REVIEW FILEM BEST SEPANJANG PKP

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Cik Farah nak review filem-filem best yang Cik Farah pernah tengok sepanjang PKP ni. Maklumlah musim-musim PKP ni suka layan movie je. Review ni serba sedikit boleh bagi suggestion pd korang yg tgh nk cr movie utk di tonton. Maaflah link movie tak ada. korang boleh cr kt fb..youtube..netflix atau web2 movie percuma
yang ptg #stayathome ye. jangan merayap.
#moviebest
#reviewmovie
P/s: Jika ada cerita yg best boleh suggest kt komen ye.. bg sinopsis sikit tau.



JUMANJI

Jumanji: Welcome to the Jungle (2017)
Jumanji: The Next Level (2019)

Cik Farah layan Jumanji (2017) dan Jumanji (2019). Kisah ni berkenaan sekumpulan pelajar yang masuk dalam satu permainan video yang bernama Jumanji. Setiap watak mereka sudah dipilih oleh mereka dan mereka perlu menyelesaikan misi permainan Jumanji tersebut. Mereka perlu berjaya menyelesaikan misi permainan Jumanji jika ingin kembali ke alam nyata.




JURASSIC WORLD

Jurassic World (2015)
Jurassic World: Fallen Kingdom (2018)

Jurassic World ni mcm taman thema untuk dinasor. Dinasor ni dikaji dan "dihidupkan" semula melalui penyelidikan. Ada pelbagai jenis dinasor yang dipelihara dan dibiakkan di situ. Keadaan menjadi cemas selepas dinasor yg ganas terlepas dan merangut banyak nyawa. Apa jadi selepas itu? Korang kena tengok sendiri.




THE MAZE RUNNER

The Maze Runner (2014)
Maze Runner: The Scorch Trials (2015)
Maze Runner: The Death Cure (2018)

Seorang remaja (Thomas) yang tiba di labyrinth gergasi. Begitu juga dengan remaja lain yang tidak ingat asal usul mereka. Mereka terpaksa mencari jalan keluar dan terpaksa menempuh pelbagai halangan. Movie ni kena tengok dari siri pertama dan lepas tu korang mesti nak tengok yang kedua dan ketiga. Tapi memang best.






THE TURNING (2020)

Seorang guru telah ke sebuah tempat pedalaman untuk menjadi guru peribadi bagi sebuah keluarga kaya. Ibu dan ayah kanak2 ni dah meninggal. Banyak kejadian pelik berlaku semasa guru ini berada di kediamanan keluarga ini. Berjayakah guru tersebut melepaskan diri dari bahaya yang datang?




DOLITTLE (2020)

Filem ni memang best sangat sebab tak terlalu konflik. Seorang Dr. yang memencilkan diri selepas kematian isterinya. Dr. ini mempunyai kelebihan unik seperti boleh bercakap dan memahami bahasa haiwan dan beliau ditugaskan utk merawat Ratu muda Victoria
yang sedang sakit dan beliau perlu mencari penawarnya. Banyak perkara menarik sepanjang perjalanan Dr. bersama haiwan-haiwannya dalam misi mencari penawar untuk ratu.




THE INVISIBLE MAN (2020)

Seorang wanita yang ingin melarikan diri dari suaminya kerana suaminya selalu bertindak ganas dan terlalu mengawalnya. Selepas dia melarikan diri, suaminya telah ditemui mati akibat membunuh diri tetapi dia masih trauma dan masih dihantui dgn bayangan suaminya. Adakah suaminya masih hidup atau sebaliknya?




THE ROOM (2019)

Sepasang kekasih yang sudah lama bersama telah membeli rumah di pinggir bandar untuk kehidupan yang lebih tenang. Selepas berpindah ke rumah tersebut. Mereka mendapati ada bilik rahsia. Bilik tersebut seperti boleh menunaikan segala permintaan mereka seperti wang, emas dan barangan berharga. Sehingga mereka hidup dalam keadaan mewah. Sehinggalah suatu hari mereka inginkan bayi. Apa terjadi kepada bayi tersebut dan kehidupan mereka? Sila tonton. Agak kurang sesuai untuk kanak-kanak.



A QUIET PLACE (2018)

Sebuah keluarga terpaksa hidup dalam keadaan senyap kerana ancaman makluk asing. Mereka tidak boleh bercakap atau mengeluarkan sebarang bunyi. Jika mereka berbuat bising, makluk asing akan menyerang dan membunuh mereka. Mampukah mereka bertahan dalam meneruskn kehidupan?







IN THE TALL GRASS (2019)

Kisah di padang rumput yang lebat dan tinggi. Sesiapa yang terperangkap dalam rumput itu sukar untuk menemui jalan keluar. Mereka perlu menemui jalan keluar, jika tidak mereka akan terperangkap buat selama-lamanya.




HUSH (2016)

Seorang penulis yang pekak dan bisu berhadapan dengan seorang pembunuh misteri yang kejam.. Adakah dia mampu melawan pembunuh tersebut dalam keadaan dirinya yang bisu dan pekak? atau nasibnya sama seperti jirannya? suspen dan tak bosan.



JOHN WICK

John Wick (2014)
John Wick: Chapter 2 (2017)
John Wick: Chapter 3 – Parabellum (2019)

Kisah bermula dengan seorang pembunuh upahan yang telah "cuci tangan". Dia baru kematian isterinya. Dia hidup dalam kesedihan dan dia telah menerima seekor anjing sebagai hadiah terakhir daripada mendiang isterinya. Suatu hari semasa di station petrol dia terserempak dengan budak nakal yang mengagumi keretanya. Dia tidak melayan pertanyaan budak tersebut dan berlalu pergi. Tanpa disedari malam tu, budak nakal bersama rakannya telah memecah masuk rumahnya, membelasahnya dan membunuh anjingnya serta mencuri keretanya. Maka bermula episod balas dendam Jonh Wick kerana anjing kesayangannya mati dan keretanya telah dicuri. Kena tengok 3 siri ye baru gempaks. Best action movie.



READY OR NOT (2019)

Kisah bermula dengan seorang wanita yang baru berkahwin. Pada malam perkahwinan tersebut pengantin wanita diwajibkan bermain permainan tradisi keluarga suaminya. Permainan tu seperti hide and seek. Tanpa pengetahuan wanita tersebut, keluarga lelaki tersebut ingin membunuhnya untuk dijadikan korban ritual kepercayaan keluarganya. Mampukah wanita itu bertahan atau menjadi korban seperti mangsa sebelum ini?



BIRD BOX (2018)

Mengisahkan fenomena yang aneh. Manusia tidak boleh melihat secara langsung kerana seperti ada jangkitan yang akan membuatkan mereka membunuh diri. Hanya orang gila sahaja boleh bebas melihat dan mereka seperti mendorong orang normal untuk membuka mata dan membunuh diri. Dalam cerita ini mereka kena menutup mata jika ingin selamat.


ORPHAN (2009)

Mengisahkan seorang wanita yang baru keguguran anak. Dia seolah-olah trauma dengan kehilangan anak ketiganya walaupun dia masih mempunyai 2 org anak lagi. Dia dan suaminya ingin mengambil anak angkat untuk menggubati kesedihannya. Dia tertarik dengan budak berumur 9 tahun di pusat jagaan anak-anak yatim. Budak itu pandai melukis dan bijak berbicara. Kemunculan budak itu di dalam keluarganya menimbulkan pelbagai peristiwa aneh dan pelik. Siapakah budak tersebut yang mungkin mengancam nyawa mereka?

COUNDOWN (2019)

Berkisar cerita tentang satu perisian yang boleh meramalkan jangka hayat seseorang. Seorang jururawat telah install perisian tersebut. Dan dia mempunyai jangka hayat dalam bebrapa hari sahaja. Dia mendapati sesiapa yg install coundown akan menemui ajal sepeti yang telah diramalkan oleh aplikasi berkenaan. Dia cuba untuk mengelakkan perkara itu terjadi ke atas dirinya. Mampukah dia menggelak atau nasibnya sama sperti mereka yang telah mati setelah jangka masa hayatnya habis sepeti dalam aplikasi tersebut?



THE HAPPENING (2008)

Berkisar tentang wabak yang dibawa oleh tumbuhan dan angin. Sesiapa yang terkena wabak tersebut akan membunuh diri. Keluarga seorang guru ini berusaha ubtuk melarikan diri dari kota yang telah dijangkiti. Mereka cuba untuk pergi ke tempat yang lebih aman. Mampukah mereka menghidari wabak yang dibawa oleh tumbuhan dan angin ini? sedangkan wabak ini terlalu cepat merebak?


THE SECRET LIFE OF PETS

The Secret Life of Pets (2016)
The Secret Life of Pets (2019)

Berkisah tentang haiwan peliharaan. Max seekor anjing kecil tidak selesa bersama temam barunya Duke (anjing besar yang berbulu lebat). Dia beranggapan Duke akan merebut kasih sayang tuannya. Max ingin meyingkirkan Duke dari rumahnya kerana berasa terancam. Semasa bersiar-siar di luar mereka telah ditangkap oleh pemburu haiwan terbiar. Bagaimana nasib mereka? Filem ini memang best sebab pelbagai haiwan peliharaan turut serta dalam misi pembebasan mereka semasa ditangkap oleh pemburu haiwan terbiar.



THE SHAWSHANK REDEMPTION (1994)

Walaupun filem ini dah lama tapi memang mendapat rating tertinggi dan best sangat. Cerita bermula dengan pegawai bank yang dituduh membunuh isteri dan kekasih isterinya yang didapati curang. Dia telah dipenjarakan seumur hidup. Bermulalah kehidupannya dipenjara dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai perangai banduan lain serta pegawai penjara yang rasuah. Dia bercadang untuk melarikan diri dari penjara dengan caranya sendiri. Bagaimanakah caranya? Mampukah dia melarikan diri dari penjara?? Perlu tengok. Memang best!




PARASITE (2019)

Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan ingin mencari pekerjaan yang lebih lumayan. Bermula dengan anak lelaki keluarga ini yang menjadi guru peribadi keluarga kaya setelah dicadangkan oleh rakan anaknya. Selepas menjadi guru peribadi dia mencadangkan kakaknya pula menjadi sebagai guru seni dan seterusnya menyingkirkan semua pekerja di rumah berkenaan untuk membawa ibu dan ayahnya bekerja di situ. Seterusnya seluruh keluarganya bekerja di situ. Dan apa terjadi kepada keluarga tersebut kerana terlalu percaya dengan mereka?

Selamat menonton filem=filem yang Cik Farah cadangkan ini.

7 comments

  1. Best recommendations. Boleh bookmark untuk layan nanti hehe

    ReplyDelete
  2. rasanya dalam list ni parasite je pernah tengok. hehe.

    Escape from Pretoria dah tengok? pelakon harry potter tu. cerita tu mendebarkan.

    ReplyDelete
  3. JAGUARQQ SITUS DOMINO99 POKER ONLINE DAN BANDARQ ONLINE
    * Dengan Minimal Deposit : Rp 15.000,-
    * Bisa deposit via pulsa XL dan Telkomsel
    * Minimal DP Via Pulsa 15.000 ( RATE : 0.85 / Potongan : 15% )
    * Tersedia 9 Game Dalam 1 User ID
    + BandarQ
    + ADUQ
    + SAKONG
    + DOMINO99
    + BANDAR66
    + POKER
    + BANDAR POKER
    + CAPSA SUSUN
    + PERANG BACCARAT
    * Bonus Rollingan 0,5% Setiap minggu
    * Bonus Referal 20% Seumur hidup
    - Kontak Kami -
    WA : +855964608606
    TELEGRAM : +855964608606
    LINE : csjaguarqq
    Website : JaguarQQ
    Klik Disini : BandarQ Online
    Twitter : Viona Kimberlin
    Fanspage : Situsjaguarqq

    ReplyDelete
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  6. John Wick never fails to deliver. Out of this list definitely my favorite!

    On the other hand, im really getting tired of the Rock and kevin Hart

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH