Dugaan dibulan Februari.
6 Februari 2018
Lepas kejadian Uteh masuk wad. Giliran Tommy pula. Sebelum ni Tommy sangat aktif langsung tak nampak tanda-tanda dia sakit. Masa aku bagi makan dalam cage dia, langsung tak mengejar dan duduk setempat je. Selalunya dia lah yang pertama mengejar nak makan dan akan berebut dengan yang lain tapi pagi tu dia macam sangat pasif.
Jadi aku keluarkan dia dari dalam cage. Tengok badan dia dah mengeletar dan panas. Cuba bagi makan pun dia taknak. Petang tu dia macam kena "sawan tarik" sedih sangat.
Aku masukkan dia ke dalam cage yang kecil dan letakkan kain yang lembab di atas badan Tommy. Tommy nampak selesa sikit tapi lepas 10 minit kena "sawan tarik" lagi. Perkara ni berulang banyak kali. Sedih sangat tengok keadaan Tommy ketika ini. Esok memang kena bawa dia pergi Klinik Haiwan.
Hati mula risau takut kena parvo atau Feline Infectious Peritonitis (FIP). Sebab penyakit tu memang tak ada penawar dan boleh berjangkit dengan kucing yang lain.
7 Februari 2018, bawa Tommy pergi Klinik Haiwan. Masa mula-mula masuk bilik Doctor, Doctor risau sebab takut virus parvo. Lepas check semua.. Tommy kena BATU KARANG!
Doctor cakap Tommy ni dah teruk sebab dah sampai muntah dan sawan. Memang kat perut dia macam keras. Jadi terpaksa tinggalkan Tommy kat klinik untuk rawatan batu karang. Jadi kenalah iktiar untuk kos rawatan Tommy, agak mahal sedikit daripada Uteh sebab Tommy dah separuh kritikal.
Dugaan datang lagi pada.
11 Februari 2018.
Petang tu mak pening-pening kepala tapi masih boleh berjalan (kena pimpin kalau nak ke toilet).
Sebelum ni memang ada tekanan darah rendah.
Pada 12 Februari 2018, 3 pagi. Ayah tiba-tiba panggil aku cakap mak pengsan masa nak pergi toilet. Masa tu memang sangat cemas, sebab muka mak pucat sangat. Cuba cek tekanan darah 80/48. Memang sangat rendah. Lepas tu cek gula bacaan masih normal. Masa tu mak dah sedar semula, dia cakap dia nak buang air kecil, nak juga pergi toilet. Suggest untuk pakai pampers dewasa (memang ada spare) dia menolak kerana tak selesa katanya. Masa nak duduk tu, tiba-tiba dia muntah warna hitam. Ayah cakap macam muntah najis, cuba positif sebab tadi bagi dia milo (untuk tambah energy). Mak tiba-tiba pengsan balik. Cuba urut-urut belakang dia dan dia sedar semula tapi keadaan sangat lemah, call mak saudara dan bapa saudara yang berhampiran untuk datang.
Memang nak bawa mak ke hospital tapi keadaan dia tak boleh duduk dan takut keadaan lagi bertambah teruk jika bawa naik kereta. Maka terpaksalah call 999 untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan. Ambulan sampai dalam 5 pagi dari Hospital CM. Suruh Paksu dan Maksu pergi untuk mendapatkan bantuan klinik kesihatan berhampiran tapi sangatlah hampa. Call tak berjawab (nombor yang diberikan untuk kecemasan), tekan butang kecemasan pun tak ada respon, ketuk bilik kakitangan yang berhampiran klinik pun tiada respon (kipas dan lampu nampak terpasang dari luar tapi mungkin tidur MATI!!). Memang sangat menghampakanlah perkhidmatan klinik kesihatan wahhal dalam daerah yang luas, kalau ada yang nak terberanak tengah malam kau hadaplah sendiri sebab memang susah nak dapatkan bantuan kalau macam tu. Jadi nak tak nak terpaksa ambulan dari hospital yang jauh datang untuk memberikan perkhidmatan ambulan untuk hantar ke hospital.
Lepas cek tekanan memang rendah, HB darah pun rendah. Kena masukkan darah. Doctor terpaksa usulkan kes mak ke hospital yang lebih besar dan ada pakar khas.
12 Februari 2018 12.30 tengahari
Mak dipindahkan dari Hospital CM ke Hospital SM dengan menaiki ambulan. Nasib ada ayah temankan mak dalam ambulan. Aku terpaksa bawa kereta ke hospital memandangkan ayah tak cekap untuk drive kereta sorang-sorang ke hospital (sebelum ni pun tak pernah pergi).
Lepas pemeriksaan rapi dan proses pendaftaran. Dalam pukul 7 petang mak dimasukkan ke wad. Ayah yang tunggu mak di hospital. Sebab faham keadaan ayah yang susah nak drive jauh untuk balik rumah bagai. Aku pula risau sebab ayah dari pagi tak makan ubat. Kena balik rumah untuk ambil ubat ayah dan hantar ke hospital semula.
Masa mak kat hospital aku terpaksa ulang alik dari rumah ke hospital (65km dari rumah). Ayah yang tolong jaga mak. Dalan keadaan macam ni ayah nak selalu dekat dengan mak. Nasib sehari tu Kak Yang tolong jaga mak. Ayah bolehlah rehat kejap balik rumah.
14 Februari 2018
Terpaksa ambil Tommy selepas ambil Kak Yang dan hantar ayah ke hospital untuk temam mak.
Nasib baik ayah sponser RM 500 dan mak RM 200 untuk deposit. Total bill tommy RM 840. Maka balance nya aku kena cucuk duit sendiri.
Lepas tu kena pulak belikan makanan khas untuk dia yang memang doctor sunggest Royal Canin Urinary S/O untuk 7 kg RM 225. Maka terpaksa tuannya yang comel keluar duit lagi. Untuk pengetahuan makanan Urinary s/o ni kedai pet biasa tak ada jual. Hanya dijual di klinik haiwan sahaja.
15 Februari 2018
Selepas 3 hari 3 malam di hospital SM. Mak keluar wad. Nampak mak makin sihat dan boleh berjalan macam biasa.
Hasil ujian doctor mak ada luka sikit kat usus. 3 bag darah juga kena masuk masa di hospital.
21 Februari 2018
Mak cakap pagi tu pening. Cek tekanan masih normal. Tiba-tiba mak kata rasa loya. Mak muntah. Kali ni muntah darah yang banyak. Darah fresh yang berketul-ketul. Cek tekanan darah masih normal. 2 kali juga muntah darah. Nak bawa mak ke hospital tapi mak cakap dia ok dan dia tak nak ke hospital.
22 Februari 2018
Mak ok dan masih boleh berjalan macam biasa. Tapi bila cek tekanan darah 100/50 risau pulak sebab takut jadi macam sebelum ni. Pujuk mak ke hospital. Dalam pukul 6.30 petang lepas aku balik kerja terus bawa mak ke hospital berhampiran. Sampai di sana mak kena rujuk ke hospital sebelum ni iaitu Hospital SM. Mak naik ambulan ditemani ayah dalam pukul 10 malam.
Aku terpaksa drive balik rumah sendiri malam tu. Ayah pula dah la sakit pinggang. Lepas tu aku offer untuk aku follow mak tapi ayah tak bagi. Mungkin ayah nak bersama dengan mak walau apa terjadi.
24 Februari 2018
Alhamdulilah selepas 2 hari kena tahan mak keluar wad. Kena masuk 1 bag darah jugalah dengan masuk air sekali. Mak kena buat ujian kesihatan lagi. Insyaallah bulan depan ada temujanji dengan doctor pakar.
Sekarang tengok mak makin stabil keadaan kesihatan. Semoga mak diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Makan minum memang kena jaga elok-elok. Banyak makanan kena kawal sebab melibatkan usus.
Tommy?
Nanti aku cerita next entry.
Aku bersyukur sebab aku ada dalam keadaan macam ni. Mungkin ini keputusan yang tepat melepaskan kerjaya aku di KL. Memang ramai yang cakap rugi tapi aku terpaksa redha dengan keputusan ini. Mak dan ayah memerlukan aku ada di samping mereka waktu-waktu macam ni. Mungkin kerja sekarang taklah sebagus kerja yang dulu tapi sekurang-kurangnya aku ada untuk berkhidmat dengan orang tuaku diwaktu mereka memerlukan aku. Tambahan pula aku anak tunggal mereka.
Tak kisahlah orang nak bangga dengan kerjaya masing-masing dan nak mengata sebab aku tahu apa yang aku buat. Korang tak merasa ditempat aku boleh la cakap macam-macam. Cuba korang fikir korang dah tua..anak abaikan korang? Mungkin sekarang tak rasa..tapi mungkin suatu hari nanti.
Jika kita sudah ada kehidupan sendiri.
Jangan lupa kepada siapa yang memberi kehidupan kepada kita.
Itu sahaja prinsip yang aku pegang. Ingat ye..hidup ni macam roda, hari ni kita di atas esok mungkin kita di bawah.
Selagi nyawa dikandung badan ingatlah orang yang banyak berjasa pada kita. Mungkin di mata manusia tiada nilai. Tapi hakikat sebenar Allah yang mengetahui.
Apa yang hilang itu harus redha insyaallah Allah akan mengantikan dengan yang lebih baik. Rezeki pasti tak salah alamat. Doakan Cik Farah murah rezeki.
Dan semoga mak dan ayah diberi kesihatan yang baik, diberkati usia dan selalu dalam rahmat Allah.
Setiap dugaan Allah uji keimanan kita.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan,Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Alhamdulillah, semoga terus tabah ye dan semoga mak dan Tommy cepat sembuh seperti sediakala. Usah peduli apa orang kata. yang penting apa yang kita rasa
ReplyDelete