Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 


Sumber : IluvIslam


Dalam hadits shahih disebutkan:
"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan." (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Tertuduh dan Dituduh.

Assalamualaikum,
selamat pagi Malaysian.
Korang pernah tak dituduh dan tertuduh padahal korang langsung tak melakukan perkara tersebut. Mesti sedihkan bila kena tuduh.

Begitu juga dengan aku, sebab kerana perkara tersebut aku dituduh. Sedih sangat bila dituduh sedemikian rupa. Rasa sayu sangat hati ni. Hanya Allah yang tahu.

Tak apalah, semua yang berlaku ada hikmah. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu agar aku mengambil keputusan yang terbaik untuk tunjukkan siapa dia sebenarnya. Sebelum ni banyak kali aku maafkan dia. Aku cuba untuk faham dia, cuba untuk jadi pendengar setia dan cuba untuk bersabar dan kembali senyum jika ada masalah dengan dia. Tapi sebab perkara remeh aku dituduh sedemikian rupa. Sedih bukan sebab sakit tapi sedih kerana segala yang dilakukan hanya sia-sia. Sedih kerana selama ini segala kekhilafan yang dilakukannya aku maafkan tanpa rasa dendam. Sedih hanya kerana dia aku jentik hati seseorang.

Entah la, tapi hati ini sangat sayu. Aku boleh maafkan dia tapi untuk seperti dulu, mungkin tidak kerana hati ini sudah JAUH :'(



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu




Kesedapan Bihun Pama.

Assalamualaikum semua,
Selamat hujung minggu. Next week nak balik kampung yehaaa.
Hari ni nak share something yang di boleh kata special. ecece special la sangat!
Korang suka tak makan mee segera. Memang mee segera tidak baik untuk kesihatan dan minda pelajar tapi kalau dah student life mesti ada atau harus ada? stock mee segera. Mana tahu kot kebuluran, adalah makanan yang nak di ngap ngap takkan nak makan roomate pula hahaha. Pening lalat ;)

Kali ni nak share pasal kesedapan bihun sup segera iaitu bihun Pama, aromanya sangat yummy! suka sangat.

Gambar cilok google.
Kenapa aku suka Bihun Pama ni?

1. Rasanya sangat serasi, pedas, masam, manis, masin semuanya sesuai dengan tekak aku.
2. Cepat direndam terus beraroma dan sedia di makan.
3. Kurang lemak berbanding mee segera.
4. Sesuai kalau nak diet ringkas.
5. Ala-ala bihun sup sebenar.
6. Tidak terlalu mengeyangkan, 2 bungkus baru rasa macam ular sawa. 
7. Yang penting sangat sedap sampai tak toleh kiri kanan bila makan.

7 je sebabnya..korang suka tak makan bihun pama? Lunch for today is bihun pama sebab malas nak keluar ke cafe dan jimat duit. hahahaha.


Motif? saja nak update blog dikala kesunyian. Lepas ni nak basuh baju pula sebab dah rendam. Boleh tulun tak basuhkan baju I tu?


Ini sahaja gambar yang mampu aku sharekan pada korang kerana bihunnya sudah selamat di dalam perutku.

ok bai. Lepas ni ada agsimen kena perah kepala.

Student Life. Jom makan-makan.

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian alam.
Ok baru nak update blog padahal banyak benda yang nak update.
Penat otak, tu pasal malas update. Memang mencabar semester ni. Banyak sangat tugasan. Sampai terpengsan 10 minit memikirkannya #tipu jer

Hari ni result STPM keluar. So tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat result gempaq. Yang kurang gempaq..ingat! bahawa dunia belum berakhir. Okey!

Sebenarnya, tak ada perkara yang menarik yang perlu diwar-warkan kepada sekalian alam ini. Kehidupan seperti biasa sebagai student life yang perlu liku-liku hidup yang perlu dilalui dengan tenang dan redha.

Hari ini agak kepenatan sedikit tapi tak lah seberapa penat macam mendaki gunung Everest. Mendaki Batu Caves pun tak juga melainkan kau berhabitat di Ibnu Zain. Itu pun kalau kau suka naik tangga. Ok stop merepek dan meraban sebentar. Hari ni agak awal ke fakulti, kelas pukul 5 petang tapi terover dose rajin ke fakulti pukul 10 pagi. Sebenarnya, niat nak pinjam buku, jumpa lecturer dan melepak di PPSPP library sambil mententeramkan diri yang makin serabut ni. Dan entry ni cuma nak tunjuk tempat makan baru yang baru first time aku jejaki. Ala-ala entry jalan-jalan cari makan.

Tempat makan adalah di Cencelori, atas cencelori. Aku tak capture pula nama restoren tu dalam kepala otak aku sebab otak aku dah set lapar dan perlu melantak dengan jayanya.

Muka with-out make-up. Agak serabai tapi tetap comel. Sebelum mengisi perut jomlah bergambar sebentar. Nampak sangat kegedikannya di situ.



Kawan aku yang suka bergambar. Sporting dengan camera. Senyummmm...

Gadis ini sangat takut dengan camera. Cuba menjauhi camera tapi berjaya ditangkap oleh paparazzi..bukan cipanzi.



Kegilaan pada tudung express soft awning. I nampak muda dari usia. Shhhhh ini first time ada tudung biru laut..woooo..

Memandangkan kami gadis yang suka buah-buahan. Setiap seorang dengan jusnya masing-masing. Segar wooo.

Nasi putih with telur dadar.
Tomyam Campur.
Menu lunch aku, sama menu dengan Cik Mira.

Nasi goreng Seafood bukan sifut yer. Cik Dayah yang punya.

Lepas makan dan kemelantakan. Terus ke PPSPP Library nak bincang pasal agsimen kerana di reject oleh lecturer sebab tajuk tu dah ada yang punya. Lepas Zohor pergi Pusanika jap temankan kawan. Ada jualan kat situ, rembat sehelai tudung bawal dua tone warna kelabu dan inner kelabu. Shopping jer...wahhal baru je beli tudung kat Jalan TAR kemarin.

Kat Library PPSPP. capture picture sebentar.

Lepas Asar terus pergi kelas Advokasi Pembangunan. Kerja datang lagi. wooowooooo...

Sekian sahaja coretan hari ini. Beban minda makin bertambah. Ok baiii.

Makan-Makan Sahaja.

Assalamualaikum semua,
Kelembapan wifi terserlah so kena guna abang berokband untuk mengupdate blog.
Semester ni sangat busy. Kerja dah datang bertimpa-timpa, baru masuk 3 kuliah dah ada 9 kerja yang di total belum lagi masuk kuliah lain lagi Makk oii banyaknya kerja. Kena start buatlah.

Entry ini adalah kejadian hari selasa yang penuh dengan entry makan-makan. kemarin memang tak sempat nak update sebab penat, malas nak transfer gambar ke lappy dan sebagainya hahaha. So hari ni sambil ada mood berblog, update jugalah blog ni sebagai tanda kenangan terindah.

Semalam agak stess juga sebab banyak jalan area KL kena tutup sebab ada Le Tour The Langkawi 2012. Sempat juga snap gambar acara tersebut. Stress dengan traffic jam.


Peserta Le tour The Langkawi. Bikin sesak je.


Orang ramai dan polis yang bersesakan.


Basikal spare, mana la tahu kot ada yang tayar meletop ker, pecah ker, adalah spare. Bagi satu kat aku boleh round-round dalam UKM hehehe.

Stop pasal cerita Le tour The Langkawi tu, so jom kita cerita pasal makan-makan je. Maklumlah tengah lapar masa menaip entry ini.
Sebelum ke KL singgah kat MekD untuk mengalas perut.


Masa ni tak sabar tunggu makanan sampai. Kawan yang orderkan.

Nahh ambik! 1 set family breakfast box. Memang berbaloi-baloi.


Menu untuk sang puteri. Yummy!

Time for breakfast.

Lepas tu on the way ke KL. Sebenarnya teringin sangat nak makan tokoyaki. Cacing dan lemak dalam perut ni mengidam nak makan takoyaki. Sebenarnya semuanya aku nak makan hahaha.
Cadang nak pergi Isetan KLCC nak makan tokoyaki tapi malas pula nak masuk KL. So pergi Jusco Maluri je, dan cari-cari akhirnya jumpa juga tokoyaki.

Takoyaki ni macam-macam perasa ada, udang, sotong, ayam cheese, belut dan abelone. Aku pilih perasa udang.

Inilah rupa tokoyaki yang diidamkan. Ala-ala cucur jepun.


Isi tokoyaki tersebut, ada kubis yang dicincang dan isinya udang. Sedap juga. Ditabur dengan serbuk ikan, moyonis dan sos ikan.


Ini pun japanese food, lupa nama kuih ni. Tapi sangat sedap, dalam kuih ni ada kentang..ala ala kentang putar. Kat sini murah je dalam rm1-2 seketul. Rasa nak makan lagi.


Peace sebab dapat makan tokoyaki.


Perut pun dah full. 

Untuk dinner pula, singgah Kajang untuk makan sate, tapi kali ni bukan Hj Samuri punya sate tapi area situ juga. Lupa lak nama kedainya. Susahlah nak promote macam ni.


Sate dia sangat sedap dan manis.



Walaupun 30 cucuk ni makan untuk 3 orang tapi kenyang giler perut sampai tak berdaya untuk makan lagi. Tapi memang sedap.
Ok baii... Kerja dah banyak, stress stress stressssssss.............

Hasil Voucher Buku 1 Malaysia.

Assalamualaikum , selamat hujung minggu warga Malaysia dan luar Malaysia juga.
Hari tu sebuk update voucher buku 1 Malaysia tapi sekarang voucher tu dah tamat riwayatnya kerana tuannya sudah menggunakannya dengan jayanya. Maka inilah hasilnya.



Aku telah menggunakan voucher buku ni dengan jayanya pada hari Jumaat lepas pada 24 Feb 2012. Memang berbaloi kerana dapat 4 set buku kaedah penyelidikan. Harga RM 199.00 untuk semua buku ni dan balance RM 1 aku gunakan di kedai Unikeb UKM, beli pen RM 1.00 je hahaha.

Sebenarnya buku ni ada 5 buah tapi. 1 buku tu tak sampai lagi. Kena guna duit sendiri la untuk 1 buku tu. Tapi berbaloi la kan. Korang beli buku apa ye dengan voucher tu? Kepada sesiapa belum gunakan buku tu jangan sampai tamat tempoh sudahlah, ingat last March 2012 tamat tempoh.

Buku ni sangat penting untuk aku. sebab aku akan tulis thesis semester depan dan semester ni akan belajar kaedah metadologi. So hope lulus dengan A la.
Korang pula guna voucher ni beli buku apa? Hope beli buku yang berguna dengan pengajian korang la, jangan beli buku yang tak berfaedah. Membazir. Kalau tak nak belikan je buku untuk aku yang memang memerlukan buku akademik ni.

Yang suka jual-jual voucher ni, nahas la korang bila dah dapat detect nanti sebab setiap nombor siri voucher ni didaftar atas nama korang. Daripada jual voucher tu untuk beli "kehendak" lain lebih baik gunakan dengan beli buku untutk support pengajian korang. Betul tak?

Ok bai, jumpa next entry insyaallah.

Merembat 2 botol Perfumes Kecintaan.

Assalamualaikum,
Agak kebosanan sekarang kerana terperap di bilik je.
Jadi terasa nak update blog untuk menghiburkan hati.
Kali ni nak share hobi lama iaitu perfume. Sebenarnya aku peminat perfumes. Hasil dari risikan akhirnya merembat 2 botol perfumes kecintaan iaitu :

XX Hugo Boss dan Escada Rockin Rio

Sebab apa aku pilih dua jenama ni? XX Hugo Boss ni bau dia sexy, sweet dan rasa segar je dan Escada Rockin Rio lebih manis macam gula dan rasa fresh. Tapi memang sedap la bau dia. Try la kalau tak caya hehehe.


Bau perfumes ni kadang-kadang sesuai dengan someone, kadang-kadang boleh pening bila cium. So kalau sesuai go on je la, kalau rasa nak pengsan pilihla mana yang sesuai. Mula-mula nak beli online tapi kalau beli online tak dapat nak cium bau dia so beli la secara manual hahaha, boleh test macam-macam bau, tak la menyesal kalau belikan. Nanti bila stock dah habis nak try CK - eternity EDP dan Fantasy Britney Spears. wangi gila bau tu. Korang suka perfumes apa? sharelah..

Bai!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH