Hari ini ingin menjawab tag yang ditag oleh rakan blogger yang bernama lekatlekitgurl, best juga nak jawab tag ini..teringat masa sekolah..
Jom kita jawab tag ini..ting tong!
Nama kamu kat name tag : FARAHANA (nama i Nurul Farahana, kalau letak full name panjang pula)
Berapa tag kamu gantung kat baju or tudung masa skolah : Dua (Satu nametag sekolah, satu lagi nametag pengawas)
Apa warna uniform sekolah kamu : Masa tingkatan 1-3 biru putih, tingkatan 4 & 5 baju putih kain merah (pengawas pusat sumber), Tingkatan 6rendah baju putih kain merah ( semua budak f6 macam itu )& 6atas baju biru kain hitam sebab pengawas.
Selain buku skolah dalam beg kamu ada apa lagi : Majalah remaja, komik, hiburan hehehe..bahan bacaan sampingan ( ye la sangat :).)
Gelaran pada cikgu yang kamu bagi : Apa ye..lupa..tapi kawan selalu perli i kata cikgu kelas masa form 6 rendah.." mama kesayangan i" tak tahu apa motif dia cakap macam itu hahahaha.
Berapa peratus kedatangan kamu di sekolah tiap - tiap tahun : i maybe 80% datang..kalau i ponteng kat rumah ini akan meletop mendengar bebelannya.
Anugerah yang pernah kamu dapat di sekolah : Pelajar Terbaik Form6..tapi tak sebaik exam result sebenar..kakaka...
Gelaran kawan - kawan pada kamu masa sekolah : Farah je kot..i kurang glamour dengan nick special..hehehe..budak baik :)
Panggilan kawan - kawan baik kamu di sekolah : farah
Denda yang kamu tak boleh lupakan sampai sekarang : Kena tawaf kat gelanggang sepak takrow sebab lambat..then ketuk ketampi 100x sebab tak bawa buku..sakit woo kaki i..
Tahap pencapaian akademik kamu di sekolah : Nak kata pandai itu tak la..tapi bolehla :) sederhana.
Apa nama sekolah yang paling kamu sayang : SMKSAJS..walaupun 2 tahun sekolah kat situ untuk form 6 tapi i rasa happy..sebab asyik ketawa je sepanjang dalam kelas..geng kuat sembang dan ketawa!
Apa yang paling kamu rindui selepas meninggalkan sekolah kesayangan kamu :
Mesti la kawan-kawan dan cikgu yang mengajar i..sekarang ini jarang nak jumpa sebab dah ada haluan masing-masing! rindu korang..semoga u all berjaya!!
Ini masa 6 Rendah..miss u all..teka mana i? tahun 2005 |
Ini masa i 6atas..super senior beb! i yang berbaju biru..kacang je cari..muka budak baik! tahun 2006 |
wah.. ni pun budak baik.. thanks cik farah jawab tag
ReplyDelete