Dugaan Bulan Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dugaan dibulan Februari.

6 Februari 2018
Lepas kejadian Uteh masuk wad. Giliran Tommy pula. Sebelum ni Tommy sangat aktif langsung tak nampak tanda-tanda dia sakit. Masa aku bagi makan dalam cage dia, langsung tak mengejar dan duduk setempat je. Selalunya dia lah yang pertama mengejar nak makan dan akan berebut dengan yang lain tapi pagi tu dia macam sangat pasif.

Jadi aku keluarkan dia dari dalam cage. Tengok badan dia dah mengeletar dan panas. Cuba bagi makan pun dia taknak. Petang tu dia macam kena "sawan tarik" sedih sangat.

Hadiah untuk si COMEL!

Salam..
Tadi masa i busy buat blog tutorial tiba-tiba ada orang bagi salam kat luar..
Mak i tengah tidur..risau juga nak buka pintu takut ada jurujual..( banyak kes menipu sekarang )
I pun open pintu dan ada seorang lelaki tanya ini rumah cik Nurul Farahana ke?
Risau pula i kenapa lak ini..tiba-tiba nak cari i pula..
Rupa-rupa dia suruh i tanda tangan surat pos berdaftar..i pun pelik sebab kenapa tiba-tiba i dapat surat yang macam ada barang je..
Setahu i, i tak order apa-apa pun..musykil...
I dapat la bungkusan ini..


Inilah bungkusan yang i dapat itu..berat juga isinya..i risau juga kot bom ke apa..hahaha...
Memang tak sabar nak buka...i open dan ini isinya...






Bila i open ini isinya..rupanya rezeki untuk my meoww!...baru i ingat i pernah join something dalam paper untuk get semple makanan kucing terbaru dari Whiskas...dah lama juga dalam 2 bulan yang lalu..




Inilah isi didalamnya....1 buku panduan penjagaan kucing dan 2 sempel makanan kucing iaitu ikan kembung dan tuna..ini produk baru Whiskas..

I pun bagila kucing-kucing montel i ini makan..masa i buka makanan ini mereka dah datang sebab bau dia menarik perhatian my kitty..i gaul dengan nasi sebab kalau i bagi macam itu je of course tak cukup sebab kucing i 4 ekor..makanannya bukan macam biskut kitty yang fillet tapi macam cecair..


Sitam dan Manja yang kekenyangan macam sawa..

Pok pok happy!
Rubi dimana? banyak kali panggil Rubi..merajuk lagi ke dengan i sebab i tak layan dia sebab dia ngap hamster i..
I think Rubi tengah mencari BF baru sebab anak dia dah besar :)

Selamat malam

Selamat malam..aku baru menukar backgroud baru..terlalu PINK hehehe..so letak seputih salju tapi ada rama-rama PINK juga. Kepada follower terima kasih..nanti miss farah blogwalking kat blog korang..secara silent reader or komen hehehe...sekarang ini mahu tidur..mata gantuk sangat!..tata

Gaya Tidur Yang Seksi ?

 Hahah..tajuk itu macam hotkan..mesti ada yang terfikir aku capture gambar aku dan upload kat blogger! Oh tidak..aku belum lagi mental problem ok..Tapi aku mengupload gambar kucing! hahaha...tidak seksi pun tapi pelik sikit aksi dia tidur!


Kucing Pelik? apa yang pelik...ok mari-mari aku terangkan...cara kucing aku tidur amat pelik..sebab ini first time aku tengok kucing tidur gaya berenang di daratan..Semenjak aku bela kucing inilah first time aku bela kucing yang pelik gaya tidurnya..sebelum itu aku nak perkenalkan kucingku..jeng-jeng!! ( macam sesi berkenalan pulak )

Nama dia Pokpok tapi mak panggil dia Merah..
Ini Pok-pok..comel sangat! sebab apa colournya jadi macam itu? Next entry aku cerita ok!...ini kerana tuannya terlalu kreatif! Sebab aku bagi nama dia Pokpok sebab ada tompok kat muka dia..ada two sweet names..pokpok and merah!...Dia manja tapi kadang-kadang sombong sikit jika dia kenyang..kalau lapar mioww je kat kaki aku. Nampak sweet dan comel kadang-kadang macam hanto!

Tengokla gaya comelnya..
 Kerana gaya tidur seksi inilah aku menulis entry ini..pelik tapi benar! Kucing korang ada ke tidur macam ni?

lena je dia tido. So cepat-cepat la aku snap gambar nanti kalau ubah posisi dah tak dapat gambar mahal ini!
Perut macam nak meletop! Inilah anak kucing paling gemuk berbanding anak2 kucingku yang lain..comel ! Macam nak terbang je kan.........( gambar tak jelas kerana aku snap guna hp ayah aku, kalau guna hp bijak pandai aku mesti cun ;) )

 waa..dia dah sedar aku tengah merakamkan aksi dia!..
Kat sebelah Pokpok itu adalah Manja..dia ni saja je terus tido sebelah Pokpok sebab nak masuk blog akukan...dia ini kurang kasih sayang..tak ada siapa nak manjakan dia lebih-lebih..sebab dia suka mengacau aku masak! sebijik macam peragai ibunya si Rubie!! ish ish...tapi aku sayang mereka semua! muahhh muah..

Tamat

Suka hari ISNIN tapi TAK suka WEEKEND.

http://www.5577studio.com/wp-content/uploads/2010/04/monday-8353.jpg



Mesti orang fikir aku ini adalah BODOH! Sebenarnya tidak!

Sebab aku rasa ramai suka weekend sebab puratanya manusia di dalam dunia akn bercuti. Biasala hujung minggu mesti bercuti.Tapi tidak kepada aku sebab aku tak suka weekend sebab:

1. Aku memang hari-hari holiday..long vacation la kan sebab masih belum kerja so hari-hari aku anggap sebagai weekend. Kadang-kadang bosan! Sebab duduk rumah je! Mama kata kalau bosan duduk rumah, suruh duduk kat luar rumah!! hahaha...

2. Aku tak suka weekend sebab aku tak dapat nak tengok drama-drama kegemaran aku. Sekarang aku dah kaki drama ok! tapi syarat kena kerja rumah beres nanti mama marah! Aku suka slot akasia kat tv3, then drama pukul 11 kat tv1 then macam-macam kecuali slot senetron..menyampah ok!

3. Cerita kat tv masa weekned tak best le sesangat..kecuali melodi itu pun selalu skip! Aku dah rasa meyampah + getik dengan cerita hindustan sebab merepek tambah meraban.

4. Kalau nak keluar dengan family, ayah aku tak suka keluar waktu weekned kalau tak ada yang mustahak. Dia suka keluar hari-hari biasa antara isnin hingga khamis..sebab tak mahu sesak dan menyesakkan..

5. Aku jeles tengok orang pergi jalan-jalan waktu weekend sebab aku hanya di rumah!! humm sedih...Apa2 pun i love my life..hope always better and better.........

Rindu Aku Pada Kamu!





Betapa aku rindu kamu..
Kehidupan kita yang dahulu..
Rindu..rindu..rindu segala-galanya.
Biarlah kamu tidak rindukan aku tapi aku benar2 merinduimu wahai sahabatku di USM...
Terutama sekali sahabatku dari tahun satu hingga akhir Faridah, Nor Harida dan Nurul Izzah!
Miss u so much!!
Semua dah ada hidup masing-masing.
Susah rasanya nak jumpa lepas ni.
Harap aku dapat jumpa kalian!
Kenangan bersama 3 tahun tersimpan diingatan..
Rasanya ingin kembali kepada kehidupan dulu tapi semuanya semuanya tinggal kenangan..



Walau pun gambar ini ( aku dengan Faridah ) nampak biasa tapi ia amat special..
Gambar ni di ambil semasa aku tahun 1 di USM..
Tak silap aku, aku snap gambar ni semasa nak pergi kelas DR. Sundra Moorty..like it!







Yang ini pula gambar aku dengan Nor Harida ( yong )..
Masa ni tengah lepak nak tunggu next kelas..sempat lagi capture picture!
Aku rindu student life!





Gambar comel ni..aku dan Izzah..Masa ni kami bz snap picture kat taman depan Perpustakaan Hamzah Sendut 1..shining2 muka kami kena cahaya!







Dalam banyak2 gambar kami berempat, gambar ni paling aku suka sangat!!
Tak tahu kenapa..Mungkin sebab nampak photogenic.
Gambar ni di ambil sendiri oleh kami dengan mengunakan handphone je..






Sekarang ni kami semua sudah bergelar graduan USM.
Alhamdulilah berjaya juga mgenggam segulung Ijazah..
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat Amin..

Aku sayang kamu!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHm4poqwOA5aMHnmcm1mbDGnvyvhRz9t5xqUIk_5z9lbxscSb1_iumTwTWh46ObcGJwLyrOcES80JQ89jajQZ-uW7hRPqNpSDkl3PZXzWbyadicPMhfNdMsSFASTZ_RCu4qd0XqKZp_yQ/s1600/sahabat.jpg


Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH