Kucing pun dah boleh main games


L

Salam I nak share something special ini..khas untuk pet lover. Berkisar pasal video games
Video Games atau permainan video bukan sahaja untuk manusia tetapi untuk kucing juga..
Lepas ini maybe ada yang shopping laptop atau komputer ipad  untuk kucing..
Sekarang manusia manjakan pet seperti anak sendirikan..isk isk..tapi tak pe itukan kasih sayang..
Jangan pula susukan kucing dengan susu cap gantung anda tapi anak diberi susu formula dah ler..
wawawa..apa pula I merepek sampai ke situ..ada ke kes macam itu?
Tapi kes sayangkan anjing daripada manusia I pernah dengar..lantak la..ada I kisah! Jom baca kisah selanjutnya yang di petik dari Kosmo



LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad.
Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.
Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.
Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi
Sumber : Kosmo

p/s : kucing sekarang dah makin melampau ye..tengok macam Rubi I ni...lawan tokeh...tidur atas katil I dari pagi sampai ke malam..macam katil dia pula..macam tau je I mengumpat dia..dah datang sendeng2 kat my lappy

Rubi makin mengada-gada sekarang!


2 comments

  1. Habislah kalau kucing pun demand laptop, Ipad semua. Bengkrapla tuan. Hehe

    ReplyDelete
  2. @Annie

    betul..satu hal pulak nak belikan dia laptop..hehe

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH