Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..
Sedikit keterangan nisfu Syaaban yang dipetik dari wikipedia.



Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Sempena Nisfu Syaaban ni, aku ingin mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Aku juga ingin meminta maaf kepada semua pembaca dan orang-orang yang mengenali aku. Sekiranya aku ada melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Aku mohon keampunan daripada kalian. Aku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini sentiasa alpa dan leka. Aku juga, dengan berlapang dada memberi kemaafan kepada semua yang mungkin ada konflik dengan aku. Aku maafkan kalian dunia dan akhirat. Semoga amalan kita diterima oleh Allah.


Wish list untuk diri sendiri (makanan rohani )..
# Solat dengan sempurna iaitu tepat pada waktunya.
# Mengaji al-Quran sekurang-kurang sehelai muka surat setiap hari  ( kalau boleh setiap solat fardhu).
# Banyakkan zikir.
# Nak hafal surah yang panjang
# Banyakkan solat sunat
# Jadi yang lagi terbaik untuk diri sendiri kerana Allah Taala.

Wish list ini untuk peringatan dan sumber motivasi untuk diri sendiri. Harap korang tak hanya buat wish list duniawi sahaja. Ingat akhirat. Rindu suasana nisfu syaaban masa buat umrah tahun lepas. Dah setahun berlalu. Harap dapat pergi semula ke sana. Nikmatnya sangat tidak terucap dengan kata-kata.


Di Masjidil Haram

p/s : Rasa nak buat umrah dan haji.. :)

Kenangan Mengerjakan UMRAH

Salam! Selamat Malam..

Hari ini rasa rajin nak update entry..so i update la kan..

Alhamdulilah dapat menjejaki tanah suci pada julung kalinya..amat-amat terharu. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana membawa anakanda ke sana.
Miss farah, family dan saudara mara seramai 10 orang pergi bersama. Penerbang mengambil dua kali trip iaitu dari Kuala Lumpur ke Muscat, Oman dan dari Muscat ke Jeddah. Kami mengambil pakej Tabung Haji Travel. Sebenarnya nak pergi bulan enam tapi trip penuh..alhamdulilah 18/Julai 2010 tarikh untuk berangkat ke tanah suci. Mengambil masa 10 jam di dalam kapal terbang untuk sampai ke Jeddah sebab ada 2trip.
Muka budak baik hehehe...
Gambar ini malam sebelum bertolak ke KLIA..sebab esok selepas subuh kena lapor diri..pukul 6.40 pagi..
Malam itu kami bertolak dalam pukul 11 malam.

Masa nak tunggu penerbangan

Sempat lagi bergambar..ayah macam letih je..hehehe..
Semasa di KLIA kami sempat bergambar sakan..makanan di sana amat mahal..( tak ada motif sebut makanan hahaha )

mana kami?

Pada pukul 9.40 pagi kapal terbang bertolak ke Oman...

makanan dalam flight..sedap tapi tak serasi dengan tekak i..
Enam jam selepas itu kami sampai ke Muscat. Oman..berdebar juga naik kapal terbang ini bila angin kuat..Oman Air ni lebih besar dari MAS..

Ini gambar di Muscat Oman..walaupun airport dia tak secanggih KLIA tapi tetap best!
First time menjejaki di bumi Arab..pemandangan sekeliling hanya padang pasir..berbeza dengan Malaysia yang penuh dengan kehijauan. Suhu di sana tinggi. Perjalanan dari Oman ke Jeddah memakan masa empat jam menaiki Oman Air..Sampai ke Jeddah dalam 6.50 petang waktu di Saudi Arabia. Selepas sampai, kami kena menaiki bas ke Madinah..perjalanan mengambil masa selama enam jam ke Madinah. Ini adalah ujian yang perlu dilalui iaitu perjalanan yang panjang.

Masjid Nabawi ( amat luas masjid ini, cantik! )

Selepas chek in hotel..berehat seketika dan solat di Masjid Nabawi..

Pemandangan dari luar. ( jemaah perempuan tidak dibenarkan membawa hp dan kemera masuk ke dalam masjid sebab ada spot chek..nak bawa kena pandai sorok )
Suhu di Madinah tinggi..lebih kurang 54 darjah celsius. alhamdulilah dapat kami lalui dengan sabar. Selepas dua/ tiga hari di Madinah kami bertolak ke Makkah..Inilah episod untuk mengerjakan umrah di sana. ( detail tarikh lupa sebab jadual full dah hilang ). Kami ke Kota Makkah..lebih kurang empat jam menaiki bas.

Masjidil Haram..pemandangan diluar Masjid
Kami sampai sebelum subuh di Kota Makkah. Berehat dan tidur di hotel. Esok selepas subuh kami akan membuat umrah. Niat ihram umrah sudah dibuat semasa perjalanan menuju ke Tanah Haram...

Aku ingin menjadi tetamuMu lagi..

Rasa amat teruja apabila pertama kali melihat Kaabah secara live...suhu di Makkah rendah berbanding Madinah.

 Selepas tawaf..kami melakukan Saie..di Bukit Sofa dan Marwah


Selepas saie..muka happy! best sangat..
Selepas selesai saie..dan tahalul..alhamdulilah umrah sulung sudah selesai..Sepanjang di Makkah..Miss Farah dan family berkesempatan membuat tiga kali umrah. Syukur sangat..

perjalan dari hotel ke Masjidil Haram

Lautan manusia..walaupun kami mengerjakan umrah tetapi jumlah jemaah seramai haji..

Inilah adik saudara aku..paling muda dalam rombongan kami. Di belakang tempat burung yang aku kata di entry sebelum ini.


Di sini la ramai yang bagi makan untuk merpati itu. Yang berselubung itu bukan aku ye..hehehe..


Dalam Masjidil Haram..

Masa ini tengah tunggu Isyak..snap picture sebagai kenangan!
Di Jabal Rahmah..



Kenangan terindah..
Hari terakhir di Kota Makkah..Bersama adik saudara. Berangkat untuk ke Jeddah dan pulang ke tanah air.

Di depan Hotel Jeddah. Makan tengahari di sini sebelum naik kapal terbang ke Muscat Oman dan ke KL.

Selamat pulang ke Malaysia pada 28/7/2010..pada 12.15 tengahari waktu Malaysia..alhamdulilah semua selamat....dan aku hanya berehat 2 hari sahaja selepas balik dari Makkah...sebab aku terpaksa ke Penang untuk raptai dan convocation day aku..Penat tapi HAPPY! :)

p/s : semoga dapat menunaikan HAJI dan UMRAH lagi....amin..

Persiapan sebelum pergi UMRAH


http://www.fathersez.com/wp-content/uploads/2008/09/kaabah-tawafpreview.jpg
Rindu pada Kaabah. Semoga dapat pergi ke sana semula,,amin!



Salam kepada reader sekalian.
Entry ini sebenarnya  dah lama nak tulis. Sebelum tulis entry nak dapatkan jadual semasa umrah dulu. Cari-cari tak ada. Seingat Miss Farah jadual itu kat ayah, mungkin dah hilang kot. Kalau ada jadual itu senang nak tulis kronologi sepanjang menunaikan umrah di sana. Tapi sebelum itu saya nak share sedikit tip sebelum pergi umrah. Walaupun baru pertama kali pergi tapi tahu la serba sedikit untuk berkongsi tips..di samping pengalaman mak dan ayah yang dah beberapa kali menjadi tetamu Allah. Insyaallah akan di kongsi disini. 

Antaranya ialah :
  • Keiklasan-ikhlaskan hati – niat itu jangan terpesong, contohnya: dalam hati nak buat umrah bukan kerana ALLAH tapi semata-mata nak melawat/melancong. Itu dah salah jadi kena betulkan niat anda.

  • Bertaubat..kalau boleh buat sembahyang taubat. Taubat inikan memang dah diseru kepada manusia. kita kena selalu bertaubat. Betulkan apa yang dah salah. Manusia memang tidak sempurna tetapi perlu diperbaiki untuk menjadi manusia baik. Minta ampun dan maaf kepada keluarga dan semua orang yang pernah kita sakiti.

  • Perbelanjaan untuk umrah kena dari sumber yang halal. Ingat!..ini ada satu cerita tak tahu mitos atau betul..berhampiran dengan Masjidil Haram memang sangat banyak burung merpati. Kalau seseorang itu memberi makan kepada burung merpati itu, dan burung itu makan makanan yang kita beli, itu tandanya duit kita dari sumber halal tapi kalau kita tabur makanan tetapin burung kat situ tak mahu makan..mungkin sumber duit itu haram. Ini just cerita sahaja..yang sebenar-benar hanya Allah yang mengetahui..jangan terlalu percaya cerita-cerita ini. Tapi kat situ memang banyak sangat burung merpati. Kalau pergi masjid dia pun turut serta macam nak pergi masjid…penuh di udara terbang.

  • Buat persediaan tentang cara-cara membuat umrah. Selalunya pihak travel ada bagi buku. Contohnya masa Miss Farah pergi dengan Tabung Haji..memang dapat buku seorang satu berserta beg sekali. Kat kedai pun banyak sangat buku. Pilih je. Untuk kefahaman yang mendalam elok la pergi dengar ceramah yang di anjurkan oleh pihak travel yang bawa kita untuk umrah atau Tanya kepada orang yang berpengalaman. Nak info lagi search kat Mr. Google!

  • Cari teman yang baik untuk pergi umrah bersama. Kalau ahli keluarga ok juga. Tapi perlu ingat situasi  di Malaysia dan di sana amat berbeza. Kat sana dugaan kuat. Yang baik boleh jadi kurang baik. Yang rapat boleh jadi rengang. Contohnya, ayah saya pernah cerita masa pengalaman haji dia dulu, ada sepasang suami isteri memang tak pernah bergaduh tapi kat sana bercerai sebab hal remeh, ada suami isteri yang pergi bersama tapi dekat sana tak bermuafakat,,asyik buat hal sendiri sahaja dan banyak lagi la. Tapi kita perlu berdoa agar ahli keluarga dan teman yang pergi bersama disatukan hati dalam susah mahupun senang.

  • Jaga kesihatan. Masa buat umrah memang banyak sangat memerlukan pergerakkan. Jadi jaga kesihatan elok-elok. Berdoa agar kita sentiasa sihat dan kuat untuk beribadat.
Sebenarnya kita kena bersedia mental dan fizikal. So janganlah rasa takut pula apabila baca tips persiapan ini…yang penting hati kena selalu bersih.

Jaga hati dan jaga mulut apabila di sana..OK! sebab itu kunci utamanya.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH