Resepi Samosa Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi resepi yang menjadi kesukaan keluarga aku.
Sangat mudah dan cepat disediakan.
Kalau sarapan pagi ke, minum petang ke kalau saji sekali dengan samosa ni mesti makan tak ingat dunia. Sedar-sedar dah habis je. Macam manalah nak diet sebab asyik makan je kan.

Pada aku memang senang buat dan sedap dimakan. Ada cakap boleh jual, setakat makan sendiri dan keluarga boleh lah nak buat tapi kalau bab nak jual-jual ni memang taklah (pemalas nihh).

Jomlah kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

1 pek kulit popia
1 tin ikan sardin kecil/besar (ikut kuantiti nak buat aku pakai yang kecil)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
3 sudu cili kisar
1 labu bawang besar (cincang)
4 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
2 sudu makan serbuk kari ikan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis (dalam 4 sudu makan)
Tepung gandum dibancuh dengan air untuk gam kulit popia

Cara-cara

1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Toskan kentang dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar serta serbuk kari sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan ubi kentang. Letakkan garam secukup rasa.
4.Sebatikan sampai sardin hancur dan sebati dengan bahan-bahan tadi. Tumis kering jangan tambah air.
4. Ketepikan.

Kulit popia, apa-apa jenama pun boleh

Bancuh dlm setengah cawan air dengan 1 sudu makan tepung gandum

Sardin dan kentang untuk isi samosa (inti).


Cara gulung kulit popia untuk samosa.

Nak gulung pun ada caranya, bukan main hentam je.


1. Potong kulit popia kepada tiga bahagian.


2. Ambil 2 keping bahagian yang telah dipotong, gamkan dengan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia dengan hujung 1 lagi kulit popia tadi.


3. Letakkan 1 sudu inti di hujung tepi kulit popia


4. Lipat kulit popia seperti dalam gambar di bawah (supaya menjadi bentuk 3 segi)


5. Gamkan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung.


6. Ulangi untuk samosa seterusnya...


Tara!! dah siap, boleh simpan dalam peti sejuk. Nak makan boleh terus goreng je.


Makan panas-panas mesti tak hengat doniaaa...


Yang pasti samosa buatan sendiri lebih puas hati sebab saiz besar, inti banyak dan pastinya sedap. Kalau dah cuba pasti nak buat lagi. Makan panas-panas memang sedapp!!

Ok, sampai di sini sahaja resepi samosa mudah ni. Selamat mencuba!

Resepi Puding Caramel Cik Nurfarah.

Ambil gambar yang nampak enak..from google


Assalamualaikum..
Masih terasa keenakan puding caramel yang aku buat semalam..
Nampaknya percubaan pertama aku menjadi..alhamdulilah..

Memang sangat senang nak buat. Semudah ABC kalau orang malas je yang taknak buat asyik kena sumbat masuk mulut baru nak makan kan..hahaha..ok jangan jadi pemalas!

Jom aku ajar cara nak buat puding caramel cara Cik Nurfarah.. sedap wehh..


Bahan-bahan :

Untuk kuah caramel :

1/2 cawan gula pasir.
1/2 cawan air.

Untuk Puding :

5-6 biji telur.
1/2 cawan gula pasir.
1 sudu teh esen vanilla.
1 tin susu sejat/ kalau susu pekat letak dalam 4 sudu makan.
1 1/2cawan air.



Cara penyediaan :

Adunan Puding :

1. Blander telur, lepas itu masuk gula..blander sampai sebati.
2. Masuk air, susu sejat dan esen vanilla ..blander semua sekali sampai sebati.
3. Letak ketepi.


Aduanan Kuah Caramel.

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan gula. Kacau sampai cair. Api kena pelahan nanti rentung hahaaha..
3. Dah cair masukkan air. Korang kena ready air siap-siap kat tepi. Kacau sampai sebati.


Penyediaan :

1. Lepas korang dah masak gula ( kuah caramel ) tu cepat-cepat masukkan dalam loyang yang kering.
2. Lepas itu terus letak adunan puding selepas letak kuah caramel dalam loyang.
3. Kukuskan loyang tadi.
4. Pastikan semasa masak jangan buka penutup periuk dan penutup kena kedap ( tutup kukus dengan kain kelilingnya ) supaya puding korang smooth dan tak gelembung/berlubang )
5. Kukus selama 25-30 minit.
6. Angkat dan sejukkan di bawah edaran udara.
7. Dah sejuk masukkan dalam peti sejuk 2 atau 3 jam. (pastikan dah sejuk )
8. Bolehla keluarkan dan letak dalam pinggan..sedia untuk di makan!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhumdMoKf9HB3h3dmZ6BSd6EOEiRywuuJC2T1XgbS0bbk9udWNGsV6aNJouJihyphenhyphenDlIbzxXe88ZJ7ZZKfJKzYI8ZxQAChf9zJsWdZTOJ3YKWkK11gsQzz0ao4nOsD_ig8y84_o9J1sEMUv4/s400/fara1498.jpg
Flash kuat sangat sampai nampak pelik tapi sedapp gilerr!
p/s : nak makan puding ni kena minum bersama air kosong sebab manis sangat. Jangan makan selalu kang kencing manis...tapi sedap! cubalah :)

Puding Caramel Cik Nurfarah

Assalamualaikum..
Akhirnya berjaya buat puding caramel sendiri.
Sebab teringin sangat nak buat sendiri!
Akhirnya aku buat juga dengan carian resepi di google..

Sebenarnya ni first time buat puding caramel..
Taraaaa......


Sorrylah flash HP kita kuat sangat...




Oklah tu..baru belajarkan..

Rasa? tak tahu sedap ke tak..kalau sedap aku bagi resepi. Sangat simple. Tadi masa potong nak bagi jiran, dia punya isi dalam sangat smooth dan licin..

Tak sabar nak rasa!

p/s : Nanti kalau sedap aku bagitahu, tak sedap diam-diam sudah..

Jom masak-masak dihujung minggu.

Assalamualaikum. Apa korang buat hujung minggu ni? Mesti asyik tidur membesarkan perut je kan. Wahai anak-anak dara sekalian silalah ke dapur menolong ibumu atau sediakan hidangan untuk family. Pasti menjilat jari. Cik Farah ni bukan sahaja cantik, comel, pintar, baik tapi pandai sangat memasak. Memang amat sesuai buat calon isteri..hehehe..sila muntah bersama-sama. Okeh..aku bergurau canda je janganlah berasa jelik walaupun memang hakikatnya begitu hehehhe. Entry kali ni aku tak update pasal resepi sebab tak prepare nak snap gambar untuk resepi. Jadi jom layan resepi yang aku buat baru-baru ni. Teramatlah sedap.

 Sos ini untuk penambah perasa. Sos utama aku buat sendiri barulah ada kepuasankan. Tapi sorry gambar tak ada..next time buat akan di snap gambar-gambarnya.

Masa beli ais cream kegemaran ternampak benda alah ni. Jadi teringin untuk masak spaghetti. Lama tak makan benda ini. Bercayalah kalau kita buat sendiri kepuasan lebih tiptop dari makan di kedai.

 Kalau nak buat kuah yang sedap letaklah ayam atau bebola daging. Aku just letak ayam dan fish ball je. Tak ada bebola daging. Cuma ada bebola cinta je hehehe.



Untuk extra sedap lagi bolehlah letak sos spaghetti. Kalau korang pemalas sangat boleh makan dengan sos spaghetti yang sedia ada. Tapi rasanya tak ler sesedap mana pun.. tapi mesti ucap ALHAMDULILAH. Mak aku pun kata sedap..yummy!! Nanti bila aku buat lagi spaghetti..aku akan update resepi sos spagetti Miss Farah yang memang takkan dapat dimana-mana .

Ini pula mee bandung. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ayah. On da way praktik memasak untuk lebih kaaauuu..

Ini sahaja sajian mata untuk hari ini. Ok daaa...

Resepi : Hati Bakar Black Paper.

Salam.
Malam yang sepi ni aku nak update pasal resepi special yang korang patut cuba!
Sempena Tahun Baru Cina ini aku pun mereka cipta resepi ini..oppss tipu je la..tak ada kena mengena langsung la hahaha..Aku ni suka juga memasak. Kadang-kadang teramat rasa jemu dengan masakan yang sama je. Jadi apa salahnya sekali-sekala ( banyak kali pun tak apa ) mencuba resepi barukan. Ini yang dinamakan kreatif. Aku tujukan resepi ini untuk semua reader aku terutama sekali Puan Izzah.. :). Yang belum status Puan pun kena cuba juga tahu.

Bahan-bahan :

Hati  ( 500 gram )
Kicap Manis
Kicap Masin ( kicap aku guna Cap Kipas Udang )
Sos tiram
Garam+ Gula ( secukup rasa )
Cili Kisar ( bawang+cili+serai+halia+bawang putih )
Bawang besar ( dihiris )
Black Paper ( lada hitam )
Cili api ( kalau nak pedas )
Bawang kecil + bawang putih+halia( tumbuk )
Asam keping kalau tak ada boleh guna asam jawa



Mari kawan-kawan kita cuba resepi bergambar versi Cik Farah

Sebelum tersalah sangka, hati apakah ini..mari aku bagitahu bahawa ini hati Kucing oppss bukan aku belum kejam untuk sembelih kucing..ok..ini hati AYAM. Sebelum korang membuat aksi seperti di atas. hati ayam ini perlu diperap dengan kicap, sos tiram dan sedikit garam ( letak sedikit je sebab kicap+sos tiram dan masin ). Bakar hati di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan api yang kecil. Jangan sampai hangus ye..dah garing-garing sikit bolehlah di angkat.


Sementara korang tunggu hati itu masak. Sila la menumbuk bahan-bahan seperti black paper, bawang merah, bawang putih, halia, dan cili api sekiranya ingin pedas.

Bila hati sudah masak. Potong-potong hati itu untuk rasa hati yang lebih sebati dengan ramuan kita tadi.


 Panaskan minyak dalam 4 sudu makan, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi + kulit kayu manis dan 2 bunga lawang dan masukkan cili blender 2 sudu tujuan untuk rasa yang lebih pekat dan melekat. Bila sudah naik bau aka naik minyak. Letakkan kicap masin dan kicap manis, gula dan garam secukup rasa.. Letak asam keping 1 keping atau air asam jawa secukup rasa.


 Masukkan hati dan masakkan dia sampai masaklah..nak kuah lebih boleh tambah air lagi. Lepas itu masukkan bawang yang telah dihiris halus.





Gambar kucing nakal yang selalu mengacau tuannya yang comel :) Muka dia bengang tak dapat fish!


Hambikkk ni panas meletopp u ollss..


 Amacam ok tak?



Tak puas tengok..meh tengok dekat-dekat.. Nak rasa? masak la sendiri..:)


p/s : Aku tak suka guna tepung jagung untuk pekatkan sebab cepat basi. Tapi masakan aku ni tak sempat ke malam sebab dah habis kena ngappp...yummy!!

Resepi : Kepah Cik Farah

Salam.
Hari ini aku rasa nak share satu resepi yang amat simple mimple ..
Semua orang boleh cuba tak kira la kaum Adam, Hawa atau apa-apa kaum di atas muka bumi ini ..
Hujung-hujung minggu ni aku cadangkan kepada anda semua boleh la mencuba resepi ini.
Kepada anak-anak dara, mak-mak dara tu jangan asyik mengadap TV je 25jam.. Apa kata korang ringankan tulang ke dapur membantu mak atau masak sendiri di dapur. Masak sendiri adalah lebih nikmat daripada makan di kedai..hehehe..
Resepi ini aku reka sendiri je..tak la special..tapi special kalau korang mencuba sendiri..:)

Bahan-bahan :
Kepah ( 1 kg )
Bawang putih yang dicincang halus 3 ulas
( cili kisar )Cili+bawang+serai+bawang putih+halia = kisar halus ( nak lagi pedas letak cili api )
Lobak merah 2 batang ( potong dadu )
Garam + Gula
Sos Tiram ( 1 sudu kecil )
Secubit belacan ( kalau suka )
Kicap ikan ( tak nak letak pun tak apa ) 1 sudu besar
Tomato ( hiasan )
Limau nipis sehiris

Ikuti langkah-langkah bergambar ini. aku tahu korang suka tengok2 gambarkan, ala-ala kamus bergambar gitu :

 Mula-mula panaskan minyak dalam 5 sudu makan, lepas itu goreng bawang putih sampai wangi. Jangan sampai rentung dah la.


 http://3.bp.blogspot.com/_bcMacWlTXWs/SP243Xa2gbI/AAAAAAAAB6E/KR8OYI81_1Q/s400/DSCN6533.JPG

Selepas itu, masukkan cili yang telah dikisar. Ingat jangan guna cili boh tak sedap! lagipun cili boh ada bahan perasa..tak baik untuk kesihatan. Masukkan belacan + kicap ikan ( kalau tak ada letak kicap biasa 1 sudu besar ) + sos tiram+ gula garam secukup rasa..


Lepas cili itu masak dan naik minyak masukkan lobak merah yang dipotong dadu tadi..



Biarkan mereka beramas mesra di dalam kuali untuk mendapakan rasa yang nikmat.


Inilah kepah..sebenarnya aku nak lala tapi kat pasar tak ada so belilah kepah. Kalau korang guna lala pun tak apa. Sebab lala lagi manis dari kepah..dan lagi sedap!! Sebelum masak tu cuci la bersih-bersih kepah tu ye..


Masukkan kepah itu ke dalam kuali..Bila kepah itu dah terbuka semua cengkerang dia bolehlah di angkat.. Sea food tak sesuai di masak lama-lama sebab kurang enak pulak!

Inilah Kepah Cik Farah
Siap untuk dihidangkan...letakla tomato sebagai hiasan..tapi sebelum tu perahkan limau nipis atas kepah tu untuk rasa yang lebih mengancam.
Nak tambah hiasan lagi pun boleh, ikut citarasa anda.

p/s : Sedap dimakan begitu sahaja..tapi better dengan nasi baru la kenyang.
      : So apa lagi! cuba la..mana tahu boleh pikat hati mak mertua nanti :) hehehe..

Cocktail Susu

Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
2 tin air masak.( Gunakan tin susu cair itu juga )
½ tin buah buahan dlm tin
4 sudu besar gula ( ikut pada selera anda )
3 cwn nata de coco(ditapis airnya)
1 bungkus jely/sumi ( jika suka )
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Masukkan susu dan air dalam periuk.lepas itu biar sampai mendidih.masukkan gula ngan esen vanilla.kacau sampai gula cair.Tutup api.biar sehingga sejuk.Basuh jelly dan nata de coco hingga bersih.apabila sejuk,masukkan jelly,buahan dan nata de coco.letak dlm peti sejuk...
Cadangan Hidangan:
letak ais jika perlu tapi kena bajet dengan kepekatan cocktail anda..enak diminun sejuk2.. Selamat mencuba! http://blogs.smithsonianmag.com/food/files/2009/06/fruit-cocktail-400x267.jpg





















Cucur Ikan Bilis Ranggup


Petang ini aku sediakan hidangan minum petang yang tak seberapa special tapi sedap. Entahla hari ini mood memasakku semakin bagus, kalau tak kuih muih hanya kuih tunjuk sahaja. Dikesempatan ini aku nak share resepi aku untuk tatapan umum. Tak salahkan kalau berkongsi ilmu kerana kalau kita kongsi ilmu, kita akan bertambah lagi ilmu tapi kalau kedekut ilmu otak pun tak berkembang macam katak dibawah tempayan huhuhu. Betul tak?


Resepi aku kali ini memang macam biasa-biasa sahaja. Mungkin semua orang tahu macam mana nak buat cucur tapi tahu ke nak buat cucur yang sedap? Nanti aku akan tulis satu entry bertajuk “ Tahu memasak atau Pandai memasak” so jangan lupa baca kepada yang nak baca tapi kalau tak nak baca tak payah. Tak ada paksaan untuk membaca blog Miss Farah ( bukan subjek wajib ).

Berbalik pada cucur. Tahu tak apa itu cucur? Try la Tanya abang google. Kalau tak mahu Tanya abang Google Miss farah bagi tahu kepada kalian. Cucur ni macam cekodok. Dibuat dari tepung dan digoreng. Lepas goreng baru boleh mamam. Nanti aku share my picture ok!


Cucur ini macam cucur biasa tapi ranggup di luar, lembut di dalam. Mak aku kata sedap dan amat meyukainya begitu juga dengan nenek di sebelah rumah aku. Dia kata lain dari cucur lain sebab ranggup tapi lembut, tak sama macam dia buat! Wawawawa nampaknya Miss farah sudah makin maju dalam skill memasak. Mesti menjadi rebutan mak cik- mak cik di luar sana untuk dijadikan menantu heheheh…


Walau apa pun aku rasa puas kalau masakan aku disukai ramai. Walaupun bukan cheff tapi aku suka tengok mak dan ayah aku makan dengan berselera masakan aku. Nak resepi? Kena bagi pengkeras kalau nak sedap dan rasa real macam Miss Farah masak..

Ok! Ini resepinya, Tepung gandum secawan dan mix dengan tepung kek secawan. Gaulkan sehingga rata dan sebati..

Tepung gandum dan tepung kek berserbuk penaik ( Blue Key )


 Sediakan bahan-bahan ramuan seperti bawang merah ( 2 Ulas ), bawang putih, cili kering dan ikan bilis.( jumlah terpulang kepada citarasa.
bahan-bahan ini perlu dipotong atau dicincang. Cili itu hiris halus-halus. Ikan bilis perlu dikisar kasar, jangan sampai hancur.

Tepung gandum yang dah di mix dengan tepung kek perlu dibancuh dengan air sejuk ( air kosong yang di simpan di dalam peti sejuk ). Perlu air sejuk, nanti tak ranggup kalau anda letak air biasa. OK!
Kuantiti air itu kena la agak2. Jangan cair sangat atas pekat sangat. Then masukan semua ramuan yang di atas ke dalam tepung itu tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kunyit untuk nampak kekuningan. ( tak nak kunyit pun tak apa )

Macam inilah ramuan yang telah digaul rata. 
Dan tibalah masa untuk mengoreng. Goreng tu jangan hangus pulak. Saiz cucur jangan besar sangat sebab tepung itu akan naik sendiri dan mengembang. Nanti gedabak pula.

Taraaa...dah siap cucur aku!

warna kekuningan dan amat wangi sekali. Jom2 makan! My cucur ikan bilis ranggup
Cucur ini amat enak di makan waktu panas-panas bersama kopi panas.

masa untuk makan..yummy!

 Sangat enak jika dicicah bersama Sos Cili Somano!


makan sampai menjilat garpu!
So, jangan tengok je..cubala..rugi kalau tak cuba. Cucur ini amat enak kerana ia ranggup di luar dan lembut di dalam...selamat mencuba!


 Pesanan penaja, kalau dah cuba jangan lupa komen!

Ayam masak kari kering

Kesibukan aku menjadi suri rumah part time di rumah membuatkan aku semakin kreatif mengubah masakan,,chewah betul ke? Betul or x..aku nak share 1 resepi untuk tatapan anda semua..

Hari2 kat rumah akula antara chef utama yang kena masak selain mak…boleh dikatakan tiap2 hari..

Kalau mood masak aku baik aku pun masak la menu baru yang tak ada kat buku resepi…( resepi ciptaan sendiri )..sebabnya aku bosan masak benda yang sama contoh masakan ayam : kari ayam, sambal tumis ayam, sup ayam dan lain2..amat menbosankan!!

So apa salahnya kreatif sikit berbanding nak masak benda yang sama! Amat bosan!!

Hari ini aku try 1masakan yang simple lagi meyelerakan..Ayam masak kari kering! Namanya xberapa nak sedapkan tapi rasanya sedap woo…

Bahan2nya..

- Ayam yang dipotong dadu…( potong kecil2) hidangan utk 3 org ( 600 gram )

- Sebiji atau 2biji ubi kentang di potong dadu

- Bawang putih 4 ulas ( cincang )

- Bawang besar 2 ulas ( cincang )

- Cili api yang ditumbuk atau dicincang halus ( kalau suka pedas letak banyak2 )

- 2 sudu makan serbuk kari ( untuk goreng ayam )

- 2 sudu makan untuk masakan

- Garam dan gula secukup rasa

- Minyak untuk menumis bahan2 ( 3 sudu ) korang agak2la dengan jumlah ramuan

- Daun sup dan daun bawang ( jika suka )

Step kedua, cara2nya :

- Ayam yang telah dipotong dadu digaul bersama serbuk kari dan kunyit serta garam.

- Goreng sehingga masak ( jangan terlalu keras )

- Goreng ubi kentang sehingga empuk.

- Then, panaskan api, masuk minyak masak untuk menumis ramuan.

- Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api. Tumis sampai naik bau.

- Masukkan serbuk kari. Tumis kari sampai naik minyak.

- Masukkan ayam dan ubi kentang..

- Gaul sampai rata dan sebati. Kalau terlalu kering letak sedikit air.

- Siap dihidang,

- Taburkan daun bawang dan daun sup.

- Sedia di makan..nyam..nyam.

Maaf gambar kurang menarik tapi sedap...

Selamat mencuba..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH