Saturday, January 14, 2012

Voucher Buku 1 Malaysia RM200

Assalamualaikum semua,
Mood sedang suka hati hari ini,
Maklumlah kerja semua dah settle so goyang-goyang kaki depan lappy la layan FB dan blog hahaha.
Okey, korang semua yang berstatus student tu dah ambil ke voucher buku 1 Malaysia yang berjumlah RM200 tu? Tak nak? Bagi kat aku, confirm aku nak punya. Sebab aku ni suka beli buku, RM200 tu rasa tak cukup je kan. Buku university bukan sama macam buku budak sekolah.. Kena Rm1000 baru cukup hehe. Tapi alhamdulilah ada voucher ni dapatla save bajet sikit kan..

Setiap satu voucher RM50 dan dapat 4 keping voucher. Tarikh sah laku, akhir March 2012. Memang dah plan pun nak beli buku semester depan, rasanya more 200 ++ tu hehe.

Aku baru ambil voucher ni semalam sebab aku kan busy. Semalam pulun semua, mula-mula keluar dari kolej pukul 10 pagi. Pergi library PPSPP. Print out agsimen yang dah repair tu. Pergi bilik lecturer hantar agsimen. Lepas tu perut menangis minta di isi. Makan di Canselori UKm, sedap makanan di situ. Nak pulangkan buku kat ATMA tapi tutup sebab rehat hari Jumaat, pergi PTSL pulangkan buku, ke surau PTSL, lepas siap bagai pergi ATMA untuk pulangkan buku semula. Tunggu bas U untuk ke PPS pula, masa tu nasib baik hujan dah reda, menongek pi mendaki gunung ganang ke PPS dan ambil voucher. Tunggu bas lagi Zon 3, turun depan PTSL.Penat menapak, rasa tekak nak minum lepak kat Pusanika makan bubur panas dan Mango Ais, jalan kaki belakang Pusanika sebab nak tunggu bas zon 2 untuk ke Kolej Zaba. Nasib baik tak ada monyet kalau tak teruklah haha. Sampai kolej dalam pukul 6 petang. Penat woo hahaha.


Sekian sahaja untuk karangan malam ni, I nak bersms pula. K bye..

7 comments:

  1. bestnyer! farhana pown lom dpt gak..sedih ni..

    ReplyDelete
  2. wah3 ! erm cik farah bru dpt erk .. hehe ..ktwng budak poli dpt awal pulak .. huhu .. mybe kerajaan punyer kot :D lagi pun stuju ngan statement cik farah .. buku mcm kite nih mne ckup rm200 ..haha !! :P

    ReplyDelete
  3. hye, sudi x exchange banner ngn saya?
    if sudi tgglkn komen di blog saya ye. :)

    done folow u, jemput jd folower saya blik ye. :)

    ReplyDelete
  4. jeles.. sebab nadh ta dapat. huu T.T

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.