Dugaan Bulan Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dugaan dibulan Februari.

6 Februari 2018
Lepas kejadian Uteh masuk wad. Giliran Tommy pula. Sebelum ni Tommy sangat aktif langsung tak nampak tanda-tanda dia sakit. Masa aku bagi makan dalam cage dia, langsung tak mengejar dan duduk setempat je. Selalunya dia lah yang pertama mengejar nak makan dan akan berebut dengan yang lain tapi pagi tu dia macam sangat pasif.

Jadi aku keluarkan dia dari dalam cage. Tengok badan dia dah mengeletar dan panas. Cuba bagi makan pun dia taknak. Petang tu dia macam kena "sawan tarik" sedih sangat.

Manisnya cinta macam gula tapi terlebih gula boleh kena diabetis.





Assalamualaikum..

Bila aku tengok ramai blogger yang suka show kisah cinta mereka di blog. Rindu, kasih, sayang dan semuanya sweet macam gula-gula. Terlalu manis tak terkata. Tapi tahu ke kesannya kalau terlalu makan manis.. sakit kan lastnya?

Masa sakit terdampar akibat "diabetis", kaki atau tangan dah kena "potong" sebab effect terlalu makan gula..sakitkan? gula yang manis tadi bertukar jadi hempedu yang sangat pahit ditelan tapi dialah kenyataan sebenar sebuah kehidupan.


Apa yang aku nak perkatakan, tak payahlah terlalu nak show yang korang tu ada pakwe, terlalu cintakan pakwe, sayang macam nak mati tapi last-last semua sia-sia.

Malas nak taip lagi. So korang fikirlah sendiri. Yang masih belajar study betul-betul. Ingat mak bapak yang membesarkan korang, yang sayangkan korang bukan orang "asing" yang cuma singgah sebentar sahaja. Berbakti pada kedua ibu bapa dulu, mereka yang utama. Okey? Dont sad ! be strong! chayookkk.. 

ok bai..

p/s : Gula-gula kapas nampak sedap tapi bahaya makan banyak-banyak.

Si tua yang tak sedar diri?

Salam..
i nak story satu cerita tauladan tapi memang wujud di alam nyata..
story tentang manusia yang tak tahu bersyukur!
Ada la some day itu..seorang gadis tengah tunggu bus di station bus..
Ada la seorang makcik tua ini bawa banyak sangat barang..then tiba-tiba makcik ini terjatuh..
Amat kasihan la kat makcik ini sebab dah macam tak larat jalan..
Gadis ini tolong la makcik itu..sebab kasihan kat dia..
gadis itu tolong papah mak cik itu..dan pelawa nak bawa ke klinik..ok fine, ..makcik itu pergi la dengan gadis itu..gadis itu siap bayarkan bil klinik
selepas itu gadis itu pelawa lagi nak hantar makcik itu pulang ke rumah sebab dia tak sampai hati nak biarkan mak cik itu pulang sendirian..mak cik itu pun setuju dengan pertolongan gadis itu..


Sampai je kat rumah mak cik itu memaki gadis itu..sebab gadis itulah baju diampaian dia basah..kalau tak kerana gadis itu membawa dia ke klinik semua itu tidak akan tejadi!!
Malu gila gadis itu dimarahi di depan jiran-jirannya...

Say thank you pun tidak sebaliknya pertolongan yang ikhlas di balas dengan makian..
Gadis itu pergi dari rumah makcik itu dengan hati yang sayu..dia terpaksa membatalkan study groupnya gara-gara mak cik tua itu tetapi itu balasan yang diterima..


motifnya? fikirlah sendiri..


P/s : tolong menolong amalan mulia tapi bersyukur la bila ada seseorang membantu kita..jangan dikeji. say alhamdulilah...

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/08/12/article-0-064C96950000044D-816_468x435.jpg

♥♥Hidangan Istimewa??

Semalan ada la "orang" itu..
Dia kata dia buat hidangan istimewa dan sedap sangat!
Teruja betul nak tahu..
Then aku suruh dia mms aku..nak tengok apa makanan yang dia masak itu!
Dia kata kalau dia bagi tengok jangan kempunan pulak..so i say no...nak tengok apakah hebat sangat makanan dia! masa tu waktu malam..aku ni ngah lapar plak..teruja......mau tau..

Nak tahu apa hidangan lazat yang dia kata!!





^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^



^




Haa ini dia KFC!!
Aku ingatkan dia masak apa ke..rupanya masak kat KFC then bawa balik rumah..
ciss..


Dah lama tak makan KFC..ada siapa-siapa mahu belanja? JOM !!

Dia kata, kalau dia rindukan aku dia makan KFC...

I miss you too!

Cinta bukan untuk diungkap..tapi dapat dirasa.

Aku rasa terharu membaca satu entry tapi aku tak tahu dari mana sumber ni..Cuba la baca, banyak makna tersurat yang kita perlu fahami. Mungkin ada pasangan yang dah lama melayari bahtera perkahwinan merasakan cinta pasangannya makin pudar disebabkan pasangan tidak seromantik dan jiwang macam mula2 bercinta..tapi perlu ingat mungkin cinta itu di hatinya bukan di mulutnya..

Cinta yang mati ibarat bunga mawar yang sudah layu..





Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.


Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.




“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.




“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”


Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..




‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”



“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”



“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”



“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”



“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”



“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”


“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”




“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”




“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”




Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)
Motifnya, hargai cinta yang ada..hargai orang yang menyayangi kita..Kita tidak perlu tamak dalam mencari cinta kerana CINTA ada dalam hatimu!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH