Gosip Terkini: Benarkah Gambar Khairul Fahmi ini?

Bila aku buka komen reader dan terjah blog dia.
Aku nampak gambar ini?

 





 Tengok bawah!










Korang nilaikanlah sendiri! Gambar di ambil di Singapura.

p/s : Manusia sekarang lebih je sikit dah lupa diri.


sumber gambar : Oh bulan dan cari.com

Nenek Tua Ditiduri 3500 Lelaki

Mulai berprofesi menjadi pelacur pada pasca meletusnya Perang Dunia ke-2  setelah suaminya tewas dalam pertempuran, nenek yang bernama Milly Cooper ini mengatakan sudah ditiduri oleh lebih dari 3500 lelaki. Yang memeranjatkan adalah bahawa hingga di usianya yang senja ini sang nenek masih aktif menerima pelanggan walau tidak seramai dulu semasa muda. Dalam seminggu nenek Cooper masih dibooking  pelanggan dan para pelanggan itu usianya antara 29 tahun hingga 92 tahun, hairan juga  masih ada yang sanggup berhubungan dengan sang nenek yang sudah kerepot begini.
Ketika ini ia tinggal di Las Vegas Amerika Syarikat setelah berpindah dari rumahnya di London Timur Inggris. Dalam perjalanan hidupnya sang nenek ini pernah taubat untuk tidak jadi pelacur lagi  selama 5 tahun namun kerana ditinggalkan anak perempuannyai dan hidup dalam penghasilan yang tak menentu akhirnya sang nenek Cooper kembali ke professon yang pernah dilakunya hingga kini.
Nenek Cooper pernah pindah kerjaya dari pelacur menjadi Mummy @ Germo @ ibu ayan yang memiliki dan mengelola rumah pelacuran dan ketika itu dia menemukan pasangan hidup suaminya yang kedua seorang akuntan di tahun 1955. Pada ketika itu dia memiliki anak buah sejumlah 10 pelacur muda yang bekerja  di rumah pelacurannya.
Walau sudah tua dikatakan sang nenek Cooper ini masih memiliki payudara yang berukuran besar walau tubuhnya sudah kurus kering. Just For Info nenek Cooper tarif bookingnya sekali langgan sekitar 800 Poundsterling dan dalam satu tahun masih berpendapatan 50 ribu Poundsterling. Patutlah dia tak mahu berhenti.


P/s : Macam-macam halkan..janganlah korang jadikan idola pulak!!

Sumber : Bestoneoffour

Nak jadi penyanyi konon?

http://www.do2learn.com/picturecards/images/imageschedule/sing_l.gif

Assalamualaikum. Lama juga blog aku ni berkulat ye. Perlu dicuci dengan anti kulat nampaknya. Antikulat itu adalah entry baru muahahaha. Ok aku tahu korang tak kisah pun blog aku ni ditumbuhi cendawan punkan.. Okeh. Aku ni tengah tengok Mentor 5 kat TV3. Aku nak tergelak la wei. Bukan apa nak masuk Mentor pun ada drama bagai. Paling tak tahan ada pengembala lembu pun sampai nagis-nagis konon nak ubah nasib. Pada aku dunia hiburan bukan boleh jamin masa depan seseorang. Ada yang tidur tepi kaki lima semata-mata nak datang ujibakat Mentor. Sampai menagis-nagis beb..konon nak ubah kehidupan, nak hidup senang..balik la adik oii..tanam jagung. Sekurang-kurangnya boleh jadi petani berjaya. Pada pendapat akulah nak ubah nasib kena ubah diri dulu.Bukan semua orang boleh berjaya dalam dunia seni melainkan dia ada BAKAT macam Siti Nurhaliza walaupun artis lain tumbuh macam cendawan selepas hujan tapi sampai sekarang tetap tip top dan bergelar jutawan.
Pada pendapat aku, korang timbalah ilmu. Insyaallah ilmu dapat ubah nasib korang. Kalau nak jadi artis pun kena ada ILMU. Allah takkan ubah nasib kita, kalau kita tak nak mengubahnya. SO usaha tangga kejayaan.

p/s : Banyak entry aku save kat draft..hawawa tak update...aku nak layan mentor jap..rasa nak tergelak je tengok mereka ni tapi kesian juga.

Insya-Allah versi Malay

Salam! Entry ketot je.
First time aku dengar lagu insyaallah dari Maher Zain memang dah tangkap cintan dengan lagu-lagu dia. Sampai aku ambik semua lagu dia ( 1 album ) masuk dalam lappy dan handphone.
Sekarang Maher Zain ada merakamkan lagu Insya-Allah untuk versi Melayu. Jom kita dengar sesama!..



Mantapkan...yeah!! I love it!!

p/s : Lagi better korang dengar lagu yang ada "meaning" daripada lagu merapu..tak tahu apa-apa makna. Entah-entah lagu tu tengah memaki korang..

Ana Raffali memang tak layak!!?

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/gundik/juarajal252.jpg


Salam..Kenapa kecoh-kecoh ni? Ni mesti tak puas hatikan kepada keputusan AJL25 malam semalamkan..
Relaxla..kenapa nak kecoh sampai nak hentak-hentak kepala kat dinding nanti benjol pula! Lepas tu sampai wujud pula akaun tak puas hati kat FACEBOOK! u all LIKE ke page tu?
Tenang!!! U all hentak kepala kat dinding pun bukan u all dapat duit kemenangan itu pun..kalau hentak kepada dapat duit tak pe la..
Sebenarnya ramai sangat tak puas hati kemenangan AJL25 berpihak kepada Ana Raffali..Dah adat petandingan memang la ada memang dan kalah..Kalau u all hayati lirik lagu Tolong Ingatkan Aku memang best..sebab banyak maksud tersirat yang membawa seribu maksud tersurat seperti ini :


LIRIK: Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita

Lagu dan lirik oleh Ana Raffali
Sebenarnya I bukanlah peminat Ana Raffali, pun bukan minat lagu ini..kalau lagi Kalau berpacaran I memang suka..

Komen I AJL25 ini :

  • Gandingan tiga pengacara AJL25 memang serasi walaupun lawak Faizal Ismail kurang menjadi.. 
  • Baju Cheryl Samad tu macam tak kena je..I just bagi 2 bintang je..Lepas itu baju FBI macam singkat je..tak sesuai..walaupun maybe fesyen tapi kureng sikit. 
  • Pembukaan AJL25 memang best dan berstail.. 
  • Yuna..vokal mantap dan penuh penghayatan tapi baju yang macam sisik ikan duyung itu macam tak kena..( aku ni perunding imej ke? )..tapi enjoy dengan persembahan dia walaupun dia just duduk main piano je... 
  • Pelita..A.P.I gandingan band2 indi...macam biasa je..tapi tetap enjoy. 
  • Shahir..awak memang handsome tapi persembahan awak kaku dan sadis sebab kena lempang..lain kali lempang kuat sikit ye..( mampus aku kena lempang dengan fan Shahir ) 
  • Noktah Cinta..Hafiz..ala cute muka baby face..persembahan memang best sebab I ingatkan betul-betul ke kena tembak..nasib baik I tak call ambulance hehehe...memang vokal dia mantap tapi I rasa ada yang lain lagi MANTOPPP...Cuba I bosan je..then I tukar channel lain kejap.. tuuuppp
  • Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black waaa memang best..cayalah sama Black..Black lagi menyerlah nyanyi lagu ini berbanding lagu Sofie Jane..Masa nyanyi lagu Sofea Jane macam tak meyegat je..sakit tekak ek? 
  • Adira- Ku ada Kamu..I tak enjoy this lagu..walaupun dia boleh terbang-terbang tapi masih kurang kat nyayian dia..Macam kurang aura!! 
  • Tomok..dulu I memang peminat Tomok tau..Kaset dia pun dulu I ada beli masa zaman sekolah form1 dulu..siap tulis surat lagi..fell in love dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang plus kecutetan Tomok..Tapi semalam memang best juga persembahan dia..Mungkin lagu itu tak cukup aura nak tarik juri.. 
  • Hujan- Serius I cakap masa mula-mula band Hujan ini keluar I tak kenal rupa ahli band ini..I pun tak bajet dia Malaysia Band..:) Mencari Konklusi –macam persembahan biasa je.. but not bad la.. 
  • Hanyut – Faizal Tahir, lagu ini memang beraura!..memang sesuai persembahan terbaik sebab basah kuyub beb..dan I jangkakan lagu ini menang tapi tidak..vokal pun I jangka lagu ini juga tapi tidak juga..Maybe ada hikmah tak menang takut jadi Supermen pula kan kan..jangan marah.. Tapi I memang tabik dengan persembahan Faizal Tahir..rasa hanyut juga bila dengar lagu ni.. 
  • Selamat Malam – Faizal Tahir..rasa nak tidur tapi tak ngantuk..bagus juga Faizal Tahir mengunakan pelakan-pelakan terkenal..enjoy..but biasa-biasa je..I lagi suka performance lagu Hanyut..sebab it strong! 
  • Ekstravaganza – Bunkface, persembahan bertenaga walaupun macam nak tercabut anak tekak vokalisnya..tapi biasa je pada kanta mata I. 
  • Jahat – Stacy, lagu ini I memang suka tapi persembahan Stacy macam biasa je, nyayian dia pun just boleh say sederhana..menari pun ala terkinja-kinja..kalau ada ketegori dance terbaik maybe Stacy menang..bukan menang ye tapi MAYBE..better suruh jurutari cipta kelainan sikit.. 
  • Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali ini merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 25..tahniah..tapi motif persembahan dalam kurungan masih samar lagi..lagu dia best sebab maksud membuatkan orang berfikir sejenak..Tolong Ingatkan aku pasal apa ek? sila hayati lirik.. 
  • Ini I paling suka..patutnya AJL25 bagi kat Siti Nurhaliza..tapi dia tak bertanding pula..ini bukan statement menganjing atau perli ini IKHLAS I kata..I cukup terhibur dengan persembahan dia malam tu..dia tetap ada AURA tersendiri dan tak ada siapa boleh klon atau ganti dia..
Keputusan penuh sudah diumumkan..TAhniah kepada Ana Raffali kerana menjadi Juara AJL25..
Tapi serius I cakap AJL dah tak best macam dulu-dulu..masa dulu ( zaman Siti Nurhaliza dan sebelumnya ) walaupun macam bias-biasa je tanpa persembahan yang bom bass tik tapi I tetap rasa feelnya tapi kini macam tak ada "rasa" tak tahu kenapa?..Sekarang ni kalau dah menang AJL terus macam tengelam je artis tu ..tak tahu la kenapa..adakah pelapis sekarang kehilangan aura diri berbanding artis yang terdahulu? I no komen..u all pun boleh lihatkan..( terlebih sudah la macam artis hiburan )
Kepada yang tak suka kemenangan Ana Raffali tu..janganlah tak puas hati..Mesti ada sebab juri bagi kemenangan pada lagu tu..dan mesti lagu itu ada keistimewaan dari lagu-lagu lain..dan yang pasti itu memang rezeki Ana Raffali..tak payah la kutuk-kutuk dia nyayi macam sleng mat salleh la , itu la..itukan dah stail dia dan dia tak klon artis lainkan...

Ok, I nak tolong ingatkan Ana Raffali..semoga berjaya dan dapat hasilkan karya yang TIP TOP! Jangan senyap pula lepas ni.

p/s : Semua ini just pandangan I je..so janganlah hentak PC pula baca entry ini, pandangan manusiakan subjektif..I tahu I wartawan tak bertauliah hehehe...

    Luna Maya tonton video seks di mahkamah


    JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
    Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.
    Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.
    Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.
    Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.
    Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.
    Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.
    "Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)" kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.
    Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.
    Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.
    Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.
    "Saksi ialah dari ibu pejabat polis," kata Rusmanto.
    Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.
    Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.
    Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.
    Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.
    Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.
    Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi. - Agensi
    Sumber : Kosmo

    Macam-macam la..mengaku je lagi senangkan...tapi kalau dah orang itu berak dalam pinggan takkan dia senang-senang nak mengakukan? Tapi apa pun hanya DIA yang tahu..

    Majlis Perkahwinan Marion Caunter Dan SM Nasa



     Selamat Pengantin baru buat Marion dan SM Nasa..
    U all kat luar sana jangan la asyik mengutuk orang kata pisau cukur ke apa..
    Itu hidup dia orang..
    Hope SM Nasa boleh la bimbing Marion ini..
    Yang penting kita doakan kebahagian mereka k..
    Sebab sebelum ini macam-macam gosip i dengar kata kat mereka itu terutama Marion..
    I tak la sokong dia tapi kita kena prasangka baik-baik..
    Macam yang dikatakan oleh Kak Green Apple, tak ada siapa nak lelaki sengkek!! hehe..termasuk juga i..
    dalam dunia ini semua kena guna duit la..nak berak pun kena duit..
    Tapi money is not everything but we have to money to survive to their life!! so fikir-fikirlah ?
    Tapi kebahagian tetap tak boleh dibeli dengan DUIT..
    IMAN + CINTA + DUIT/HARTA = BAHAGIA

    betul ke?
    i tak ada pengalaman..sebab i bujang lagi..
    betul tak betul sila jawab hehehe..

    So yang mengeji mereka itu mesti jelezkan?

    Ok tata..

    P/S : Rasa happy kalau dapat suami beriman, penyayang dan KAYA!! +++ HANDSOME !!kakakaka.. :)

    Related Posts

    Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH