Secara belum rasminya kerja untuk semester ini dah siap.




Assalamualikum..

Panjang tajuk? sila beri tepukan kerana agsimen aku yang bertali arus, tak putus-putus. Hantar 1 dapat 3. hantar 3 muncul lagi 1, makin hantar makin bertambah. Maklumlah 1 paper ada 3 lecturer. Paling sikit 1 kerja 1 lecturer tu..kerja paling sikit tapi kalau 1 lecturer ada 3-4-5 kerja amacam? bertali aruskan kena siapkan semua. Kalau campur semua subjek semestinya melebih 10 kerja dan ke atas. Sebab tu agsimen sentiasa ada je. Dalam kuliah fikir agsimen, makan pun agsimen, mandi fikir agsimen, tidur mimpi buat agsimen, lepas tu presentation pula, dengan field worknya lagi..nak date pun terbayangkan semua tu. So hidup pelajar sarjana memang sangat mencabar berkali ganda malah berpuluh kali ganda dari degree dulu. Itulah lumrah aku yang patut aku tempuhi. Sedar-tak sedar dah hampir 1 semester aku alui semua ini. Sangat mencabar tapi itu adalah satu kepuasan buat aku :')

Dalam minggu lepas dan hari ini dah settlekan 2 agsimen secara tidak rasmi ( mean : dah hantar agsimen kat lecturer baru rasmi ). Cadang nak tunjuk dulu kat lecturer sebelum last tarikh hantar. Maklumlah inginkan result yang baik. Nak la sekurang-kurangnya A ber plus-plus hahahaha. Last hantar 4 dan 5 Januari ini. Esok nak jumpa lecturer untuk agsimen tersebut :)

Penat weh, aku kena analisis SPSS, sampai mata dan kepala sakit menhadap benda ni. Daripada semalam sampai tengahari tadi non-stop buat analisis spss ni. Tapi alhamdulilah dah siap. Lepas tu terus tidur kepenatan dan bangun terus update blog. Tegar ke tak? haaa?

Malam ni misinya kena study ekonomi hahaha. Harap aku dapat faham, cepat faham, dan sangat faham dengan paper tu dan exam nanti apa yang faham, apa yang aku baca masuk exam aminnn.. Amat gementar sebab aku masih blur pattern soalan exam untuk sarjana? Tak pe malam ni godek segala laman web library UKM..find and search. Nak tahu pattern senang untuk prepare :)

Update blog ni sebenarnya nak lepaskan tekanan minda. Nak share dengan korang, sekurang-kurangnya ada pendengar maya yang membaca :) ok nak mandi, nanti nak ambil mood untuk study. Kepada kawan-kawan sarjana semoga good luck dalam exam. 5 Januari ni first aku exam sampai 11 Januari..doakan aku ye my lovely reader :)

Baiii!


Jangan terlalu tension ye kawan-kawan ( pesanan untuk diri sendiri juga )


Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]

3 comments

  1. waaa best nyer dier..kite assignment belambak lagi..huhu..anyway gud lux :)

    follow sini.

    ReplyDelete
  2. @fieyona raias

    Goodluck buat agsimen tu hehehe.. Skrg pulun study plak

    ReplyDelete
  3. hehe..tahniah!! excited je izz ni... :))

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH