JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.Sumber : Kosmo
Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.
Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.
Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.
Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.
Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.
Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.
"Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)" kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.
Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.
Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.
Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.
"Saksi ialah dari ibu pejabat polis," kata Rusmanto.
Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.
Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.
Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.
Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.
Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.
Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi. - Agensi
Macam-macam la..mengaku je lagi senangkan...tapi kalau dah orang itu berak dalam pinggan takkan dia senang-senang nak mengakukan? Tapi apa pun hanya DIA yang tahu..
No comments
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)