PENGALAMAN TOUR GUIDE KE PULAU TIOMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi rutin saya sebagai tour guide di Pulau Tioman. Serba sedikit dapat memberi inspirasi kepada pembaca semua untuk merancang percutian ke Pulau Tioman.

Hari Pertama

Pada hari pertama saya bertolak dari Mersing ke Tanjung Gemok. Seawal jam 10 pagi saya menunggu seramai 40 orang pelancong di jetty Tanjung Gemok. Ferry bertolak dari Terminal Tanjung Gemok ke Kampung Genting, Pulau Tioman pada jam 12 tengahari.


Sekitar jam 11.30 pagi pelancong di minta untuk menaiki ferry. sebaik sahaja semua telah selamat masuk ke dalam ferry saya bergegas pula ke Mersing untuk menguruskan pelancong yang naik ferry dari terminal Jetty Mersing, oh ya untuk makluman pembaca terminal untuk ke Pulau Tioman mempunyai 2 jetty yang menghubungkan antara darat dan laut, iaitu jetty Tanjung Gemok dan Jetty Mersing.

PAKEJ PERCUTIAN MURAH DI PULAU TIOMAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kata orang, “Jauh berjalan, luas pandangan” yang bermaksud semakin banyak kita mengembara, maka semakin banyaklah pengalaman yang ditimba. Oleh itu, ada orang yang suka melancong ke luar negara untuk melihat budaya dan rupa bentuk bumi negara orang. Namun begitu, yang menjadi tanda tanya, wajarkah kita mengenepikan destinasi pelancongan di negara sendiri apabila berhajat untuk merancang percutian keluarga? Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa banyak keistimewaan jika kita sebagai warga Malaysia melancong dalam negara.


BIODATA WAN PULAU TIOMAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Cik Nurfarah.

Kali ni Cik Farah nak berkongsi tentang seorang tour guide yang berpengalaman dalam bidang traveling. Kepada yang berhajat dan ingin bercuti ke Pulau Tioman wajib untuk menggunakan khidmat Wan Pulau Tioman kerana perkhidmatan beliau sangat terbaik.

Kali ini Cik Farah nak kongsikan serba sedikit tentang Wan Pulau Tioman.


REVIEW FILEM BEST SEPANJANG PKP

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Cik Farah nak review filem-filem best yang Cik Farah pernah tengok sepanjang PKP ni. Maklumlah musim-musim PKP ni suka layan movie je. Review ni serba sedikit boleh bagi suggestion pd korang yg tgh nk cr movie utk di tonton. Maaflah link movie tak ada. korang boleh cr kt fb..youtube..netflix atau web2 movie percuma
yang ptg #stayathome ye. jangan merayap.
#moviebest
#reviewmovie
P/s: Jika ada cerita yg best boleh suggest kt komen ye.. bg sinopsis sikit tau.



JUMANJI

Jumanji: Welcome to the Jungle (2017)
Jumanji: The Next Level (2019)

Cik Farah layan Jumanji (2017) dan Jumanji (2019). Kisah ni berkenaan sekumpulan pelajar yang masuk dalam satu permainan video yang bernama Jumanji. Setiap watak mereka sudah dipilih oleh mereka dan mereka perlu menyelesaikan misi permainan Jumanji tersebut. Mereka perlu berjaya menyelesaikan misi permainan Jumanji jika ingin kembali ke alam nyata.


Review My Burberry Blush

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lamanya Cik Farah tak share tentang perfumes.

Kali ini nak share tentang perfume baru.

My Burberry Blush.


Hansaegee Nature Malaysia : Produk skincare Korea Terbaik


 Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Cik Nurfarah.

Hari ini aku nak kongsi tentang produk skincare dari Korea iaitu Hansaegee Nature.


Mungkin ada yang belum tahu tentang produk Hansaegee Nature. Jom aku kongsi serba sedikit tentang produk ini. Hansaegee Nature adalah jenama penjagaan kulit yang berpusat di Malaysia tetapi semua produk mereka dibuat 100% di Korea. Ia bererti bahawa produk itu adalah pembuatan di Korea tetapi gudang mereka berada di Malaysia. Sejak 2011, Hansaegee Nature menyediakan produk berkualiti tinggi dan 100% bahan semulajadi dari Korea. Nah, anda tahu betapa baiknya ramuan mereka! Korea mempunyai perumusan besar untuk penjagaan kulit mereka yang sesuai untuk setiap jenis kulit. Juga, semua ramuan mereka telah diluluskan oleh kerjaan Malaysia dan Korea. Ia selamat untuk digunakan!

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature.

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia Blog Cik Nurfarah.
Maaf sebab lama tak update blog sebab sangat sibuk dengan pekerjaan hakiki.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman menarik tentang produk kecantikan dari Korea iaitu Aqua Whitening Cream dari jenama Hansaegee Nature.

Jenama Hansaegee Nature ialah skincare dari Korea. Salah satu produk kecantikan yang telah aku cuba dari jenama Hansaegee Nature ialah Aqua Whitening Cream.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Review Audela Premium 5


Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya buat pembaca blog Cik Nurfarah. Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa.

Hari ini aku nak kongsi tentang supplement yang aku amalkan kepada pembaca sekalian.

Review Audela Adore Skincare Gosulin Agave

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia Blog Cik Nurfarah.

Hari ni aku nak kongsi tentang skincare yang telah aku guna. Produk yang baik perlulah diwar-warkan untuk dikongsi bersama.


Mula-mula aku confused juga nak pakai sebab produk ni masih baru dipasaran tapi selepas pakai Alhamdulilah kulit semakin berseri-seri, bersih, lembut dan cerah secara semulajadi selepas menggunakan Audela Adore Skincare Gosulin Agave ni.

Review CALAWO Sport Bra.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang ni aku tengah on diet dan dalam masa yang sama bersenam /workout juga.
Tapi selalu juga cheat day sebab tak tahan tengok makanan yang sedap.
Ada juga orang fikir bahawa tak perlu bersenam jika betul-betul diet.
Hello! itu dah salah ye akak-akak dan adik-adik sekalian.

Foundation Murah yang Bagus: Review ESSENCE Stay All Day 16hrs Long Lasting Makeup

Assalammualaikum w.b.t

Terasa nak share benda baik untuk tatapan bersama.
Benda baik perlulah dikongsi tapi yang tak bagus pergi duk diam-diam dan main jauh-jauh ya.
Blog Cik Farah bukan blog nak kecam-kecam produk dan kecam orang. Tak nak tambah saham dosa, jenuh nak menjawab nanti.

Untuk semua review Cik Farah, totally Cik Farah akan share benda yang best dan sedikit komen ikhlas dan jujur sebagai pengguna.

Tempoh hari, aku ke Watson sebab nak beli pelembab muka yang semakin kehabisan stock jadi dalam masa yang sama nak cari foundation yang mesra untuk everyday use. Kalau boleh nak cari harga yang berpatutan dan bagus. Maklumlah muka pun kena jaga juga tak nak la foundation yang macam make-up sekati. Sebab secara tak langsung foundation yang tebal-tebal dan heavy sangat akan menimbulkan banyak jerawat. Kulit tak bernafas nanti. Kang kau buka make-up dan macam hantu pulak muka tu. Jadi lebih baik menjaga muka yang original daripada sentiasa nampak fake padahal hanya kesan make-up sahaja. Sayangilah kulit anda!

Lepas sibuk tinjau meninjau aku terasa nak cuba produk Essence ni, sebab sebelum ni dalam group WhatsApp ada ahli group asyik bertanya tentang foundation Essence ni sebab selalu habis. Kalau selalu habis tu maybe sebab bagus kot! So apa kata kita cuba..mencuba tak salah kan??


Belek punya belek ada 3 ketul je foundation ni kat rak, so aku decide nak ambil yang paling cerah yang berada di rak tu. Aku ambil code 03 soft porcelain.

 Ingredients

Selepas buka boleh pakai selama 12 bulan!
ESSENCE Stay All Day 16hrs Long Lasting Makeup ni aku beli kat Watson.
Code:  03 Soft Porcelain
Berharga: RM 21.90
Isipadu: 30 ML

Untuk foundation yang isipadu 30 ML dan hanya berharga RM 21.90 ini adalah sangat berpatutan pada pendapat aku.
Teksturnya sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam muka.


Gambar kat atas menunjukkan muka aku yang disapu foundation dengan muka original no make-up. Memang kurang perbezaan sebab setakat ni kulit aku tak ada masalah. Jerawat sikit-sikit tu biasalah.


Sapuan nipis, just 1 layer je sapu kat muka. Aku just pakai foundation Essence ni sahaja, tanpa pakai sebarang bedak atau pelembab.



Gambar di atas ni, gambar masa nak pergi kerja. Just letak pelembab, foundation Essence dan bedak kompak sahaja. Mood malas nak make-up.

Gambar tudung kuning ni terajin pulak nak make-up.

Review aku secara keseluruhan:

Apa yang best?:
- Tahan lama, dari pagi sampai petang masih tahan
- Tak bercapuk
- Tekstur sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit
- Tak rasa melekit
- Murah
- Full cover- medium to full
- Senang pakai, letak kat muka dan dap-dap dengan span/ dengan tangan pun boleh

Yang tak best?
- Kena pakai banyak untuk cover kesan parut yang ketara sebab foundation ni ringan, maybe pakai 2 layer atau lebih
- Warna sedikit gelap- jangan pilih colour yang sama warna kulit tapi pilih yang lebih cerah lagi sebab nanti muka nampak gelap. 


Tips:
Nak nampak lagi smooth elok korang pakai primer atau cream/pelembab dan jangan lupa lepas tu cover dengan compact powder/bedak baru lebih tip top! Jangan lupa guna makeup remover untuk tanggalkan foundation tu ya!

Komen Cik Farah:
Untuk everyday use sangat aku suggest. Foundation yang bagus dan murah. Mampu milik!

Review De'Xandra Inspired Perfume: Best ke De'Xandra Inspired Perfume?

Assalamualaikum..

Semestinya aku addicted pada perfumes!


Memandangkan stock perfumes aku makin berkurangan dan promosi De'Xandra Inspired Perfume yang semakin meletup-letup tu membuatkan aku ingin mencuba kehebatan perfume ini.
Sebab nak juga tau, betul tak setanding original baunya.
Kalau original confirm kena sediakan duit paling kurang RM200 untuk sebotol kan.
Jadi nak juga berjimat cermat, dengan harga RM65 sebotol banyak juga jimat tu. Boleh beli bau-bau dari jenama terkenal yang mahal.




Mula-mula tu aku order 2 botol perfume.
Memandangkan lama mengidam dah nak Chloe dan nak cium bau Petite Cherie so terus order 2 botol.
Memang syok sangat bau Chloe dan Petite Cherrie ni seperti yang digambarkan.
Lepas tu, order lagi hyponese-lancome dan my sepupu order gucci-flora
Latest, ada promosi De'Xandra terus rembat 3 botol sekali gus, 212 sexy, tresor midnight rose dan Salvatore Ferragamo - Signorina.


Jatuh cinta dengan bau ni!!
Nak review sikit tentang bau-bau ni, that mean perfume De'Xandra yang pernah aku cium.

Review Bau:

Annick Goutal - Petite Cherie - Bau fruity, suka sangat sebab bau pear dia segar, bau-bau peach sikit. Kurang lasting pada my skin tapi serius aku suka. Habis dah!
Chloe - Chloe - Aku pernah cium versi original, 90% like original. Bau rose-rose sikit dan nyaman. Rasa macam elegent je pakai. Lasting pada aku.
Lancome - Hypnose - Original aku pernah cuba, bau sama but feel tu macam tak sama bila cium original. Dengan aku moderate lasting.
Gucci - Gucci Flora - Semerbak wangi! Lama-lama bau soft je. Lasting with me! Bukan beli tapi sembur orang punya! Bau ni pada aku ramai sangat orang pakai. Tapi kehalusan bau yang original tu memang tak ada tandingannya.
Carolina Harrera - 212 Vip - Bau ni tak lasting pada aku. Bukan kategori bau yang aku suka. Bau dia macam unisex maybe. Bagi ayah.. Tapi aku cium bau bila ayah pakai semerbak tapi dengan aku tak sesuai kot. Pening!
Salvatore Ferragamo - Signorina - Mula-mula sembur bau semerbak giler, lama-lama bau rose yang soft memang mendamaikan jiwa. Syok gile. Lasting for me!
Lancome - Tresor Midnight Rose - Serius ! aku jatuh cinta dengan bau ni. Aroma rosenya begitu mengoda. Rasa berkeyakinan dan bau sexy! Rasa macam tak puas je cium. Lasting juga!


My Review:

Yang Best:
90-99% like original. Saiz 35 ml senang letak dalam handbag
Boleh memiliki bau mahal dengan harga yang mampu milik
Boleh bertukar-tukar perfume sebab banyak pilihan

Yang Tak Best:
Maybe ML dia cuma 35 ml, sesiapa jenis mandi perfumes tu faham-fahamlah, tapi cik Farah tahan berbulan-bulan juga.

Komen Cik Farah:
De'Xandra Inspired Perfume memang berbaloi untuk dimiliki. Korang boleh jimat duit tu daripada beli perfumes original yang beratus-ratus. Tapi perasaan pakai inspired perfumes memang berbeza dengan original tapi ada aku kisah.. Janji hakak wangi sepanjang hari. Sampai student selalu cakap..wanginya cikguuuu...😜😜😜😜
Setakat ni 6 botol dah aku beli De'Xandra Inspired Perfume. Tu tandanya memang syok. So recommended untuk dicuba!
De'Xandra Inspired Perfume
Isipadu: 35 ML
Harga: RM65 sebotol/ RM120 2 botol
Hope De'Xandra Inspired Perfume boleh banyakkan lagi pilihan untuk bau-bau yang lebih mengancam macam Pleasures Estée Lauder.

Bye!

Keliru nak dapatkan  De'Xandra Inspired Perfume yang original?
Jom beli dekat De'Xandra Agent
Call/SMS/Whatsapp
Zamri : 013-337 9905
#servisterbaik!

Review MYLARA Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Cik Farah.

Lama Cik Farah tak update blog kan.
Maklumlah busy dengan tugas hakiki.

Hari ni aku nak review satu skin care yang best sangat. Of course barang baik kena la sharing is caring ya!

Korang pernah dengar tentang MYLARA Skincare? Kalau tak pernah dengar mari sini aku terangkan serba sedikit ya.

Mengenai MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan. 

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat 
4. Jeragat 
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi
MYLARA Skincare ni dia ada bekas khas yang korang senang nak angkut ke mana-mana dan senang nak bawa travel.




Aku try basic set dan Aqua Essence.
Collagen Cleanser

1) 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Deskripsi : Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
TEKSTUR : Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebabkan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah.

Manfaat utama :
- Praktikal, bersih dan efektif
- Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
- Membersih wajah
- Eksfoliasi lembut
- Menyamakan tona kulit dan melembutkan
- Menganjalkan kulit
- Menyerikan wajah

Bahan utama :
Ekstrak Betik - melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa - anti iritasi, memberi kelembapan
Ekstrak Lidah Buaya - melembap dan melembut
Kolagen larut - memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

My review: Bau dia sangat wangi dan segar, masih terbayang-bayang harumannya. Syok sangat. Bila lepas basuh muka tu muka rasa lembut sangat.

Aqua Essence

2) Facial Toner (60ml)

Deskripsi : Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
TEKSTUR : Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.

Manfaat utama :
- Membuat kulit terasa bersih dan segar
- Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
- Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
- Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :
Minyak Rosehip - anti-penuaan, melembapkan
Ekstrak Licorice - anti-irritasi, mencerahkan
Ekstrak Aloe Vera - melembap dan melembut
Witch Hazel - anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;

- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
- Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

My Review: Aku pakai Aqua Essence, memang menyerap ke dalam kulit. Bau segar sangat. Kulit jadi makin halus dan paling best liang roma pun mengecil bila lepas bilas.

Matte Miracle CC Cream SPF 30

3)  Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Deskripsi : Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
TEKSTUR : Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.

Manfaat utama :
- melindungi dari sinar matahari
- membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
- tekstur ringan dan lembut
- 97.7% natural
- sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :
Minyak Argan - melembap, menegangkan (prokolagen)
Titanium dioxide - melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
Serbuk mutiara - mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.
My review: Aku pakai day cream ni sebelum pakai foundation. Sebenarnya tak pakai foundation pun dah cun pakai cream ni je. Sangat rata dan wajah smooth je. Jadi tak perlu make-up tebal kalau nak keluar. Selalunya kalau keluar seharian kulit aku kering, tapi bila pakai cream ni alhamdulilah kulit rasa lembab je. Bebas sinaran cahaya matahari!



4) Revitalizing Night Cream(7g)

Deskripsi : Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
TEKSTUR : Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.

Manfaat utama :
- Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
- Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
- Menghapus tanda-tanda penuaan
- Pelembap malam yang tidak melekit
- Bebas MERKURI

Bahan utama :
Alpha Arbuntin - Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
Beeswax - melindungi dari kotoran sekitar, melembap
Vitamin C - Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
Vitamin E - Meremajakan, melembap
Ekstrak Aloe Vera - Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
- Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
- Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.

My review: Memang best night cream ni lembut je pada kulit. Bila bangun pagi tengok kulit pinkish je. Makin cerah je. Serius aku suka. Jerawat pun makin pudar! Makin glowing je wajah!

MENYEMPURNAKAN KULIT ANDA DI SETIAP FASA
Korang jangan risau nak cuba skincare ni sebab dia ada fasa-fasa untuk merawat kulit, ramai yang berjaya ye. Jom kita baca fasa-fasanya:

MINGGU 1-2 :
FASA 1 - DETOKSIFIKASI

Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.


MINGGU 2-3 :
FASA 2 - PEMULIHAN

Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.
Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.



Minggu 3-4
FASA 3 - PENYEIMBANGAN

Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.

Minggu 4-5
FASA 4 – WAJAH BARU

Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.
Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!

Nak share sikit kulit Cik Farah selepas memakai MYLARA Skincare ni:

Ini gambar aku selepas pakai cleanser, aqua essence dan night cream. Maaf pipi tembam!

 
Masa ni kalut nak pergi class, pakai day cream dan bedak compact je.
 
Yang ni baru pakai day cream dan foundation. Lagi smooth je rasa. Tak bercapuk langsung!
Review keseluruhan Cik Farah: Skincare ni sangat best, boleh mengecilkan liang roma, jerawat yang besar pun makin berkurangan dan wajah makin pinkish, cerah dan glowing. Tak menyesal mencuba!

 Ok tu testimoni cik farah. nak lihat yang lain??? mesti lagi gempaq kan.











Apa lagi, kalau nak kulit cun melecun kenalah cuba MYLARA SKINCARE. Pasti terpesona je nanti.

Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?
Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960
Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.
# Ini adalah testimoni dan pengalaman peribadi saya menggunakan produk Mylara Skincare. Sebarang kesan yang terjadi kepada pengguna selepas penggunaan produk ini bukan dalam tanggungjawab saya.

Beraya dengan Mizzue Handbag Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa!
Dah habis shopping raya ke?
Kali ni aku nak share tentang handbag baru.
Dah lama tak tukar handbag hampir dua tahun lebih.
Jadi, nak dekat raya ni bercadang nak tukar handbag baru.
Aku bukan jenis suka tukar-tukar handbag sebab tak suka nak ubah barang banyak kali, mesti ada yang tertinggal. Jenis aku juga, aku suka pakai handbag dalam jangka masa yang panjang juga. Kalau penggunaan jangka masa yang panjang, sudah tentu aku inginkan handbag yang berkualiti dan sesuai dengan aku.

Memandangkan aku sibuk dengan urusan seharian, aku pilih untuk shopping online. Aku pilih jenama Mizzue sebab banyak design yang aku suka. Ternyata memang rambang mata nak pilih!
Kalau ikutkan hati rasa nak pilih semua je tapi aku sukakan handbag jenis:
  • Berkualiti
  • Simple
  • Sling bag
  • Banyak ruang
  • Saiz sederhana
  • Selesa

Maka aku pilih Blanch Brawley - Colour Tan.

Blanch Brawley - Colour Tan pilihan hati.
Sisi belakang bag.

Serius, masa memula buka bungkusan handbag ni rasa sangat happy sebab memang kena dengan citarasa aku.Blanch Brawley dari Mizzue ni memang nampak simple tapi sangat best sebab memenuhi kehendak aku. Ruang bangnya memudahkan aku untuk isi barang-barang aku. Saiz bag yang sederhana, bersaiz A4, memang sangat sesuai dengan aku yang banyak barang.

Banyak ruang untuk isi barang.

Selalunya, kalau orang call mesti sampai habis call baru dapat cari handphone dalam bag. Sebab bag kita ni macam-macam barang yang kita letak tapi dengan Blanch Brawley Mizzue ni, senang je aku nak cari barang. Sebab banyak ruang untuk simpan barang-barang. Poket-poket kecil tu boleh simpan handphone, make-up dan barang peribadi lain.


Apa yang ada dalam handbag aku?

Cuba bayangkan kalau semua barang ni masuk dalam bag..mesti susah nak cari barangkan. Bayangkanlah ada handphone, purse, camera, broadband, balm, perfume, compact powder, lipstick, tisu, lotion, nota, pen, jam dan kunci kereta. Semua tu benda wajib yang perlu ada dalam handbag aku.
Sekarang ni aku tak perlukan bag organizer lagi sebab Blanch Brawley Mizzue aku ni dah orginizer bagi aku.

Tara!! barang yang berlambak tu dah tersusun rapi dalam bag ni :)

Selain itu, aku sukakan bag ni sebab meterialnya sangat berkualiti dan cantik. Jenis metarial PU dan sememangnya halal. Jadi, korang jangan risau, produk ni memang halal.

Close up sikit meterialnya...
Aku juga sukakan beg ni sebab sangat memudahkan aku, maklumlah kalau dalam keadaan sibuk, kita tak perlukan masa yang lama untuk cari barang. Dengan bag ni ada ruang yang mudah untuk kita akses barang. Boleh buka zip dan senang nak ambik barang tu.

Ruang tengah ni, kalu nak buka zip ke atau tutup zip pun ok je, sebab barang-barang masih selamat dan tak jatuh.
Jenis meterial bag yang lembut.

Metarial PU yang lembut ni sangat sesuai dengan jiwa aku. Rasa macam lebih feminin dan ayu-ayu gitu.
Zip kat belakang bag juga sangat memudahkan aku letak handphone atau kuci kereta. Tak perlu tercari-cari lagi.

Zip belakang bag

Kualiti?

Alhamdulilah aku sangat berpuas hati dengan kualiti handbag Mizzue ni. 
Kebanyakkan online shop, bila tengok gambar sangat hebat tapi kualiti barang kurang. Tetapi Mizzue handbag ni kualiti bag dan rupa sama seperti yang kita tengok dalam gambarnya, sangat berkualiti dan tak rugi membeli.. Serius sangat puas hati...jadi kalau nak tahu macam mana, korang kena beli sendiri.

Kualiti bag yang sempurna, jahitan yang kemas dan cantik.
Aku beli dengan harga:

RM 234.90

Mahal tak? Pada pendapat aku tak, sebab kualiti bag sangat bagus dan korang boleh pakai dalam jangka masa yang panjang.
Kalau nak info lanjut dan shopping jom CLICK SINI.

Pasti korang rambang mata!! Banyak offer menarik lagi tau..

Ok bye..


Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH