung tak nampak tanda-tanda dia sakit. Masa aku bagi makan dalam cage dia, langsung tak mengejar dan duduk setempat je. Selalunya dia lah yang pertama mengejar nak makan dan akan berebut dengan yang lain tapi pagi tu dia macam sangat pasif.

Jadi aku keluarkan dia dari dalam cage. Tengok badan dia dah mengeletar dan panas. Cuba bagi makan pun dia taknak. Petang tu dia macam kena "sawan tarik" sedih sangat.

Uteh Kena Batu Karang FLUTD.

Assalammualaikum.

Masa Uteh sakit :(

Permulaan sedih awal tahun 2018, Uteh kucing kesayangan sakit batu karang atau FLUTD.
Mula-mula memang dalam dua kali sebelum ini Uteh ada masalah nak kencing.
Mungkin permulaan nak jadi batu karang. Jadi aku ikut tips bagi dia minum rebusan air lobak putih yang telah dikisar. Selepas itu memang elok. Selepas 6 bulan jadi semula penyakit Uteh ni dan dia dah memang tak boleh nak kencing langsung.

2 Januari 2018
Uteh asyik memerap je nak asingkan diri. Badan Uteh makin lemah dan tak banyak bergerak.
Lepas itu, aku bawa Uteh pergi Klinik Haiwan.
Tapi kos dia RM700 untuk proses keluarkan batu karang tu.
Memang agak terkejut.

Aku cuba cara lain bawa dia ke Pejabat Veterinar pula.
Uteh dapat suntikan dan diberi ubat.
Cas untuk suntikan RM5 tapi...
keadaan Uteh makin teruk, makin lemah, langsung tak boleh berjalan. Perut kembung.
Mak dah menangis tengok kucing kesayangannya.

Alhamdulilah ayah dan mak support untuk kos perbelanjaan Uteh.
Aku terus bawa dia ke klinik haiwan swasta.
Sedih sangat tengok keadaan Uteh yang lemah.
Memang bajet RM700 besar (tambah-tambah waktu ekonomi sekarang) tapi nyawa kesayangan ini tak boleh dibeli.

Masa hantar kat klinik, pembantu itu cakap harapan Uteh 50%-50%.
Seeloknya dia cakap jangan bawa pergi cucuk sebab takut melemahkan badannya lagi (kesan ubat).
Tapi benda dah jadi, memang berdoa agar Uteh selamat dan panjang usia.
Uteh ditahan wad selama 8 hari. Dua kali jugalah aku pergi melawat. Risau sangat dan sedih. Paling sedih adalah mak akulah sebab Uteh selalu berkepit dengan dia.

Kali kedua melawat Uteh.

Alhamdulilah, masa mula-mula melawat Uteh hanya boleh tengok melalui sangkar dia je. Masa itu, dia dalam proses rawatan lagi. Tengok dia dah boleh duduk lega rasa hati.
Kali kedua melawat alhamdulilah Uteh dah boleh berjalan dan ceria.


Mak aku pun rasa gembira sebab Uteh dah semakin sembuh.
Terima kasih kepada doktar dan pembantu klinik yang menjaga Uteh selama 8 hari ni.

 Termasuk ubat dan makanan khas royal canin urinary so 1 kg cas keseluruhan RM753.50.


Ubat Uteh untuk 5 hari. Jenuhlah aku nak memberi makan ubat. Tapi nasib baik dia jenis boleh telan juga walau dipaksa-paksa. Kalau Dodi, bagi ubat cacing pun mengelupur macam kena histeria.

 Sekarang ni Uteh on off letak dalam sangkar sebab dia sibuk nak keluar rumah. Dia ni jenis kalau keluar rumah payah nak panggil balik. Naik tercabut tekak panggil barulah dia balik rumah.


Budak gemuk ni dah 2 kali curi keluar dari rumah. 


Tunggu betul-betul sihat baru boleh berjalan-jalan ye.

Sekarang ni dah aktif sikit tapi masih tak betul-betul sihat. Kena pantau bab makanan, minuman dan kencingnya.

Doktar bekalkan Uteh Urinary So Royal Canin untuk Uteh (1kg) tapi si Dodi dan Mimi suka sangat curi makan.
Oleh sebab Uteh kena makan makanan khas, aku kena cari makanan khas untuk Uteh di Pet Store.
Memandangkan Royal Canin tak ada stok terpaksa beli jenis Nature Protection. Fungsi sama juga macam Royal Canin, khas untuk batu karang.


Harga pun meriah juga, 2 kg RM72.00.

Memandangkan dulu aku suka beli makanan jenama komersial (makanan yang senang dapat kat pasaraya) jadi aku ubah untuk beli makanan yang baik (tanpa perwarna) untuk kucing-kucing aku yang lain.

Kakak aku cadangkan jenama Happy Cat-Minkas sebab dia bagi kucing dia makan jenama ini je dan elok. Cari kat pet store stok habis pula. Penjual tu cadangkan Dormeo's Long Hair. 10 kg RM130


Dormeo's Long Hair ni bukan sahaja untuk long hair, short hair pun boleh makan. Harap sangat lepas ni Bulu Mimi, Dodi. Tommy dan anak-anaknya lebih cantik.

Sekarang Dodi dah jadi bestfriend aku. Suka berkepit je, tidur pun nak tidur sama-sama. Kuat cemburu tengok aku dengan Uteh.

Sekarang ni memang nak cari makanan premium untuk kucing, insaf dah beli yang komersial (jenis berwarna/tinggi garam) sebab akan memberi kesan pada kesihatan kucing. Biarlah beli makanan yang mahal sikit asalkan kucing sihat. Cuma sekarang ni nak cari yang berpatutan, maksudnya makanan bagus tapi harga "dalam bajet" sebab kucing aku ada 15 ekor.

Setakat ni tengah servei-servei yang 18 kg punya.
StarPro
Buttons n Bows
Bagus ke?

Memang nak cari yang 18kg je ni sebab kucing banyak.
Jadi kalau korang ada cadangan makanan kucing yang baik dan berpatutan boleh cadangkan pada aku ye. Yang mahal sangat macam Royal Canin dan Orijen janganlah cadangkan. Kering kontang aku nanti.

PERKARA UNTUK ELAKKAN KUCING DARIPADA TERKENA BATU KARANG ATAU FLUTD.

1. Jangan bagi makanan yang berwarna dan tinggi kandungan garam. Elakkan beli makanan kucing komersial yang banyak dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
2. Kena sediakan air bersih untuk kucing. Selalu ganti air minuman dia sebab kucing ni cerewit kalau ada bulu atau objek lain dalam air minuman dia, dia tak nak minum. Kalau jarang minum, mudah kena batu karang walaupun bagi makanan premium.
3. Litter box/ kotak najis kena selalu bersih sebab ada jenis kucing yang tahan kencing kalau kotak najis dia kotor. Kena rajin buang najis dia selalu. Mungkin sekali 2 atau 3 kali dalam sehari. Tengok kepada keadaan kotak najis.

Sumber: Veterinar

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?

  • Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil, 
  • Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing,
  • Amaun kencing yang sedikit (kencing tak lawas), 
  • Membuang di luar kotak najis
  • Kerap menjilat organ kemaluannya, 
  • Kadang kala kencing berdarah , 
  • Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, 
  • Tiada selera makan atau tidak mahu minum,
  • Tingkah laku lain daripada biasa

CARA-CARA MERAWAT KUCING BATU KARANG

Tradisional
Seeloknya aku tak cadangkan. Tapi kalau keadaan mendesak boleh cuba.
- Kisar lobak putih dengan secawan air, rebus sampai mendidih. Biarkan sejuk. Tapis dan masukkn dalam picagari. Bagi dia minum. Memang dia akan mengeliat sebab rasa lobak putih tu tak sedap dan berbau.

Bawa pergi Vet
- Jika ada tanda-tanda seperti di atas, kena bawa pergi vet sebab kalau peringkat awal doktar akan bagi ubat sahaja. Jadi kos tidak terlalu mahal. Tapi kalau dah tahap kena masuk wad dan kena flush batu karang tu memang kos rawatan antara RM 500 hingga RM 1000 atau lebih bergantung pada keadaan kucing. Jadi kalau tingkah laku kucing korang pelik kena cepat bawa pergi vet. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh meragut nyawa.

Apa-apa pun bab makanan dan minuman si comel ni memang kena jaga. Tak kiralah korang ni jaga kucing kampung ke, kucing pekan ke, kucing oversea ke...mesti kena jaga sebab kos rawatan kucing ni lagi mahal berbanding manusia.

Seeloknya elakkan bagi makan makanan yang berwarna-warni, tinggi garam dan komersial. Cuba cari yang tidak berwarna. Manusia pun kalau makan jajan yang berwarna dan masin pun senang kena penyakit inikan pula kucing yang makan makanan itu sahaja kan.

Cuba bagi ayam rebus dan ikan rebus kepada kucing untuk keperluan nutrisi mereka. Jangan campur garam pula dalam ikan dan ayam tu.

Sekarang ni Uteh masih kena makan makanan khas untuk batu karang. Dia kena makan dalam masa 2 bulan tapi seeloknya jika kucing ada sejarah batu karang kena berterusan bagi jenis "urinary formula s". Jadi lepas ni makanan Uteh berbeza dengan kucing-kucing lain. Tak sanggup sejarah berulang kembali. Semoga sihat sentiasa ya Uteh!

SHARING IS CARING!

Jangan lupa bagi cadangan makanan kucing yang bagus pada Cik Farah ye.

p/s: Selepas setahun Uteh pergi selamanya. Sakit batu karang dia kembali dan dia tak dapat diselamatkan. 

Sedap ke makanan viral tu?

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selamat berhujung minggu semua.
Kononnya nak update blog setiap hari tapi memang tak lahh.
Busy memanjang.
Sesungguhnya sudah 2 bulan RPH aku tak buat, maka dengan itu malam ni kena mengerah tenaga untuk buat RPH. Sila tabah ya!

Hari ni aku nak cerita pasal makan-makan.
Konon nak diet tapi asyik tengelam di laut China Selatan.
Sekarang ni masih belum timbul-timbul lagi! (please help me!!)
Langsung tak ada kesedaran pun!
Badan dah makin gemuk.
Bukan mudah nak turun berat badan tanpa menggunakan ubat, tapi aku nak cuba juga, nak tak nak kena diet. Sila sedar diri! (tak mau guna ubat-ubat dah)

OK, stop cerita pasal diet, Isnin ni sila berazam untuk naik kedaratan ya (diet)
Dalam bulan Ogos, Aku pergi KL temankan adik buat check mata.
Selepas selesai urusan semua tu, cadang nak merayap kat Sogo, konon nak cari parking. Dah la memang tengah sesak masa tu..nak cari arah masuk parking pun jenuh..asyik berpusing banyak kali..last-last terus rasa nak keluar dari kesibukan KL..maklumlah kalau pergi Sogo aku selalu naik LRT je atau orang bawakan ni drive sendiri memang payah sikit la. Terus gerak pergi Alamanda.


Alamanda tempat yang selamat (biasa) sebab tempat selalu aku lepak dan biasa drive sendiri. Nak parking pun mudah. Lepak kat sana, aku tengok movie dan beli barang untuk makan-makan kat rumah kawan. Adik aku pula ajak aku beli mee samyang. Katanya dia pernah rasa..sedap tapi pedas.
Aku yang memang tak ada perasaan bab benda-benda viral ni ikut jelah. Nak juga tau apa yang sedap sangat sebab 1 mangkuk mee segera samyang ni boleh tahan mahalnya dalam RM7 lebih kat Alamanda (hatiku berdetik rugi je beli mee segera semangkuk harga RM7 lebih, lebih baik makan benda yang lagi berkhasiat). Sebenarnya dah lama juga viral tapi buat tak kisah, so kali ni saja je test.



Lepas penat pusing-pusing mall, lepak kat bahagian pokok-pokok buluh ni sambil melihat gelagat manusia dan melepaskan lelah :)
Berbalik pada mee samyang tu, maka aku beli pek hitam dan adik aku beli yang pek kuning (cheese).


Adik aku cakap, yang warna hitam ni dia dah pernah rasa, so dia decide nak cuba perasa cheese. Jadi pagi esoknya kami jadikan mee samyang ni sebagai sarapan.



Taraa aku punya dah siap untuk dimakan. Senang je nak sediakan. Cuma rendam mee dalam 5 minit, toskan airnya dan gaul dengan bahan perasanya.
Rasanya?? wauu memang pedas, muka akan menjadi merah, hidung berair dan mata pun sama. Tapi jenis pedas yang sedap..yang buat korang rasa nak makan lagi. Memang masa makan tu, rasa macam taubat taknak makan lagi tapi lepas tu akan rasa macam ketagih dan terasa-rasa je kat tekak.
So, kalau tak tahan pedas, sediakan air kat tepi siap-siap, karang ada yang terjun dalam kolam lak hahaha.

Lepas tu, saja rasa perasa cheese adik aku, wauu aku rasa lebih suka dengan cheese berbanding yang pek hitam tu sebab rasa cheese tu lebih sedap. Memang best la.


Sekarang ni aku selalu beli yang cheese, 2x je aku beli yang pek hitam tu. Kat speedmart lebih murah berbanding beli kat pasaraya. Untuk jenis mangkuk ni, dalam RM6 lebih je.
Semalam aku jenuh la mencari kat speedmart perasa cheese tapi asyik habis je. So tadi terus beli yang pek besar dalamnya ada 5 bungkus tu.


Sebenarnya, aku nak elakkan beli yang packing (ada 5 bungkus ni) sebab nak elakkan daripada kerap makan mee segera tapi lama sangat cari tak jumpa. Kita relakan jelah. Konon kalau beli yang dalam cup tu target makan sebulan sekali, tapi kalau dah beli 5 pek macam ni..korang rasa kekerapan tu macam mana?



Lega jugalah tekak ni nak makan mee samyang cheese. Memang aku lebih suka perasa cheese. Lepas tu aku tengok ada pek warna biru (ais)..tak tahu la rasa apa kan. Malas nak cuba karang ketagih pulak kan susah.

Masa nak balik dari KL, aku saja nak cuba Spicy Korean Burger tu, yang sebelum ni pernah viral sampai ada yang buat live untuk gambarkan rasanya...so beli la juga. Karang kempunan pula kalau dah lepas musimnya.



Pada aku, rasanya taklah pedas sangat. Setakat biasa-biasa jelah. Nak repeat lagi tu maybe sekadar teringin tu bolehlah.

Sekarang ni kan tengah popular yang Spicy Chicken McDeluxe. Macam best je tengok orang makan. Jangan sampai aku drive-true pergi MCD pulak ye..habis planning diet aku sebab melantak je kerjanya.

Makanan viral yang lain tu aku malas nak ambil port karang makin menjadi-jadi pulak badan aku. Konon nak diet tapi habuk pun tak de..

Pendapat aku tentang makanan viral ni?
Makanan viral ni pada aku biasa-biasa je, tak adalah special sangat pun. Mungkin sebab ia viral, maka makanan tersebut jadi terkenal. Terpulang pada kitalah sama ada nak mencuba atau tidak. Kalau rasa nak cuba boleh cuba, kalau tak nak cuba boleh duduk diam-diam je. jangan sibuk nak kecam itu ini kan. Macam mee samyang ni memang aku suka terutama perasa cheese tapi taklah dijadikan makanan rutin sekadar makan bila rasa nak makan je. Apa-apa pun kita kena bijak memilih makanan yang sihat untuk tubuh badan kita. Jangan terikut-ikut sangat viral tu (pesanan untuk diriku yang makin membesar). Jadilah pengguna yang bijak!

Ok, itu sahaja untuk entry hari ini. Sekian tata dan selamat malam.

p/s: Apa cerita diet? Kalau agak-agak berjaya aku update, kalau masih lagi tengelam dilautan dalam maka jomlah kita ber huhuhuhu je....bye! 😜😜😜

Jam Tangan?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Lama tak update blog. Maklumlah hari busy sedunia. Aku busy dengan kerja, part-time art design lagi, lepas tu banyak la aktiviti sampai mengabaikan blog. Banyak benda nak share dan membebel.Rindu zaman boleh update blog tiap harikan. 💁

Sekarang nak bebel pasal jam, sejak dua menjak ni suka sangatlah buka Instagram tengok jam..aduhh kegilaan apakah ni? Ni bukan segmen iklan ye sebab tak ada siapa nak taja jam free seketul..
Sejak zaman sekolah lagi memang aku suka pakai jam, rasa tak lengkap kalau tak ada jam. Tak kisahlah jam mahal ke murah, mesti kena ada jam. Sampailah sekarang, kalau terlupa pakai jam mesti rasa macam tak syok dan serba kekurangan.

Jam pulak aku tak kisah murah ke mahal, asalkan original. Maksudku bukan tak boleh pakai barang "pasar malam" tapi jenis aku kalau pakai barang "pasar malam" mesti tak tahan lama. Teringatlah suatu ketika konon berkenan sangat pada 1 jam kat pasar malam ni, memang cantik..paling sedih tak sampai sejam dah tercabut, lepas tu masukkan dalam laci kereta je buat simpanan. Begitu juga seterusnya, sebulan atau dua bulan paling lama mesti ada je tak kena..lastly buang dalam tong sampah je. Kan namanya membazir?

Kebanyakkan jam ayah aku yang belikan, terutamanya time sekolah hehehe.

Ini jam yang aku beli dengan hasil sendiri. Masa ni aku buat master kat UKM, so ada la buatbisness jual supplement dan online so untungnya kita beli jam jelah. Konon reward pada diri sendiri.


4 tahun setia bersama




Jam ni jenama ALBA, aku beli kat city chain. Kulit aku memang masuk colour gold, kalau silver macam tak masuk je, bak kata orang tak ada seri. Tapi yang tak syoknya mata orang akan mengerling kalau aku pakai jam ni sebab macam pakai gelang emas besar je terletak kat tangan. Risau juga kalau boleh mengumpan perompak. Lepas tu, masa aku mengajar, boleh pulak student tegur "Cikgu, jam cikgu emas ke?"...aku pun rasa macam haaa...macam emas ke aku pakai??

Jadi aku akan elakkan untuk pakai jam ni kalau nak keluar shopping atau jalan-jalan. Melainkan kalau tak ada pilihan sebab jam lain susah nak cari (maklumlah letak merata-rata) hahaha. So aku pakai jam ni bila ada urusan rasmi, pergi kerja (itu pun kadang-kadang) sahaja. Serius aku sayang jam ni walaupun ia agak berat sikit.

Lepas tu, aku rasa aku perlukan jam basahan untuk pergi kerja sebab risau pakai "gelang emas" selambak ni sebab macam menarik perhatian orang je kan. Aku beli jam Casio, murah je jam ni tapi alhamdulilah lama dah berkhidmat dengan aku.


Jam Casio ni memang saja nak pakai tali merah sebab nampak lebih menarik dan tertarik je. Memang menjadi jam kesukaan sekarang ni sebab nampak lebih santai je. Pergi kerja pun memang pakai jam ni. Merah kan berani? Jam ni aku beli dalam RM150 lebih kurang masa tu. Murah dan cantik hahaha.

Pada ulangtahun kelahiran aku yang ke teetttt adalah orang bagi hadiah jam. So just sentimental value la.


Dia bagi Casio gold, walaupun aku kurang minat designnya tapi aku tetap besyukur but aku tak nak pakai dah jam ni sebab malas ingat kisah lama. Simpan jelah dalam almari ye sebagai kenangan.

Dan sekarang ni asyik je mengintai Fossil punya jenama. Suka design jam tu. Maklumlah Cik Alba dah berusia 4 tahun (beli 2013) dan Casio Red dah umur 3 tahun (beli 2014) so macam rasa nak ganti yang baru je tapi selalu ingatkan supaya jangan membazir. Harap hasutan hawa nafsu tu ditiup jauh-jauh. Pakai apa yang ada sampai tak boleh nak pakai lagi. Setakat ni Alba dan Casio aku masih tip top dan memang puas hati!





Aduhai bekenan pulak design macam ni. Gigil-gigil tangan je nak beli tapi tahan-tahan je nafsu ni. Kena ingatkan diri agar jangan membazir perkara-perkara kehendak yang bukan-bukan ni. Melainkan kalau ada yang nak sponser kan 😍😍😍.

Tak apa, tahan dulu ye kehendak tu.

Tak kisahlah, jam mahal ke, jam murah ke asalkan kita menepati masa. Melainkan kalau jenis manusia pakai jam juta-juta tapi jenis tak tepati masa...pakai jam mahal tapi "bodoh" tak reti tengok jam..oppps!!


Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.

Jap-jap!, korang nak try tak serum green tea untuk muka?? serius memang best dan sangat berkesan. Jom kita clik-click banner kat bawah:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTUp1sRyj72JUa6lUN58JiRFDrrgkSPQTLkIFfejzgdoVXiqbEzgKHb3i0-o4y_slghCgmaAsTt3C7_bgm1GitA-YuXolG_-YopOMpvhPsvr8IuGumfIIpQgGtdcAl7qEq7ioGttsL5ZR_/s1600/WANAGREENTEASERUM.gif

ok BYE!!

Resepi Samosa Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan keluarga aku.
Sangat mudah dan cepat disediakan.
Kalau sarapan pagi ke, minum petang ke kalau saji sekali dengan samosa ni mesti makan tak ingat dunia. Sedar-sedar dah habis je. Macam manalah nak diet sebab asyik makan je kan.

Pada aku memang senang buat dan sedap dimakan. Ada cakap boleh jual, setakat makan sendiri dan keluarga boleh lah nak buat tapi kalau bab nak jual-jual ni memang taklah (pemalas nihh).

Jomlah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek kulit popia
1 tin ikan sardin kecil/besar (ikut kuantiti nak buat aku pakai yang kecil)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
3 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (dalam 4 sudu makan)
Tepung gandum dibancuh dengan air untuk gam kulit popia

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Toskan kentang dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar serta serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan ubi kentang. Letakkan garam secukup rasa.
4.Sebatikan sampai sardin hancur dan sebati dengan bahan-bahan tadi. Tumis kering jangan tambah air.
4. Ketepikan.

Kulit popia, apa-apa jenama pun boleh

Bancuh dlm setengah cawan air dengan 1 sudu makan tepung gandum

Sardin dan kentang untuk isi samosa (inti).


Cara gulung kulit popia untuk samosa.

Nak gulung pun ada caranya, bukan main hentam je.


1. Potong kulit popia kepada tiga bahagian.


2. Ambil 2 keping bahagian yang telah dipotong, gamkan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia dengan hujung 1 lagi kulit popia tadi.


3. Letakkan 1 sudu inti di hujung tepi kulit popia


4. Lipat kulit popia seperti dalam gambar di bawah (supaya menjadi bentuk 3 segi)


5. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.


6. Ulangi untuk samosa seterusnya...


Tara!! dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh terus goreng je.


Makan panas-panas mesti tak hengat doniaaa...


Yang pasti samosa buatan sendiri lebih puas hati sebab saiz besar, inti banyak dan pastinya sedap. Kalau dah cuba pasti nak buat lagi. Makan panas-panas memang sedapp!!

Ok, sampai di sini sahaja resepi samosa mudah ni. Selamat mencuba!

Pengalaman Bercuti di Damai Beach Resort


Damai Beach Resort
Damai Beach Resort
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan ini rancang hendak ke Sarawak sebagai destinasi percutian. Dua bulan lepas, Cik Farah telah pergi ke Sabah. Jadi, kali ini Cik Farah hendak pergi negeri jiran Sabah iaitu Sarawak pula. Banyak maklumat mengenai Sarawak Cik Farah perolehi daripada Google untuk mengetahui tempat yang menarik untuk diterokai, aktiviti yang best untuk dilakukan dan makanan yang tempatan yang sedap yang perlu dirasai. Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak terkenal dengan kawasan pelancongan yang terdiri daripada kawasan semula jadi dan pusat budaya. Antara tempat semula jadi yang popular di kalangan pelancong ialah bahagian yang terletak di Kuching.

So untuk percutian this time, Cik Farah pilih untuk menginap di Damai Beach Resort, yang terletak di sepanjang pantai berpasir Teluk Bandung yang menghadap Laut China Selatan. Setelah membaca review daripada pelancong yang menginap di sana, kebanyakkan memang berpuas hati terhadap perkhidmatan dan servis yang diberikan oleh pihak resort. Damai Beach Resort merupaka syurga penginapan yang serba lengkap kira-kira 90 ekar hadapan laut, di antara hutan hujan tropika tertua di dunia dan Gunung Santubong. Dari Bandar Kuching (ibu negeri Sarawak), para pelancong akan mengambil masa kira-kira 40 minit dengan memandu kenderaan dan anggaran 50 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Peta untuk ke Damai Beach Resort dari Airport
Peta untuk ke Damai Beach Resort dari Airport

Damai Beach resort ini mempunyai 252 bilik. Setiap bilik direka khas bagi mencerminkan latar belakang etnik di Sarawak. Susun atur yang menarik dan kekemasan juga diutamakan. Setiap bilik mempunyai penyaman udara, air panas dan sejuk, pengering rambut, 1 katil king atau 2 katil bersaiz queen, televisyen dan mini-bar. Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan iaitu suite, chalet, seaview deluxe, standard balcony, superior, dan hillview. Suasana dan gambar bilik boleh di lihat di laman web rasmi Damai Beach Resort. 

Peta Damai Beach Resort
Peta Damai Beach Resort

Cafe Satang
Cafe Satang
Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak resort ialah dobi, agensi pelancongan, sewa kereta, perkidmatan urut dan refleksologi tradisional, spa, kolam, gym, boat cruise, padang golf dan lain-lain. Resort ini turut menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa popular di Cafe Satang. Yang pastinya penginap tidak akan bosan apabila menginap di sana. 


Trip Pulau Satang
Trip Pulau Satang
 
Aktiviti- aktiviti yang disediakan oleh pihak resort ialah aktiviti pantai. Antaranya ialah bola tampar pantai, berkayak, trip memancing dengan menaiki bot. Harga yang ditawarkan ialah Rm 300.00 bagi setiap trip bagi bot yang mempunyai 6 tempat penumpang dan pihak resort juga turut menyediakan pemandu pelancong yang berpengalaman serta joran. Selain itu, terdapat juga aktiviti lawatan ke Pulau Satang. Trip ini beharga RM600.00 bagi setiap trip termasuk pengangkutan bot, pemandu pelancong yang bepengalaman dan harga tiket ke Taman Negara Satang. Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang lebih sederhana, bolehlah memilih aktiviti rekreasi seperti bermain pingpong, tenis, tarik tali dan sebagainya. 

Pemandangan di Gunung Santubung
Pemandangan di Gunung Santubung

Antara tempat menarik di sekitar kawasan Damai Beach Resort ialah Gunung Santubung.Gunung ini terletak kira-kira 35 KM dari bandaraya Kuching. Gunung ini bukanlah tertinggi di Sarawak tetapi terkenal kerana legenda gunung yang berkaitan dengan Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang. Anggaran masa mendaki ialah 5jam. Pendaki akan dikenakan RM 2.00 untuk mendaki dan RM 10.00 untuk sijil pendakian. Dikhabarkan, dari puncak gunung, pemdaki boleh menikmati dan menyaksikan keindahan sungai, lautan dan pulau- pulau serta sebahagian Bandaraya Kuching dan Gunung Serapi. Sesiapa yang minat mendaki bolehla menambahkan Gunung Santubung ini dalam senarai impian gunung untuk di daki.


Jom mendaki Gunung Santubung
Jom mendaki Gunung Santubung
Selain itu, jika kesempatan boleh ke Kampung Santubong. Terletak kira- kira 5km dari resort, lebih kurang 10 minit dengan memandu kenderaan. Di Kampung ini, pengunjung boleh melawat batu buaya atau dikenali sebagai Batu Terkutuknya Buaya. Batu ini dikatakan menyerupai kepala buaya. BongKisam pula adalah tempat artifak purba awal pengaruh Hindu. Pulau kera atau pulau monyet yang terletak tidak jauh dari kampung. Menurut orang tempatan, pulau ini adalah tapak kepala Puteri Sejinjang dikebumikan apabila telah dipancung oleh Puteri Santubong. Jangan lupa untuk singgah ke Kampung Budaya Sarawak juga. Kampung ini ialah ‘muzium hidup’ yang memenangi anugerah Kampung Budaya Sarawak dimana merupakan tempat rasmi untuk Reinforest World Music Festival yang terkenal di dunia. Hanya kira-kira 1 KM sahaja dari resort. Di sana, pengunjung boleh melihat kepelbagaian etnik di Sarawak. Memang wajib pergi!! 

Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Rumah tradisi Sarawak
Rumah tradisi Sarawak

Menarik jugakan tempat-tempat sekitar Damai Beach Resort ni. Untuk mendapatkan harga dan promo terbaik, bolehlah find best deals on Damai Beach Resort sekarang!!!!! 


Cik Farah Harap dengan perkongsian artikal ini dapat membantu korang untuk merancang percutian yang mengembirakan dan sampai di sini sahaja untuk kali ini kita jumpa nexy entry ya.. Jangan lupa rancang percutian korang di Sarawak, pasti puas hati dengan Damai Beach Resort. Okay, bye 😊

Watermark Baru Cik Nurfarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian alam,

Lama tak update blog, sejak kes Si Pencuri Gambar tu, nampaknya kena buat 1 watermark untuk blog peribadi ni. Sebelum ni memang ada buat watermark tapi malas nak pakai sebab nak senang edit gambar  just guna font biasa je untuk watermark bukan custom made watermark sendiri.

Nampaknya bukan sahaja gambar dalam blog tapi gambar profile pun kena letak watermark kan... Tapi kadang-kadang si pencuri yang tak ada life ni gigih nak ambik juga gambar-gambar kita untuk tujuan yang tidak bertanggjawab.

Please jangan gunakan gambar orang dengan tujuan yang tidak baik, macam blog yang guna pic aku tu, secara tak langsung memburukkan nama aku. Orang akan fikir aku create cerita yang bukan-bukan padahal aku langsung tak tahu hal tu dan langsung tak ada kaitan dengan orang tu. Kan dah namanya kes inaya kalau macam tu..sesungguhnya doa orang terinaya tu termakbul.
Serius aku tak izinkan dan halalkan pengunaan gambar aku secara haram untuk tujuan yang tidak baik.

Kalau gian sangat dan makanan rohani tu memang suka perkara keji macam tu sila lah guna identiti sendiri ye, ini ibarat baling batu sorok tangan...jadikan orang lain pulak sebagai mangsa kau. Ingat yer, bila-bila masa kita ni Allah boleh tarik nyawa, so jangan sampai tak sempat nak bertaubat dan meminta ampun dengan orang yang kita inaya dan fitnah tu...tu pun kalau masih ingat dosa pahala lah..kalau jenis ingat dirinya boleh menongkat dunia sampai bila-bila tu..cakap macam-macam pun tetap macam tu jugakan, so kita minta semoga Allah memberikan hidayah dan pengajaran pada orang macam ni, agar dia sedar akan perbuatannya tu.

Aku buat dua watermark, maksudnya 2 watermark ni yang aku pakai untuk posting pic dalam blog ni.
Kenapa buat dua? sebab nak sesuaikan dengan pic yang akan diposting...

Watermark bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Watermark 1

Ringkas je watermark ni, saja letak lagi watermark tulisan kat dalam tu agar tak di coriii hehehehe..

Yang kedua, adaptasi dari doodle header blog lama aku..doodle ni bukan freebies tau, memang aku tempah khas untuk blog cik nurfarah...aku ada juga terserempak dengan blog yang pernah guna doodle aku ni secara haram..tapi malas nak bising..apa-apa pun hormati hak orang ye, saya pun tempah khas bukan main cilok sahaja..tapi itu bukan isu berat pun...so aku malas nak ambil port..
Setakat ni ada dua doodle rasmi blog cik farah..1 aku buat banner macam ni

Banner bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Banner rasmi setakat ini

dan 1 buat watermark.

Watermark bicarafarah(dot)blogspot(dot)com
Watermark 2
Dua-dua identiti doodle ni pegang laptopkan, nampak sangatlah memang blogger sejati tu walaupun pemalas nak update blog macam dulu.

Disebabkan kucing-kucing aku ni comel sangat..rasa nak picit-picit je, maka aku rasmikan watermark aku untuk pic kucing-kucingku ya..

My cat
Start dari atas Tomy, Daisy, Uteh, Dodi dan Mimi


My name is Tomy
Serius sangat manja dan gedik mengada.

Dodi
Dodi ni manja, selagi tak gomol-gomol dia, selagi tu bergolek kat kaki.
Watermark baru dirasmikan untuk gambar si meow.

Thank you for reading, jumpa next posting, bye..

Cuba komen mana 1 watermark yang lawoo, 1 or 2???

P/s: Aku pun ada buat tempahan artwork untuk watermark, boleh la cuci mata tengok hasil kerja I yerr....kalau sudi PM jerr...

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH