Aku suka gila beli benda ni dulu-dulu. Habis pasu kaca aku isi benda ni.. Letak kat ruang tamu. Lepas tu letak pokok yang dalam air tu. Cantik. Tapi dah diharamkan penjualannya. Adakah ada lemak babi? oh tidak!
Budak anggap sebagai makanan
PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.
"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.
Sumber : Berita Harian
# Aku rasa benda ni tak bahaya sangat cuma kalau korang ada anak kecil tak usahlah letak benda ni. Kang ingat jelly plak. Kadang-kadang orang yang tak pernah jumpa pun mungkin akan makan jugak kot muahaha..
Lebih baik tanam bunga dalam pasu je.
masalahnya rokok buat addicted, yang jelly tu tak. huhuhuu
ReplyDeletehaha..btol2..bek haram kan penjualan ROKOK 2=)
ReplyDeletesayangnye... comel kan..tp budak2 yg xtau pape ingtkn tu mknn.. huhu..cian mreka yg dibedah tu..
ReplyDeletebtul tu!
ReplyDeleterokok lagi MEMBAHAYAKAN kesihatan & nyawa manusia~
bukan stakat per0k0k tp 0rg yg skelilingnya yg jd mangsa~
ingatkan diharamkan sebab ada unsur2 lain dalam jelly tu. rupanya sebab budak2 tertelan. bikin gempak je. hehe.
ReplyDelete