Selamat hujung minggu..
I nak tanya u all ini, sanggup tak naik bas bogel? sanggup? itu mesti ada wayar yang tercabut itu...hahaha..
atau hobi? i tak tahu la kenapa la masyarakat sekarang hobi pelik-pelik..jangan terjadi kat Malaysia pula dah la..kalau orang gila tak pe la sebab memang dia dah gila tapi yang normal? macam mana itu?
SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi
I kalau diberi 1 JUTA pun i tak sanggup..u all sanggup ke? :)
pelik2 la perangai manusia zaman skrg nih. hahahah mmg something wrong somewhere la tuh. :D
ReplyDelete@mia.azlin
ReplyDeletenak hilangkan tsion kot huhuhu
bgs jgk pemandu bas tu suo lelaki duk depan kan hehehe
ReplyDelete