Ular Sawa Lilit Bas

Santapan mata. Sah-sah teknik PS nih..kau mampu?


#aku belum mampu lagi, masih beginner hahaha.. k bai!


Gembira Bila Anak Hamil Luar Nikah.



THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.
"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.
"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.
Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.
Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.
Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.
"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.
- Agensi


# Dunia akhir zamankan, tapi tak kisahlah sebab mereka non-muslim, kalau orang muslim macam tu amacam? ada ker?
# Berdisplin? hahaha..

Steak Tahi Manusia

Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan. Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.

 

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. ‘Daging’ yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu. – Carigold Forum

Aksi makan beramai-ramai..jerkkk!

Inilah kalau hidup dah maju sangat sampai tahi pun kena makan..Korang sanggup ke? ishhh jerk!
Oh shit!


Source : from emel

Emel Penipu!

Assalamualaikum, mesti korang ada dapat emel yang nak bagi korang duitlah, itulah inilah tapi janganlah korang terpedaya sebab sebenarnya memang PENIPU! Silap-silap duit korang pulak kena songlap kan.. Semalam aku dapat emel ni, entah dari mana pun aku tak tahu. Konon nak aku uruskan kewangan dia.. piraahhh penipu!


Click kalau nak baca.

Sebelum ni pun aku ada dapat emel macam ni jugak. Konon nak bagi aku duit la konon. Korang baca Emel ni.

Aku nak ingatkan kepada korang jangan percaya dekat emel-emel macam ni. Ini semua PENIPU. Takkan la nak bagi orang yang tak kenal duit melainkan mereka nak duit korang. Kang dia minta nombor akaun dan maklumat korang. Habis semua akaun bank korang kena HACK. Zero dalam akaun nanti. So berhati-hati yer..jangan mudah tertipu.


p/s: Kalau betul mereka ni nak bagi duit, mereka sendiri datang cari korang dan bagi CASH dalam tangan. Kalau nak tolong balaskan emel ni pun boleh :) tapi apa-apa hal aku tak jamin k.

BUAYA MASAK 3 RASA

Assalamualaikum..
Korang ni asyik makan ikan masak 3 rasalah..masam manisla..

Tapi kenapa tak nak rasa menu baru lagi mengiurkan ni hahaha..jom rasa

^




^



^







^




KEPALA BUAYA MASAK TIGA RASA




http://api.ning.com/files/i4A2-2EQU7ZxwJrGQsZiMFn9aqR8DQ6rQMt1*vyvigo9u*ayKM*KWdNz1JQgTB2ewi4bGv6XYa-0F2KZbKOubwLgRy5cATe3/buaya.jpg



Kepuasan mesti terserlah di wajah korang selepas merasakannya..muahahahaha!!

Gambar : From Email

8 Ciri Lelaki Aku BENCI!



Assalamualaikum dan selamat petang...
Ramai sangat orang isi borang untuk aku semak borang melamar..semuanya FAIL! hahaha..
Tak adalah tipu jerrr...
Of courselah dalam dunia ni semua perempuan nak lelaki yang baik dan boleh melindungi mereka. Ce ceta siapa pompuan yang nak lelaki jahat macam Firaun? Kalau ada tu mesti ada wayar putuskan..meh sini aku sambungkan biar berfungsi semula. Kali ni aku nak senaraikan ciri-ciri..that mean imej luaran yang paling aku tak suka tentang lelaki. Kalau dalaman sememangnya aku nak yang beriman, baik, penyayang dan semua positiflah.. Tapi tak semuanya perfect dah namanya manusia mesti ada cacat cela tapi paling penting dia boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai Allah.. Tapi imej juga perlu di ambil kira..kalau teruk sangat pun tak larat juga sebab kita akan hidup bersama dia.. Ohh lelaki je nak demand ye..tak aci-tak aci!!

Antara CIRI-CIRI  LUARAN yang paling aku BENCI melihatnya adalah :

http://4.bp.blogspot.com/-w7g-ZPjabE4/TYA3Pd3oSiI/AAAAAAAAAtM/laKZGqR_8kk/s400/Selekeh.jpg
1. SELEKEH

Aku memang tak suka lelaki selekeh. Tak handsome tak apa asalkan kemas dan nampak smart. Contohnya kalau bermisai kenalah kemas ni umur belum 30 dan nampak macam 50 tahun.. Tua sebelum usia. Kalau berpakaian perlulah kemas ni macam "orang tak betul tepi jalan" ha..kan tak betul.. Ni muka berdaki..leher hitam penuh daki..geli aku tengok.. wekkk!! Rambut pulak macam tak reti nak jaga..serabai..cantik lagi rambut hantu kak limah balik rumah!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpXwKf8h5Rvn5U8oLxcNDHI-7kVVD2FsEmXOggjzVKm0VaKRHDqAKgxAGA5hnrDIE28CqZKzuhffEs0JwHFUIoFsRHjtaGAJKKGdz0PY9tUlkJOEfwlFCEBqFL0J8hVINBg8bWI39FjILo/s1600/260zq87.jpg 

2. RAMBUT PANJANG DAN BERWARNA

Handsome tak abang kat atas tu? hahaha..ok itu hanya gambar hiasan je tak ada kena mengena dengan dia cuma contoh je. Aku rasa sangat semak tengok lelaki rambut panjang macam pontianak. Kalau dijaga dengan kemas tak per..macam uztaz Akill Hay..tapi rambut jela orangnya uhh bukan ye! Lepas itu macholah konon warna-warna rambut.. Pada aku not my tease la lelaki yang suka warna rambut. Melainkan rambutnya memang semulajadi warna sebegitu. Lagi satu kalau lelaki or perempuan warnakan rambut sah ker bawa sembahyang?? syukur jela dengan rambut yang Allah kurniakan ..


3. PENGOTOR

Berkhasiat tak gambar di atas? Kalau berkhasiat sila sedut ramai-ramai.. Wekkk serius aku rasa nak muntah kalau tengok lama-lama. Korang elok tengok masa tengah makan atau minum ye baru berkhasiat..kahkahkah.. (gila keji ).. Lelaki yang aku rasa tak suka sesangat ialah pengotor..macam kat atas tu la..pas tu kuku panjang hitam macam bertahik je jerkkkk!..terutama lelaki yang simpan kuku kat jari kelinking..macam macho je tapi poyo hahaha.. setahu aku yang suka simpan kuku panjang kat jari kelinking ni suka simpan santau, dia akan letak santau kat dalam kuku dia dan tiup melalui kuku dia.. tapi kesahihannya tidak pasti. Lepas itu aku tak suka lelaki yang suka meludah merata-rata..jijik mak tengoknya nyahhh!! Tapi aku memang benci lelaki pengotor..jijik nyahh!!

http://fitness.bf-1.com/wp-content/uploads/2010/05/shorts01.jpg

4. BERSELUAR PENDIK

Korang tengok seluar je..jangan tengok benda lain. Gambar mungkin ada unsur luzahh sikit tapi cuma gambar hiasan je..jangan fikir apa-apa. OK fine.. cam gini ceritanya..mata aku memang tak berkenan dengan imej lelaki yang berseluar pendik..apa kau ingat kau macho ker? sorry la..kalau aku date dengan pakwe aku dan dia pakai seluar pendik..confirm aku cancel date..memang tak berkenan aku tengoknya..sorry ye baii.. Sebab tak suka.. korang fikirlah..aurat lelakikan..kalau lelaki tu pun tak tahu tang mana aurat dia..macam mana lah nak membimbing kita yang serba kekurangan ni.. @_____*

http://img148.imageshack.us/img148/1852/hiphoppants.jpg



5. FESYEN PELIK-PELIK TAHI AYAM TAHI ITIK

Lu ingat lu handsome ke..bila lu pakai seluar macam ni. Serius wa cakap lu macam hampas la!..hahaha.. Fesyen macam ini rasa macam menucuk-cucuk je bijik mata aku..rimass beb..



http://4.bp.blogspot.com/_Uk3t3x0_HOQ/TB9HNnI4Q4I/AAAAAAAABKU/rzaGZ8zWXOk/s1600/merokok.jpg

6. PEROKOK

Aku tak suka perokok..1 sebab kesihatan. Taknak la jadi janda muda-muda hahahha..( tapi itu kuasa Tuhan ).. Lepas itu membahayakan diri aku. Mereka ada "pelindung" iaitu puntung rokok tu tapi kita yang menyedutnya memang terus sedut sampai ke peparu..betul tak? Baunya asap yang berkepul-kepul memang meyesakkan nafas. Kalaulah lelaki itu memang akan jadi gila babi bila tak hisap rokok memadailah jangan hisap depan aku. Pada pendapat aku perokok kenalah menghormati orang yang TIDAK merokok. Kalau kau dah rasa nak mampus sangat tak dapat hisap rokok tolong pergi jauh-jauh ok..( ganas ayat ).. Ni nak gosip sikit ni,,ada le seorang lelaki tak berotak..sedap-sedap je dukung babynya sambil hisap rokok. Aku rasa dia ni jenis bapak tak berakal..kalau nak mati awal pun jangan la jadikan anak sebagai mangsa. Nasib baik aku tak mencarut depan kau bai! 


http://4.bp.blogspot.com/-lNF_GTfXdvQ/TWEh0IYMSII/AAAAAAAAAgs/H5mWpELHahY/s400/Bau%2Bbusuk.jpg

7. BERBAU

Kalau bau wangi tak pe la..ni bau busuk aka hangit.. Yang paling tak tahan bau badan. Dah tahu bau badan lagi busuk dari kambing pe hal tak tahu jaga kebersihan. Pakai la deodoran ke pewangi ke..yang penting kena kerap mandi. Tapi janganlah mandi-mandi kerbau semakin mandi semakin teruk wekkk! Lepas itu bau mulut..aku rasa nak tutup hidung je bila bercakap dengan someone bau nafas yang busuk tapi rasa tak sampai hati so tahan nafas je.. Gosoklah gigi dan pakai penyembur mulut..baru lah segar kalau nak jimat makanlah singam..

http://4.bp.blogspot.com/_1j-4FbQNqN4/Sy4z34g8cPI/AAAAAAAAAME/anXI6Lr1fcM/s400/lelaki+anting2.jpg

8. LELAKI BERGELANG, BERANTAI DAN BERTINDIK

Serius aku cakap lelaki yang berantai just like dog.. Anjing maybe comel berantai tapi kalau lelaki berantai langsung tak comel tapi hudohhh.. Kalau si David Beckham ni tak apa la sebab dia bukan muslim,,,nak rantai emas pun tak kisah. Ini muslim..pastu megah pakai rantai emas..tak ada kemaluan betul la..Tapi walau apa sekali pun aku memang tak suka spesies lelaki berantai, bergelang dan bertindik...


P/S Cukuplah 8 je ciri-ciri yang aku tak suka..kalau ikutkan hati nak senaraikan seratus lapan ploh ciri..kang melampau-lampau pula kang kannn..

Credit picture from GOOGLE

Wanita Berusia 29 Tahun Berkahwin dengan Anjing Peliharaannya

Assalamualaikum
Hari ini nak kongsi berita yang paling sengal sekali. Tapi sebelum aku repost semula berita ni aku nak tanya dengan korang.. Korang nak tak kahwin dengan binatang peliharaan korang seperti kucing, hamster, lembu, ayam atau seangkatan dengannya? Kalau ya..mesti korang mengalami tekanan dan kemurungan yang tingi. Cepat-cepatlah pergi berubat hahaha.. Tapi berlainan pula dengan gadis ini..

http://api.ning.com/files/u6XUeysIPpx4HJRWDIdR6reIuDSvz7vC*yZ4tHWZishH-EJZMVMxNZICAB0qv9YHczpQBQREd0nIGNSbGzf44niek7PSWyHF/aneh_37.jpg


Emily Mabou, 29 tahun yang berasal dari Desa Aburi, Togo telah memutuskan untuk berkahwin dengan anjingnya sendiri. Alasannya, anjing itu mempunyai personaliti seorang lelaki yang dia inginkan selama ini. 
"Saya sudah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki tapi mereka semua sama sahaja, cuma mahukan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya," jelas Emily.
Akhirnya, majlis perkahwinan Emily menjadi kenyataan dan telah diuruskan oleh paderi dari kampung beliau. Perkahwinan Emily dihadiri oleh ramai orang dek kerana kehairanan dan ingin tahu. Akan tetapi, majlis itu tidak dihadiri oleh keluarga rapat Emily kerana meraka menganggap ini adalah "perbuatan gila untuk menghilangkan rasa sunyi". 
Apabila ditanya bagaimana dia ingin mempunyai anak dengan suaminya, Emily menjawab dengan tegas bahawa dia akan mengambil anak angkat.

Korang jangan jadi macam ini pulak..kalau korang kecewa dengan cinta or hidup korang memadai la dengan memelihara pet je..jangan sampai kahwin dengan pet korang..

p/s : Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum..dunia belum berakhir :'(

Makan Zakar Lelaki 18SX Budak-budak jangan tengok

Assalamualaikum. Gambar ini aku dapat dari emel..Loya tekak aku tengok benda ni..rasa nak muntah la wei..apa-apa pun layan gambar ni tapi budak-budak tak usah tengok. Jangan tiru perkara macam ini!!



Ni la makanan yang paling jijik iaitu zakar lelaki.Tapi sejauh manakah kebenarannya?Ada ke manusia nak makan kemaluan lelaki? Bila dilihat, mungkin ia hanya hasil sentuhan photoshop.Tapi bila tengok betul-betul, zakar ni macam betul la pula.Tapi yang pasti, kesahihan gambar ni masih belum dibuktikan lagi.

 
Kalau macam inilah gayanya golongan lelaki kenalah berhati-hati kerana anda mungkin terkorban..

Nenek Tua Ditiduri 3500 Lelaki

Mulai berprofesi menjadi pelacur pada pasca meletusnya Perang Dunia ke-2  setelah suaminya tewas dalam pertempuran, nenek yang bernama Milly Cooper ini mengatakan sudah ditiduri oleh lebih dari 3500 lelaki. Yang memeranjatkan adalah bahawa hingga di usianya yang senja ini sang nenek masih aktif menerima pelanggan walau tidak seramai dulu semasa muda. Dalam seminggu nenek Cooper masih dibooking  pelanggan dan para pelanggan itu usianya antara 29 tahun hingga 92 tahun, hairan juga  masih ada yang sanggup berhubungan dengan sang nenek yang sudah kerepot begini.
Ketika ini ia tinggal di Las Vegas Amerika Syarikat setelah berpindah dari rumahnya di London Timur Inggris. Dalam perjalanan hidupnya sang nenek ini pernah taubat untuk tidak jadi pelacur lagi  selama 5 tahun namun kerana ditinggalkan anak perempuannyai dan hidup dalam penghasilan yang tak menentu akhirnya sang nenek Cooper kembali ke professon yang pernah dilakunya hingga kini.
Nenek Cooper pernah pindah kerjaya dari pelacur menjadi Mummy @ Germo @ ibu ayan yang memiliki dan mengelola rumah pelacuran dan ketika itu dia menemukan pasangan hidup suaminya yang kedua seorang akuntan di tahun 1955. Pada ketika itu dia memiliki anak buah sejumlah 10 pelacur muda yang bekerja  di rumah pelacurannya.
Walau sudah tua dikatakan sang nenek Cooper ini masih memiliki payudara yang berukuran besar walau tubuhnya sudah kurus kering. Just For Info nenek Cooper tarif bookingnya sekali langgan sekitar 800 Poundsterling dan dalam satu tahun masih berpendapatan 50 ribu Poundsterling. Patutlah dia tak mahu berhenti.


P/s : Macam-macam halkan..janganlah korang jadikan idola pulak!!

Sumber : Bestoneoffour

Datang Tak Dijemput, Pulang Perlu Dihantar


Salam.
Hari ini rasa nak menulis pula tentang perilaku manusia. Aku nikan penyelidik sosial hahaha..
Korang faham tak apa maksud "Datang Tak di Jemput, Pulang Perlu Di hantar?".. Ini bukanlah jampi memanggil hantu atau syaitonn hahaha.
Aku nak bahaskan pasal tetamu yang tak reti bahasa. Maksudnya dah la datang tak dijemput lepas tu bikin onar,tetamu macam ini sudah semestinya perlu di tunjuk pintu balik agar blah cepat-cepat. Tapi itu hanya perumpamaan je. Bukan aku suruh korang pi halau tetamu korang bila korang tak suka..kannnn. Kita sebagai masyarakat Islam perlu meraikan tetamu malah masyarakat lain pun amat meraikan tetamu tapi sebagai tetamu kita perlu sedar akan tindakan diri agar orang sekeliling berasa selesa bila kita bergaul dengan mereka. Tetamu memang perlu diraikan..tapi yang tak bestnya bila tetamu pijak kepala tuan rumah. Rasa nak bagi penampar cap gajah je kan..Tapi kena sabar itu bukan tindakan yang berhemah. Kita ada tamadun dan peradapan. Jangan buat perilaku dengan mengunakan kepala lutut ye.
Sebagai tetamu perlulah menjaga adat dan perilaku. Dan yang paling penting menjaga hati tuan rumah. Apa yang aku nak tulis ni bukan nak mengaibkan orang atau menjatuhkan air muka orang tapi sebagai pengajaran agar kita tidak membuat kes yang sama seperti yang aku tuliskan itu. Jika ingin merapatkan siratulrahim perhubungan mesti dijaga dengan baiknya. Kalau dah sang tetamu dan sang tuan rumah macam "tak ngam"  mesti ada perasaan tidak puas hati pada pihak tertentukan. Bila dah tak puas hati mesti rasa tak gembira jika berjumpa lagi. Bila tak gembira mesti rasa jauh hati dan bila dah jauh hati mungkin hubungan siratulrahim pun akan jauhhh jugakan..
Sebagai tetamu apa yang tidak perlu korang buat kalau bertamu rumah orang :

http://www.mnirashid.com/blog/pic/buffet.jpg


Jangan Kutuk Makanan/minuman yang di hidang oleh tuan rumah

Kalau korang datang rumah orang tak kira lah rumah kawan, saudara, atau adik beadik sekalipun janganlah kondem-kondem apa yang tuan rumah bagi kat korang. Korang makan atau minum je, jangan banyak bunyi boleh? kalau tak sedap makan je sikit atau tak payah makan. Ini adalah seorang hamba Allah, memang mulut tak ada lesen kot, mulut ada lesen ke?. Aku jamulah donut. Memang aku cakap beli je donut tu. Dia boleh kata “ehh tak sedap la..banyak tepung ni”…aku just diam je. Tapi aku tengok berbiji-biji donut tu dia telan. Motif apa? Lepas tu aku rasa tak boleh blah la bila ada someone cakap “ Eh dia hidang teh kosong je” atau “eh sirap je dia bagi”..walaupun bukan aku tuan rumah yang dimaksudkan aku rasa dia ni memang spesies mamalia tak reti bersyukur. Itu pun ada la orang nak jamukan dia minum walaupun teh kosong atau sirap. Kalau datang rumah dia jamu air liur sendiri la. Lansung tak jamu air walaupun bertamu berjam-jam. Lepas itu, ada spesies mamalia ni pulak datang raya rumah aku, dia ni kawan adik aku. Hidup pun susah mereka ni. Bukan aku nak mengeji mereka miskin ke apa tapi dah hidup keadaan macam itu pun masih tak tahu cakap alhamdulilah. Dia datang raya kedua ketiga gitu ( lupa ), adik aku jamulah rendang dan lemang. Masa dia nak balik tu adik aku dengar kawan dia mengumpat dengan adik dia ( adik kepada kawan adik aku ) yang rendang ayam tu keras. Keras ke atau mangkuk itu keras. Sebab licin berkilat mangkuk aku.  Nasib baik aku tak dengar kalau tak……. Inilah namanya manusia tak sedar diri. Elok dihidangkan tulang ikan je. 


 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/3d/Makan_mie.jpg

Jangan Kutuk apa yang dimakan oleh Tuan Rumah.

Ini kes kawan sekampung aku. Dia ni ada la mak cik dia yang datang dari planet Pluto. Sejak datang ke Bumi kejakunan dan kebatakan dia pun terserlah. Kawan aku ni masakkan adik bongsu dia ni mee segera. Lepas itu makcik dia yang batak bin rabit bukan rabbit ye, Tanya lah kat kawan aku ni “ Eh apa ni? Rumah makcik tak masuk benda-benda macam ni, anak-anak makcik tak makan tau benda ni”..ohh kawan aku ni yang memang mengagumi kejakunan dan keprihatinan tak makan junk food versi mee segera ni amat tabik la. Dia kata la “meegie “..then lepas itu dia kata “ Boleh mak cik rasa sikit?”. Kawan aku yang baik lagi budiman ni tak bagi rasa sikit tapi bagi terus 1 mangkuk ( sanggup buatkan yang lain untuk adik dia ). Lazat macam menjilat kuku kaki dia makan. Ingatkan nak rasa 1 sudu tapi nasib baik mangkuk tu tak boleh makan. Kalau tak…. Pada pendapat aku memanglah mee segera ni tak baik untuk kesihatan tapi janganlah kutuk-kutuk tuan rumah macam tak ada perasaan. Boleh kata rumah dia tak pernah masuk benda tu konon. Tapi rupanya kata-kata dia hanya TIPU BELAKA sebab ada sorang lagi Mak cik dia bagi tahu. Anak-anak mak cik yang penipu tu sampai tunggu giliran masak mee segera. Siap letak lagi bawang, cili api dan bagai untuk tambah ummhh lagi. Korang rasa apa motif dia cakap “ Eh apa ni? Rumah makcik tak masuk benda-benda macam ni, anak-anak makcik tak makan tau benda ni”.. Lepas itu ada la seorang hamba Allah yang kurang prihatin dengan kata-kata. Dah la datang buka tudung saji orang boleh pula kata “ EIII hati ayamlah..anak-anak I memang tak makan benda macam ni..eii”..weii yang engkau nak menghanjing-hanjingkan lauk pauk tuan rumah pe hal..melainkanlah tuan rumah masak BANGKAI!! Itu memang elok dihidang kepada sesiapa yang bermulut bangkai.


http://spiderman.anugerahgelindo.com/uploads/article/renovate/furniture2.jpg


Jangan Kutuk Barangan Tuan rumah

Selalunya tetamu jenis ni elok masuk juri Akedemi Fantasia atau sejenis denganya sebab pandai mengomen je. Masuk rumah ini komen ini, masuk rumah itu komen itu. Apa segala perabot dan jenama barangan dalam rumah semua nak tahu. Kalau nak tahu je tak apa sebab dah tanya amatlah patut diberitahu tapi bukan setakat nak tahu je kan…… Contohnya, tuan rumah beli sofa baru, dia komen..”ehh sofa tak tahan lama, u elok beli jati je”, “ Tv plasma u ni tak cukup besarlah, jenama Panasonic je tak canggih la”…….Kalau boleh seluar dalam tuan rumah pun dia nak komen. Tapi yang peliknya sampai jenama ubat gigi pun nak kutuk apa hal? Kisahnya begini adalah minah ni tumpang tidur rumah tuan rumah ni 2-3 hari. Dia sanggup tak gosok gigi sampai 3 hari sebab kata jenama ubat gigi tuan rumah tak halal. Ok fine, mungkin dia sangat menjaga semua itu tapiii bila si tuan rumah pergi rumah dia dan tumpang toilet dia..haa nahhh kau jumbo ubat gigi jenama yang dikatakan tak halal ada dalam bathroom dia. Aku pun tak tahu apakah motif dia berkata sedemikian? Yang aku tahu saja je nak menghanjing tuan rumah. Korang faham tak maksud menghanjing. Mai sini aku bagitahu, menghanjing bukan anjing ye. Menganjing adalah kutuk, komplen, dan seberadik dengannya. Faham?


http://semuabest.com/wp-content/uploads/2010/12/misbehaviours3-520x389.jpg

Jagalah anak-anak elok-elok

Perkara ni memang cukup familiar jika majlis perayaan, perkahwinan dan macam-macamlah. Budak-budak memang ramai di majlis-majlis macam nikan. Pada pendapat aku budak-budak memang suka main-main atau sinonim dengan perkataan nakal . Mereka ni memang tak ada akal yang matang nak fikir kelakuan mereka ni tapi takkan mak bapak pun tak berakal juga? Buat anak pandai tapi nak tegur anak tak tahu. Masa itu aku pergi beraya rumah orang, lepas itu datang satu family dan dua tiga anak kecil. Budak ni aku rasa dalam 5 atau 6 tahun umur dia. Aku tak salahkan budak ni tapi aku salahkan mak budak ni. Dah la kasut anak dia, dia tak tanggalkan lepas itu biarkan anak dia melompat-lompat atas sofa orang tu siap nak naik atas meja makan dengan kasut gitu. AKu rasa nak hempokk je mak budak dan budak tu sekali. Mak budak tu boleh pula senyum kambing lak. Aku tengok tuan rumah macam tak senang je. Tapi just diam je. Takkanlah tak boleh cubit sikit anak tu, ni main biar je. Beranak pandai pulak! Lepas itu boleh pula buka peti ais tuan rumah. Nagis-nagis nak makanan yang dalam peti ais tu. Mak dia dengan selamba beruk “ I ambil ye, anak I dah menangis nak benda ni”..walaupun aku hanya penonton je. Aku rasa nak menjerit kat telinga dia  “weii bodoh ke!!!!”… Pada pendapat aku, kecil-kecil la kena didik jadi sopan sikit. Kalau dari kecil tak dididik dengan baik itulah dah besar perangai serupa jin Ifrit tu. 


http://lawak.rileks.info/wp-content/uploads/2010/03/ayam-lawak.jpg


Jangan suka meminta

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang meminta tapi kalau asyik meminta je memang tak ada otaklah jawabnya. Tapi aku rasa lagi baik meminta daripada mencurikan.. Al kisahnya, aku ada la pergi rumah saudara terdekat, dia buat majlis perkahwinan anak dia. Dia buat kenduri secara gotong-royong. Yang aku rasa tabiat yang memalukan, ada segolongan orang kampung dah makan tiba-tiba minta plastik nak bungkus lauk-pauk yang ada. Bila sorang dah start, datang dua lepas itu korang fahamlah. Mereka ni aku fikir otak letak kat bontot kot. Majlis belum selesai yang gatal nak angkut semua lauk pauk bagai tu kenapa? Tuan rumah terpaksa sorok lauk semua itu sebab rombongan pihak lelaki belum sampai. Kalau yang tolong gotong royong tu mungkin boleh dimaafkan tapi kalau alasan nak bawakan anak-anak yang tak datang kenduri. Apahal? Yang gotong-royong tak minta, yang bawa perut pula yang lebih pulak. Aku paling tak suka kalau ada tetamu yang selamba tapir je dia boleh minta saguhati untuk tetamu majlis sampai banyak-banyak sebab nak bagi anak dia. Kalau dah rasa nak bagi anak satu sorang kenapa tak bawa anak sama-sama datang. Kann dah dijemput 1 family. Inilah dinamakan kemaluan letak kat muka pun masih tak malu. Dan satu lagi kisah yang amat memalukan. Adalah insan ni menghadiri rumah saudara dia untuk majlis perkahwinan. Dengan perasaan tak tahu malu dan tak ada rasa bersalah. Boleh bungkus semua bunga telur sebaik lepas pengantin bersanding. Kalau 3-4 tu tak apa. Ni hampir habis di sapunya. Dia tak boleh fikir ke tuan rumah tu nak bagi tetamu lain..takkan semua nak bagi ke dia je. Tak cukup dengan itu kuih muih untuk stock tetamu pun habis kena bungkus bawa balik rumah dia. Memanglah dia itu saudara terdekat tapi gunalah otak bahawa masih ramai tetamu lagi!!..pe kejadah orang macam ni?

Sebenarnya berlambak benda aku nak tulis lagi tapi lenguh pula tangan aku ni. Kalau korang ada ciri-ciri di atas lebih baik korang berhentikan tabiat buruk lagi hodoh tu. Kalau korang buat perangai macam itu..korang pergi mana sekalipun tak ada siapa yang akan suka.
p/s : Yang makan cili, pergilah minum air banyak-banyak ye, nanti melecur pula. Bukan nak mengeji tapi cuma nak menasihati dan mengingati je.

## Gambar tiada kaitan yang hidup dengan yang mati. Sumber gambar dari Google.




Ada orang nak bagi aku £2,000.000.00 paun..biar betul?

Salam..
Masa I buka emel tadi I terkejut dengan satu emel ini. Dia kata dia ada penyakit kanser dan dia nak dermakan semua duit dia kepada I..Ini hajat dia dan suami dia sebab dia tak ada cahaya mata..
Takkan emas berlian runtuh dari langit? Biar betul..atau taktik nak kenakan orang je...Kalau betul memang bestla..jangan nak wasiatkan hutang bernilai £2,000.000.00 pada I pula dah la..mati I nak bayar :)
I memang tak bercaya la sebab I langsung tak kenal dengan orang ni..Kalau saudara I yang tulis itu tak pe la juga..itu pun maybe nak WAKENABEB kat I je kot :).. Sebagai bukti sila baca emel ini.. U all ada tak dapat emel ini?..I ada reply emel dia..I tulis, kenapa nak dermakan pada I..so tunggu dan lihat la jawapannya nanti..
click untuk besarkan
Sebenarnya semua ini taktik je kot..Maybe lepas ini nak minta nombor akaun bank I dan password then dia yang ambil duit I..
I memang tak percaya la..sebab I memang langsung tak kenal dia..lagipun kalau dia tak ada waris maybe dia boleh dermakan kat baitulmal atau badan kebajikan tapi kenapa kat I pula..
Pada yang dapat emel macam ini..jangan cepat rambang mata..jangan dedahkan maklumat peribadi kepada orang-orang macam ini terutamanya sekali berkaitan dengan duit..
So HATI-HATI!
p/s : I bagitahu la kat mama dan papa I tentang emel itu..mereka ketawa je..hehehe..mak kata kalau betul rezeki la tu..kalau disebaliknya hanya Allah yang tahu niat orang itu..

Wanita bogel naik bas di Singapura

Hello!!
Selamat hujung minggu..
I nak tanya u all ini, sanggup tak naik bas bogel? sanggup? itu mesti ada wayar yang tercabut itu...hahaha..
atau hobi? i tak tahu la kenapa la masyarakat sekarang hobi pelik-pelik..jangan terjadi kat Malaysia pula dah la..kalau orang gila tak pe la sebab memang dia dah gila tapi yang normal? macam mana itu?



 


SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi


I kalau diberi 1 JUTA pun i tak sanggup..u all sanggup ke? :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH