Tutorial 64 : Scroll Box untuk Blog List

Assalamualaikum semua..
Dikesempatan ini nak buat tutorial untuk korang..akmalkumlah tengah free nanti bila dah jadi student maybe busy dan kena fokus 100% pada study.. ( semangat ni )

Aku nak ajar korang macam mana nak buat scroll box untuk blog list supaya nampak lagi kemas dan tersusun blog korang. Contohnya macam di belog hamster aku ni :



Mesti korang rasa nak buat kan..
Sebelum korang buat tutorial ini pastikan korang dan letakkan widget untuk bloglist. Kalau korang masih baru sila tengok tutorial CARA MEMBUAT BLOG LIST.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates
2. Then, korang kena cari tajuk blog list korang (bergantung pada tajuk blog list masing-masing ), contoh untuk tutorial ini adalah:

My Blog List
3. Kalau dah jumpa tajuk blog list korang, korang akan jumpa code di bawah berhampiran tajuk blog list korang.

<div class='widget-content'>
sebab aku ni baik hati :) aku bagi contoh gambar untuk korang lebih faham..


Bila korang dah jumpa code :


<div class='widget-content'>

seperti gambar di atas, korang replace/tukarkan dengan code di bawah :


<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

4. Sekarang dah siap!..so preview, kalau menjadi silalah SAVE

p/s : Ada tutorial lagi dalam draft kena print screen bagai sebelum publish! Komenlah kalau tak faham..

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..
Sedikit keterangan nisfu Syaaban yang dipetik dari wikipedia.



Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Sempena Nisfu Syaaban ni, aku ingin mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku. Aku juga ingin meminta maaf kepada semua pembaca dan orang-orang yang mengenali aku. Sekiranya aku ada melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja. Aku mohon keampunan daripada kalian. Aku sebagai hamba Allah yang serba kekurangan ini sentiasa alpa dan leka. Aku juga, dengan berlapang dada memberi kemaafan kepada semua yang mungkin ada konflik dengan aku. Aku maafkan kalian dunia dan akhirat. Semoga amalan kita diterima oleh Allah.


Wish list untuk diri sendiri (makanan rohani )..
# Solat dengan sempurna iaitu tepat pada waktunya.
# Mengaji al-Quran sekurang-kurang sehelai muka surat setiap hari  ( kalau boleh setiap solat fardhu).
# Banyakkan zikir.
# Nak hafal surah yang panjang
# Banyakkan solat sunat
# Jadi yang lagi terbaik untuk diri sendiri kerana Allah Taala.

Wish list ini untuk peringatan dan sumber motivasi untuk diri sendiri. Harap korang tak hanya buat wish list duniawi sahaja. Ingat akhirat. Rindu suasana nisfu syaaban masa buat umrah tahun lepas. Dah setahun berlalu. Harap dapat pergi semula ke sana. Nikmatnya sangat tidak terucap dengan kata-kata.


Di Masjidil Haram

p/s : Rasa nak buat umrah dan haji.. :)

Nestea Sungguh Senang, Sungguh Sedap!



Assalamualikum..
Hello everyone..
Apa minum petang ni?

Aku selaku BUKAN duta Nestea nak promote sikit tentang nestea.

Aku memang yakin sangat bahawa 70% pembaca belog aku ini memang pemalas oooppss caboot!

Kalau dah malas sangat, nak panaskan air, nak ambil tea, ambil gula, bancuh semua tu, perah limau dan tuang dalam cawan.. silalah korang memborong Nestea ini sebagai stock minuman korang..


Korang cuma goncang je nestea dengan air sejuk dan sedia untuk di minum.. yummy!!

Senang jer..tak payah mix gula, tak payah bancuh dengan air panas..cuma buka..tuang dan goncang!


Tak ada alasan malas lagi yer..dah senang semakin senang. Kalau malas lagi bagi pelempang setiap kali 2 saat..




Kalau korang malas beli bekas ni cuma guna bekas minuman korang je...kalau rasa banyak tenaga nak digunakan untuk mengoncang bekas ni..kacau jer gan sudu pun bulehh ( memang pemalas tahap cipanzi, cipanzi malas ke? )..


p/s : Rasanya sungguh sedap..!! cubalah..Aku pun nak beli 1 pek lagi..kah kah kah!!

Jenis-Jenis Kasut Wanita

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu pada my lovely reader sekalian.
Terasa nak tulis artikal tentang kasut pula.
Aku memang suka kasut. Pantang tengok kasut yang cun-cun mesti rasa nak beli. Mak aku memang bising tengok koleksi kasut-kasut aku. Sampai ada simpan dalam guni ( kasut lama ) isk isk... Bab kasut ni aku lebihkan kepada keselesaan sebab kaki aku ini sangat memilih. Silap pilih kasut kaki pun melecet dan merah padam. Almaklumlah kulit nipis dan lembut macam telur dikupas. Kalau untuk travel jauh-jauh just like kena jalan berbatu-batu aku lebih prefer crocodile shoes brand. Aku pilih yang jenis comfort. Kalau just jalan kejap-kejap tu wedges shoes pun boleh.

Tapi sebelum aku merepek lebih lanjut bab kasut ni. Aku nak bagitahu korang jenis-jenis kasut wanita. Korang ni mesti tahu pakai je kan..tapi korang kena tahu info jugak jangan main hentam jer..hehe.. Yang penting tepuk dada tanya selera..



Kitten Heel

Untuk pengetahuan korang ini bukan anak kucing kerana ini adalah kasut. Kasut ini bertumit pendek. Tumitnya dari 1.5 inci hingga 2 inci. Berbentuk tirus tumitnya. Tak kirala jenis bertutup atau terbuka kalau tumit jenis macam ini. It is call kitten heel.




Ankle Straps

Kasut in sangatlah cantik dan membuatkan kita nampak muda lagi awet muda hahaha. Identiti yang perlu korang tahu tentang kasut ini ialah, ada lilitan di sekitar buku lali seperti gambar di atas. Tak kiralah tumit tinggi atau rendah kalau ada lilitan/tali ia adalah ankle straps.




Wedges

Ini kasut yang paling aku suka sangat sebab i look slim with this shoes. Muaaahha. Kasut ini lebih stabil berbanding kasut bertumit. Kalau korang masih nak belajar pakai kasut bertumit silalah pakai kasut ini dulu untuk kestabilan badan anda. Lepas dah stabil dan boleh go on pakai la kasut sampai 8 inci pun boleh :)

Mary Jane

Kasut ini beridentitikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah ) dan bahagian jari kaki yang bertutup bulat seperti gambar di atas. Sesuai kepada mereka yang bertubuh besar dan gologan wanita berusia.





Peep Toes

Kasut ini sangat comel. Aku ada sebijik tapi dah berlapuk sebab dah lama simpan hahaha. Ciri-ciri kasut ini dia mempunyai lubang di bahagian hujung jari. Tersentullah ibu jarimu takhala memakainya.. so sweet.


Pumps

Kasut ini ada bermacam jenis ketinggian dan jenis tumit tapi ciri utamanya dia bertutup di hadapan dan belakang kasut. Kasut ini lebih kepada gaya formal. So kalau nak pergi interview eloklah korang pakai kasut macam ini tapi jangan tinggi sangat kak ooii jatuh macam nangka busuk bangun sendiri ye.. :)

Mules



Kasut macam ini kegemaran mak aku. Berasal dari Perancis. Ciri kasut ini dia bertutup di hadapan dan terbuka di belakang. Tumit bermacam jenis ada yang tapak rata dan ada yang berinci-inci tingginya. Setahu aku makcik-makcik suka kasut macam ini contohnya my mommy.

Platform Shoes

Kasut macam ini stail tapak-tapak yang tebal dan tinggi. Ketinggian kasut ini 4 inci gitu.. Kasut ini wujud sejak zaman kuno lagi. Walaupun nampak ketinggalan zaman tapi tetap menjadi ikutan fesyen. Kalau korang nak tahu, contoh kasut sandal/selipar yang tinggi-tinggi itu adalah salah satu jenis platform shoes.







Ballet Plat

Walaupun kasut ini diaspirasikan daripada kasut ballet tapi sudah menjadi ikutan fesyen semasa. Kasut ini bertutup dan tapak leper. Sekarang ni macam-macam jenis kasut ballet flat yang ada..cross pun ada design macam ni.


Winklepickers

Kasut ini ala-ala boots gitu. Pengemarnya mungkin sukakan gaya rock. Sangat cool!


Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis kasut yang ada di muka dunia ni..haha.. Ini di antara jenis-jenis kasut yang popular di kalangan wanita. Lepas ini korang tak perlulah teragak-agak kasut jenis apa yang perlu dicari nanti. Sebut je jenis kasut, confirm jurujual kasut itu faham ( kalau tak faham tu maybe kurang bertauliah ). Kasut-kasut ini memang cantik tapi korang perlu pilih yang sesuai dengan kaki korang k.


ok da...

p/s : Lama tak shopping kasut..

Sumber Gambar  : Cik Google

Food Like Rainbow

Mood rasa lapar bila tengok food ni..

Make me hungry but not angry, if i angry i play angry bird hahaha.. :)


Rasa nak masak puding caremel je..Siapa ada resepi yang best? silalah share-share nanti aku share gambar selepas mencuba hahahaha!


p/s : Aku pernah buat cake padelpop ala2 kek di atas..kau hadoo?

Tukar nama blog..

Haiiii!!
Selamat berhujung minggu..
Korang perasan tak blog aku?
Dah tukar rupa sikit. Aku cuma tukar header, dan footer jer dan yang paling ketara ialah!
Tukar title blog. Dari Bila Hati Berbicara ke Blog Cik Nurfarah.

Sweet tak?

Mesti korang tertanya-tanya sebab apa aku tukar nama blog?

Sebab terlalu ramai yang ada title "bila hati berbicara" macam tajuk novel je kan . So aku cipta identiti sendiri dengan meletak nama sendiri sebagai title blog. Name pun aku tak letak full name sebab kang kot panjang lebar. Just crop my full name dan ringkaskan jadi Blog CIk Nurfarah. But is still my name.








Tukar kepada :



Header ni aku tak banyak tukar just name blog jer..


Tukar URL?..sememangnya tidak! Sebab macam ne korang nak cari aku nanti kan :)

Alhamdulilah Berjaya Sambung Masters.

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis.
Terasa sangat happy dan bersyukur kepada Ilahi dengan limpah kurnianya aku berjaya untuk sambung study aku ke peringkat Master.

Bila orang sibuk-sibuk dengan keputusan UPU untuk degree aku pun tiba-tiba terfikir nak tengok status permohonan aku untuk master. Dulu pernah juga tengok tapi belum ada keputusan lagi. Dia kata dalam hujung bulan 7 atau awal bulan 8 then tiba-tiba tangan rajin buka web ukm untuk student siswazah. Teng teng dah ada semakan kemasukkan untuk program pengajian siswazah ( master ) terus aku buka.. Rasa sangat berdebar macam jantung nak pecah dan keputusannya alhamdulilah..

Bagitahu mak dan ayah. Mereka sangat happy :)



Happy sangat! so pada korang yang apply master kat ukm boleh buat SEMAKAN.

Adik-adik yang tunggu keputusan UPU, akak doakan korang berjaya ke menara gading. Ilmu itu sangat penting...

ok daaa.. :)

p/s : Bila difikirkan nak jadi student semula sangat berdebar !.. tapi aura semangat tetap ada..harap dapat yang terbaik untuk master nanti amin.. Mood : study sungguh2 chayookk!!.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH