Jam Tangan?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Lama tak update blog. Maklumlah hari busy sedunia. Aku busy dengan kerja, part-time art design lagi, lepas tu banyak la aktiviti sampai mengabaikan blog. Banyak benda nak share dan membebel.Rindu zaman boleh update blog tiap harikan. 💁

Sekarang nak bebel pasal jam, sejak dua menjak ni suka sangatlah buka Instagram tengok jam..aduhh kegilaan apakah ni? Ni bukan segmen iklan ye sebab tak ada siapa nak taja jam free seketul..
Sejak zaman sekolah lagi memang aku suka pakai jam, rasa tak lengkap kalau tak ada jam. Tak kisahlah jam mahal ke murah, mesti kena ada jam. Sampailah sekarang, kalau terlupa pakai jam mesti rasa macam tak syok dan serba kekurangan.

Jam pulak aku tak kisah murah ke mahal, asalkan original. Maksudku bukan tak boleh pakai barang "pasar malam" tapi jenis aku kalau pakai barang "pasar malam" mesti tak tahan lama. Teringatlah suatu ketika konon berkenan sangat pada 1 jam kat pasar malam ni, memang cantik..paling sedih tak sampai sejam dah tercabut, lepas tu masukkan dalam laci kereta je buat simpanan. Begitu juga seterusnya, sebulan atau dua bulan paling lama mesti ada je tak kena..lastly buang dalam tong sampah je. Kan namanya membazir?

Kebanyakkan jam ayah aku yang belikan, terutamanya time sekolah hehehe.

Ini jam yang aku beli dengan hasil sendiri. Masa ni aku buat master kat UKM, so ada la buatbisness jual supplement dan online so untungnya kita beli jam jelah. Konon reward pada diri sendiri.


4 tahun setia bersama




Jam ni jenama ALBA, aku beli kat city chain. Kulit aku memang masuk colour gold, kalau silver macam tak masuk je, bak kata orang tak ada seri. Tapi yang tak syoknya mata orang akan mengerling kalau aku pakai jam ni sebab macam pakai gelang emas besar je terletak kat tangan. Risau juga kalau boleh mengumpan perompak. Lepas tu, masa aku mengajar, boleh pulak student tegur "Cikgu, jam cikgu emas ke?"...aku pun rasa macam haaa...macam emas ke aku pakai??

Jadi aku akan elakkan untuk pakai jam ni kalau nak keluar shopping atau jalan-jalan. Melainkan kalau tak ada pilihan sebab jam lain susah nak cari (maklumlah letak merata-rata) hahaha. So aku pakai jam ni bila ada urusan rasmi, pergi kerja (itu pun kadang-kadang) sahaja. Serius aku sayang jam ni walaupun ia agak berat sikit.

Lepas tu, aku rasa aku perlukan jam basahan untuk pergi kerja sebab risau pakai "gelang emas" selambak ni sebab macam menarik perhatian orang je kan. Aku beli jam Casio, murah je jam ni tapi alhamdulilah lama dah berkhidmat dengan aku.


Jam Casio ni memang saja nak pakai tali merah sebab nampak lebih menarik dan tertarik je. Memang menjadi jam kesukaan sekarang ni sebab nampak lebih santai je. Pergi kerja pun memang pakai jam ni. Merah kan berani? Jam ni aku beli dalam RM150 lebih kurang masa tu. Murah dan cantik hahaha.

Pada ulangtahun kelahiran aku yang ke teetttt adalah orang bagi hadiah jam. So just sentimental value la.


Dia bagi Casio gold, walaupun aku kurang minat designnya tapi aku tetap besyukur but aku tak nak pakai dah jam ni sebab malas ingat kisah lama. Simpan jelah dalam almari ye sebagai kenangan.

Dan sekarang ni asyik je mengintai Fossil punya jenama. Suka design jam tu. Maklumlah Cik Alba dah berusia 4 tahun (beli 2013) dan Casio Red dah umur 3 tahun (beli 2014) so macam rasa nak ganti yang baru je tapi selalu ingatkan supaya jangan membazir. Harap hasutan hawa nafsu tu ditiup jauh-jauh. Pakai apa yang ada sampai tak boleh nak pakai lagi. Setakat ni Alba dan Casio aku masih tip top dan memang puas hati!





Aduhai bekenan pulak design macam ni. Gigil-gigil tangan je nak beli tapi tahan-tahan je nafsu ni. Kena ingatkan diri agar jangan membazir perkara-perkara kehendak yang bukan-bukan ni. Melainkan kalau ada yang nak sponser kan 😍😍😍.

Tak apa, tahan dulu ye kehendak tu.

Tak kisahlah, jam mahal ke, jam murah ke asalkan kita menepati masa. Melainkan kalau jenis manusia pakai jam juta-juta tapi jenis tak tepati masa...pakai jam mahal tapi "bodoh" tak reti tengok jam..oppps!!


Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.

Jap-jap!, korang nak try tak serum green tea untuk muka?? serius memang best dan sangat berkesan. Jom kita clik-click banner kat bawah:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTUp1sRyj72JUa6lUN58JiRFDrrgkSPQTLkIFfejzgdoVXiqbEzgKHb3i0-o4y_slghCgmaAsTt3C7_bgm1GitA-YuXolG_-YopOMpvhPsvr8IuGumfIIpQgGtdcAl7qEq7ioGttsL5ZR_/s1600/WANAGREENTEASERUM.gif

ok BYE!!

Myvi SE 1.3 Orange Ozzy Idaman Kalbu.

Assalamualaikum, lamaaanya tak tulis blog...komen pun banyak tak approve kannn..

Ok sekarang busy dengan tempahan blog, dan iklan2 yang tak up tu sila ingatkan saya ye..

Banyak benda nak share dengan korang..
Sekarang tesis dan siap dan hantar dengan jayanya dalam awal bulan 2 lepas..sekarang pening fikir pasal kerja..dan macam-macam hal duniawi..oh doniaaa.

SO sekarang nak bercuti dulu di kampung..mau tenangkan fikiran dan berehat dengan mak dan ayah di kampung halamanku ni..

Kalau bercakap soal idaman kalbu ni dah tentu nak sebijik cik Myvi..kalau ikutkan nafsu memang nak volkswagen, peugeot  je tapi kita kena berdiri di atas bumi bukan kayangan hehehe..
Aku memang idamkan kereta yang palingggg sesuai dengan jiwa aku iaitu compact kereta...tak mau keta panjang2...jimatttt minyakkk sudah tentu sekali so idaman kalbu ialah Myvi SE 1.3 lahhh..yang warna Orange Ozzy tu..



Warnanya ala2 merah mak ngah kan?? tapi bukan merah tau tapi orange ozzy..I suka sangat colour ni dan paling penting dalaman yang nampak cool je..


Kat dalam memang cool macam extreme punya kan tapi ni se 1.3 je..tapi ni jenis full eksesori premium..harga pun mantap macam 1.5 tapi lebih kepada keselamatan ...memang cun lahhh kau cik myvi. Dan paling best luas dari model2 lama myvi yang sebelum ni!


Aku memang suka yang 1.3 sebab lagi jimat minyak dari 1.5..sekarang mau yang jimat2 je sebab harga minyak dah mahaiiii..



Cik myvi kenapa awak comel sangat ye??

Saya bagi nama awak Tagume Comel boleh tak???

Ini baru angan-angan je tau! belum lagi dapat sebijikkk,,,kalau dapat nanti kita review??

ehh banyak lahhh kau punya duit cik farah oiii, ingat macam harga ikan kembong ke??? Ikan kempong pun sekilo pun harga berdezupppp!

ok bye, doakan cik Farah dimurahkan rezeki ye..kot-kot boleh pakai peugeot kat bawah ni..





Nak Samsung Galaxy Note II

Assalamualaikum,

Adore sangat pada handphong ni.

cun beb warna putih.


Entah kenapa terjatuh cinta pada brand Samsung walaupun aku pengemar Apple.

Sangat sweet macam gula-gula nakk satuu.


Tapi yang note 1 tu ada color pink tau, yang note 2 tu ada black dan white je.


tapi tapiiii yang galaxy note II yang lagikk powerkan??

 so korang yang pakai note I dan note II tu bagila komen sikit, kalau tak banyak beza, aku prefer ambil yang note I je sebab ada pink! kalau banyakkkk advantage and bezaaaa kena ambil yang note II la..

amboiii ambil??banyakk duit kau? ok wish list je, dapat tak dapat lain cerita kannn kann kan. Si new ipad ni pun tak terjaga, huahuahauhau...



p/s: memang gila gajet le..so cee bagi pendapat sikit.


 

Hadoiiii memang pink sangat mengancammm uolls!!!



lagi comel dengan casing bear yang comey lotey ni rasa macam kanak-kanak je hehehe.

ok bye! 


gambar from google.

+nak kasi hadiah kat I pun boleh :))



Adore pada baby G Casio.

Assalamualaikum dan selamat pagi, semalam kecoh dengan tarikh cantik 12.12.12. so hari ni nak update 13.12.12. Mesti ramai yang take tarikh 12 12 12 tu dengan tarikh special seperti pernikahan dan pertunangan, lagi pun time cuti sekolah kannn. so nak pilih tarikh cantik tahun depan apa ye?

13.3.13 kot hahaha mustahilll...atau 11.12.13 cun juga haha..merepek je la.

Ok stop pasal tarikh-tarikh tu ye.
Kalau lalu kedai jam mesti suka tengok baby G Casio yang sangat comel dan nampak sporty tu, terasa nak memilikinya sebijik tapi jam dah banyak.


Sweet kan Baby G Casio putih ni, ada skodeng-skodeng kat kedai harga dalam RM300 ke atas. Memang sweet sangat :)



Memang suka sangat yang ni, ada analog dan digital sama macam kat atas tapi lebih smart :) suka warna pinky tu.



Ni pun sweet juga tapi nampak serabut sikit. Tapi kalau yang bagi gift tu I terima dengan senyuman :)


 Yang ni nampak feminin sikit. tapi memang cun la. Yang bold dia keemasan tu cun.



Merah menyala semangat waja hahaaha. Cun juga nampak berani je.

Nak sangat memiliki sejibikk ini jam, cek nuffang sudah sampai. Rasa nak beli jam je..ohhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.





Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH