Jam Tangan?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Lama tak update blog. Maklumlah hari busy sedunia. Aku busy dengan kerja, part-time art design lagi, lepas tu banyak la aktiviti sampai mengabaikan blog. Banyak benda nak share dan membebel.Rindu zaman boleh update blog tiap harikan. 💁

Sekarang nak bebel pasal jam, sejak dua menjak ni suka sangatlah buka Instagram tengok jam..aduhh kegilaan apakah ni? Ni bukan segmen iklan ye sebab tak ada siapa nak taja jam free seketul..
Sejak zaman sekolah lagi memang aku suka pakai jam, rasa tak lengkap kalau tak ada jam. Tak kisahlah jam mahal ke murah, mesti kena ada jam. Sampailah sekarang, kalau terlupa pakai jam mesti rasa macam tak syok dan serba kekurangan.

Jam pulak aku tak kisah murah ke mahal, asalkan original. Maksudku bukan tak boleh pakai barang "pasar malam" tapi jenis aku kalau pakai barang "pasar malam" mesti tak tahan lama. Teringatlah suatu ketika konon berkenan sangat pada 1 jam kat pasar malam ni, memang cantik..paling sedih tak sampai sejam dah tercabut, lepas tu masukkan dalam laci kereta je buat simpanan. Begitu juga seterusnya, sebulan atau dua bulan paling lama mesti ada je tak kena..lastly buang dalam tong sampah je. Kan namanya membazir?

Kebanyakkan jam ayah aku yang belikan, terutamanya time sekolah hehehe.

Ini jam yang aku beli dengan hasil sendiri. Masa ni aku buat master kat UKM, so ada la buatbisness jual supplement dan online so untungnya kita beli jam jelah. Konon reward pada diri sendiri.


4 tahun setia bersama




Jam ni jenama ALBA, aku beli kat city chain. Kulit aku memang masuk colour gold, kalau silver macam tak masuk je, bak kata orang tak ada seri. Tapi yang tak syoknya mata orang akan mengerling kalau aku pakai jam ni sebab macam pakai gelang emas besar je terletak kat tangan. Risau juga kalau boleh mengumpan perompak. Lepas tu, masa aku mengajar, boleh pulak student tegur "Cikgu, jam cikgu emas ke?"...aku pun rasa macam haaa...macam emas ke aku pakai??

Jadi aku akan elakkan untuk pakai jam ni kalau nak keluar shopping atau jalan-jalan. Melainkan kalau tak ada pilihan sebab jam lain susah nak cari (maklumlah letak merata-rata) hahaha. So aku pakai jam ni bila ada urusan rasmi, pergi kerja (itu pun kadang-kadang) sahaja. Serius aku sayang jam ni walaupun ia agak berat sikit.

Lepas tu, aku rasa aku perlukan jam basahan untuk pergi kerja sebab risau pakai "gelang emas" selambak ni sebab macam menarik perhatian orang je kan. Aku beli jam Casio, murah je jam ni tapi alhamdulilah lama dah berkhidmat dengan aku.


Jam Casio ni memang saja nak pakai tali merah sebab nampak lebih menarik dan tertarik je. Memang menjadi jam kesukaan sekarang ni sebab nampak lebih santai je. Pergi kerja pun memang pakai jam ni. Merah kan berani? Jam ni aku beli dalam RM150 lebih kurang masa tu. Murah dan cantik hahaha.

Pada ulangtahun kelahiran aku yang ke teetttt adalah orang bagi hadiah jam. So just sentimental value la.


Dia bagi Casio gold, walaupun aku kurang minat designnya tapi aku tetap besyukur but aku tak nak pakai dah jam ni sebab malas ingat kisah lama. Simpan jelah dalam almari ye sebagai kenangan.

Dan sekarang ni asyik je mengintai Fossil punya jenama. Suka design jam tu. Maklumlah Cik Alba dah berusia 4 tahun (beli 2013) dan Casio Red dah umur 3 tahun (beli 2014) so macam rasa nak ganti yang baru je tapi selalu ingatkan supaya jangan membazir. Harap hasutan hawa nafsu tu ditiup jauh-jauh. Pakai apa yang ada sampai tak boleh nak pakai lagi. Setakat ni Alba dan Casio aku masih tip top dan memang puas hati!





Aduhai bekenan pulak design macam ni. Gigil-gigil tangan je nak beli tapi tahan-tahan je nafsu ni. Kena ingatkan diri agar jangan membazir perkara-perkara kehendak yang bukan-bukan ni. Melainkan kalau ada yang nak sponser kan 😍😍😍.

Tak apa, tahan dulu ye kehendak tu.

Tak kisahlah, jam mahal ke, jam murah ke asalkan kita menepati masa. Melainkan kalau jenis manusia pakai jam juta-juta tapi jenis tak tepati masa...pakai jam mahal tapi "bodoh" tak reti tengok jam..oppps!!


Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.

Jap-jap!, korang nak try tak serum green tea untuk muka?? serius memang best dan sangat berkesan. Jom kita clik-click banner kat bawah:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTUp1sRyj72JUa6lUN58JiRFDrrgkSPQTLkIFfejzgdoVXiqbEzgKHb3i0-o4y_slghCgmaAsTt3C7_bgm1GitA-YuXolG_-YopOMpvhPsvr8IuGumfIIpQgGtdcAl7qEq7ioGttsL5ZR_/s1600/WANAGREENTEASERUM.gif

ok BYE!!

9 comments

  1. akak pakai jam Alba darid dulu. Asal2 tu sbb dapat aqdiah jam Alba masa tukar opis.. pastu jam tu tak ok..pakai casio..best jgk sbb lasak..pastu tali putus..last2 incek hubby belia Alba jugak..alhamdulillah x pernah lg tukar bateri dah 4 thn..hihi

    ReplyDelete
  2. Wahh kena simpan elok2 jam tu lepas ni :)

    ReplyDelete
  3. Serius cantik fossil tu... Tapi casio memang tahan lama kalau pakai.

    ReplyDelete
  4. cantik jam fossil tu, i pun minat collect jam, sekarang pakai U2 je tuk daily use, almost 5 years dah :)

    ReplyDelete
  5. Saya cuma ada satu jam je, itupun pemberian suami. Yang arwah mak bagu dulu dah memang tak boleh guna dah. Tapi koleksi jam ni suami paling suka, berbelas jam dia ada.

    ReplyDelete
  6. betul tu, alang beli biar memang memakai. baru berbaloi gitu

    ReplyDelete
  7. Salam, best baca mengenai jam ni, saya pun peminat jam.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH