Permohonan Bantuan RM500 Mulai 10 Dis.

KUALA LUMPUR – Pendaftaran permohonan bagi mendapatkan bantuan secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 tersebut adalah selama satu bulan.

“Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh itu di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi-agensi kerajaan.

“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan perlu diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat cawangan LHDN,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012 dan bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya lagi.

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tunai secara `one-off’ sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Ahamd Husni seterusnya berkata, isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

Jelas beliau, ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

“Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan,” jelasnya lagi.-mynewshub

Bantuan Khas RM500.

 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT4E__Gentptm5PjzuorI0txneC1ctFVjIF95fhmx0HRlfyq8wm

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara


P/S : Nak mohonlah boleh top up duit study untuk beli buku :)

MAYAT MUAAMAR GADDAFI DIPAMERKAN.

Assalamualaikum, teringin rasa untuk berkongsi berita hebat luar negara. Macam-macam terjadi di dunia sekarang ni. Buat baik akan dibalas baik buat jahat akan di balas buruk.

Jenazahnya dipamer dalam ruang dingin beku di sebuah kompleks beli belah.

Itu nasib bekas pemimpin diktator Libya, Moammar Gaddhafi yang dibunuh tentera pemberontak 2 hari lalu.

Rakyat Libya beratur di luar kompleks beli-belah di Misrata ini untuk menyaksikan buat kali terakhir jenazah bekas pemimpin negara itu, sementara pihak berkuasa berbincang dan membuat keputusan lokasi jasad gadafi akan disemadikan.

Jenazah sepatutnya dikebumikan pada Jumaat berdasarkan ajaran Islam yang menuntut jenazah dikebumikan secara segera.

Bagaimanapun kerajaan sementara menangguhkannya kerana punca sebenar kematiannya masih belum dikenal pasti.

Jasad Gaddhafi yang cuma berseluar diletakkan di atas sekeping tilam berlumuran darah dalam ruang dingin beku yang lazimnya digunakan oleh pengusaha restoran menyimpan makanan mudah rosak.

Kesan peluru juga kelihatan di bahagian kiri kepalanya.



 MISRATA: Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.

Kematian beliau kira-kira dua bulan selepas penyingkirannya menamatkan rejim hampir 42 tahun yang menukarkan negara kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara yang dikritik antarabangsa. Ia turut membawa Libya ke dalam era baru di mana pemimpin peralihan perlu mengatasi perpecahan dan membina semula hampir semua institusi dari awal untuk mencapai demokrasi yang diimpikan.
Pemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati.
“Tiada keputusan dibuat mengenai pengebumian Gaddafi,” sama ada mayatnya masih berada di Misrata di mana ia dibawa selepas kecederaan yang membawa maut berikutan ditangkap di Sirte, kata Mahmud Shamam kepada AFP.

Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.
Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. – AP/AFP



 Sumber : Berita Harian Online


 P/s : Ingatlah bahawa apa yang kita buat hari ini akan mendapat pembalasan nanti. Sekarang Allah bagi cash je. Contoh tentang Ariel Sharoon yang seperti mayat hidup. Allah maha berkuasa.. Allah maha besar. Allahhu akbar.. Marilah kita minta keampunan kepada-Nya.

Budak Kena Gilis oleh Binatang Bernama Manusia.

Assalamualaikum..
Nilai kemanusian dalam diri masyarakat masa kini semakin menipis dan hilang oleh arus pembangunan.
Rasa sangat terkejut dengan video budak berumur 2tahun digilis lori. Tak ada siapa yang nak menolong seolah-olah budak tersebut tidak wujud. Sedih sangat tengok video ini.

Rasa sangat kejam situasi ini. Bayangkan anda berada ditempat budak berkenaan dan tiada siapa nak tolong just tengok je? Macam tak ada nilai je nyawa di mata mereka..

Harap masyarakat Malaysia tidak bersikap sedemikian. Jangan terlalu mementingkan diri sampaikan tidak mahu menghulurkan pertolongan kepada insan yang sangat memerlukan.

Berani tonton video ini? sangat sadiss dan kejam..



Nasib baik, ada juga yang tolong. Yang lain semua macam haram jadah je.

p/s : Kalau ada orang nak minta tolong, kita kena tolong selagi termampu. Aku tahu apa rasanya, time susah orang tak nak tolong. Ingatlah, kalau kita mudahkan urusan orang, insyaallah akan mudahkan urusan kita berganda-ganda...

Haram bekal, jual bebola agar-agar

 

Aku suka gila beli benda ni dulu-dulu. Habis pasu kaca aku isi benda ni.. Letak kat ruang tamu. Lepas tu letak pokok yang dalam air tu. Cantik. Tapi dah diharamkan penjualannya. Adakah ada lemak babi? oh tidak!
Budak anggap sebagai makanan

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
Sumber : Berita Harian
# Aku rasa benda ni tak bahaya sangat cuma kalau korang ada anak kecil tak usahlah letak benda ni. Kang ingat jelly plak. Kadang-kadang orang yang tak pernah jumpa pun mungkin akan makan jugak kot muahaha..
Lebih baik tanam bunga dalam pasu je.




P/s : Kan lebih elok HARAMkan penjualan rokok. Itu lebih berbahaya kepada masyarakat.



Gembira Bila Anak Hamil Luar Nikah.



THORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.
"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.
"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.
Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.
Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.
Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.
"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.
- Agensi


# Dunia akhir zamankan, tapi tak kisahlah sebab mereka non-muslim, kalau orang muslim macam tu amacam? ada ker?
# Berdisplin? hahaha..

Steak Tahi Manusia

Para saintis di Jepun telah menemui kaedah untuk memproses tahi kepada daging tiruan. Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak.

 

Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. ‘Daging’ yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu. – Carigold Forum

Aksi makan beramai-ramai..jerkkk!

Inilah kalau hidup dah maju sangat sampai tahi pun kena makan..Korang sanggup ke? ishhh jerk!
Oh shit!


Source : from emel

Dah Romen sampai Buncit kata kena rogol?

Assalamualaikum..
Dah lama tak tulis artikal pedas-pedas..
Entry tak pedas pun ada menyebabkan orang berak darah ni pedas..lagilah berbisa..
Ok, kadang-kadang meyampah bila ada statement di rogol kekasih sampai mengandung, pelajar di cabul dan dirogol kekasih..

Kalau memang kena rogol..ok fine..memang patut ambil tindakan dan pengadilan tapi kalau dah romen berpuluh kali..pastu buncit perut baru kata kena rogol, apa hal? Patutnya kena tulis, seorang remaja beromen sampai mengandung..baru ok..

Lepas itu, aku tak berapa nak bercaya remaja hilang..kalau kanak-kanak hilang aku percaya. Kebanyakkan remaja hilang sebenarnya bukan hilang tapi ikut JANTAN..

Nanti aku tulis kisah masyarakat yang terjadi di alam nyata. Hilang konon? tapi lari rumah sampai 4 kali..lepas itu dah mengandung kata kena rogol..padahal memang sanggup diri dijadikan lauk pauk kucing-kucing yang naik biang..hambikk la kau..dah beranak anak haram pun masih tak sedar diri..

P/s : Malas nak tulis, kang hilang pahala puasa aku. Aku kalau tulis memang emosi sikit.

Pelajar Malaysia Dirompak di London.

Assalamualaikum..
Tadi aku tengok buletin utama dan lihat video ini.
So f#ck la..kesian kat student Malaysia.
Harap ada pihak membela nasib student tu.
Mengikut sumber tertentu, student tu keluar untuk beli juadah berbuka puasa.
Dan sekarang dirawat di Hospital Royal Landon untuk pembedahan rahang.





Tak boleh dibayangkan kalau kena rompak dengan gangster yang ramai macam tu.. Ya Allah jauhkan aku dari kesulitan yang seperti itu.

Gosip Terkini: Benarkah Gambar Khairul Fahmi ini?

Bila aku buka komen reader dan terjah blog dia.
Aku nampak gambar ini?

 





 Tengok bawah!










Korang nilaikanlah sendiri! Gambar di ambil di Singapura.

p/s : Manusia sekarang lebih je sikit dah lupa diri.


sumber gambar : Oh bulan dan cari.com

Elia Tidak Tahu, Khairul Fahmi Putuskan Tunang

Assalamualaikum..
Berita terbaru aku baca dari myMetro tadi. Aku share pada korang :)




KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.
Sumber : myMetro

pesanan penaja : Kepada Elia, semoga tabah menghadapi dugaan ni. Be strong! mungkin ada sejuta hikmah disebalik perkara ini.
Apek, jangan menilai kaca itu permata kerana bisa melukakakan di hari kelak.

pengajaran: tak semua cinta itu manis, mungkin permulaannya manis macam gula tapi ada terselit "penyakit kencing manis", berhati-hati ye kawan-kawan. Jangan makan gula banyak-banyak. Serahkan sepenuh cinta kalian pada yang hak sahaja.

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz Meninggal Dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.



Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Al-Fatihah

Sumber : Malaysiakini.com


p/s : Bersyukurlah apa yang Allah berikan pada kita, jangan mengubah kejadian yang dijadikan oleh Allah

Jangan Guna Handphone semasa di "charge"

Assalamualaikum..gambar ini aku dapat dari emel.. Rasa bertanggungjawab untuk dikongsi bersama agar dijadikan tauladan di masa akan datang. Tapi tak nak peduli pun tak apa..dah kena jangan kecoh plak ye.



 
Nasib baik tangan je kena kalau nyawa melayang...itu memang dah ajal la kan..
Tapi malang tak berbau..mencegah lebih baik dari mengubati.

Pesanan khidmat masyarakat ikhlas dari cik fara!

Pelakon Faizal Yusuf meninggal dunia

http://img510.imageshack.us/img510/9319/014076701.jpg

Salam..
Permulaan tahun 2011 ada macam-macam berita yang didengar..
Terutama sekali berita sedih..takziah diucapkan Pelakon Faizal Yusuf yang meninggal dunia pada 1.45 petang tadi menurut sumber Berita Harian Online
Menurut sumber beliau meninggal akibat serangan jantung..
Kalau siapa yang tak kenal siapa Faizal Yusuf beliau merupakan bekas suami penyanyi Siti Nordiana dan ada berlakon dalam drama terbaru Akasia Tiramisu iaitu watak Dani abang ipar kepada Melur.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan al fatihah kepada arwah..
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin.

p/s : Jiran depan rumah I pun meninggal hari ini, then ada saudara belah mak pun meninggal hari ini juga..al-fatihah untuk mereka..

Wanita bogel naik bas di Singapura

Hello!!
Selamat hujung minggu..
I nak tanya u all ini, sanggup tak naik bas bogel? sanggup? itu mesti ada wayar yang tercabut itu...hahaha..
atau hobi? i tak tahu la kenapa la masyarakat sekarang hobi pelik-pelik..jangan terjadi kat Malaysia pula dah la..kalau orang gila tak pe la sebab memang dia dah gila tapi yang normal? macam mana itu?



 


SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.
Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.
Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.
Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.
Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.
Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.
Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.
Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.
Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.
Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.
Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.
Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi


I kalau diberi 1 JUTA pun i tak sanggup..u all sanggup ke? :)

Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook



TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.

Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.

"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.

Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.

Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi

 Kalau nenek i celik IT pun, i thing dia pun ada akaun fb..hehehe...siap blogging lg :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH