Rindu pada Kaabah. Semoga dapat pergi ke sana semula,,amin! |
Salam kepada reader sekalian.
Entry ini sebenarnya dah lama nak tulis. Sebelum tulis entry nak dapatkan jadual semasa umrah dulu. Cari-cari tak ada. Seingat Miss Farah jadual itu kat ayah, mungkin dah hilang kot. Kalau ada jadual itu senang nak tulis kronologi sepanjang menunaikan umrah di sana. Tapi sebelum itu saya nak share sedikit tip sebelum pergi umrah. Walaupun baru pertama kali pergi tapi tahu la serba sedikit untuk berkongsi tips..di samping pengalaman mak dan ayah yang dah beberapa kali menjadi tetamu Allah. Insyaallah akan di kongsi disini.
Antaranya ialah :
- Keiklasan-ikhlaskan hati – niat itu jangan terpesong, contohnya: dalam hati nak buat umrah bukan kerana ALLAH tapi semata-mata nak melawat/melancong. Itu dah salah jadi kena betulkan niat anda.
- Bertaubat..kalau boleh buat sembahyang taubat. Taubat inikan memang dah diseru kepada manusia. kita kena selalu bertaubat. Betulkan apa yang dah salah. Manusia memang tidak sempurna tetapi perlu diperbaiki untuk menjadi manusia baik. Minta ampun dan maaf kepada keluarga dan semua orang yang pernah kita sakiti.
- Perbelanjaan untuk umrah kena dari sumber yang halal. Ingat!..ini ada satu cerita tak tahu mitos atau betul..berhampiran dengan Masjidil Haram memang sangat banyak burung merpati. Kalau seseorang itu memberi makan kepada burung merpati itu, dan burung itu makan makanan yang kita beli, itu tandanya duit kita dari sumber halal tapi kalau kita tabur makanan tetapin burung kat situ tak mahu makan..mungkin sumber duit itu haram. Ini just cerita sahaja..yang sebenar-benar hanya Allah yang mengetahui..jangan terlalu percaya cerita-cerita ini. Tapi kat situ memang banyak sangat burung merpati. Kalau pergi masjid dia pun turut serta macam nak pergi masjid…penuh di udara terbang.
- Buat persediaan tentang cara-cara membuat umrah. Selalunya pihak travel ada bagi buku. Contohnya masa Miss Farah pergi dengan Tabung Haji..memang dapat buku seorang satu berserta beg sekali. Kat kedai pun banyak sangat buku. Pilih je. Untuk kefahaman yang mendalam elok la pergi dengar ceramah yang di anjurkan oleh pihak travel yang bawa kita untuk umrah atau Tanya kepada orang yang berpengalaman. Nak info lagi search kat Mr. Google!
- Cari teman yang baik untuk pergi umrah bersama. Kalau ahli keluarga ok juga. Tapi perlu ingat situasi di Malaysia dan di sana amat berbeza. Kat sana dugaan kuat. Yang baik boleh jadi kurang baik. Yang rapat boleh jadi rengang. Contohnya, ayah saya pernah cerita masa pengalaman haji dia dulu, ada sepasang suami isteri memang tak pernah bergaduh tapi kat sana bercerai sebab hal remeh, ada suami isteri yang pergi bersama tapi dekat sana tak bermuafakat,,asyik buat hal sendiri sahaja dan banyak lagi la. Tapi kita perlu berdoa agar ahli keluarga dan teman yang pergi bersama disatukan hati dalam susah mahupun senang.
- Jaga kesihatan. Masa buat umrah memang banyak sangat memerlukan pergerakkan. Jadi jaga kesihatan elok-elok. Berdoa agar kita sentiasa sihat dan kuat untuk beribadat.
Sebenarnya kita kena bersedia mental dan fizikal. So janganlah rasa takut pula apabila baca tips persiapan ini…yang penting hati kena selalu bersih.
Jaga hati dan jaga mulut apabila di sana..OK! sebab itu kunci utamanya.
tqvm dear..
ReplyDelete:-)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.
ReplyDelete