Tuesday, February 8, 2011

Adakah Shoutbox anda Selamat?

http://www.bolehvpn.net/blog/wp-content/uploads/2010/02/shoutbox_blogger.jpg 

Salam sebagai pembuka bicara. Rasa amat tidak seronok kerana satu entry untuk satu hari. Ok abaikan, kualiti lebih baik dari kuantitikan...( berkualti ke entry aku? )
Korang pernah dengar tak AUTO BLOGWALKING? Hari ini aku nak buat pendedahan dan terjahan untuk tajuk di atas. Mungkin ramai yang belum tahu info ini? atau aku yang ketinggalan zaman 10 tahun ke belakang? Kalau dah tahu sila abaikan..nanti korang bosan pula kan kan...
Auto blogwalking ni sebenarnya adalah bolgwalking yang menipu. Blogger sebenarnya tak masuk pun ke blog korang tapi mengunakan widget untuk blogwalking kat shoutbox atau chatbox korang. Kalau korang nak tahu selanjutnya sila ke bawah..thank kepada Pendekar Berkuda kerana keprihatinan beliau mengupas isu ini. Semua bahan aku ambil dari blog beliau untuk perkongsian bersama.


Gambar di atas adalah tanpa tapisan. Mereka ini telah lama melakukannya. Penipuan trafik melalui ShoutBox~! Semua blogger di atas, sila ambil perhatian. Sila bertanggungjawab di atas perbuatan anda sendiri. Pendekar berikan anda peluang untuk membela diri anda. Maaf jika terasa. Tapi pendekar lebih sakit hati dengan perbuatan anda~!


Kepada rakan-rakan blogger yang lain...

Kali ini pendekar mahu anda semua mengambil perhatian yang sepenuhnya ke atas apa yang akan pendekar paparkan ini. Ini untuk kebaikan anda juga daripada di tipu oleh blogger-blogger yang mengambil kesempatan ke atas kemeriahan dunia blogging di Malaysia. Maaf jika ada yang terasa. Pendekar tidak ingin perkara seperti ini berlaku lebih dari sekali. So, untuk jalan penyelesaian terbaik, pendekar mahu anda baca langkah-langkah di bawah ini. 

Pendekar sangat alu-alukan jika anda kongsikan perkara ini bersama rakan-rakan blogger yang lain. Especially blogger-blogger baru. Langkah-langkah tersebut adalah.

1. Jika anda pakai CBOX, Sila padamkan / Delete dan tukar / gantikan kan kepada ShoutMix. Untuk mendaftar ShoutMix, Sila Klik kat SINI.

2. Daftarkan dulu ShoutMix anda. Boleh setting sendiri apa yang patut. Selepas itu, buat seperti langkah-langah di bawah pula.

3. Klik Link untuk login ke akaun ShoutMix anda seperti di bawah ini...>

 4. Cari "Website Lock" seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah ini...


5. Masukkan URL anda ke dalam kotak yang disediakan seperti yang pendekar tunjukkan di bawah..



 6. Klik "Save Setting" dan Selesai.
Penerangan : 


  • Dengan berbuat seperti yang pendekar terangkan ini, anda akan mendapat jaminan keselamatan untuk ShoutBox anda daripada di copy dan dicuri oleh sesetengah blogger yang suka menipu untuk mendapatkan trafik percuma ke blog mereka. 
  • ShoutBox anda hanya akan berfungsi di blog anda sahaja. kerana anda telah menguncikan ShoutBox ini hanya boleh digunakan oleh URL blog yang anda tentukan sahaja. 
  • Pengguna CBOX tiada fungsi "Website Lock" oleh itu anda disarankan untuk menggunakan ShoutMix Sahaja. Penggunaan CBOX tidak lagi digalakkan kerana penipuan yang dilakukan oleh para blogger ini. 
  • Pendekar tidak mahu lagi ada kes-kes seperti ini. Ingat ya. Bukannya pendekar tidak tahu cara anda. Anda tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan jika memandang mudah ya para blogger yang "BIJAK PANDAI"..

Aku harap korang ambillah ikhtibar dari pendedahan ini. Kalau yang pakai CBOX tu sila tukar kepada SHOUTBOX. Kepada mana-mana blogger yang buat kaedah penipuan ini sila la INSAF. Duit yang korang dapat tu HARAM sebab korang menipu. Kalau nak blogwalking sila la BW secara betul. Jangan kata dah BW tapi jenguk blog tuan rumah pun TIDAK. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga!. Yang nak buat tu aku nasihatkan JANGAN.. korang takkan bahagia di dunia dan akhirat kalau MENIPU!  

Credit : Pendekar Berkuda

15 comments:

  1. Tu yang su manje tak de kotak chat...
    mengelakkan blogger penipu dtg...
    biar traffik sikit asal tak menipu....
    su lebih senang komen je untuk tinggalkan jejak...

    ReplyDelete
  2. Farah aku xberapa faham camana nak tengok orang tu menipu ke x??

    ReplyDelete
  3. macam ni pon ade ek. berblogging biarlah ikhlas. adeh la, tak matured betol orang perangai camni.

    ReplyDelete
  4. @Puteri Balqis

    nama dia selalu fimiliar dlm sbox org then mesej mst sama je..tp better buat cara ni

    ReplyDelete
  5. wah :O tak sngka boleh ek menipu ngan cara mcm tu ? :O nasig buna shoutmix ;) thanks sesangat for the info ;D

    ReplyDelete
  6. blog dedin x da sb mahupun cb,,
    apa2pon
    thanks for sharing this,,
    ianya sgt berguna

    btw, jom join giveaway dedin
    mudah ja
    x payah karang panjang2 pown !
    x payah serabut kan kepala !
    x payah follow2 !
    x payah tangkap gambar2 !
    x dak banner2 !

    ReplyDelete
  7. owh.. xtw lak ..
    thx bg info brgune .. :)

    ReplyDelete
  8. info yang sangat berguna!
    terima kasih cikFarah kerana sudi sebarkan maklumat ini utk manfaat umum. :)


    buat masa ni, saya belum ada akaun blog yg khusus. Cuma ada website di NING.

    Dengan ikhlas dan rendah hati, saya (dah merah muka ni..malu) mempelawa cikFarah dan para pembaca yang lain. Sama-samalah kita manfaatkan peluang utk saling memperingati dengan kebenaran dan kesabaran.


    ~is-haque


    p/s- sila la jenguk website saya jika cikFarah ada sedikit waktu terluang. (saya faham cikFarah selalu busy)
    tak perlu register pun jika hanya sekadar nak view sahaja. Tapi kiranya sudi utk register (free je), saya amat berbesar hati.

    ReplyDelete
  9. @is-haque

    Alhamdulilah dan terima kasih saya sudah join network itu :)

    ReplyDelete
  10. Yarhamkillah dan terima kasih kembali.

    amat berbesar hati dengan kehadiran cikFarah di sana. :-)

    ReplyDelete
  11. oh,info yg sgt berguna..thanks pda Pendekar kuda..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.