Tutorial 43 : Membuat Wish List

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk tidak menghampakan pengemar Tutorial Miss Farah, hari ini aku ingin mengupdate tutorial yang tidak sebarapa hot ni tapi mendapat permintaan ramai. Memandangkan tutorial ini amat mudah, jadi aku pun dengan rajinnya ingin mengajarkan anak-anak murid ku bagaimana nak buat " Wish List ". Korang faham tak binatang yang bernama wish list? tak fahamkan..ok kalau faham 10 mark untuk kamu. Tapi tak faham jom aku terangkan. Wish list tu macam korang punya azam lah. Korang saja nak listkan untuk remind for ur self atau nak kasi orang tahu apa benda yang korang nak.. Contohnya korang nak iphone..korang buatlah wish list. Manalah tahu ada insan yang pemurah nak bagi hadiah kat korang..kan untung badan. Benda ni tak mustahil tahu..sebab rezeki hanya Allah yang tahu!..begitu juga sebagai pembakar semangat. Kot korang SPM tahun ni dan nak letak 25 A+ kot..suka suki la korang nak letak apakan..
 Kalau korang masih tak boleh imagine lagi apakah benda alah itu, jom tengok gambar ini yang aku print screen dari belog hamster yang berhabuk itu.


 Kalau korang berhajat nak buat wish list ni..jom pakat-pakat ikuti step mudah ni :

 1. Sign in Blogger > Design > Add Gadget > Html / JavaScript
 2. Sila copy dan paste ke dalam ruangan HTML/ Java Script
<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="satu" checked />cinta <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="dua" checked />kereta <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="tiga" checked />hamster <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="empat" disabled />malas <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="lima" checked />laptop <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="enam" disabled />hater <br />
</form>
 Sebelum itu aku nak bagitahu benda ni dulu :
# Satu sampai enam yang warna biru tu..jumlah berapa wish list korang. Kalau nak sampai seratus pun tak apa tulis je.
# Tulisan warna merah merupakan perkara/benda yang korang nak listkan.
# Tulisan warna pink adalah benda yang korang nak untuk list..macam target koranglah. Bila korang letak checked dia akan ada tanda "right"
# Tulisan warna oren benda yang korang taknak "rightkan" 
# Kalau korang nak tambah lagi bolehlah copy tanda ini dan letak kat bawahnya ye sebelum </form> bahagian last..

3. Lepas dah edit semua di atas. Bolehlah di SAVE.

p/s : Penerangan yang panjang lebar..harap murid-murid faham..dah try dan suka sila LIKE ramai-ramai.

Hari ini aku ke hilir hulu..ohh kerenah apakah ini?

Assalamualaikum.
Kesian sungguh aku sebab dah jarang update blog dengan bilangan yang banyak untuk satu hari. Paling kaya buat masa ni satu entry satu hari..sungguh sadiss! ok lupakan semua tu..sekurangnya aku ada la mencuci habuk kat blog aku ni. Semua tutorial akan diupdate ye honey bunny sekalian.
Sebenarnya dari pagi tadi aku busy sikit sebab banyak perkara perlu dilakukan. Surat peringatan sudah diberi oleh pihak PTPTN untuk mengutip hutang. Aku ni selaku penganggur mana la mampu nak bayar hutang tu. Siapa ye boleh tolong bayarkan? :). Okeh, kerana aku ni pemiutang berhemah aku pun buatlah surat penangguhan bayaran balik kerana tidak bekerja. Dalam surat tu dia nak sertakan surat pengesahan dari pihak yang berkaitan seperti Penghulu dan sebagainya. Aku bagitahu ayah aku untuk pergi pejabat Penghulu. Tepat pukul 10 pagi aku pun gerak ke Pejabat Penghulu. Tapi penghulu tak ada..kerani penghulu itu kata meeting, pukul 11 pagi dia habis meeting dan kalau nak jumpa penghulu pergi pejabat Daerah. Ok fine. Aku kata kat ayah jom pergi pejabat Penghulu lagi satu..pejalanan hampir setengah jam...tengok pintu pagar terbuka tapi sorang pun tak ada...jam dah dekat pukul 11 pagi..ayah aku kata jom ambil mak dulu sebab mak aku pergi dengar orang mengaji..dah nak dekat kul 12 aku pun pergi pejabat daerah tapi tengah meeting tadi. Kata habis meeting pukul 11 tapi dah nak dekat kul 12 tak lagi. Aku pun tunggu juga..tunggu..tunggu tak juga. Aku pun tanya kalau lepas zohor ada tak? staff kat situ pun kata tak tahu lagi. Esok? pun tak tahu lagi. Aku pun blah je. Sebab kesian kat ayah aku asyik tunggu je. Aku macam disepak ke sana sini..orang itu kata pergi sana, orang itu kata pergi sini...aku bukan nak minta apa cuma nak mintak tanda tangan je. Ayah aku kata pos je borang tu..ni semua kawan aku punya angkara la..so aku pun pos je. Tapi aku rasa aku nak bank-in RM100 dulu kat PTPTN..nanti senyap la dia. Selalunya kalau tak bayar-bayar memang la berduyun-duyun datang suratkan. Kita dah pinjam memang wajib bayar. Tak kisahlah banyak atau sikit. Yang belum kerja tu buatlah surat penagguhan balik dan yang dah kerja tu jalankanlah tanggungjawab anda membayat hutang!
Aku ni risau gak. Hajat hati nak sambung master tapi tengok hutang ijazah pun dah cuak..
Apa-apa pun semua dalam perancangan. Semoga apa yang aku rancang diberkati Allah amin..

p/s : Malam ni kalau mood blogging rajin aku update tutorial ye sayang-sayang..:)
daa...

Yess aku tercalon!

Assalamualaikum..
Eh.eh..aku nak kepoh sikit boleh?
Okey...aku tercalon dalam pelakon wanita tercantik..eh betul ke?
Okeh tipu je..hahaha..mana mungkinlah.
Sebenarnya aku tercalon dalam senarai pilihan contest blog tercantik anjuran Farzana Farzanto

Kalau tak bercaya boleh tengok kat SINI

Sebenarnya baru tercalon je belum menang lagi :).
Ramai lagi aku tengok belog cantik-cantik. Peluang menang tu mungkin tipis tapi rezeki hanya Allah yang tahukan..
ok da...

Bahagia Rasanya.

http://www.jtarquin.com/wp-content/uploads/2010/09/wedding-picture.jpg

Assalamualaikum.
Aku amat teruja..teruja..campur gembira dan bahagia sangat-sangat.
Gembira bila tengok kawan-kawan course mate dan school mate ramai yang dah mendirikan masjid.
Yang dan ada baby dan bakal mummy pun..aku rasa sangat bahagia melihat kegembiraan mereka.
Ramai juga yang dah bertunang dan tak lama lagi bakal bergelar raja sehari.
Walaupun kalian jauh, dan kerana jarak aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kalian cukuplah bagi aku melihat gambar perkahwinan kalian di Facebook. Cukup memgembirakan aku melihat air muka kalian yang gembira..itu pun sudah memadai buat aku. Kalau dekat insyaallah akan aku turut memeriahkan majlis kalian tapi jauh dan masa menghalang kita. Apa pun aku doakan korang bahagia dunia dan akhirat. Aku tak mahu ucapkan "bahagia sampai anak cucu" sebab kalau lepas bercucu tak bahagia macam mana pula tu ye..kan ke setiap bait kata adalah doa? So bahagialah kamu di dunia dan akhirat..aminn..

Tahniah pada kalian...nanti dah hidup berdua, tak sama tau hidup bujang..tambah-tambah lagi kalau dah bertiga dan seterusnya. Jangan nak mengedik macam bujang-bujang lagi tau hahaha..tak boleh bermalas-malasan lagi. Jadilah isteri/suami yang soleh dan solehah.
Esok kakak sepupu aku bertunang juga..:). Aku ni bila lagi ni ye? Entahlah mungkin belum sampai seru. Ala aku pun masih mudakan umur pun 23 tahun..bulan Mei ni je masuk 24 tahun..tak perlu takut atau bimbang pun sebab MUDA lagi! Korang yang kat luar tu pun jangan lah tak boleh tidur sebab takut jadi andartu. Aku relax je muahahaha.. Sebenarnya aku masih belum terfikir nak BERTUNANG atau KAHWIN sebab CITA-CITA aku belum tercapai. Apa yang aku impi pun masih belum tercapai. Eh, mesti orang kata, dah kahwin nanti boleh capai juga cita-cita?..mungkin itu pendapat orang lain tapi tidak aku.
Aku harap sidia tak paksa aku untuk bertunang atau kahwin. Kalau rasa tak boleh tunggu..aku silakan engkau cari yang lain. Kalau betul-betul sayangkan aku tunggu la engkau sampai tua hahaha.. Ok abaikan la benda tu!aku merepek je.

Cuma yang aku rasa tak puas hati sebab tanggapan dan pemikiran kenalan aku ni tentang perkahwinan. Dia sebaya aku tapi dia macam risau sangat sebab tak ada special boyfriend. Dia selalu cakap bahawa dia tak nak jadi anak dara tualah..tak ada orang nak kat dia lah dan macam-macam lagi. Dia macam jadi stress kalau ada kawan-kawan satu sekolah ( ex school mate ) kahwin atau bertunang. Kadang-kadang aku rasa dia ni macam terdesak nak kahwin je. Aku memang pernah bergaduh dengan dia tentang hal ni. Dia ni memanglah di antara Best Friend Forever ( BFF ) aku, tapi kalau aku call dan mesej dia..dan asyik merungut benda yang sama memanglah aku jadi hot dan hulk! hahaha..Pernahlah satu hari tu aku call dia..dia kata nak back kepada ex boyfriend dia dulu. Aku pun mengamuk la marah dia. Korang mesti pelik sebab apa aku mengamuk. Adakah exbf dia tu bf aku? adakah xbf dia tu ex aku? atau ex dia tu suami orang? haaaaaaa tekalah.. ok ok..semua salah. Sebab ex bf dia tu memang jenis JANTAN yang memang tak sesuai buat kawan..ha kalau dah tak sesuai buat kawan sudah tentulah tak sesuai buat SUAMI! Antara sebab-sebab kenapa tidak sesuai buat suami, dia kaki botol, kaki ganja, kaki tipu dan kaki nak bunuh diri. Korang rasa sesuai ke nak jadikan suami macam tu? kalau sesuai maybe tease korang kot. Masa kawan aku ni couple dengan budak jantan tu..dia memang tak tahu peragai budak tu. Tapi masa gaduh je budak tu mesti mabuk dan hisap ganja. Kalau kawan aku nak putuskan hubungan mesti nak ugut bunuh diri. Dan alhamdulilah PUTUS..tapi tak mati pun..dah sah penipu berasap!! Tapi ada some day tu, dia call back kawan aku..pujuk kawan aku. Cakap dah berubah dan taubat. Kawan aku tu cuma terima sebagai kawan. Aku memang marah giler kat kawan aku tu sebab kawan dengan jantan tu. Adalah satu hari tu, kawan aku macam dah tak layan lagi jantan tu. Boleh pulak ugut nak bunuh diri pula dan kata nak hisap ganja kalau kawan aku tak hirau dia. Apa la punya jantan macam tu, ugut nak bunuh diri pun dah ROSAK AKIDAH!..nak ke kahwin dengan lelaki yang tak ada iman? Baru orang reject pun nak buat benda mungkar tu.. Aku dah nasihat berguni-guni jangan buta dan bodoh sangat. Kalau tak mahu dengar..ko tanggunglah sendiri. Jangan lepas kahwin hilang telinga sebelah heboh masuk paper dah la..kan "cinta sampai mati"..lu tanggung la sendiri!!

Tapi sejak dua menjak ni dia kata dah tak contact lagi jantan tu ( dia yang kata, betul ke tak aku tak tahu la ), tapi kalau cakap pasal kawin mesti dia kata "kalau tak ada siapa nak aku, aku kahwin dengan @70! tu la, sebab dia dari dulu sampai sekarang yang nak kat aku"..rasa nak mencarut je bila dia kata macam tu..bila aku kata, "jantan macam itu tak sesuai untuk engkau sebab dia pun macam "tak beragama" je, sikit2 nak bunuh diri, hisap itu ini, minum arak, macam manalah dia nak didik engkau"...dia boleh kata "manusia boleh berubah, aku boleh didik dia"...didik apanya, kalau ada problem asyik minum arak!, hisap ganja!, bunuh diri!..kot nanti engkau pula ikut peragai dia..baru haru-biru.. Lagi pun mak bapak kawan aku tu memang tak suka langsung budak jantan tu. Sampai sekarang kaki botol lagi jantan tu.

Harap apa yang dia kata betullah..dah lost contact dengan jantan tu..Cinta tak buta tapi manusia yang buta hati!

p/s : laa..kan tajuk aku "Bahagia rasanya" kenapa nak emosi-emosi ni..tulah rajin sangat tangan menari..hambikk kauu.

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Assalamualaikum..deman Give Away lagi..Okey hari ni..adalah entry ke-2 tentang GA. Di Harap korang boleh join ramai-ramai. Comelkan hadiah tu..I LIKE!!
 
 
TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY
------------@-------------


Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org
 
Sila ke SINI untuk maklumat lanjut :)

D'Aina Collection Give Away


Assalamualaikum.
Hari ini rasa amat berbesar hati untuk join Give Away. So ini adalah syarat-syarat Give Away ini. Sila ikuti ye.


1.Korang perlu menjadi follower Cahaya Aina ( Follower 186 ) dan juga Follower kepada D'Aina Collection ( Follower 52 ) done!
2.Korangs harus tag kepada 3 blogger yang lain dan pastikan mereka dimaklumkan ye..done!
3.Korangs perlu listkan url entry korangs di dalam entry ini done!
4.Sila letakkan banner ini pada Entry Korangs ye ^_^ Mudah kan!! done!
Pemenang akan dipilih secara random ye korangs iaitu melalui cabutan bertuah.Dua (2) orang yang bertuah akan dipilih dan mereka yang bertuah akan menerima sehelai selendang dan anda yg bertuah boleh memilih sendiri jenis selendang yang anda ingini di sini / klik pada gambar di atas.(hanya selendang yg mempunyai promosi 40% sahaja dibenarkan untuk anda pilih ok)

Tarikh tamat untuk D'Aina Collection Give Away ini adalah pada 20 Februari 2011 ^_^ Jom!
Jadi jom ramai-ramai join GA ni..Mudah sangatkan..Untuk maklumat lanjut sila ke blog Penganjur
Siapakah yang jadi mangsa tag aku ni ye?

Semoga korang dapat join :)

Broadband Habis Limit? Jom Lajukan Dengan Cara Ini

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang bahagia ini.
Memang ramai pengguna internet telah mengunakan broadband untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Tapi kadang-kadang broadband ni selalu buat hal..baru guna sikit je cepat je habis limitkan. Kadang-kadang 6gb itu cepat je habis tak sampai sebulan. Bila limit atau volume sudah habis semestinya broadband kesayangan anda telah menubuhkan satu band yang dipanggil berokband. Azab wei kalau dia dah jadi berokband. Aku punya berokband ni kalau terskip tak bayar terus "mati"..lepas itu kalau terlambat bayar mula bagi penalti..jangan ingat main bola je ada penalti..main berukband pun silap-silap huru hara dapat penalti. Sekarang ni berokband aku sudah berfungsi semula setelah dibayar bagai. Sesetengah berokband ni penipu berasap. Dalam pakej kata bayar sekian tapi bil lain pula..kalau kurang dari pakej ok juga ni terover dost pula.
Jadi aku berbesar hati nak share tentang informasi yang bagus untuk korang terus mengunakan berokband ini walaupun kehabisan limit/volume, tapi kalau berokband anda sudah mati..memang tak boleh buat tips ini sebab perlu membuat pembayaran terlebih dulu untuk kasi nyawa pada berokband tu.. Tapi ingat tips ini untuk yang kehabisan volume je tau!! kalau tak habis jangan gatal buat..


Firstly, pihak broadband akan bagi mesej kat anda yang pengunaan sudah mencapai limit. Seperti yang di highlight itu.


Kalau korang tengok statistik, dia menunjukkan jumlah gb yang korang guna. Kalau terlebih dari pakej yang korang langgan..maknanya sudah habis limitlah tu.

Jadi jom kita ikuti tutorial bergambar yang aku ambil dari blog Budak Botak.

1. Connect dulu internet. That mean, berokband koranglah..jangan connect wifi pula ye.. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...


Kalau Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search tue...
 
 
2. Selepas itu, akan keluar command prompt seperti gambar di bawah . Tulis "ipconfig/all" dan enter...

Nak lebih faham tengok gambar.

3) Bila sudah enter, akan keluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tengok gambar di bawah untuk ambil nombor code. ( Kalau Miss Farah, guna IP Address je..kalau tak jadi guna yang lain je)


4. Ok sekarang tekan/tulis "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   macam gmbar di bawah. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam kat bawah. Kalau tak keluar seperti gambar di bawah..tak berjayalah tu..try again!


5) Biarkan benda ni jalan selama mana korang online. Kalau dah taknak tekan pangkah tu ja.

Proses nie akan buat korang akan sentiasa ada connection dengen server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network dan IT tau la apa bnda nie) jadi website lebih cepat loading...

# Tips ini sesuai untuk semua broandband.

Sumber: Budak Botak ( Kalau masih kurang jelas boleh la ke blog beliau )

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH