♥ Quizzes Tyme by MiSs WuNny ♥

Assalamualaikum. Kali ini nak buat kuiz yang di tag oleh Miss Wunny. Thank ye thank ai.. Syarat-syarat di bawah :



Introduction
Hye all...arini cy nk wat satu permainan y bertajuk 'Quizzes Tyme"

Visions & Mission 
Lebih mengenali para blogger n mendapat kenalan baru ^^v

Ingredient
Dlm Quizzes Tyme,cy akan bg 1o soalan n jawab la soalan tu dgn jujur ye...

Cara-caranya
1. Follow blog MiSs WuNny..but its up to you laa..kalo xmo pn xpe..ikut seikhlas ati la ye...

2. Bwat 1 entry y cm cy bwat ni..ambikla gmba entry ni n link kn ke blog cy..bkn ape..spy sng kwn2 kite nk join..jgn lupe mention name cy skali spy senang cy nk bace jwpan2 kowg..bwat y very simple pn bleh...

3. Ambik soalan y diberi n jwb la dgn seikhlas hati...=)

4. Tag sekurang2nye 3 owg fren tok kite same2 bkenalan ngan dowg...pastikan dowg tawu

5. Kalo da join,wajib tinggalkn link kt my comment

Sekian..itu sahaja syarat2nye

*****************************************************************************
The Quizzes

1. Nama penuh kowg sebijik mcm dlm i/c n surat beranak?
    : Nama saya Nurul Farahana binti Mohamed Idris

2. Ape erti disebalik name tu?
    : Nurul : Cahaya
    : Farahana - Kegembiraanku

3. Name kelas kowg mase darjah 1 n ddok sebelah sape??
    : 1 Melur kot..lupa pula duduk sebelah siapa..siapa ye?

4. Ape tabiat "wajib' y ade dlm diri kowg cmpi skarang?
    : Tabiat apa ye..hari-hari kena cium kucing saya kot hehehe.

5. Kenapa tabiat tu wajib pulak?
    : Rasanya tak ada tabiat yang kalau tak buat mengigau dalam tidur hehehe.. Tapi sekarang gilakan blogger!

6. Ape barang y kowg idam2kn tok dpt sebelum raye ni???
    : Handphone dah dapat cuma nak laptop Apple  je. Ada sesiapa nak hadiahkan.?

7. First tyme gg kowg patah mase umo bape??gg y mane?
    : Lupa la tapi masa umur 5-6 tahun kot. Paling takut ke Klinik Gigi..grrr

8. Sweet memories dgn boyfwen/gurlfwen/bestfwen? ( choose 1 )
    : Boyfriend? Masa dia bagi teddy special untuk saya. Teddy tu dibuat pada tarikh hari jadi saya. Kat teddy       tu ada tulis tarikh dia di buat. Comel dan saya masih simpan lagi.
    : Bestfriend : Saat study kat USM amat gembira student life. Dan paling happy pergi bercuti kat terengganu       sama-sama. 
 
9. Bile tarikh kowg stat wat blog ni?Syg x blog kowg?Sbb ape??
    : 11 April 2010 tapi aku dah import entry-entry dari blog hamster aku yang aku create tahun 2009. Sudah          semestinya aku sayang belog aku sebab tu la beria belajar coding nak edit blog sendiri. Suka menulis.


1o.Berikan markah kowg tntg quizzes ini.. ( 1markah - 5markah )
     : Bagi 4 markah. Nanti ada tag mengetag boleh la tag ai lagi ye.
 
Boleh tak tag semua orang?  

Entry Laju-laju

Assalamualaikum semua.
Selamat malam. Kepada follower thank sangat sebab menjadi follower blog comot ni. Insyallah akan dijejaki kalian. Yang diminta untuk aku follow kalian nanti aku terjah blog kalian dan follow insyaallah. Kepada reader yang berlambak minta tutorial insyallah akan diupdate dari masa ke semasa. Ramai juga yang tag aku..memang mood nak join contest tu ada..so nanti aku buatlah tag korang tu..thank thank.. Ada juga tanya tutorial yang aku dah buat dan korang masih minta lagi tutorial sama, korang kenalah rajin-rajin belek-belok slot tutorial DI SINI..insyallah apa yang korang inginkan ada kat sini. Aku cuma lebelkan ikut nombor tapi bukan index. Korang kenalah bukak mata luas-luas tengok satu-satu. Lagi apa ye? yang suka blog aku tu FOLLOW lah dengan hati yang lapang hahaha..aku hargai korang semua. Aku tak janjikan korang follow aku then aku follow korang balik tapi akan cuba untuk FOLLOW korang seboleh yang boleh sebab aku ni pemurah nak follow2 ni. Buat apa nak kedekutkan..setakat follow pun kedekut apa ke hal? Kalau follow kena bayar duit seharusnya korang kena kedekut hehehehe.. Aku sebenarnya malas nak update belog tapi tangan nak menaip juga..so korang kena juga dengar aku merepek. Aku nak beradu ni rasa gantuk walaupun malam belum tua tapi mata aku ni dah tua kot. Yang tinggal jejak kat sbox aku insyaallah akan aku jejaki korang..besok ye sayang? Komen-komen korang aku just publish je. Kalau ada pertanyaan akan aku jawab. Tapi kalau komen entry biasa-biasa kalau tak busy akan dijawab juga ( busylah sangatkan ). ok baiii ini sahaja untuk malam ini.. daaaaaaaaaaa....

http://www.vectorstock.com/composite/66296/girl-sleeping-vector.jpg
Cik Farah mau tidooo..


Aku tidur dulu ek...kalau ada tutorial tak faham silalah komen romen ye muahaha...

Jom masak-masak dihujung minggu.

Assalamualaikum. Apa korang buat hujung minggu ni? Mesti asyik tidur membesarkan perut je kan. Wahai anak-anak dara sekalian silalah ke dapur menolong ibumu atau sediakan hidangan untuk family. Pasti menjilat jari. Cik Farah ni bukan sahaja cantik, comel, pintar, baik tapi pandai sangat memasak. Memang amat sesuai buat calon isteri..hehehe..sila muntah bersama-sama. Okeh..aku bergurau canda je janganlah berasa jelik walaupun memang hakikatnya begitu hehehhe. Entry kali ni aku tak update pasal resepi sebab tak prepare nak snap gambar untuk resepi. Jadi jom layan resepi yang aku buat baru-baru ni. Teramatlah sedap.

 Sos ini untuk penambah perasa. Sos utama aku buat sendiri barulah ada kepuasankan. Tapi sorry gambar tak ada..next time buat akan di snap gambar-gambarnya.

Masa beli ais cream kegemaran ternampak benda alah ni. Jadi teringin untuk masak spaghetti. Lama tak makan benda ini. Bercayalah kalau kita buat sendiri kepuasan lebih tiptop dari makan di kedai.

 Kalau nak buat kuah yang sedap letaklah ayam atau bebola daging. Aku just letak ayam dan fish ball je. Tak ada bebola daging. Cuma ada bebola cinta je hehehe.



Untuk extra sedap lagi bolehlah letak sos spaghetti. Kalau korang pemalas sangat boleh makan dengan sos spaghetti yang sedia ada. Tapi rasanya tak ler sesedap mana pun.. tapi mesti ucap ALHAMDULILAH. Mak aku pun kata sedap..yummy!! Nanti bila aku buat lagi spaghetti..aku akan update resepi sos spagetti Miss Farah yang memang takkan dapat dimana-mana .

Ini pula mee bandung. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ayah. On da way praktik memasak untuk lebih kaaauuu..

Ini sahaja sajian mata untuk hari ini. Ok daaa...

Nenek Tua Ditiduri 3500 Lelaki

Mulai berprofesi menjadi pelacur pada pasca meletusnya Perang Dunia ke-2  setelah suaminya tewas dalam pertempuran, nenek yang bernama Milly Cooper ini mengatakan sudah ditiduri oleh lebih dari 3500 lelaki. Yang memeranjatkan adalah bahawa hingga di usianya yang senja ini sang nenek masih aktif menerima pelanggan walau tidak seramai dulu semasa muda. Dalam seminggu nenek Cooper masih dibooking  pelanggan dan para pelanggan itu usianya antara 29 tahun hingga 92 tahun, hairan juga  masih ada yang sanggup berhubungan dengan sang nenek yang sudah kerepot begini.
Ketika ini ia tinggal di Las Vegas Amerika Syarikat setelah berpindah dari rumahnya di London Timur Inggris. Dalam perjalanan hidupnya sang nenek ini pernah taubat untuk tidak jadi pelacur lagi  selama 5 tahun namun kerana ditinggalkan anak perempuannyai dan hidup dalam penghasilan yang tak menentu akhirnya sang nenek Cooper kembali ke professon yang pernah dilakunya hingga kini.
Nenek Cooper pernah pindah kerjaya dari pelacur menjadi Mummy @ Germo @ ibu ayan yang memiliki dan mengelola rumah pelacuran dan ketika itu dia menemukan pasangan hidup suaminya yang kedua seorang akuntan di tahun 1955. Pada ketika itu dia memiliki anak buah sejumlah 10 pelacur muda yang bekerja  di rumah pelacurannya.
Walau sudah tua dikatakan sang nenek Cooper ini masih memiliki payudara yang berukuran besar walau tubuhnya sudah kurus kering. Just For Info nenek Cooper tarif bookingnya sekali langgan sekitar 800 Poundsterling dan dalam satu tahun masih berpendapatan 50 ribu Poundsterling. Patutlah dia tak mahu berhenti.


P/s : Macam-macam halkan..janganlah korang jadikan idola pulak!!

Sumber : Bestoneoffour

Dah langgar..engkau lari!!




Assalamualaikum.
Tadi aku ada lah dengar kes langgar lepas itu lari..ala langgar lari. Memang mendidih sangat dengar tu. Rasa nak bagi penampar dan nak tendang-tendang je muka pelanggar lari tu sampai hancur. Wahhh ganasnya aku..Ayah aku pun ada juga orang langgar dia..lepas itu lari. Nak gelarkan spesis ini binatang tapi manusia. Tapi dikalangan manusia memang ada BINATANG.

Kes 1

Benda ni terjadi kat ayah aku. Masa tu aku praktikal dalam dua tahun yang lalu. Tiba-tiba ada saudara aku datang ambil sebab selalunya ayah aku yang ambil. Dia kata ayah aku kena langgar. Memang terkejut lah dan tak sabar nak balik. Bila sampai rumah aku tengok kepala ayah aku berbalut dan kena 7-8 jahitan. Sedih sangat. Kaki dan tangan luka juga tapi alhamdulilah tak ada kecederaan dalaman. Ayah aku kata masa tu dia bawa motor tiba-tiba dia dirempuh oleh motor dari belakang. Yang dia perasan budak tu main handset dan terus lari. Plat motor dia tak perasaan sebab dia terus pening dan pitam. Nasib baik ada orang tolong. Darah kat kepala memang banyak keluar sampai tuala yang ayah aku bawa basah. Baju dia pun penuh kena darah. Budak sial tu pulak lari bukan nak tolong. Dah langgar terus lari. Alhamdulilah ada orang kat situ tolong.

Kes 2

Kes ni budak kampung aku juga kena. Dia pergi dengan kawan di ke bandar tiba-tiba ada kereta rempuh mereka dari belakang. Dah rempuh terus lari jugak. Budak tu memang teruk juga kenanya. Muka dia tergilis kat jalan raya. Kaki tangan memang luka juga. Tapi nasib baik tak patah kaki-tangan. Korang faham-fahamlah kalau dah muka terhempas kat jalan. Memang teruklah..gigi depan patah. Gusi bengkak. Tangan luka dan banyak sisa tar masuk dalam daging. Memang azab aku tengok. Korang dapat bayangkan tak masa nak cuci luka yang bercampur sisa jalan tar tu. Teruk wei. Nak makan pun budak tu tak boleh. Sebab gusi dan mulut luka. Atas muncung dia pula hancur dan terpaksa tampal dengan daging lain untuk elokkan. Bertapa azabnya dan terinayanya orang yang dilanggar oleh pemandu yang macam hanjing!!


Kes 3

Ini memang kes terbaru yang paling hangin aku dengar. Ceritanya begini, ada pakcik tua dan anak perempuanya naik motor tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar dari belakang. Dengan tidak rasa bersalahnya pemandu kereta berkenaan telah melarikan diri tanpa rasa simpati untuk menolong orang yang dilanggarnya. Mungkin nasib pemandu yang melanggar itu kurang baik sebab ada jiran sebelah rumah pakcik tu nampak dan mengejar pemandu yang tak beretika itu.. Tup-tup memang dapat kejar la pemandu tersebut. Dan yang amat mengecewakan pemandu yang tak berakhlak itu adalah seorang GURU dan perempuan. Memang elok kena lempang la orang macam ini tapi nasib baik ko tak kena lempang, kalau aku yang kejar memang kena penerajang la...kuatnya aku muahaha silap-silap aku yang kena.. Ok fine, tapi yang aku tak boleh terima sikap orang kampung yang menyalahkan isteri pakcik yang dilanggar itu memarahi cikgu perempuan itu. Boleh pula orang kampung kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang"..Nasib baiklah orang tu tak cakap depan aku, kalau tak orang tu aku maki cukup-cukup!! ( berani ke Cik Farah oii? ) Dengar sini bahaloll ( bukan korang ye :O ) Jangan kerana dia itu PEREMPUAN dan status baik sebab dia CIKGU korang boleh menutup busuk dia sebab konon langgar sikit? Kalau dia itu BAIK dan bersahsiah bagus kenapa dia LARI lepas langgar? Kenapa kena kejar dan kena ugut baru nak kembali ke tempat kejadian? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ohh sebab dia CIKGU ye? dan sebab pakcik tua dan anak perempuan dia MISKIN dan TIADA TEMPAT DIMATA masyarakat ye? Sebab CIKGU berbakti kepada masyarakat ye? ( maaf ye cikgu-cikgu, bukan anda yang dituju tapi cikgu pelanggar lari yang aku tuju!! ) weii dengar sini dia jadi cikgu pun sebab diberi GAJI kalau tak bergaji HARAMMM nak jadi CIKGU. Masyarakat sekarang ni nak mandikan orang mati pun demand..nak duit bukan ikhlas kerana ALLAH!!  Aku memang emosi kalau penjenayah yang disokong bukan mangsa yang mendapat keadilan. Yang mulut bahalol kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang" engkau  itu hati hanjing ke? Sebab tak mati engkau boleh kata sikit ye..ohh kalau mati barulah "langgar banyak"..Diri sendiri tak kena bolehlah cakap, kalau kena mungkin ko pun boleh belasah cikgu tu sampai mampus..itu baru kena maki sikit pun nak kecoh!!! Engkau ingat dengan RM50 itu banyak sangat ke cikgu tu nak bagi konon nak lepas diri. Memanglah pakcik dan anak perempuannya cuma luka-luka sikit. Tapi kalau badan dah terhempas kat atas jalan raya..bukan effect kejap tu juga..mungkin esoknya melarat bengkak-bengkak!! Tak kena memanglah boleh cakap macam-macam. Memanglah perbuatan memaki orang tu tak baik tapi kalau nama je cikgu sekolah berasrama penuh tapi otak bahlol tak ada akhlak sebab langgar orang macam langgar anjing ( orang pun tak sanggup langgar binatang ) memang kena bagi "ubat" pedas sikitlah..sebab tak faham bahasa yang elok kena bahasa kasar. Orang kampung pula nak salahkan isteri pak cik tu konon marahkan cikgu tu. Memang patut kena makan "cili api" je cikgu tu. Ini ibarat perompak merompak tapi tuan rumah masuk lokap? Betul ke macam tu..? Kononnya rumah korang kena rompak tapi korang pula kena salah tak jaga keselamatan elok-elok. Padahal semua dah safety cuma perompak yang nak jugak merompak korang. Dalam soal ini perompaklah yang kena hukum..tak tahulah kot korang pula sanggup nak masuk penjarakan..


Kes Video di atas

Video kat atas tu aku ambil kat youtube..tak ada kena mengena kes 1 sampai 3 ni. Aku nak juga senaraikan banyak kes nanti kot macam pegawai penyiasatlah pulakan.. Kes yang aku tulis ni ibarat macam video kat atas tu juga tapi video tu memang kejam sebab orang macam tak peduli je nenek tu. Kalau dah kena macam itu korang masih nak salahkan siapa? salahkan jalan sebab sempit ye? muahahaha lu fikirlah dengan kepala hotak jangan dengan bontot..boleh?

Aku bingung!

Assalamualaikum. Selamat Petang.
Sebenarnya aku tengah runsing fikirkan masa depan aku. Aku memang berhajat nak sambung study tapi dalam delima. Tadi aku tengok kat USM dah keluar untuk program master. Memang rasa nak isi tapi berbelah bahagi nak sambung kat UKM. Entahlah rasa teramat rungsing sekarang ni. Macam-macam dalam fikiran. Soal PTPTN lagi. Perlukah aku nak tambah hutang lagi? tu juga bersarang dalam kepala hotak. Lepas itu nak pilih kos apa? Perlukah aku pilih kos yang relavan dengan kos ijazah aku? atau yang lain.. Kat USM aku tak berapa nak minat kos dia...semua dalam delima ni..!!! Perlu ambil masa untuk fikir secara berhemah..

Tutorial 47 : Cursor Comel-comel


Assalamualaikum.
Hari ini aku nak ajar cara-cara nak meletak cursor ke dalam blog. Sebab ramai sangat tanya macam mana nak letak cursor so dikesempatan ini akan ku ajarkan kalian semua. Sebenarnya macam-macam cara boleh nak letak cursor. Aku akan ajarkan 2 cara. Cara pertama amat mudah dan cara kedua mudah juga tapi kena main coding sikit. Jadi korang pilihlah mana yang berkenan dihati. Jom kita skodeng cara-cara nak buat.

Cara SATU

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Buka SINI pilih yang mana kesukaan hati, Copy dan Paste kat HTML/JavaScript.

3. Save dan tengok hasilnya.

Dekat web yang aku bagi tu terhad pilihannya, kalau korang ni tamak tak suka pilihan yang aku bagi tu dan rasa nak buat pilihan sendiri. Ok jom ikut step kedua. Kalau korang nak tahu ini eksperiment aku sendiri, tiba-tiba boleh jadi pula. Saja main coding dan menjadi pula. Kalau tak jadi kat blog korang tak tahu lah. Sebab dia macam coding widget tu juga cuma ubah sikit je.

Cara DUA

1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript

2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script

<style>body {cursor:url(linkcursor), url(linkcursor), auto;} </style>
<a href="http://bicarafarah.blogspot.com" target=_blank><div style="height: 50px; width: 50px; position: absolute; top: 0px; left: 0px;"> </div></a>
3. SAVE dan lihat hasilnya.

4. Korang boleh tukarkan  
# linkcursor dengan link cursor kegemaran korang la (pastikan kedua-dua link cursor sama ).
# http://bicarafarah.blogspot.com tukar link blog korang.
Kalau nak lagi cantik boleh guna Tutorial 46 untuk melawakan lagi blog korang.

# Kepada sesiapa yang pening kepala nak cari cursor cantik-cantik boleh pergi SINI
# Masih tak tahu nak ambil link, jangan malu-malu belajar Tutorial 16
# Cursor tu tak animated tau..

Faham tak? Kalau tak faham jangan lupa komen dan dah try pun komen juga. LIKE sekali!



 


Memandangkan ramai sangat suka cursor misai ni atau  Mustache Cursor nahh ambik ni .

Mustache Cursor


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEq4K5e4rzZUMvcNN4M88x6JZ4uWBHJqbhgkBqHcl0R_HTJ1wjHbfgT24BpEXD9Kh6NRExSsYKu8dnkSPpUToj5jFzDgkVyKcLEP1uQ-SWO3XAdpxA-rx6MmhYgkC-rRG_gFwLCAUel0E/s1600/bicarafarah1.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZPgVEVX9FVexX46ZFYnNz5aLwHOHZ-pIu95WJbaMTdrnTp6dT7xyl4FbGUnzDVXyKS7cU_8gSaDGnlod5-fp_Y7USTbzXLNzjoBAaRtcK5moVohrE3Yj0Z7OBYEgWEduc2RsGtghLoIw/s1600/bicarafarah2.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVpsYHr8ek661E6J1-gLv-bDfaBmHRnD5SKGlotWD4Kfz5wHs8jwgoJH0wdX9mnDgKB8a4JGHT54FAB8shCC5CMUbyzpSop2xgPJ94CndkgEbgwxfyBMcOIzFbeqglNtk7E_uhZEOeW9g/s1600/bicarafarah3.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYC1AsjRjzEmpjxCfp2jVsnljrIlmL1BwZrSPRYS8OwflLhpkB8lzewfQOx0glXDKbJXK4L0yf21VTmtfeVJ-7dxfefHR0-0EGgWAzp4G_h_O459rQX9ngl2RvKdU2nMsZ6IUzHUCyreQ/s1600/bicarafarah4.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyulcJzXc-K_qI4A5_QrBHPPRsWVoKwCnms7ZQcvrPfMs-BSfGn6wx7IUUlkJxYbt65N9BoXzUMasxhBvBSAaQ85joM23FH4_GEKbgF2PZh9IHbohRFUPPH6vm85xshaxGwhUj_sN2rzc/s1600/bicarafarah5.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEhfMl0coRVMoShfPmwqKPkOG7Lk1x-0iwftZnv8J5yBfPKiB6-o2jPj1B2mwH9lHOYOICPWCttmxFM5gxutJl5DRixC0NHHQ3Z1K_y4gOFFJdPRbVJ27T2ob8AvMIun09126sKzGAd1A/s1600/bicarafarah6.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYFJDZzXzLM8hd0E3DqMYhwgyO2b7Ord3OB30KrvxNmMVqVB4kr2p0VJxuLX0QNW7OM2MaUrKFLronO6jo4XBdiFXbghqXhesik5Npka_eAgLiKeKfQtMlQJDpcFpvYg7tGBoO8PeRvPI/s1600/bicarafarah7.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcwvU9EKq6htUs3wJRun44OW-xdPVUbgR8cpt2vkMYWj4_7UTPZG4Pum4EEyPBEkVsCsZAjeSn0ORdDzg1ZyMEcDHc1LVwT5ahJxNP_llwXAy7WMkuokOF2dzD_iY2G03znKz_4UidjB0/s1600/bicarafarah8.png


Cursor comel-comel lain yang korang boleh pilih:

Arrow Cursor
Cute Animal Cursor
Mustace Cursor


@selamat mencuba!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH