SANGKAR HAMSTER

Wawawawa...kalau anda bela hamster mungkin anda akan teruja dengan sangkar hamster sebab macam2 rupa bentuk yang terdapat dipasaran. Yang paling best tengok hamster main dalam sangkar dia..aku nak share tentang sangkar yang cantik lagi unik..


Yang warna ungu di tengah2 ni macam sangkar hamster aku tapi aku punya warna biru laut..aku beli untuk Combo dan Combi. Harga aku beli RM12..Memang kecil tapi nak bajet..heheh..

Manakala yang warna biru dan hijau tu seakan2 sama dengan istana Debu dan Demok, cuma bahagian atas je melengkung.

Aapa2 hal korang cuci mata gan cage hamster yang comel ni..













Haa..ni la rupa rumah DEmok dan Debu..yang warna kuning tu..tapi rumah mereka warna ungu..





haa...yang cage warna pink ni adalah cage idamanku..mybe lepas aku habis belajar dan dapat kerja aku akan memilikinya..insyallah


Cage warna ungu nie pun comel dan unik...




Yang ni reka bentuk baru, aku suka jugak sebab dia luas..tp body dia banyak dari plastik..



Cage yang ni nampak klasik, sesuai untuk opah dan atuk hamster...hahahha...



Yang ini pulak alatan permainan hamster..dia memang suka main roda pusing ni..malam2 mesti riuh rendah..hahah...


Yang warna hijau, pink dan kuning tu roda pusing juga tapi dari metarial besi, tak berapa sesuai untuk hamster kerana boleh cederakan dia..nanti tersepit pulak kat situ..Yang macam botol susu ni, bekas minuman dia..amat penting sebab hamster kuat minum..



Ni plak bekas makan dia dan alatan mainan dia.....

KALAU ANDA ADA HAMSTER YANG MANA SATU JADI PILIHAN ANDA???




PENYAKIT HAMSTER

  • Abcesses
Abacesses adalah luka di bawah kulit yang berisi nanah. Mereka dapat membesar sangat cepat dan juga sebagai tanda infeksi terjadi.
Pertolongan: Periksakan ke doktar haiwan segera. Antibiotik biasanya akan diberi dan nanah mungkin dipecahkan. Luka mesti selalu dibersihkan dengan teratur. Mungkin hamster perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah.

Click to view image details

  • Pendarahan
Kadang-kadang hamster mengeluarkan darah dari kemaluannya. Kemungkinan tanda ini adalah infeksi rahim pada hamster Syrian betina. Darah sedikit pada kemaluan hamster dwarf rusia dapat juga menandakan bahawa hamster itu hamil.
Pertologan
Jika hamster syrian mulai berdarah pada kemaluanya, bawalah berjumpa doktar. Jika ini infeksi rahim maka hamster perlu antibiotik untuk disembuhkan. Kemaluan hamster juga akan berdarah sekiranya dia melahirkan anak. Jika hamster dwarf rusia berdarah parah maka ia juga perlu dibawa ke doktar.

Click to view image details Click to view image details

  • Diabetes
Campbell dwarf rusia mugkin terkana diabetes dari keturunan. Hamster akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus dan sakit. Hamster akan banyak minum air dan memiliki punggung yang sangat basah. Hamster yang sakit biasanya akan mati pada usia yang muda sekitar empat hingga enam bulan.
Bantuan
Insulin tidak sesuai kerana jumlahnya tidak dapat dianggarkan. Belum ada ubat lagi yang sesuai untuk penyakit ini ( setakat ini )
Click to view image details Click to view image details

  • Keguguran bulu
Keguguran bulu biasanya terjadi pada hamster yang sudah tua dan mungkin disebabkan oleh faktor lain.
Pertolongan.
Bawahlah berjumpa doktar untuk mendapat dianogsa penyebabnya dan ubatan yang sesuai.

Click to view image details Click to view image details

Basah punggung (Hip Spot)
Semua hamster mengalami masalah ini tetapi hamster yang sudah tua akan lebih bermasalah. Tanda masalah dapat dilihat pada punggungnya dan kelihatan seperti dua tahi lalat.
Bantuan
Biarkan, jangan disentuh atau diusik. Biasanya tidak bermasalah. Anda akan mencederakan mereka sekiranya anda cuba untuk membuangkannya.

Click to view image details Click to view image details

Luka
jangan sentuh sekiranya luka tersebut sedikit dan tidak terlalu dalam. Perhatikan saja sampai lukannya sembuh. Sekiranya luka tersebut dalam, bawalah hamster anda berjumpa doktor.
Bantuan
Umumnya dengan antibiotik. Memandikan dengan air garam juga membantu untuk menjaga supaya bersih.

Click to view image details Click to view image details Click to view image details

  • Benjolan atau tumor
Hamster mungkin bengkak disekitar dibadannya. Benjolan ini mungkin tetap atau berpindah ke kulit mereka. Hamster mungkin tidak suka anda memegang benjolannya.
Bantuan
Nasihat doktar diperlukan. Boleh dirawat dengan pembedahan. Mungkin sukar untuk membius hamster. Tetapi, Dr Hamwell berkata
meskipun ada risiko pada haiwan kecil ini, hamster mudah untuk menjalani pembedahan dengan baik. Selalulah memeriksa hamster anda.

Click to view image details Click to view image details

  • Ekor Basah (Wet Tail)
Penyakit hamster yang paling popular. Tanda-tanda adalah hamster sangat lemah dan mencret.
Bantuan
Perlu segera dibawa ke doktar. Aamat bahaya kerana penyakit ini tiada ubatnya, mungkin hamster anda tidak dapat diselamatkan.

Click to view image details Click to view image details

P/S...hamster pun banyak penyakit tau, bukan manusia je..so take care your hamster if u love it..

Nak info lagi ??? http://langitlangit.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=18






KESIHATAN HAMSTER

Hamster merupakan haiwan peliharaan yang sihat dan dapat hidup baik selama dua tahun atau lebih. Mereka perlu kandang yang selesa, jauh dari kekeringan dan kelembaban, perlu dibersihkan baik dan teratur. Mereka memerlukan makananan campuran yang lengkap dan memenuhi keperluan mereka. Mereka perlu makanan buah-buahan yang segar atau sayuran dalam jumlah sedikit. Mereka suka bermain dan keluar untuk bermain bersama dengan pemiliknya.


Pada hamster yang sihat, mata mereka akan bersih, cerah, memiliki bulu yang gebu dan telinga yang tegak. Walaupun hamster baru saja bangun dari tidurnya, sebentar saja telinganya akan berdiri tegak dengan baik. Hamster memiliki dua tanda/bercak pinggul atau scent gland pada sisi tubuh mereka (di pinggul mereka). Ini normal dan mereka akan membesar atau juga dapat kelihatan seperti kudis pada beberapa hamster bulu pendek. Jangan diusik kerana dapat menyebabkan hamster anda masalah.

Click to show "Hamster" result 20 Click to show "Hamster" result 19

Hamster yang sakit akan diam saja di sarangnya walaupun terdapat aktiviti yang menarik di luar. Waktu dia keluar, matanya mungkin setengah tertutup dan telinganya tetap turun dan rata dengan kepalanya.

Click to show "Hamster" result 1

Tip kesehatan: Cucilah tangan anda sebelum memegang hamster anda jika anda sakit perut atau cirit-birit. Hamster anda mungkin dijangkiti kuman. Jangan menyembur aerosol/racun serangga disekitar kandang karana dapat membahayakan hamster anda.

Click to show "Hamster" result 5 Click to show "Hamster" result 4




~DUNIA HAMSTER~

Asyik2 cerita pasal hamster...tak pe la, orang lain dok cerita pasal pakwe, so aku cerita pasal hamster lak... Saja nak kongsi dengan korang pasal anak kecilku ini ( chewah anak la pulak ) Yang kat atas tu rumah hamster aku. Comel x?? huhuhu..kalau time tension, hilang tension tengok hamster ni sebab telatah dia yang mencuit hati dan manja..hari2 mesti nak pegang dia n cium dia..bucukk..hehehhe...tapi waktu malam..mst bising sebab mereka suka main roda pusing tu..sampai satu malam tu aku cabut roda tu..hehehe..padan muka mereka..
Haaa..yang warna hijau ni bukan snek untk manusia tp untuk hamster. Ni la makanan kegemaran Demok dan Debu. Kalu mereka dapat ni, confirm tak pandang kanan atau kiri sebab menikmati hidangan yang lazat..huhuhu..siap gaduh dan rebut2 lagi...hehehe..

Ni plak koleksi makanan dia..dia suka makan snek hijau, kuaci, oat, barli kering. Tapi paling suka bila tengok dia buka kuaci. Comel je tangan dia pegang dan mulut dia buka. Tapi nak bagi diet seimbang kat dia seminggu dalam 3x kena bagi buahan seperti sengkuang, karot tapi kena bagi dalam jumlah yang sedikit je tau..nanti sakit perut macam si Demok dan Debu sebab over dos makan..hehhe..tp alhamdulilah meraka dah sihat..
Nak tahu tak apa ni?? Cuba teka...ni la tempat mandi dia..dia akan mandi dalam bekas ni sambil golek2..hamster ni tak boleh mandi dengan air sebab nanti cepat jadi arwah. Dia kena mandi gan pasir khas ...
Ni la dia pasir khas ( pink/rose ) dia kena mandikan dengan pasir ni sekali dalam setiap 2 atau 3 minggu. Tiap minggu pun boleh mandi kalau busuk sangat hehehe...pastu letak bedak kalau mereka ni selalu bergaduh agar bau mereka ni sama dan berdamai semula...
Haaa yang ada gambar hamster dalam bekas 4segi tu adalah habuk kayu. Hamster ni tinggal dalam habuk kayu sebab ini habitat mereka. kena ganti dalam 2kali seminggu. Dan gambar yang last ni..koleksi peribadi untuk my hamster..

p/s Demok dan Debu dah sihat..alhamdulilah..mereka kembali aktif semula..

Sedih Debu dan Demok sakit...

====> ni yang warna hitam2 ni DEBU
=====> yang tompok2 ni DEMOK
  • Tanggal 2/9/2009 Debu macam sakit je..Demok pon sama jugak menunjukkan tanda2 sakit...
  • Badan Debu macam lemah je..tapi Demok masih aktif lagi..
  • Aku tak tahu tentang penyakit mereka sebab aku pun tak ada pengalaman dalam penjagaan hamster ni..
  • Tanda2 mereka sakit..mereka macam cirit air je dan nampak lemah..
  • Tidak tahu apa sebabnya mereka jadi macam ni...sedih sangat..
  • Moga mereka cepat sembuh dan aktif selalu..

Combo dan Combi bercuti ke Terengganu..

=====> sangkar baru Combo dan Combi
  • Bercaya atau tidak, hamster aku ni ( Combo dan Combi ) pernah bercuti ke Terengganu selama seminggu???
  • Jawapanya..ya..aku bawa mereka bersama semasa aku dan kawan2ku ke rumah sahabatku di Terengganu.
  • Aku bercadang nak bawa Debu dan Demok sekali tapi memandangkan banyak barang yang nak dibawa dan sangkar mereka terlalu besar dan ada kawan yang sanggup tolong jagakan..terpaksa la aku tinggalkan dia kat hostel. Sedih juga berjauhan dengan mereka berdua.
  • Aku bawa dalam bekas kecil ( milik asal Debu dan Demok ).
  • Risau juga nak bawa Combo dan Combi ni balik sebab perjalanan jauh dan duduk dalam jam berjam2 lamanya.
  • Tapi alhamdulilah mereka sihat dan tak ada masalah.
  • Sepanjang kat Terengganu ayk teringat kat Debu dan Demok..mcm mana la dia sekarang ek..
  • Pagi Ahad aku tiba kat Penang, tak sabar nak tengok Debu dan Demok...
  • Wahhh terkejut!! mereka dah besar dan gebu je..comeelll sangat...rinduuuuuuuu....

Istana untuk Debu dan Demok

=====> ni sangkar lama dia..
====> ni sangkar baru mereka..comel x??
  • Hamster memerlukan tempat yang sesuai untuk hidup..
  • Mereka memerlukan sangkar yang selesa dan dilengkapi dengan alat permainan seperti roda posing untuk beriadah..
  • Masa aku mula2 beli Debu dan Demok aku hanya letak dalam bekas kecil, lepas tu aku tengok mereka macam tak selesa dan memerlukan persekitaran yang luas, aku buat pelaburan untuk membeli cage atau sangkar yang sesuai untuk mereka.
  • Sangkar cute tu berharga RM27, yang berwarna ungu.
  • Aku pilih istana dua tingkat untuk Debu dan Demok. Dalam cage tu ada rumah kecil, roda pusing, botol minuman dan bekas makanan..Mereka asyik naik turun je ke tingkat atas..cute sangat mereka..hehehe...
  • Mereka amat gembira bila dapat rumah baru..habis setiap penjuru mereka jelajahi.
  • Haaaa lupa pulak nak bagitahu pasal Combi dan Combo,aku beli mereka lepas beli cage baru untuk Debu dan Demok.
  • Mesti orang tertanya2 kenapa aku beli mereka, sebab utama Debu dan Demok ni dua2 betina..so nak merasa jugak ada cucu..huhuhu..so aku beli Combo dan Combi.
  • Lepas ni aku cerita tentang perjalanan Combo dan Combi ke Terengganu..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH