Salam.
Hari ini rasa nak menulis pula tentang perilaku manusia. Aku nikan penyelidik sosial hahaha..
Korang faham tak apa maksud "Datang Tak di Jemput, Pulang Perlu Di hantar?".. Ini bukanlah jampi memanggil hantu atau syaitonn hahaha.
Aku nak bahaskan pasal tetamu yang tak reti bahasa. Maksudnya dah la datang tak dijemput lepas tu bikin onar,tetamu macam ini sudah semestinya perlu di tunjuk pintu balik agar blah cepat-cepat. Tapi itu hanya perumpamaan je. Bukan aku suruh korang pi halau tetamu korang bila korang tak suka..kannnn. Kita sebagai masyarakat Islam perlu meraikan tetamu malah masyarakat lain pun amat meraikan tetamu tapi sebagai tetamu kita perlu sedar akan tindakan diri agar orang sekeliling berasa selesa bila kita bergaul dengan mereka. Tetamu memang perlu diraikan..tapi yang tak bestnya bila tetamu pijak kepala tuan rumah. Rasa nak bagi penampar cap gajah je kan..Tapi kena sabar itu bukan tindakan yang berhemah. Kita ada tamadun dan peradapan. Jangan buat perilaku dengan mengunakan kepala lutut ye.
Sebagai tetamu perlulah menjaga adat dan perilaku. Dan yang paling penting menjaga hati tuan rumah. Apa yang aku nak tulis ni bukan nak mengaibkan orang atau menjatuhkan air muka orang tapi sebagai pengajaran agar kita tidak membuat kes yang sama seperti yang aku tuliskan itu. Jika ingin merapatkan siratulrahim perhubungan mesti dijaga dengan baiknya. Kalau dah sang tetamu dan sang tuan rumah macam "tak ngam" mesti ada perasaan tidak puas hati pada pihak tertentukan. Bila dah tak puas hati mesti rasa tak gembira jika berjumpa lagi. Bila tak gembira mesti rasa jauh hati dan bila dah jauh hati mungkin hubungan siratulrahim pun akan jauhhh jugakan..
Sebagai tetamu apa yang tidak perlu korang buat kalau bertamu rumah orang :
Jangan Kutuk Makanan/minuman yang di hidang oleh tuan rumah
Kalau korang datang rumah orang tak kira lah rumah kawan, saudara, atau adik beadik sekalipun janganlah kondem-kondem apa yang tuan rumah bagi kat korang. Korang makan atau minum je, jangan banyak bunyi boleh? kalau tak sedap makan je sikit atau tak payah makan. Ini adalah seorang hamba Allah, memang mulut tak ada lesen kot, mulut ada lesen ke?. Aku jamulah donut. Memang aku cakap beli je donut tu. Dia boleh kata “ehh tak sedap la..banyak tepung ni”…aku just diam je. Tapi aku tengok berbiji-biji donut tu dia telan. Motif apa? Lepas tu aku rasa tak boleh blah la bila ada someone cakap “ Eh dia hidang teh kosong je” atau “eh sirap je dia bagi”..walaupun bukan aku tuan rumah yang dimaksudkan aku rasa dia ni memang spesies mamalia tak reti bersyukur. Itu pun ada la orang nak jamukan dia minum walaupun teh kosong atau sirap. Kalau datang rumah dia jamu air liur sendiri la. Lansung tak jamu air walaupun bertamu berjam-jam. Lepas itu, ada spesies mamalia ni pulak datang raya rumah aku, dia ni kawan adik aku. Hidup pun susah mereka ni. Bukan aku nak mengeji mereka miskin ke apa tapi dah hidup keadaan macam itu pun masih tak tahu cakap alhamdulilah. Dia datang raya kedua ketiga gitu ( lupa ), adik aku jamulah rendang dan lemang. Masa dia nak balik tu adik aku dengar kawan dia mengumpat dengan adik dia ( adik kepada kawan adik aku ) yang rendang ayam tu keras. Keras ke atau mangkuk itu keras. Sebab licin berkilat mangkuk aku. Nasib baik aku tak dengar kalau tak……. Inilah namanya manusia tak sedar diri. Elok dihidangkan tulang ikan je.
Jangan Kutuk apa yang dimakan oleh Tuan Rumah.
Ini kes kawan sekampung aku. Dia ni ada la mak cik dia yang datang dari planet Pluto. Sejak datang ke Bumi kejakunan dan kebatakan dia pun terserlah. Kawan aku ni masakkan adik bongsu dia ni mee segera. Lepas itu makcik dia yang batak bin rabit bukan rabbit ye, Tanya lah kat kawan aku ni “ Eh apa ni? Rumah makcik tak masuk benda-benda macam ni, anak-anak makcik tak makan tau benda ni”..ohh kawan aku ni yang memang mengagumi kejakunan dan keprihatinan tak makan junk food versi mee segera ni amat tabik la. Dia kata la “meegie “..then lepas itu dia kata “ Boleh mak cik rasa sikit?”. Kawan aku yang baik lagi budiman ni tak bagi rasa sikit tapi bagi terus 1 mangkuk ( sanggup buatkan yang lain untuk adik dia ). Lazat macam menjilat kuku kaki dia makan. Ingatkan nak rasa 1 sudu tapi nasib baik mangkuk tu tak boleh makan. Kalau tak…. Pada pendapat aku memanglah mee segera ni tak baik untuk kesihatan tapi janganlah kutuk-kutuk tuan rumah macam tak ada perasaan. Boleh kata rumah dia tak pernah masuk benda tu konon. Tapi rupanya kata-kata dia hanya TIPU BELAKA sebab ada sorang lagi Mak cik dia bagi tahu. Anak-anak mak cik yang penipu tu sampai tunggu giliran masak mee segera. Siap letak lagi bawang, cili api dan bagai untuk tambah ummhh lagi. Korang rasa apa motif dia cakap “ Eh apa ni? Rumah makcik tak masuk benda-benda macam ni, anak-anak makcik tak makan tau benda ni”.. Lepas itu ada la seorang hamba Allah yang kurang prihatin dengan kata-kata. Dah la datang buka tudung saji orang boleh pula kata “ EIII hati ayamlah..anak-anak I memang tak makan benda macam ni..eii”..weii yang engkau nak menghanjing-hanjingkan lauk pauk tuan rumah pe hal..melainkanlah tuan rumah masak BANGKAI!! Itu memang elok dihidang kepada sesiapa yang bermulut bangkai.
Jangan Kutuk Barangan Tuan rumah
Selalunya tetamu jenis ni elok masuk juri Akedemi Fantasia atau sejenis denganya sebab pandai mengomen je. Masuk rumah ini komen ini, masuk rumah itu komen itu. Apa segala perabot dan jenama barangan dalam rumah semua nak tahu. Kalau nak tahu je tak apa sebab dah tanya amatlah patut diberitahu tapi bukan setakat nak tahu je kan…… Contohnya, tuan rumah beli sofa baru, dia komen..”ehh sofa tak tahan lama, u elok beli jati je”, “ Tv plasma u ni tak cukup besarlah, jenama Panasonic je tak canggih la”…….Kalau boleh seluar dalam tuan rumah pun dia nak komen. Tapi yang peliknya sampai jenama ubat gigi pun nak kutuk apa hal? Kisahnya begini adalah minah ni tumpang tidur rumah tuan rumah ni 2-3 hari. Dia sanggup tak gosok gigi sampai 3 hari sebab kata jenama ubat gigi tuan rumah tak halal. Ok fine, mungkin dia sangat menjaga semua itu tapiii bila si tuan rumah pergi rumah dia dan tumpang toilet dia..haa nahhh kau jumbo ubat gigi jenama yang dikatakan tak halal ada dalam bathroom dia. Aku pun tak tahu apakah motif dia berkata sedemikian? Yang aku tahu saja je nak menghanjing tuan rumah. Korang faham tak maksud menghanjing. Mai sini aku bagitahu, menghanjing bukan anjing ye. Menganjing adalah kutuk, komplen, dan seberadik dengannya. Faham?
Jagalah anak-anak elok-elok
Perkara ni memang cukup familiar jika majlis perayaan, perkahwinan dan macam-macamlah. Budak-budak memang ramai di majlis-majlis macam nikan. Pada pendapat aku budak-budak memang suka main-main atau sinonim dengan perkataan nakal . Mereka ni memang tak ada akal yang matang nak fikir kelakuan mereka ni tapi takkan mak bapak pun tak berakal juga? Buat anak pandai tapi nak tegur anak tak tahu. Masa itu aku pergi beraya rumah orang, lepas itu datang satu family dan dua tiga anak kecil. Budak ni aku rasa dalam 5 atau 6 tahun umur dia. Aku tak salahkan budak ni tapi aku salahkan mak budak ni. Dah la kasut anak dia, dia tak tanggalkan lepas itu biarkan anak dia melompat-lompat atas sofa orang tu siap nak naik atas meja makan dengan kasut gitu. AKu rasa nak hempokk je mak budak dan budak tu sekali. Mak budak tu boleh pula senyum kambing lak. Aku tengok tuan rumah macam tak senang je. Tapi just diam je. Takkanlah tak boleh cubit sikit anak tu, ni main biar je. Beranak pandai pulak! Lepas itu boleh pula buka peti ais tuan rumah. Nagis-nagis nak makanan yang dalam peti ais tu. Mak dia dengan selamba beruk “ I ambil ye, anak I dah menangis nak benda ni”..walaupun aku hanya penonton je. Aku rasa nak menjerit kat telinga dia “weii bodoh ke!!!!”… Pada pendapat aku, kecil-kecil la kena didik jadi sopan sikit. Kalau dari kecil tak dididik dengan baik itulah dah besar perangai serupa jin Ifrit tu.
Jangan suka meminta
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang meminta tapi kalau asyik meminta je memang tak ada otaklah jawabnya. Tapi aku rasa lagi baik meminta daripada mencurikan.. Al kisahnya, aku ada la pergi rumah saudara terdekat, dia buat majlis perkahwinan anak dia. Dia buat kenduri secara gotong-royong. Yang aku rasa tabiat yang memalukan, ada segolongan orang kampung dah makan tiba-tiba minta plastik nak bungkus lauk-pauk yang ada. Bila sorang dah start, datang dua lepas itu korang fahamlah. Mereka ni aku fikir otak letak kat bontot kot. Majlis belum selesai yang gatal nak angkut semua lauk pauk bagai tu kenapa? Tuan rumah terpaksa sorok lauk semua itu sebab rombongan pihak lelaki belum sampai. Kalau yang tolong gotong royong tu mungkin boleh dimaafkan tapi kalau alasan nak bawakan anak-anak yang tak datang kenduri. Apahal? Yang gotong-royong tak minta, yang bawa perut pula yang lebih pulak. Aku paling tak suka kalau ada tetamu yang selamba tapir je dia boleh minta saguhati untuk tetamu majlis sampai banyak-banyak sebab nak bagi anak dia. Kalau dah rasa nak bagi anak satu sorang kenapa tak bawa anak sama-sama datang. Kann dah dijemput 1 family. Inilah dinamakan kemaluan letak kat muka pun masih tak malu. Dan satu lagi kisah yang amat memalukan. Adalah insan ni menghadiri rumah saudara dia untuk majlis perkahwinan. Dengan perasaan tak tahu malu dan tak ada rasa bersalah. Boleh bungkus semua bunga telur sebaik lepas pengantin bersanding. Kalau 3-4 tu tak apa. Ni hampir habis di sapunya. Dia tak boleh fikir ke tuan rumah tu nak bagi tetamu lain..takkan semua nak bagi ke dia je. Tak cukup dengan itu kuih muih untuk stock tetamu pun habis kena bungkus bawa balik rumah dia. Memanglah dia itu saudara terdekat tapi gunalah otak bahawa masih ramai tetamu lagi!!..pe kejadah orang macam ni?
Sebenarnya berlambak benda aku nak tulis lagi tapi lenguh pula tangan aku ni. Kalau korang ada ciri-ciri di atas lebih baik korang berhentikan tabiat buruk lagi hodoh tu. Kalau korang buat perangai macam itu..korang pergi mana sekalipun tak ada siapa yang akan suka.
p/s : Yang makan cili, pergilah minum air banyak-banyak ye, nanti melecur pula. Bukan nak mengeji tapi cuma nak menasihati dan mengingati je.
## Gambar tiada kaitan yang hidup dengan yang mati. Sumber gambar dari Google.
i loike this entry <3
ReplyDeletemmg ade org jns suke kondem2, harap mkn sedap2. haiyooo. bersyukur sudeyyy ~ :)
bosannya blog neh
ReplyDelete@aisya
ReplyDeletethank :)
@Anonymous
ReplyDeletekalau bosan boleh pergi main jauh2 ye..
likelikelike.sumaya butuii.da datang umah orang tuu.trima ja la ap orang na hidang.jga anak2.jaga mlot suma tu.nihh x.sesedap rasa na komen2 umah org.hamoih2.
ReplyDeletepandangan kita sama... cuma blum nak buat entry pasal ni lagi..saya benci bila org yek yek kan makanan yg kita makan...
ReplyDeletecth: eeeee ape tu? tempoyak? yek! aku takleh la makan tempoyak, geli
eeeee pe tu? petai? eeee tak lalu tekak aku nak makan..
korang taknak korg jgn mkan.. takyah nak yek yek makanan org kan...
suke bace yg jage ank elok-elok tu..situasi yg kne hadap hari2.nak blasah mak ade dpn mate..sabo jek la..heee..
ReplyDeletesalams.
ReplyDeletenak komen bab 'Jaga anak elok-elok'..
"Buat anak pandai tapi nak tegur anak tak tahu."
cikFarah tak boleh kata macam tu.
kenapa?
seab dorang dapat anak tidak ada kena mengena dengan apa-apa kepandaian yg mereka miliki.
mungkin hakikatnya anak-anak itu hanyalah produk sampingan semata-mata...hahahaha
dah lepas dorang kawin tu, (tanpa merancang apa-apa), 'tiba-tiba' je terbunting dan terberanak..(dan proses yang sama berulang beberapa kali)...maka saya kira itulah sebabnya dorang jaga anak macam jaga ayam itik je...tau bagi makan je.
syabas cikFarah. Boleh dicalonkan dalam kategori blog prihatin. Saya setuju 500% dengan tulisan cikFarah.
bab anak dibiarkan naik rumah orang dengan berkasut berselipar, saya sendiri pernah alami. Maksud saya, sebagai tuan rumah.
memang rasa nak campak je budak tu keluar tingkap. Tapi nanti jadi kes polis pulak. So, saya dengan selambanya tolong bukakan kasut selipar budak-budak tu dan campak je depan tangga. (ohh, memang teringin nak campak je bebudak tu sekali).
kalau mood tengah baik, saya serahkan kasut selipar bebudak tu kat mak bapaknya. Dengan diiringi pandangan laser dan senyuman sintetik.
mak bapak macam ni la yang suatu hari nanti akan tertanya-tanya, "kenapa la anak kita kurang ajar?"
"kenapa anak aku buas sangat, tak macam anak orang lain?"
heh. Usia TIDAK menjamin kematangan. Kalau dah bodoh tu, bangang sampai ke mati.
maaf cikFarah terkomen panjang lak..
p/s- orang yang kata 'bosannya blog ni' tu, sah la dah tertelan sambal extra spicy cikFarah..haha
ha, bab yang bertandang rumah orang dengan tujuan nak makan sedap-sedap tu, selalunya saya sound je "nak makan sedap pergi jelah makan kat restoran!!"
ReplyDeletebetoi2....
ReplyDeletekadang rasa nak tibai je tetamu begitu....
@cik anumrosli
ReplyDeleteBetul. Mulut lagi bisa dari mata pedang
@Zulfikar Hazri
ReplyDeleteBetul..rasa sakit hati je org yek2kan makanan. Kalau tak makan jangan la komen apa-apa.
@cik cintan
ReplyDeleteSetuju. Geram je tengok mak bapak asyik biarkan anak2 sesuka-hati je
@is-haque
ReplyDeleteThank. Saya amat tertarik dengan komen anda. Budak2 yang masih kecil la yang perlu dididik. Melentur buluh biar dari rebungnya. :)
@mOhd Hafiz
ReplyDeleteSokong! hehehe
@is-haque
ReplyDeleteMereka tu mesti dah set dlm otak nak makan sdp tp FREE
@♥Miss Farah♥
ReplyDeleteya, tahu..sebab tu la saya sengaja ingatkan tetamu yang kurang ajar, dah dibagi makan free tu, komen biar berlapik.. biar mereka sedar diri sikit.
untuk tetamu yang celupar mulut, komen makanan sikit sangat atau kurang sedap..saya akan kata "takpe, yang ni tak payah bayar."
untuk tetamu yang suka 'yek'kan makanan tuan rumah, saya akan jawab "takpe, toksah risau..kami tak suruh korang makan"
tetamu yang tak reti jaga bahasa, yang memang pasang niat nak makan free sedap2 banyak2, yang biarkan anak lepas bebas tanpa dipantau, mereka ni sebenarnya manusia yang amat mementingkan diri. Langsung tak sensitif dengan perasaan orang.
so, buat apa kita nak bersusah payah jaga hati mereka (dan pendam sampai hati kita yang sakit?)
memang layak kena smash je.
p/s- aku ibarat cermin..orang senyum, aku senyum balik...kalau orang jelir lidah, aku suapkan je ciliboh secukup rasa. hehe
huh...saya pun ada pengalaman mcm ni...
ReplyDeletekwn saya y dth umah saya kutuk2 umah saya..
sakitnya hati....
malunya...
saya taw mungkin parents saya kecik hati dgn kata2 dia
,
Sedara sebelah suami dtg rumah then kita ajak join mkn sekali sb dtg kami tgh nk mkn mlm... Time mkn boleh pulak ckp knp msk kari xde santan? Watdahek.. I msk ikut tekak suami i..dh suami xsuka santan.. Dia yg dtg mkn byk bunyi...
ReplyDelete