Salam..ini entry sakit hati versi tak puas hati.
Benda ini bukan ditujukan kepada blogger tapi kepada peniaga Melayu.
I bukan tujukan pada semua tapi pada segolongan sahaja.
Semalam I dan my family pergi kedai perabot. Kalau pergi kedai perobot of course la nak beli perabot bukan beli ikan.. :) Kami just beli kabinet dapur, kabinet tv, katil dan tilam. Semua dibayar cash dan tiada hutang piutang tapi yang I tak puas hati dari petang semalam tunggu sampai ke petang ini barang tak sampai-sampai lagi.
Yang lagi menyakitkan hati, rumah I dan kedai itu tak sampai 10 minit kalau naik kereta tapi masih tak ada lagi!! kalau I ada lori I angkut je barang tu..
Mak I pun marah juga..mak kata kalau beli kedai cina hari ini beli hari ini juga dapat tapi ini dah la dekat lepas itu lembab..dah ambil duit orang beribu-ribu tapi lembab buat kerja!
Kalau tak beli kat kedai mereka kata tak nak tolong bangsa sendiri tapi bila beli macam tak tahu jaga hati pelanggan..lepas ini tak payah lagi la beli kedai itu..buat sakit hati je. Kalau nak berniaga buat la cara nak berniaga jangan buat sambil lewa je..kalau tak tahu nak berniaga lebih baik tak payah berniaga..
Macam ini ke nak bantu bangsa sendiri kalau mereka sendiri tak sedar diri?
Sebenarnya I bukan nak bandingkan mereka ( peniaga itu ) tapi mereka kena menepati masa la..kita dah bayar tapi dia buat macam itu..Bila orang tak beli kedai dia tahu pula heboh orang just masuk then keluar tak tanya apa-apa tapi bila kita baik hati beli barang kedai dia...lembap pulak!!kalau ada problem tak dapat hantar call la pelanggan itu..sekurang-kurang sejuk la juga hati kami.
Bukan peniaga itu je I begang tapi ada la penjaja yang baru nak naik..Ada satu hari itu I nak beli kuih kat dia..I just tanya ini berapa harga..then dia boleh buat bodoh dan buat muka moody dia..bukan sekali dua tapi berkali-kali..wei kalau nak berniaga kena mulut manis la..ini dah la mulut pahit, muka pun kelat..ini bukan minta murah rezeki ini minta tutup rezeki kalau buat peragai macam ni..sebenarnya kalau nak cerita memang berlambak jenis peniaga macam itu layan pelanggan macam hampas..hanya fikir untung je!
Pada I tak kira la orang itu meniaga apa sekalipun tapi paling penting jaga hati pelanggan! Then, kerja kena tiptop..baru la pelanggan datang lagi dan akan berplus-plus pelanggan melekat..tapi kalau buat perangai hangit..confirm tak akan di pandang sebelah mata pun kedai engkau itu! Walaupun isu yang I unggapkan ini nampak remeh tapi kerana perkara remeh la penentu kejayaan sesuatu kerjaya itu..
Kalau orang dah layan kita sambil lewa...takkan kita nak lagi jadi pelanggan diakan..tak tahu la kalau u all sanggup diperlaku begitu huhuhu..
Pada sesiapa yang nak buat bisnes yang berususan dengan manusia tak kira la apa sahaja bidang dan kerjaya u all kena mulut manis la walaupun hati itu maybe ada kebusukan..
p/s baru je mengumpat dah hantar barang ye, bagus!!!..tapi aku pilih kabinet lain tapi engkau hantar yang lain..kenapa?
happy new year
ReplyDeletehope all your dreams and wishes come true