Setelah bertahun tak buka Tagged.

Assalamualaikum..

Korang ada tak akaun tagged? Aku ada..dah lama giler create. Sebab tagged dulu popular macam friendster. Friendster sekarang dah macam giler je sebab aku tengok dah berubah 100%. Macam lebih kepada games online. Gambar-gambar dulu pun dah hilang entah ke mana.

Berbalik kepada Tagged. Tiba-tiba rasa nak sign in sebab dah lama sangat tak jenguk. Dan of course hampir 90% kawan-kawan tak aktif. Al maklumlah dah ada FB.. Tagged ni aku create that mean bertahun yang lepas sebab ramai yang join dan boleh find kawan-kawan cuma yang aku tak berapa suka sebab dia terlalu bebas. Banyak yang gatal giler orang dalam tu. Macam gile seks je. Sampaikan ada orang kacau aku bagi emel yang bukan-bukan. Makin aku maki makin melampau so aku diam buat tak peduli. Dia pun diam...dia macam nak cari perempuan simpanan je..boleh plak kata dia engineer dan kontraktor yang ada banyak aset di Malaysia, konon jutawan la... fu#k la kau..kau salah orang nak umpanla.

Benda tu semua terpulang pada kita jugaklah. Kalau melayan memang dapat buruklah so ignore je orang tak bertamadun macam tu. Bila dia dah bosan sebab tak ada respon dia sendiri akan berhenti!

Stop untuk cerita lelaki gatal..miang..mereyam tu..


Bila bukak balik tagged tu rasa macam sedih je sebab tengok gambar-gambar zaman belajar di USM dulu. Rindu kat kawan-kawan la..serius rindu student life. Dan dapat balik gambar-gambar lama aku yang tak dapat diselamatkan dalam lappy semasa format dulu. So download je lah..


Ni tagged aku yang ala-ala kanak-kanak tu :



Background dia rainbow gila..sampai mata pun sakit hahahaha..



Suka dan sayang kat gambar ni. Tahun kedua at USM.



Mengedix pi shopping at Bukit Jambul Mall.



Balik dari kuliah dengan my BFF aka ex-roomate yang dikasihi!



Muka sememeh baru balik kuliah..on d way ke my kolej, Desasiswa Fajar Harapan.


Banyak juga gambar yang aku dapatkan semula kat Tagged. Nasib baik masih ada lagi. Tapi nak aktif tagged?..oh TIDAK!

p/s : Lepas raya back to student life. Doakan Cik Nurfarah dapat jadi best student dan dapat full tajaan untuk continue PHD pula :) amin..



4 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH