Awas si pencuri! si pengotor!

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak bentul dugaan yang menguji kesabaran.

Macam-macam. Ikutkan hati nak bagi penendang je. Nak tendang siapa? Ganas gila. Memang aku ganas, garang dan sewaktu dengannya. Boleh kecut perut kalau tengok aku marah okehh!

Memang nak marah sangat-sangat! marah kat pencuri..

Adakah pencuri tudung aku begini, atau perempuan ayu bertudung haram? (tudung curi)

Banyak benda nak bebel kat blog ni, korang bacalah sampai pengsan.

Sejak masuk semester ni memang tiada istilah dalam zon selesa, nak tidur overtime pun risau, risau macam-macam..risau thesis, risau agsimen, risau...je..
Serius, memang kena off tempahan sebab komitmen aku as student tu sangat besar. Kalau nak ambil tempahan perlukan mood juga dalam kerja mendesign. Apa korang ingat idea boleh datang bergolek? Nak design ni bukan boleh sesuka hati buka PS terus design, perlu ada mood. Kalau dalam terpaksa, memang ke laut la jawabnya. Dalam keadaan kerunsingan, ketidakselesaan ni..adalah perlu for away daripada kerja design-design ni. Maybe have a time to design..1 week? 2 week? or more and more for 1 blog. Dah lupa kan semua tu.

Berbalik pada tajuk di atas, serius rasa nak maki. Tapi tahan je. Sabar separuh dari iman kan.

Cerita nya begini, tudung kesayangan sudah dicuri oleh penyagak. Serius memang nak marah. Tudung tu aku basuh dan sidai kat tepi ampai bilik aku. Serius tepi bilik. Malam semalam masa aku nak pergi mandi, tudung tu stay ada kat ampai, tapi bila nak masuk bilik terus lesap. Tetap bersangka baik, check kat bawah, tapi tak ada pula terjatuh. Kalau dah hanger dan tudung pun lesap. Sememangnya tudung tu sudah di rembat. Pandai pencuri tu kan, tudung bawal versi murah tak nak pula kau ambil yang mahal juga dirembat. Kalau kononnya terambil tudung aku, silalah pulangkan ye.

Sebenarnya aku tak suka nak syak wasangka siapa yang mencuri tudung tu, tapi maybe student aras aku juga kot. Kesiankan, mak bapak hantar masuk universiti untuk belajar tapi datang sini bawa perangai sampah nak jadi sampah masyarakat. Sebelum ni, ada juga dengar desas desus kawan-kawan lain block, barang/pakaian yang sidai dekat ampaian kena curi. Banyak betul ye keturunan penyagak ni.

Serius aku sangat benci dengan pencuri ni, nak je potong tangan dia dengan gergaji. Mak bapak tak ajar ke? memang habit mencuri? atau keturunan penyagak?


Ni dia tudung aku yang kena curi tu, hanya tinggal kenangan :'(


Lepas tu, ada pula kes budak perempuan yang suka buang tuala wanita dalam tandas. Aras atas aku ni, mean aras 4, toilet tersumbat. Sampaikan nak flush air pun tandas tersumbat gila. Apa lagi bau najis pun macam perfumes la hahaha. Bila dah aras atas tersumbat, of courselah bagi effect kat aras aku, saluran paip najis pun keluar air najis yang membuak-buak tapi syukur ada orang datang baiki, kalau tak memang bau haremmm la. Padahal, memang dah ada sediakan tempat untuk buang tuala wanita, berat sangat tulang kot nak buang dalam tu.

 Dah setahun aku duduk block ni, tapi benda ni tak pernah terjadi, tapi bila mula sesi baru, means new semester for new student masuk..terjadi macam ni. Budak baru ke yang buat perangai tahik macam ni? entahlah. serius langsung tak bermoral. Bukan tu je, tangan-tangan pengotor ni suka sangat buang sisa makanan dalam singki, akibatnya singki pun tersumbat. Tak boleh ke sisa makanan tu buang dalam tong sampah dulu? then baru basuh mangkuk or sewaktu dengannya? ni main campak/buang je dalam singki, apa kau ingat kuli bapak kau banyak sangat nak cuci itu ini?

Aku memang anti gila dengan si pengotor macam ni, sebab dari kecil lagi mak aku ajar, sisa makanan perlu buang dalam tong sampah, tak boleh buang dalam singki sebab nanti singki tersumbat. Jaga kebersihan. Serius rasa nak sumbat je sisa makanan kat mulut orang yang suka buang dalam singki tu..nahhh kau rasakan wahai si pengotor!

Maybe kot sesiapa yang buat perangai pengotor ni di bawa daripada habit dirumah. Takkan buang tuala wanita pun kau buang dalam toilet rumah? Tak malu ke?

Serius malu gila, bila kawan block atas aku cerita, tuala wanita yang dikutip dalam lubang tandas (tersumbat) tu, di gantung kat tepi toilet. Banyak woo buat pameran. Aku rasa orang yang baiki tandas tu memang begang gila dengan peragai si pengotor ni. Takkan nak tulis "hoii si bodoh, jangan buang sanitary pad anda dalam lubang jamban" ????

Tapikan, tapikan aku ada jumpa tandas yang tulis kat setiap pintu tandas, tapi tempat kejadiaan dirahsiakan, dia tulis lebih kurang macam ni

 " nama je budak universiti tapi bodoh bertingkat-tingkat, dah berak tapi tak tahu nak jirus" 

hhaaaa ambik kau, sejak tampal notis yang "ganas" tu terus ramai yang bawa baldi kalau flush toilet tu rosak. Kena reminder macam ni ke? takkan najis sendiri pun tak tahu nak uruskan. Apa kau ingat cleaner tu pecacai nak cuci tahik kau? serius manusia sengal.
 Dah remind bodoh bertingkat-tingkat baru kau fahamkan? sebab kalau ayat soft-soft mereka takkan faham, kena bagi kaw-kaw sikit. Kalau tak faham juga memang tak ada otak. So kena reminder

"hanya binatang sahaja suka buang sampah dalam singki"..or "hanya binatang suka buang sanitary pad dalam lubang toilet/tak jirus najis nya"... 

Kalau still buat lagi tak tahulah aku, kucing aku pun pandai tambus najis dia.

Dah la, korang fikir-fikirlah sendiri. Sama-samalah jaga kebersihan persekitaran kita. Tak guna berpelajaran tinggi tapi masih dungu lagi. Perlu tak tambah kelas khas "kelas kebersihan" di IPTA?IPTS?

Kesiankan?




Bad Mood la..konon..

http://www.thehappyself.com/wp-content/uploads/2009/10/bad-mood1.jpg 

Assalamualaikum..
Nampak gambar di atas?
Gambar di atas ada maksud tersirat yang perlukan penjelasan..
Kalau korang otak "pick-up" maka korang akan faham tapi kalau "slow" perlu makan kismis banyak-banyak..ada faham!?
Korang ada masalah berak tak lawas? perut memulas? cirit birit? sakit ulu hati dan masalah kesihatan lain??

Kalau ada ..korang bad mood tak? Kalau bad mood teruskan..tapi jangan sampai orang sekeliling pun rasa nak kasi penendang kat korang.. Kalau kesihatan tak ok tu aku rasa maybe tahap bad mood kurang membahayakan orang lain tapi kalau ada masalah ini :

Masalah gaduh laki bini, gf-bf, masalah rumah tangga, pakwe lari atau masalah rohaniah yang membebani jiwa..kemungkinan besar tahap BAD MOOD korang makin tinggi dan kemungkinan besar membahayakan orang sekeliling.. Dan orang macam ini rasa nak sula-sula kan aje..

Aku paling benci orang Bad Mood dan membebankan orang lain.. Kalau dia just senyap je it ok lagi tapi kalau sampai nak marah orang lain yang tak ada kena mengena dengan masalah dia ini memang BAHLOL BIN BAGANG punya manusia..
Contoh, kalau kawan korang bergaduh dengan pakwe dia then kita cuma cakap dengan dia,,dan tiba-tiba dia terus maki kita dan mencari kesalahan kita (gaduh )..apa korang rasa? Mesti rasa nak bagi penampor je berdas-das..

Pada pendapat aku kalau korang ada masalah sekali pun..

TOLONG JANGAN LIBATKAN ORANG LAIN!! FAHAMM!!

Kalau korang bad mood dan nak melepaskan kemarahan korang pleasela tolong cari orang yang korang bad mood kan tu..jangan cari orang lain sebagai mangsa..


kang kot aku maki kang baru kau tahu..tetiba nak bad mood kat aku
P/S : Aku kalau gaduh dengan pakwe aku..aku tak maki orang lain tapi aku terus MENGAMUK je dengan pakwe ku..baru puas hati..kalau mengamuk kat orang lain..itu namanya GILA PLUS BABI!!



http://i293.photobucket.com/albums/mm57/piratealice/Bad_Mood.jpg

Anak kucing di seksa sampai mati

Assalamualikum..
Sedih giler aku tengok artikal ni. Memang rasa nak tembak je kepala orang yang buat macam ni. Korang layan la gambar-gamabar dan artikal di bawah. Aku dapat dari emel...


Anak-anak kucing ini mati akibat perbuatan kanak-kanak yang sering main tembak-tembak dengan peluru getah dan menyiksa anak kucing itu dengan mengikat leher  dengan tali.

 

Di suatu desa, 4 ekor anak kucing dari seekor  ibu kucing disiksa sampai mati. Menurut pemilik kucing, pada pagi hari  mereka mendengar tangisan kucing yang memilukan. Mereka segera turun ke halaman dan menemui bahawa anak-anak kucing, 4 ekor, telah disiksa sampai mati, dan (mayatnya) sengaja diletakkan didepan ibunya.

Seekor anak kucing lehernya diikat dengan tali dan badannya direntangkan, dengan dada teriris terbuka menunjukkan jantungnya diiris-iris dan lukanya terlihat. Sementara ketiga ekor anak kucing lainnya, kepala mereka dipijak (sampai remuk).

Menurut pengamatan wartawan, lubang peluru yang ada di kepala anak kucing tersebut berasal dari peluru pistol mainan. Kira-kira, pada malam  seseorang menggunakan pistol mainian untuk memukuli anak-anak kucing tersebut sampai mereka tidak dapat lari, sebelum meneruskan menyiksa anak-anak kucing tersebut sampai mati, dan secara sengaja meletakkan anak-anak kucing  tersebut di sebelah ibu kucing.

Ibu kucing yang malang tersebut terus menjilat bulu-bulu anaknya, seperti berharap hal itu akan menghidupkan kembali anak-anak kucing yang malang itu. Si pemilik kucing sendiri sampai tak mampu berkata-kata, menangis dan berharap penyiksa kucing tersebut dapat ditemukan.


P/s : Kesian ibu kucing tu..sedih. :'( Teringat Rubi. Alhamdulilah anak-anak dia sihat dan boleh terima susu formula. Nanti aku update pasal mereka. Pada pendapat aku kalau ada anak-anak yang suka mendera binatang..ibu bapa perlu tegur dan didik dengan baik. Pernah aku tengok ada orang tu boleh diam je bila anak kecil dia pijak-pijak kucing. Kalau mak bapak tak didik..siapa yang nak didik? Melainkan mak bapak macam "binatang" tapi bertopengkan manusia. Mungkin mereka lagi keji dari binatang :(

Jenis apa ke ni?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiirKwgUgKIRM8f0PoUS0HeITpWqwFS_xgFD1V8C2t-Q3cmDeQfeQanrWBXDsDfTPumN_YAcG0h82kK7knlJcrTthWgrmb3RcVMWt7INWa8OGL6thgdeRUYFY3__L3tJK7Y-Hdj45IBaHU/s400/bodoh+sombong.jpg
credit :Mr Google

Bodoh ke apa kalau pecahkan barang orang lain yang disalahkan?
Pakai guna hotak ke kepala lutut?
Contohnya kalau engkau shopping kat pasaraya..kalau engkau yang pecahkan barang..memang salah engkau la sebab tangan ko GATAL.. ( contoh je  )
Kalau dah diri sendiri tu yang salah jangan salahkan orang lain....
Ini mesti jenis yang TAK NAK MENGAKU SALAH SENDIRI..
Takkan basuh berak tak cuci pun nak salahkan orang?? !

Beza antara anak lelaki dan perempuan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGR5MbuyGqfeNY2bpkTHl1Ap6z5zQrViueLg5nS6Oiz-Evk7WvYmq4sN8DrS079V8ZjQcy-1U6AYrqUwHVT349AN9vCl5h5V8o3FzzJV7PzCAogzBitLB8OrR8NcU7dK1wqgcW9QbpCq8B/s1600/boy-girl.jpg

Salam..
I nak share pandangan I pada sebilangan masyarakat yang masih berfikiran macam masyarakat Arab jahilliah.. Atau lebih bahasa manisnya macam pemikiran orang tua kolot zaman dulu-dulu.. Kadang-kadang rasa jelik dengan orang macam ini. Cakap macam hampas je..jerk! . Contoh ada satu family ini kat kampung I, suami dia nak sangat anak lelaki tapi dah 5 orang keluar semua anak perempuan.. Dia tak puas hati then kahwin lagi ( alasan la tu ), lepas itu bini nombor dua dia pun beranak dan dapat baby girl juga..so macam mana tu? syukurlah engkau dapat anak..daripada buat anak langsung tak dapat!! Apa la punya orang macam tu..dah rezekinya anak perempuan so terima je lah..Kalau ada 10 anak lelaki pun kalau semua masuk pusat serenti tak guna juga..kan..sebenarnya tak semua orang macam itu just segelintir je..Cuma I rasa tak puas hati bila segolongan ibu bapa masih berfikiran begitu..nak je I sound bila dengar ada family cakap macam itu..boleh ke? hohoo memang tak boleh! tak pasal2 I kena ketuk dengan mereka..Tapi ingat tangan yang menbuai buaian bisa mengongcang dunia..Sebenarnya entry ini sesuai diberi nama beza lelaki dan perempuan tapi I fokus this pada institusi kekeluargaan je..

Bila anak perempuan belajar tinggi-tinggi
Tak payah belajar tinggi nanti duduk ceruk dapur juga!

Tapi bila anak lelaki,
Bagus nanti boleh jadi Perdana Menteri.

Bila anak semua perempuan
Huhh macam tak boleh nak diharap je nanti

Tapi bila anak lelaki,
Lega sebab semua hero-hero belaka!

Bila anak perempuan jadi PILOT
Boleh bercaya ke dia boleh bawa? Takut terhempas pula..

Tapi bila anak lelaki,
Anak aku hebat jadi Pilot!! canang satu kampung..

Bila anak perempuan buat kerja lelaki
Engkau boleh buat ke ni? macam tak boleh je..

Tapi bila anak lelaki,
Anak aku ini kuat dan rajin pula tu..engkau ada?

Bila anak perempuan bangun lewat
Heh! engkau ini nak dara ke anak kera? tak ada siapa nak buat menantu nanti!

Tapi bila anak lelaki,
Eh, tidur la..nanti bangun makan je ye..

Bila anak perempuan tak pandai dalam pelajaran
Engkau ini pemalas! kahwinkan je la lepas ini..

Tapi bila anak lelaki,
Tak apa kalau gagal pun nanti boleh tolong bapak kat kebun..

Bila anak perempuan keluar dating
Engkau ini dah miang nak berlaki ke? pangggg..

Tapi bila anak lelaki,
Cari la yang cantik sikit dan KAYA!

Bila anak perempuan drive kereta
Tak payah la..kalau macam ini bawa kereta lebih baik naik basikal, kenapa la engkau lulus lesen P..

Tapi bila anak lelaki,
Bagus engkau drive, walaupun tak ada lesen..


Semua yang di atas itu I reka je..kalau terkena batang hidung jangan la begang pula ye..hehehe..I akui memang lelaki merupakan khalifah di atas muka bumi ini yang berfungsi sebagai pemimpin tapi jangan pula direndah-rendah kemampuan wanita...Khusus pada family yang ada anak lelaki dan perempuan...layan la mereka sama rata..:)


Itu je untuk malam ini..I nak tidur!!

Kenapalah buat kerja sambil lewa?

Salam..ini entry sakit hati versi tak puas hati.
Benda ini bukan ditujukan kepada blogger tapi kepada peniaga Melayu.
I bukan tujukan pada semua tapi pada segolongan sahaja.
Semalam I dan my family pergi kedai perabot. Kalau pergi kedai perobot of course la nak beli perabot bukan beli ikan.. :) Kami just beli kabinet dapur, kabinet tv, katil dan tilam. Semua dibayar cash dan tiada hutang piutang tapi yang I tak puas hati dari petang semalam tunggu sampai ke petang ini barang tak sampai-sampai lagi.
Yang lagi menyakitkan hati, rumah I dan kedai itu tak sampai 10 minit kalau naik kereta tapi masih tak ada lagi!! kalau I ada lori I angkut je barang tu..
Mak I pun marah juga..mak kata kalau beli kedai cina hari ini beli hari ini juga dapat tapi ini dah la dekat lepas itu lembab..dah ambil duit orang beribu-ribu tapi lembab buat kerja!
Kalau tak beli kat kedai mereka kata tak nak tolong bangsa sendiri tapi bila beli macam tak tahu jaga hati pelanggan..lepas ini tak payah lagi la beli kedai itu..buat sakit hati je. Kalau nak berniaga buat la cara nak berniaga jangan buat sambil lewa je..kalau tak tahu nak berniaga lebih baik tak payah berniaga..
Macam ini ke nak bantu bangsa sendiri kalau mereka sendiri tak sedar diri?
Sebenarnya I bukan nak bandingkan mereka ( peniaga itu ) tapi mereka kena menepati masa la..kita dah bayar tapi dia buat macam itu..Bila orang tak beli kedai dia tahu pula heboh orang just masuk then keluar tak tanya apa-apa tapi bila kita baik hati beli barang kedai dia...lembap pulak!!kalau ada problem tak dapat hantar call la pelanggan itu..sekurang-kurang sejuk la juga hati kami.

Bukan peniaga itu je I begang tapi ada la penjaja yang baru nak naik..Ada satu hari itu I nak beli kuih kat dia..I just tanya ini berapa harga..then dia boleh buat bodoh dan buat muka moody dia..bukan sekali dua tapi berkali-kali..wei kalau nak berniaga kena mulut manis la..ini dah la mulut pahit, muka pun kelat..ini bukan minta murah rezeki ini minta tutup rezeki kalau buat peragai macam ni..sebenarnya kalau nak cerita memang berlambak jenis peniaga macam itu layan pelanggan macam hampas..hanya fikir untung je!

Pada I tak kira la orang itu meniaga apa sekalipun tapi paling penting jaga hati pelanggan! Then, kerja kena tiptop..baru la pelanggan datang lagi dan akan berplus-plus pelanggan melekat..tapi kalau buat perangai hangit..confirm tak akan di pandang sebelah mata pun kedai engkau itu! Walaupun isu yang I unggapkan ini nampak remeh tapi kerana perkara remeh la penentu kejayaan sesuatu kerjaya itu..
Kalau orang dah layan kita sambil lewa...takkan kita nak lagi jadi pelanggan diakan..tak tahu la kalau u all sanggup diperlaku begitu huhuhu..

Pada sesiapa yang nak buat bisnes yang berususan dengan manusia tak kira la apa sahaja bidang dan kerjaya u all kena mulut manis la walaupun hati itu maybe ada kebusukan..

p/s baru je mengumpat dah hantar barang ye, bagus!!!..tapi aku pilih kabinet lain tapi engkau hantar yang lain..kenapa?

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH